GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Arkib Hiburan
  • Penyanyi No.1 Malaysia
  • Infotainment
    • Meletop
    • Muzik
      • Album
      • Koleksi Lagu Ziana Zain
      • Lagu Era 1980 an
      • Lagu Era 1990 an
      • Lagu Era 2000 an
      • Lagu Era 2010 an
      • Lagu Era 2020 an
    • Anugerah
    • Raya
    • Makanan
    • Minuman
    • Filem
    • TV
    • Anime
    • Mimpi
    • Planet
    • Negara
    • Sihat
    • Sign In
  • About Us

GALAKSI VIRAL - Ingin tahu siapakah pemenang Bintang Paling Popular di Malaysia tahun 2024. Anda mungkin terkejut atau sebalikmya dengan senarai pemenang Bintang Paling Popular 2024. Jom kita lihat siapakah mereka yang begitu popular tahun 2024.







BINTANG PALING POPULAR 2024


01. DATO' SRI SITI NURHALIZA

Catatan :

Artis No.1 Malaysia dan Biduanita Negara Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza sememangnya satu nama yang sangat fenomena sejak tahun 1996 sehinggalah kini. Aura mega superstar beliau yang jarang ada pada artis lain sudah membuktikan beliau adalah legenda muzik Malaysia yang sangat berharga dan memberi impak yang sangat besar pada industri muzik hiburan tempatan & Nusantara.



02. BELLA ASTILLAH

Catatan :

Bella Astillah adalah nama yang cukup popular di Malaysia ketika ini. Nama beliau trending di laman sosial media hampir setiap bulan daripada awal tahun lagi. Persembahan terbaik beliau di negara China juga tular dan mendapat pujian ramai. 



03. KAK LINA POM POM @ ELLY MAZLEIN

Catatan :

Artis Serba Boleh yang sangat berbakat, Kak Lina Pom Pom atau Elly Mazlein sememangnya Pengacara No.1 Malaysia ketika ini. Beliau juga cukup popular sebagai Penyampai Radio Carta ERA 40 dan lakonan komedi di dalam drama/filem tempatan. Populariti Kak Lina Pom Pom ketika ini juga berada di puncak kejayaan dan akan terus maju di masa hadapan.



04. AINA ABDUL

Catatan :

Aina Abdul adalah salah seorang Diva Pop Malaysia era 2020's yang sangat berjaya dan cemerlang ketika ini. Nama beliau kerap menjadi sebutan peminat seni hiburan tempatan kerana persembahan, lagu dan imej beliau yang sangat unik dan luarbiasa. Kehebatan vokal beliau juga dipuji ramai peminat. 



05. DOLLA 

Catatan : 

Kumpulan Dolla sudah menjadi salah satu kumpulan wanita legenda muzik Malaysia kerana berjaya  memperolehi kejayaan demi kejayaan dalam industri muzik Malaysia & Antarabangsa. Kesemua ahli Dolla juga sangat popular dan dikenali ramai iaitu Tabby, Sabronzo & Angel. Lagu Dolla juga turut popular di luar negara seperti di China, Korea Selatan, Eropah, Amerika & Rusia. 



KATEGORI UTAMA POPULAR :


PELAKON FILEM LELAKI POPULAR :

SYAFIQ KYLE



PELAKON FILEM WANITA POPULAR : 

NORA DANISH



PENYANYI LELAKI POPULAR :

KHAI BAHAR



PENYANYI WANITA POPULAR :

DATO' SRI SITI NURHALIZA 



PELAKON DRAMA LELAKI POPULAR :

REDZA ROSLI




PELAKON DRAMA WANITA POPULAR :

EMMA MAEMBONG



PENGACARA PALING POPULAR :

ELLY MAZLEIN



PENYAMPAI RADIO POPULAR :

ELLY MAZLEIN



PELAKON KOMEDI POPULAR :

ELLY MAZLEIN



ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR : 

DOLLA 



BBNU LELAKI POPULAR :

EVERTTS GOMES



BBNU WANITA POPULAR :

