LAGU PALING POPULAR TAHUN 2002 DI MALAYSIA
GALAKSI VIRAL - Tahun 2002 masih lagi merupakan tahun kegemilangan Diva Pop Siti Nurhaliza kerana berjaya mengekalkan kejayaannya dalam bidang seni pada tahun ini seperti memenangi Anugerah Vokal Wanita Terbaik AIM 2002, Penyanyi Wanita Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2002, Anugerah Grandprix Voice Of Asia Kazakstan. Artis Pilihan Malaysia MTV Asia Award 2002 dan banyak lagi. Tahun ini juga merupakan tahun revolusi muzik baru daripada irama tangkap leleh kepada irama muzik kontemporari. Kumpulan Spider buat pertama kalinya memegang status Artis Tempatan dengan Jualan Album Paling Laris 2002 untuk album Aladdin di mana ianya terjual lebih 60,000 unit pada tahun itu. Kehadiran bakat baru dengan gaya nyanyian dan nada vokal berbeza daripada penyanyi senior terdahulu seperti Siti Sarah dan Misha Omar telah membawa satu arus perubahan di dalam bidang muzik Malaysia pada tahun itu.
TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR
TAHUN 2002
01. NIRMALA
Artis : Siti Nurhaliza
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Che'kem
Album : Sanggar Mustika
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu Nirmala adalah karya terbaik daripada Pak Ngah kerana mempunyai rentak irama tradisional yang menarik, unik, kompleks, segar, kemas, dinamik beserta liriknya yang penuh seni sastera dan puitis oleh penulis lirik hebat iaitu Che'kem. Dinyanyikan pula oleh Penyanyi No.1 Malaysia iaitu Diva Pop Siti Nurhaliza telah menjadikan lagu ini sebagai satu pakej lengkap dari sudut lagu terbaik dan popular. Lagu ini dijangka memenangi Anugerah Juara Lagu 2002 tetapi kalah mengejut dengan lagu Keliru (Ajai & Nurul). Walaupun begitu, lagu ini telah menjadi salah satu lagu Irama Malaysia yang sangat mashyur di Nusantara kerana keunikan melodinya yang sangat hebat itu. Lagu ini juga menguji vokal penyanyinya kerana perlukan stamina vokal yang mantap dan lenggok nyanyian yang tersendiri kerana terdapat beberapa bahagian yang pastinya sukar dinyanyikan jika tidak mempunyai teknik vokal yang betul. Video muzik lagu ini juga sangat cantik dengan menggunakan tema ala ala di negara Arab dan tarian lagu ini juga menjadi ikutan peminat seni hiburan. Maka tidak hairanlah jika lagu ini adalah Lagu Paling Popular Tahun 2002 di Malaysia.
02. KESETIAAN
Artis : Siti Sarah
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Musrad
Album : Sarah
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu Pop Balada ini adalah antara karya terbaik Ajai kerana lagunya yang agak berbeza dengan lagu Balada yang lain. Artis Baru Paling Popular Tahun 2002 iaitu Siti Sarah telah memberikan satu warna yang sangat berbeza di dalam menyanyikan lagu ini. Gaya nyanyian Siti Sarah yang lebih kepada gaya penyanyi R&B Barat itu telah menjadikan Sarah antara artis baru yang berpotensi besar untuk menjadi Diva Pop Baru di Malaysia. Pada mulanya nada suara Siti Sarah dikatakan mirip penyanyi suara gemersik Nora. Namun, Sarah telah membuktikan yang beliau mempunyai nada suara unik dan berbeza dengan penyanyi lain apabila ramai memuji kualiti vokal di dalam album sulung beliau ini. Malah, Siti Sarah juga mengulangi kejayaan Diva R&B Ning Baizura apabila album pertama beliau telah memenangi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2002/2003 (Ning memenangi Album Terbaik AIM 1993 dengan album pertamanya juga).
Artis : Anuar Zain
Komposer : Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik :
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini boleh dikatakan hampir setiap hari dimainkan di radio tempatan dan video muziknya pula di saluran TV NTV7 pada tahun itu. Menariknya, lagu ini juga cukup digemari oleh peminat bukan Melayu kerana ada beberapa peserta bukan Melayu yang memilih lagu ini untuk dinyanyikan di dalam pertandingan nyanyian di TV pada tahun berikutnya. Lagu ini juga sebenarnya telah menobatkan Anuar Zain sebagai Raja R&B Malaysia yang pertama kerana berjaya mengekalkan populariti Anuar Zain untuk jangka yang sangat lama dalam memperjuangkan irama Pop R&B Melayu dan seterusnya dapat mengumpul peminat generasi baru pada ketika itu. Malah, Anuar Zain juga dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki No. 1 Malaysia pada ketika itu kerana bakat dan populariti beliau yang seiring dan sejalan.
