Ads Top

MALAYSIA SUDAH ADA CARTA LAGU BILLBOARD SENDIRI ALA CARTA BILLBOARD USA HOT 100 SONGS 2022

GALAKSI VIRAL - Rasanya ini adalah kali pertama lihat lagu popular/laris di Malaysia setiap minggu boleh dirujuk di laman web Billboard USA. Sebelum ini kita hanya boleh rujuk Carta Lagu Paling Popular/Laris di Malaysia jika pihak RIM post dan update di sosial media mereka. Tetapi kini dengan adanya carta lagu ini di  laman web lagu antarabangsa ini, rujukan lagu paling popular di Malaysia boleh dirujuk dengan lebih jelas, sistematik, konsisten dan mudah. Ketika ini carta lagu utk Malaysia hanya terdapat dalam Top 25 dan mungkin berubah dari semasa ke semasa. Carta Billboard Malaysia mula dikumpul oleh pihak Billboard bermula bulan Februari 2022. Ini adalah sebahagian daripada rancangan carta lagu seluruh dunia untuk program carta Hits of The World oleh pihak Billboard antarabangsa di mana hampir lebih 40 negara turut serta menyertai Carta Billboard ini. Antara negara yang turut serta ialah Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, Taiwan, Thailand, Hong Kong etc. 

Kalau tak silap, masa era 90 an dulu, kedudukan lagu atau album laris di Malaysia pernah dimuatkan di dalam majalah Billboard USA/Antarabangsa. Dalam buku itu rasanya tulis Hits of the World juga kalau tak silap. Namun tidak pasti sehingga bila ia diteruskan kerana apabila masuk era awal 2000 an, Carta RIM yang pernah ditayangkan di TV dahulu pun sudah tidak ke udara lagi. 



Namun, selain daripada ini, berita gembira lain buat peminat seni hiburan ketika ini ialah dengar khabarnya Anugerah Industri Muzik 2022 akan diadakan pada bulan September 2022 ini. Harap ia jadi kenyataan. Kumpulan Dolla ada harapan besar nak menang Artis Baru Terbaik. Sebenarnya sudah lama dengar cerita yang Malaysia akan wujudkan Carta Lagu Billboard sendiri macam Billboard Hot 100 itu.  Dari awal 2010 an lagi dah dengar cerita ini. Nampaknya tahun 2022 baru wujud ya atau sebenarnya sudah lama ada sebelum ini cuma ramai tak tahu ???? Takpe la mana-mana pun. Ini sebenarnya satu perkembangan positif untuk pembangunan industri muzik Malaysia untuk terus maju jaya. 😍


4 comments:

  1. Mcm ada 25 lagu ja dlm carta. Kalau sampai 100, mgkn lebih byk lagu2 Melayu akan tersenarai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. hanya 25 lagu sahaja. rasa setakat ini cuma 3 lagu melayu malaysia je dapat masuk top 25 - casablanca, swipe dan chombi

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.