ERYSHA EMYRA 




FILEM PALING POPULAR  :

 SHERIFF : NARKO INTEGRITI

ARAHAN : SYAFIQ YUSOF
AKTOR UTAMA : ZUL ARIFFIN/SYAFIQ KYLE/DATO' AARON AZIZ
AKTRESS UTAMA : ELIZABETH TAN/AZIRA SYAFINAZ
PRODUKSI : SKOP PRODUCTION/ASTRO SHAW
TARIKH TAYANGAN : 18 APRIL 2024
KUTIPAN : RM 55 JUTA (MEI 2024)




DRAMA PALING POPULAR : 

LELAKI ITU

SALURAN : TV3 MALAYSIA
ARAHAN : ALONG KAMALUDIN/NUR AIN SHARIF
AKTOR UTAMA : DATO' ADI PUTRA
AKTRESS UTAMA : CHE PUAN SARIMAH/NUR FAZURA/NABILA HUDA
PRODUKSI : RUMAH KARYA CITRA
TARIKH TAYANGAN : 19 MAC - 25 APRIL 2024
JUMLAH TONTONAN : 10 JUTA PENONTON



LAGU MALAYSIA PALING POPULAR :  

MASING-MASING

ARTIS : ERNIE ZAKRI & ADE GOVINDA
KOMPOSER : ADE GOVINDA
PENULIS LIRIK : ADE GOVINDA / NABILA V
ALBUM : AURA
TAHUN : 2023



LAGU RAYA BAHARU MALAYSIA PALING POPULAR : 

ALAMAK RAYA LAGI

ARTIS : DE FAM
KOMPOSER : MAGE/JA'A/GLOWRUSH/AWAN/SOPHIA LIANA
PENULIS LIRIK : MAGE/JA'A/GLOWRUSH/AWAN/SOPHIA LIANA
TAHUN : 2024








GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber Rujukan :

Google Image

GALAKSI VIRAL - Setiap tahun negara kita akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa sejak tahun 1961 lagi. Pasti kita tertanya-tanya negara manakah yang paling banyak memenangi pertandingan ini setelah sekian lama ia dianjurkan. Jom kita baca.





NEGARA PALING BANYAK MENANG 

TILAWAH AL-QURAN 

PERINGKAT ANTARABANGSA 


01. MALAYSIA

Pemenang Kategori Qari (Lelaki) : 34

Pemenang Kategori Qariah (Wanita) : 41



02. INDONESIA 

Pemenang Kategori Qari (Lelaki) : 6

Pemenang Kategori Qariah (Wanita) : 8



03. IRAN

Pemenang Kategori Qari (Lelaki) : 11

Pemenang KategoriQariah (Wanita) : -



04. THAILAND

Pemenang Kategori Qari (Lelaki) : 3

Pemenang Kategori Qariah (Wanita) : 5



05. MESIR @ EGYPT

Pemenang Kategori Qari (Lelaki) : 3

Pemenang Kategori Qariah (Wanita) : -



05. MAGHRIBI @ MOROCCO

Pemenang Kategori Qari (Lelaki) : -

Pemenang Kategori Qariah (Wanita) : 3



06. BRUNEI 

Pemenang Kategori Qari (Lelaki) : 1

Pemenang Kategori Qariah (Wanita) : 1



06. LIBYA

Pemenang Kategori Qari (Lelaki) : 1

Pemenang Kategori Qariah (Wanita) : 1



07. KUWAIT / IRAQ / BAHRAIN 
FILIPINA / PAKISTAN

Pemenang Kategori Qari (Lelaki) : 1 (KUWAIT/IRAQ/BAHRAIN)

Pemenang Kategori Qariah (Wanita) : 1 (FILIPINA/PAKISTAN)



GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber Rujukan :

Google Image

GALAKSI VIRAL - Pernah dengar lagu Thailand ? Jika nak tahu, di Asia Tenggara hanya dua negara sahaja yang mempunyai Carta Billboard  Hot 100 Songs iaitu Thailand & Vietnam. Manakala negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Singapura, Indonesia & Filipina hanya mempunyai Carta Billboard Hot 25 Songs sahaja buat masa ini. Ini adalah kerana industri muzik Thailand & Vietnam sangat aktif, mempunyai daya saing tinggi, muzik  berkualiti dan pasaran muzik yang sangat kukuh sehingga ia mampu mengeluarkan beratus-ratus lagu sepanjang tahun untuk peminat muzik tempatan. Oleh yang demikian, mari kita lihat lagu manakah yang paling popular di Thailand ketika ini.