Artis : Misha Omar
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan
Album : Misha
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini sebenarnya bertambah popular pada tahun berikutnya iaitu 2003 apabila muncul menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 2003. Misha juga seperti Sarah di mana beliau di antara artis baru yang diberi perhatian peminat tempatan kerana mempunyai identiti vokal yang berbeza dengan penyanyi lain. Lagu ini juga seperti lagu Kesetiaan di mana memerlukan teknik vokal yang hebat dalam menyampaikan lagu dengan baik dan mantap. Lagu ini juga antara karya terbaik Adnan Abu Hassan dan memegang rekod lagu debut pertama yang berjaya menang AJL.
Artis : Spider
Komposer : Tam
Penulis Lirik : Loloq
Album : Aladdin
Tahun : 2002
Catatan :
Kehadiran album Aladdin yang membawakan muzik Ska Rock telah berjaya menawan peminat arus perdana apabila album ini muncul menjadi Album Tempatan Paling Laris Tahun 2002 (terjual lebih 60,000 unit) dan lagu Aladdin menjadi lagu Rock paling popular tahun itu. Muzik ska rock yang disampaikan oleh kumpulan Spider ini juga dikatakan antara gelombang muzik irama kontemporari baru yang mengubah landskap muzik tanah air daripada banyak lagu tangkap leleh kepada munculnya majoriti lagu Pop/Rock kontemporari. Kumpulan Spider juga adalah Kumpulan Muzik No.1 Malaysia tahun 2002.
06. KELIRU
Artis : Ajai & Nurul
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : Aidit Alfian
Album : AN
Tahun : 2002
Catatan :
Aidit Alfian cukup dikenali sebagai komposer unik kerana kerap menghasilkan lagu di luar kotak. Contohnya seperti lagu Keliru di mana ia menggunakan muzik retro Jepun kontemporari dan disampaikan secara duet oleh Ajai & Nurul. Lagu ini juga dikatakan antara lagu yang membawa satu genre muzik baru di Malaysia sehingga ianya berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 2002. Rasanya inilah puncak kejayaan di dalam karier Ajai & Nurul kerana berjaya menjadi Juara AJL 2002.
07. PERPISAHAN TERASING
Artis : KRU
Komposer :
Penulis Lirik :
Album : Empayar KRUjaan V2.0
Tahun : 2002
Catatan :
KRU sentiasa muncul dengan idea di luar kotak dan kejutan tidak terjangka apabila muncul dengan produk yang terbaru di dalam karier muzik mereka. Contohnya seperti lagu Perpisahan Terasing ini. Rasanya kumpulan KRU adalah artis pertama Malaysia yang mengabungkan dua lagi menjadi satu lagu dan hasilnya sangat mengagumkan. Lagu ini juga adalah merupakan Lagu Paling Popular di Radio Era tahun 2002.
08. SONATA MUSIM SALJU
Artis : Hazami
Komposer :
Penulis Lirik :
Album : Hazami
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini adalah adaptasi daripada lagu tema drama Korea paling popular di Asia tahun itu iaitu Winter Sonata. Hazami sepatutnya diberi kredit sebagai penyanyi pertama Malaysia yang menyanyikan lagu KPop di dalam album sendiri. Namun, pada tahun itu, perkataan KPop belum popular lagi seperti zaman kini (2019). Hazami juga seperti Sarah dan Misha Omar di mana mereka bertiga dikatakan bakal pelapis muzik Malaysia yang sangat berbakat dan wajar diberi perhatian ramai. Antara kelebihan Hazami yang lain ialah beliau juga seorang komposer yang hebat dan banyak lagu beliau dinyanyikan oleh penyanyi lain pada tahun-tahun berikutnya.
Artis : OAG
Komposer : Mulo
Penulis Lirik :Mulo
Album : Opera Radhi-O-Friendly
Tahun : 2002
Catatan :
Kumpulan OAG adalah legenda muzik Alternatif di Malaysia kerana mereka adalah perintis kepada irama berkenaan. Setelah beberapa tahun menyepikan diri, kumpulan OAG muncul membuat kejutan dengan menerbitkan album baru dan lagu Mega Hits mereka iaitu Slumber. Lagu ini sangat popular pada tahun 2002 dan merupakan lagu saingan sengit kepada lagu Aladdin.
