blog hiburan informasi kababoom

  • Breaking News

    Saturday, February 11, 2017

    PENYANYI MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 1998

    Tahun 1998 adalah tahun kegemilangan lagu Irama Malaysia dan Metal. Berikut ialah senarai penyanyi popular sepanjang tahun 1998.

    Penyanyi Popular Tahun 1998

    01.Siti Nurhaliza (kini Dato')
    Siti Nurhaliza telah membuktikan beliau adalah legenda muzik tanahair yg terbaru pada tahun itu apabila cemerlang dengan jualan album yg sgt laris utk album Cindai iaitu lebih 120.000 unit dan Adiwarna lebih 200.000 unit. Kesemua lagu di dalam kedua2x album tersebut popular dan menjadi siulan peminat. Malah, lebih manis lagi apabila Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi juara Anugerah Juara Lagu 1998 dengan lagu Cindai. Kini, lagu Cindai telah menjadi salah satu lagu Melayu paling popular di Nusantara. 

    Album Cindai

    Lagu Popular 1998:
    Cindai, Joget Berhibur, Kaparinyo, Lela Manja, Janji, Joget Pahang, Es Lilin, Patah Hati, Laksamana Mati Dibunuh, Damak, Purnama Merindu, Sendiri, Kitakan Bersama, Tak Boleh Lupa, Gelora Asmara, Tak Rela Berpisah Denganmu, Diari Hatimu, Demi Kasih Sayang, Satu Cinta Dua Jiwa, Lagu Ku Dihatimu


    02.Ziana Zain
    Ziana Zain tetap meneruskan status populariti Diva Pop nya apabila koleksi The Best Of Ziana Zain terjual lebih 80,000 unit. Ziana Zain juga telah menang Video Muzik Popular di Anugerah Video M dan Juara Lategori Balada Anugerah Juara Lagu utk lagu Puncak Kasih.


    Album The Best Of Ziana Zain

    Lagu Popular 1998:
    Tiada Jodoh Antara Kita, Masih Ada Cinta, Perjuangan


    03.Noraniza Idris
    Album ini telah meletakkan Noraniza Idris dalam kelas tersendiri apabila lagu Dikir Puteri menjadi fenomena dan popular sehingga ke Thailand. Album ini juga berjaya terjual lebih 80,000 unit pada tahun itu.


    Album Masyhur

    Lagu Popular 1998 :
    Dikir Puteri, Dondang Sayang, Zapin Pusaka, 


    04.Awie (kini Dato')
    Tahun 1998 merupakan tahun comeback Awie apabila banyak lagu popular Awie menjadi perhatian peminat terutamanya Nur Nilam Sari (bersama Search), Terima Kasih dan Alif Ba Ta Duniaku. 


    Album Satu

    Lagu Popular 1998
    Nur Nilam Sari, Terima Kasih, Alif Ba Ta Duniaku


    05.KRU
    Dua album terbitan KRU iaitu  OST Silat Legenda dan album Inggeris pertama KRU The Way We Jam telah laris di pasaran. Imej KRU yg lebih matang juga ditonjolkan melalui album ini apabila lebih banyak muzik R&B, Hip Hop dan juga Dance Music ditonjolkan di dalam album ini. 


    Album The Way We Jam


    Lagu Popular 1998 :
    Fobia, Setia Bersama, The Way We Jam, For You, More Than Forever


    06.Amelina
    Album kompilasi Dang Dang Dut 2 ini juga laris di pasaran apabila lagu Memori Daun Pisang sgt popular di kalangan peminat muzik tanah air. Malah, Amelina menjadi artis Dangdut pertama ada single Dangdut dalam Bahasa Inggeris iaitu Come Take My Hand (remake Yang Indah Yang Hangat).


    Album Dang Dang Dut 2

    Lagu Popular 1998 :
    Memori Daun Pisang, Bulan Cinta, Come Take My Hand


    06.Anuar Zain
    Kemunculan semula Anuar Zain versi dewasa dengan konsep album Pop R&B sememangnya menarik perhatian ramai peminat tanah air. Malah, album ini juga telah mempamerkan kekuatan vokal Anuar Zain dalam lagu-lagunya yang bernada tinggi dan berentak R&B soul. Anuar Zain juga layak ke final Anugerah Juara Lagu 1998 dengan lagu Bila Resah.


    Album Anuar Zain

    Lagu Popular 1998:
    Bila Resah, Jangan Bersedih Lagi, Tangisan Naluri, Musim Berlalu, Kita


    07.Elite

    Spice Girls Malaysia ini mmg sgt fenomena apabila album kedua mereka meletup di pasaran. Masih mengekalkan konsep Dance Music, lagu2x di dalam album ini juga lebih mantap dan sedap di dengar. Malah tarian Tamparan Wanita di dalam muzik videonya menjadi ikutan para peminatnya. 



    Album Tamparan


    Lagu Popular 1998:
    Tamparan Wanita, Trauma, Sesuatu Di Dalam Dirimu, Dua Hati, Dirinya Dirimu Diriku, Lihatlah Dunia


    09.Spoon
    Spoon telah menjadi artis baru paling popular tahun 1998 apabila lagu mereka Rindu Serindu Rindunya menjadi salah satu lagu paling popular tahun 1998. Malah album mereka juga terjual lebih 100,000 unit di pasaran. 


    Album Spoon

    Lagu Popular 1998 : 
    Rindu Serindu Rindunya, Sepenuh Hati, Kota


    10.Liza Hanim
    Album kedua Liza Hanim telah membuktikan yang Liza Hanim adalah salah seorang Vokalis Terbaik negara. Kelunakan vokal beliau dalam mengalunkan lagu-lagu lama yg diberi nafas baru telah dipuji ramai pihak. 

    Album Di Manakan Ku Cari Ganti


    Lagu Popular 1998:
    Di Mana Ku Cari Ganti, Istana Cinta, Jangan Tinggalkan Daku, Rindu Hatiku Tidak Terkira, Tragedi Tenda Biru


    Penyanyi Popular Tahun 1998




    Semua Imej Adalah Carian Google.

    6 comments:

    1. Tok Ti tu bintang dia memang cerah dari dulu sampai sekarang ye GV. Kaya raya, comel pulak tu. Untung Dato K hihi

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hihi. Aah betul kak hainom Okje. hihi. Bintang Tok Ti sgt sgt sgt cerah. One In A Million. Mmg untung Dato K. Terima kasih sudi singgah. Nanti sy singgah kat blog akak pula. :)

        Delete
    2. Replies
      1. Hihi. Masa ni Dato'Ct rasa baru berusia 19 tahun kan. Terima kasih sudi singgah. Nanti sy singgah kt blog Khir Khalid. :)

        Delete
    3. Rsanya sampai skrg pown siti masih lgi dlm legasi tersendiri.... tetap popular setelah 21tahun dlm arena seni tanah air....

      ReplyDelete
      Replies
      1. setuju. Dato Ct masih lagi no.1 selepas 21 tahun lamanya. Living legend. Terima kasih sudi komen. :)

        Delete

    Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

    Popular Posts

    Waktu Solat

    Follow by Email

    Blogged.my

    Iklan Babab

    Powered by Blogger.