LAGU THAILAND POPULAR TAHUN 2024


01.I LIKE YOU/BACK TIME

Artis : PtrpStudio @ Phattharaphon Sueabunmi

Genre : Thai Pop

Tahun Terbitan : 2022

Catatan :

Lagu ini sangat popular bukan sahaja di Thailand, malah di seluruh negara Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Kalau selalu tengok sosial media terutamanya Tik Tok pasti sangat familiar dengan lagu ini. Lagu sempoi tapi comel ini juga menunjukkan lagu Thailand sangat mementingkan identiti muzik mereka  yang tersendiri walau semoden mana pun lagu mereka. Sebab itu kita mudah kenal lagu Thai apabila kita mendengarnya.

Video Muzik I Like You/Back Time



02. CHARM

Artis : LYKN @ Lycan feat Joong & Pond

Genre : Dance/Hip Hop

Tahun Terbitan : 2024

Catatan :

Lagu ini tengah meletop di Thailand kerana ia menampilkan kolaborasi hebat daripada kumpulan BTS versi Thailand bersama dua aktor Thai muda yang semakin meningkat naik ketika ini. Kumpulan LYKN ini juga kerap trending di sosial media Asia Tenggara kerana lagu, bakat, rupa dan nilai komersial yang dimiliki mereka cukup diminati ramai. Video muzik lagu ini juga pastinya akan mengingatkan kita kepada video muzik Dolla Damelo kerana terdapat adegan menari di padang pasir dan  kawasan berair. Koreografi tarian mereka di dalam video muzik Charm ini juga sangat menarik. 

Video Muzik Charm




03. GHOST

Artis : Jeff Satur

Genre : Modern Ballad

Tahun Terbitan : 2024

Catatan :

Jeff Satur boleh dikatakan antara Putera Pop Thai yang sangat popular ketika ini. Lagu Ghost ini pernah menjadi juara Carta Billboard Hot 100 Thailand pada tahun 2024 dan juga sangat popular ketika ini. Beliau mempunyai kualiti vokal yang sangat bagus dan produk muzik yang dihasilkannya juga sentiasa berkualiti tinggi. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza daripada muzik Thai yang tipikal, mungkin lagu Ghost boleh menjadi kegemaran anda. 

Video Muzik Ghost




04. HEY HEY

Artis : Milli feat Hi Apaporn

Genre : Thai Hip Hop/Thai Folk

Tahun Terbitan : 2024

Catatan :

Intro lagu ini sudah cukup mengambarkan betapa uniknya lagu Hip Hop Thailand ini. Milli yang juga dikenali sebagai Nicki Minaj Thailand sememangnya cukup hebat dalam mengeluarkan produk lagu Hip Hop yang berbeza dan unik. Jika anda pernah baca berita hiburan Thailand sebelum ini, Milli pernah membawa pulut mangga atas pentas ketika persembahan di Amerika Syarikat sehingga trending di seluruh dunia. Lagu Hey Hey ini menampilkan penghibur legenda Thailand Hi Apaporn dan ia cukup menambahkan lagi keistimewaan dan keunikan lagu ini lagi. Video muzik lagu ini juga penuh adegan komedi dan kelakar. 