Artis : Zamani
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : Ad Samad
Album : Zamani
Tahun :2002
Catatan :
Intro lagu ini yang seakan bunyi muzik sarkas cukup mengambarkan betapa uniknya lagu ini. Maka tidak hairanlah jika dinamakan pencipta lagu ini adalah Aidit Alfian kerana beliau sememangnya amat terkenal dengan lagu di luar kotak. Single debut solo Zamani ini memang meletop pada tahun 2002 dan lagu ini pernah dijadikan jalan cerita VCD pada tahun berikutnya. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke peringkat AJL 2002.
11. AKAN DATANG
Artis : Amy Mastura
Komposer : Iman Wan
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Akan Datang
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini unik kerana mempunyai intro lagu seakan lagu iklan. Judul lagu ini juga kreatif kerana menggunakan judul Akan Datang. Muzik lagu ini juga cukup segar dan baru menjadikan Amy Mastura sebagai penyanyi cukup peka dengan pembaharuan muzik semasa. Imej album ini yang ditampilkan dengan ala penyanyi Jepun sememangnya amat sesuai dengan Amy Mastura yang cukup terkenal dengan perwatakan ceria itu. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya ke final AJL 2002 dan menang Kulit Album Terbaik AIM 2002/2003.
12. SAMPAI BERTEMU
Artis : Erra Fazira
Artis : Erra Fazira
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Sampai Bertemu
Album : Sampai Bertemu
Tahun : 2002
Catatan :
Catatan :
Pada tahun ini, Erra telah mencapai satu puncak kejayaan di dalam karier beliau apabila media hiburan dan peminat seni tempatan menobatkan beliau sebagai Primadona Alaf Baru. Beliau juga dipuji kerana menjadi satu-satunya Artis Wanita pada ketika itu yang cukup cemerlang di dalam bidang filem dan muzik untuk jangka masa yang agak lama. Berbalik kepada lagu Sampai Bertemu, lagu ini sebenarnya telah berjaya mengekalkan populariti Erra sebagai salah seorang penyanyi Pop yang berbakat besar dan popular. Lagu Sampai Bertemu juga adalah antara karya terbaik daripada Adnan Abu Hassan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LAGU ASIA
PALING POPULAR DI MALAYSIA
(KOREA SELATAN)
Artis : Ryu Si-Won
Komposer : N/A
Penulis Lirik : N/A
Album : Winter Sonata OST
Album : Winter Sonata OST
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini adalah pencetus kepada fenomena drama korea dan muzik KPop di seluruh dunia termasuk Malaysia. Lagu ini ada dua versi untuk Bahasa Korea. Satu versi daripada penyanyi asal iaitu Ryu Si-Won dan kedua daripada pelakon lelaki drama Winter Sonata iaitu Bae Yong-Joon. Yang pastinya lagu ini adalah Asia paling popular di Malaysia dan menerima saingan sengit daripada lagu Asia yang lain iaitu Seberapa Pantas (Sheila On 7) dan Dora Re Dola (Devdas) yang juga tidak kurang popularnya di kalangan peminat muzik tempatan.
------------------------------------------------------------------------------------------------
LAGU ANTARABANGSA
PALING POPULAR DI MALAYSIA
THE KETCHUP SONG (ASEREJE)
(SEPANYOL)
Artis : Las Ketchup
Artis : Las Ketchup
Komposer : Manuel Ruiz
Penulis Lirik : Manuel Ruiz
Album : Hijas Del Tomate
Tahun : 2002
Catatan :
Lagu ini berjaya mengulangi fenomena lagu Macarena pada tahun 1996. Seperti lagu Macarena, lagu ini adalah lagu rancak dan mempunyai koreografi tarian tersendiri yang menjadi ikutan para peminat pada tahun itu. Lagu ini juga mencipta kejutan apabila berada di kedudukan kedua di dalam Carta 100 Terhangat ERA pada tahun 2002. Maka tidak hairanlah jika lagu ini dinobatkan sebagai Lagu Antarabangsa Paling Popular di Malaysia.
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber : Google Image
lagu ketchup song (the asreje) tu memang favourite akak.
ReplyDeletetahun 2002 kan kak. lagu itu mmg best. hihi.
DeleteTerbaik. Teruskan menulis untuk tahun2 lain pula. Sebab sy xmembesar sezaman2 dahulu, tak tahu sgt lagu2 apa yg femes waktu tu, mungkin tahu beberapa kerat je. Keep it writing.
ReplyDeleteterima kasih. GV amat menghargainya. teruskan layari blog GV ya. Anda mmg terbaik. hihi
Delete