Ads Top

ANIME PALING POPULAR TAHUN 2024

GALAKSI VIRAL - Anime sudah lama menjadi kegilaan peminat hiburan seluruh dunia termasuk Malaysia. Antara anime yang pernah meletop di Malaysia dari zaman era 90 an hingga hujung era 2010 an ialah Doraemon, Dragon Ball, Sailor Moon, Detective Conan, One Piece, Naruto, Bleach & Attack On Titan. Oleh yang demikian, mari kita lihat anime apakah yang kini menjadi kegemaran untuk era awal 2020 an. Informasi ini pastinya akan menjadi rujukan utama kepada pihak yang ingin mengkaji fenomena anime era awal 2020 an pada tahun 2050 nanti. 




ANIME JEPUN PALING POPULAR 

TAHUN 2024


1. DEMON SLAYER : KIMETSU NO YAIBA 

Negara : Jepun

Anime Mula Ditayangkan : 28 September 2019

Musim Terkini 2024 : 4 

Catatan :

Fenomena anime ini adalah sehebat anime Doraemon, Dragon Ball dan Naruto Shipudden. Setiap kali episod baru anime ini dikeluarkan, ia pasti menjuarai carta rancangan Netflix dan semua platform media yang menayangkannya. Malah filem anime ini pernah menjadi filem Jepun paling laris di Jepun tahun 2020. Mutu kualiti anime ini sangat hebat dan semua momen perlawanan kuasa dalam filem ini adalah sehebat fight scene Naruto, Dragon Ball, Bleach, Attack On Titan dan One Punch Man. Anime ini berkisarkan Tanjiro yang berusaha menjadi Hashira dan mempunyai adik hybrid separuh demon separuh manusia. Teknik lawan seperti Sun Breathing Sun, Water Breathing Water, Light Breathing etc juga sangat unik dan menjadi trademark anime ini. 



2. JUJUTSU KAISEN

Negara : Jepun

Anime Mula Ditayangkan : 19 September 2020

Musim Terkini 2024 : 2

Catatan :

Anime ini cukup popular di Malaysia kerana terdapat episod yang menyebut nama Kuala Lumpur dan Kuantan Pahang di dalam adegan anime ini. Lokasi yang begitu spesifik mengenai Malaysia ini menunjukkan penulis anime ini sememangnya sangat biasa dengan kawasan Malaysia ini. Fight scene anime ini makin lama makin hebat, menarik dan di luar jangkaan. Anime ini mengisahkan Yuji Itadori yang merupakan protege kepada mentor Satoru Gojo berlawan dengan demon yang jahat dan mempunyai kuasa luar biasa. Watak Satoru Gojo merupakan salah satu watak anime yang paling berkuasa di alam anime ketika ini. Antara kuasa yang digunakan dalam anime ini ialah Cursed Energy yang mempunyai pelbagai bentuk jenis kuasa bergantung kepada pemiliknya. 



3. HERO ACADEMIA

Negara : Jepun

Anime Mula Ditayangkan : 3 April 2016

Musim Terkini 2024 : 7

Catatan :

Anime ini antara anime era 2010 yang paling lama bertahan ketika ini. Ini disebabkan dinamik jalan ceritanya yang sangat menarik dan banyak momen fight scene yang best dan mantap. All For One and One For All. Itulah kuasa tahap tertinggi baik dan juga jahat. Ia juga dipanggil sebagai Quirks. Anime ini boleh dikatakan gabungan anime Naruto, Bleach & One Punch Man dalam satu anime kerana banyak kuasa yang agak sama seperti anime yang dinyatakan. Watak utama Deku pula sangat mengingatkan kepada watak Uzumaki Naruto dan Kurosaki Ichigo kerana mewarisi kuasa hebat daripada pemilik terdahulu. 



4. KAIJU NO.8

Negara : Jepun

Anime Mula Ditayangkan : 13 April 2024

Musim Terkini 2024 : 1

Catatan :

Anime ini antara anime generasi baru yang kerap trending di sosial media dan berada dalam Top 10 Anime paling popular di seluruh dunia. Ia mengisahkan Kafka Hibino yang bekerja sebagai pembersih mayat Kaiju (Raksasa) telah mendapat kuasa menjadi Kaiju @ Raksasa selepas terdapat Kaiju memasuki ke dalam badan beliau. Disebabkan itu beliau dinamakan sebagai Kaiju No.8. Kenapa No.8 ? Ini kerana terdapat manusia lain juga mempunyai kuasa sama dan turut dipanggil nama Kaiju No.9, No.10 dan No.2. Kita akan lihat jika anime ini berjaya menjadi anime paling popular era 2020 an atau sebaliknya selepas beberapa tahun nanti.



4. SPY X FAMILY

Negara : Jepun

Anime Mula Ditayangkan : 9 April 2022

Musim Terkini 2024 : 2

Catatan :

Antara anime yang unik kerana jalan ceritanya yang lain daripada lain. Ia mengisahkan seorang pengintip professional bernama Donovan Desmond yang mempunyai keluarga palsu bersama pembunuh upahan professional dan anak angkat yang mempunyai kuasa telepati. Mereka juga mempunyai anjing yang boleh meramal masa hadapan yang tinggal bersama. 



6. I WAS REINCARNATED AS 7TH PRINCE SO I CAN TAKE MY TIME PERFECTING MY MAGICAL ABILITY

Negara : Jepun

Anime Mula Ditayangkan : 2 April 2024

Musim Terkini 2024 : 1

Catatan :

Judul anime ini cukup mengambarkan trend anime baru era 2020 an banyak mengunakan judul panjang berjela-jela. Anime ini mengisahkan Putera Ketujuh bernama Lyold yang mempunyai kuasa magik luar biasa. Anime ini juga masih baru ditayangkan tapi kerap berada dalam Carta Top 10 anime paling popular ketika ini. 




7. JOJO BIZARRE'S ADVENTURE

Negara : Jepun

Anime Mula Ditayangkan : 6 Oktober 2012

Musim Terkini 2024 : 5

Catatan :

Anime ini adalah antara anime siri yang unik kerana kualiti anime yang sangat berbeza dengan anime lain dan banyak dialog anime ini yang memorable serta kelakar. Anime ini berkisahkan  waris watak utama Joestar yang berlawan dari satu keturunan ke keturunan lain dengan waris lawannya iaitu Dio Brando. Anime ini juga menarik kerana sentiasa memberi informasi ilmu pengetahuan mengenai negara yang mereka lawati dan antara negara pernah mereka pergi ialah Singapura. Budaya tempatan negara mereka lawati dan  dinyatakan dalam anime ini  juga sebenarnya salah satu X Factor kenapa anime ini menjadi sangat berbeza dengan anime lain. Selain itu, kuasa mereka yang dinamakan Stand itu juga selalunya menampilkan mempunyai kuasa yang di luar akal fikiran dan banyak momen anime yang mendebarkan serta memerlukan kita berfikir di luar kotak. 





GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia

Sumber Rujukan :

2 comments:

  1. Kalo pegi cosplay event mmg ini la character2 yg dieorg pilih. Kekadang kite je tersesat character lain =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. karekter anime tgh top skang. hihi. terima kasih sudi hadir blog GV. hihi

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.