Video Muzik Hey Hey




05. CHEERS

Artis : Bear Knuckles

Genre : Thai Hip Hop/Thai Folk

Tahun Terbitan : 2023

Catatan :

Kumpulan vokal Bear Knuckles adalah antara kumpulan yang cukup popular ketika ini. Di Thailand ada satu trend di mana lazimnya kumpulan vokal di Thailand mesti ada sekurang-kurangnya seorang penyanyi/rapper lelaki dan dua wanita atau sebaliknya di dalam kumpulan itu. Majoriti kumpulan ini membawakan muzik lagu Dance Music/House Music/EDM/Rap/Hip Hop. Namun trend itu mula beransur kurang apabila muncul kumpulan vokal Thailand yang kesemua ahlinya adalah lelaki seperti kumpulan LYKN dan ahli wanita 4EVE. Apa yang menarik mengenai lagu ini ialah lagu ini sangat energetik, fun dan intro lagu ini pastinya akan mengingatkan kita kepada lagu drama komedi Singapura Phua Chu Kang. Pasti anda akan turut ikut menyanyi dan menari bila dengar lagu ini nanti.

Video Muzik Cheers




06. NONG 

Artis : Three Man Down feat URBOYTJ

Genre : Modern Rock/Rap.Hip Hop

Tahun Terbitan : 2022

Catatan :

Kumpulan Modern Rock Thailand, Three Man Down antara kumpulan muzik Thai yang konsisten menghasilkan lagu super hits era ini. Lagu Nong ini sangat menarik kerana mengingatkan kepada konsep muzik Linkin Park awal era 2000 an dahulu. Jika anda tidak pernah dengar lagu Modern Rock Thailand, jadi anda bolehlah cuba mendengar lagu ini. 


Video Muzik Nong



GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber Rujukan :

Google Image, You Tube


GALAKSI VIRAL - Rancangan Realiti TV Popular Netflix iaitu The Circle telah menampilkan kejutan apabila buat pertama kali dalam sejarah dunia apabila menampilkan Manusia Buatan AI (Artificial Intelligence) masuk bertanding dalam rancangan realiti berlawan dengan manusia sebenar. Ia seperti kita sudah menuju ke zaman seperti filem Hollywood  tahun 2001 iaitu A.I Artifial Intelligence (lakonan Jude Law) dan filem Terminator (Arnold Schawzenegger). Di bawah ada trivia & review ringkas berkenaan Rancangan Realiti TV The Circle ini. 



TRIVIA

THE CIRCLE 

Negara Asal : United Kingdom

Tahun Siaran : 2020 - kini

Francais Rancangan : Amerika Syarikat, Brazil & Perancis (sehingga 2022)

Konsep Rancangan :  

- Antara rancangan realiti TV paling unik pernah diwujudkan kerana semua peserta akan menggunakan sepenuhnya platform sosial media yang direka khas untuk rancangan ini iaitu The Circle untuk bertanding. 

- Setiap musim akan ada antara dalam 6 hingga 10 peserta dan mereka akan ditempatkan di dalam apartment berbeza serta tidak mengenali antara satu sama lain untuk bertanding. Mereka cuma akan berinteraksi dengan hanya menggunakan aplikasi The Circle. 

- Aplikasi The Circle ini adalah seperti kombinasi Facebook, Aplikasi X dan Instagram dalam satu platform.


Logo platform sosial media The Circle

- Cara mereka bertanding ialah mereka perlu letak rating No.1 sehingga Terakhir di mana peserta yang mendapat kedudukan tertinggi akan menjadi "Influencer" di mana mereka akan ada kuasa untuk "blocked" atau singkirkan peserta yang mereka tidak gemari atau peserta yang menjadi saingan hebat mereka. 

- Semua peserta boleh mencipta profil akaun The Circle masing-masing dan terpulang pada mereka samada mereka letak gambar mereka sendiri atau menyamar menjadi orang lain (catfish). Di sini lah menjadikan rancangan ini semakin menarik kerana hampir semua episod ada plot twist samada peserta itu menyamar guna profil orang lain atau kedudukan rating mengejutkan atau permainan online yang boleh buat peserta tersentap atau terkedu. 

- Paling mengejutkan ialah musim keenam edisi Amerika Syarikat tahun 2024 apabila buat pertama kalinya Manusia Ciptaan AI (Buatan Cerdas) masuk bertanding dan menyamar menjadi manusia realiti. Teknologi terkini menunjukkan Manusia Buatan Cerdas ini sudah mencapai tahap boleh menganalisa sifat simpati dan empati manusia apabila berbicara dengan manusia sejati. Terminator era is coming guys.

Peserta The Circle edisi Amerika Syarikat Tahun 2024


- AI ini mencipta profil manusia bernama Max dan semua peserta yang bertanding dengannya tidak menjangkakan yang Max ini adalah manusia AI. Hadiah berbentuk wang berjumlah besar juga menanti pemenang rancangan ini. Anda boleh tonton rancangan di dalam Netflix. 

REVIEW :

YAY : 

- Rancangan ini sangat menarik kerana ia penuh kejutan dan sangat mencerminkan situasi realiti teknologi zaman kini iaitu penggunaan sosial media sebagai alat komunikasi utama. 

- GV suka tengok reaksi peserta terutamanya apabila mereka dapat tahu terdapat peserta lain tidak sama langsung seperti di dalam profil selepas mereka disingkirkan atau sewaktu finale di mana semua peserta akan berjumpa secara realiti. 

- Permainan online mereka yang banyak berkaitan budaya pop juga sangat menarik. Kedudukan rating yang menentukan siapa paling popular untuk menjadi Influencer juga sukar dijangka kerana ia sentiasa berubah-ubah. 

- Komentetar spontan oleh hos dalam rancangan ini juga kelakar dan sangat sesuai dengan situasi peserta ketika itu,.

- Ia juga boleh dikatakan refleksi cerminan kehidupan realiti Pempengaruh @ Influencer yang sebenar di dalam dunia realiti. 

- Kehadiran manusia AI iaitu Max di dalam pertandingan ini menunjukkan manusia klon/tiruan sudah boleh mempunyai emosi sendiri. Emosi ini diperolehi melalui analisa mesin buatan cerdas itu sendiri.. 

NAY :

- Kadang-kadang chit chat peserta di aplikasi The Circle agak bosan. 

- Agak luar biasa kerana hampir semua peserta finale  rancangan ini majoritinya adalah peserta lelaki tidak kira fraincais negara UK, US, Brazil atau Perancis walaupun ramai peserta wanita yang masuk bertanding. Walaupun begitu, pemenangnya adalah variasi. 

- Strategi asas dalam pertandingan ini jangan sekali-kali letak gambar yang kelihatan seperti super model dan super good looking kerana ia menjadikan mereka sasaran awal di mana profil mereka akan dipertikaikan oleh peserta lain samada gambar itu gambar benar atau sebaliknya. 

- Lebih baik letak gambar tanpa solekan atau kurang seksi bagi wanita. Manakala bagi lelaki pula letak gambar profil bersama keluarga atau haiwan kesayangan untuk meningkatkan tahap kepercayaan peserta lain dan seterusnya memberikan rating tinggi kepada diri mereka.

- Pakatan antara mereka juga perlu diwujudkan agar mereka boleh beri rating tinggi kepada ahli pakatan masing2x agar kekal dalam pertandingan. Jadi ia menyebabkan agak mudah meramal kedudukan rating peserta, namun ia jarang berlaku. 

Profil manusia ciptaan AI yang dicipta oleh AI 

Rupa bentuk AI yang mencipta profil Max di dalam platform sosial media The Circle




GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber Rujukan :
Google Image, Neflix

GALAKSI VIRAL - Pernah lihat bunga yang seram dan menakutkan ? Jika tidak pernah, jom kita lihat bunga apakah yang dikatakan bunga seram, unik dan di luar pemikiran manusia. 



BUNGA PALING SERAM DI DUNIA

1. ANTIRRHINUM MAJUS @ SNAP DRAGON SEED POD
Catatan:
Bunga ini cantik ketika segar mengembang tetapi bertukar menjadi bentuk tengkorak manusia apabila ia gugur dan layu. Ia boleh dijumpai di negara Amerika Utara Barat & Mediterannean Barat.




2. DRACULA SIMIA @ MONKEY FACE ORCHID
Catatan :
Bunga yang berbentuk seperti monyet dan drakula ini boleh dijumpai di negara Ecuador.




3.ANGULOA UNIFLORA @ SWADDLED BABIES
Catatan :
Bunga ini kelihatan comel dan seram pada satu masa yang sama kerana kelihatan ada bayi di dalam selimut tetapi sebenarnya ia adalah bunga. Ia boleh dijumpai di negara Ecuador, Columbia & Venezuela.




4.CUPHEA ILLAVE @ BAT FACE CUPHEA
Catatan :
Bunga yang kelihatan seperti haiwan kelawar ini pasti menggerunkan. Ia boleh ditemui di negara Mexico.




5.CHIRANTHODENDRON PENTADACTYLO  @ DEVILS HAND
Catatan :
Bunga yang dikenali Tapak Tangan Syaitan ini juga dikenali dengan nama Bunga Tapak Tangan Monyet. Ia boleh didapati di negara Mexico & Guatamela.




6.HYDNORA AFRICANA @ SUBTERRANEAN PLANT
Catatan : 
Antara bunga paling pelik di dunia di mana pokoknya tumbuh dalam tanah dan bunganya di atas permukaann tanah. Baunya juga busuk di mana ia menjadi daya penarik pendebungan semula jadi seperti kumbang. Ia boleh didapati di negara Afrika Timur & Selatan, Madagascar & Arab Selatan.




7.  ORCHIS ITALICA @ NAKED MAN ORCHID
Catatan : 
Bunga seakan manusia ini boleh dijumpai di kawasan Mediterranean seperti Timur Tengah, Malta, Cyprus, Turki, Greece, Itali, Sepanyol, Portugal dan kepulauan Aegean.




8. IMPATIENS BEQUAERTII @ DANCING GIRLS
Catatan :
Bunga ini unik kerana ia berbentuk seakan gadis sedang menari. Ia boleh dijumpai di negara Afrika Timur.




9. ARISTOLOCHIA PIPEVINE @ DARTH VADER FLOWER
Catatan :
Bunga berbentuk Darth Vader boleh didapati di Mexico, Peru & Chile.




10. PSYCHOTRIA ELATA @ HOOKER'S LIPS
Catatan :
Bunga berbentuk bibir kena suntik botox ini boleh ditemui di kawasan negara Costa Rica, Panama, Equador & Colombia

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/




Sumber :
BungaUnik, HorrorFlower, WEIRDFLOWER







Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Pelawat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • SHARIFAH AINI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • SARAPAN PAGI PALING POPULAR DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2003 DI MALAYSIA
  • PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.
  • AIR MINUMAN YANG PALING KERAP DIPESAN DI RESTORAN MAKANAN

Infotainment Muzik

  • INFO ALBUM
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment Boom

  • INFO ANIME
  • INFO ANUGERAH
  • INFO ARKIB HIBURAN
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO MIMPI
  • INFO MINUM
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO RAYA
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Ogo 20261
  • Jul 20261
  • Mei 20266
  • Mac 20263
  • Feb 20262
  • Nov 20254
  • Sep 20251
  • Ogo 20252
  • Mei 20256
  • Jul 20241
  • Mei 202411
  • Apr 20244
  • Jan 20241
  • Nov 20231
  • Dis 20221
  • Jul 20221
  • Apr 20215
  • Mac 202115
  • Okt 20201
  • Sep 20208
  • Ogo 202025
  • Jul 20208
  • Jun 20203
  • Mei 20202
  • Jan 20201
  • Nov 20195
  • Okt 20191
  • Feb 201823
  • Jan 201811
  • Dis 201732
  • Nov 201749
  • Okt 20173
  • Sep 20171
  • Ogo 201747
  • Jul 2017106
  • Mei 20174
  • Apr 201713
  • Mac 20176
  • Feb 201716
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes