Ads Top

MEE SEGERA MALAYSIA ADALAH MEE SEGERA PALING SEDAP DAN TERBAIK DI DUNIA

GALAKSI VIRAL - Mee segera di Malaysia sudah menjadi salah satu makanan paling penting di kalangan penduduk tempatan. Antara jenama mee segera yang cukup popular di Malaysia ialah Maggi, Mamee, Cintan, Adabi dan banyak lagi.

                             

SEJARAH MEE SEGERA 

Mee segera mula diperkenalkan di Jepun oleh Momofuku Ando melalui syarikat miliknya iaitu Nissin Food Product Co.. Beliau mula mendapat idea mencipta mee segera selepas melihat ramai orang beratur hendak membeli mi ramen segar dari sebuah gerai pasaran gelap akibat kekurangan makanan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Antara produk awal yang dikeluarkan ialah Chicken Ramen pada tahun 1958 dan Cup Noodle pada tahun 1971. Pada tahun 2005, Ando telah mempromosikan Cup Noodle yang boleh dinikmati oleh angkasawan dalam kapal angkasa Discovery. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia pada 7 Januari 2017 dan meninggalkan legasinya kepada ahli keluarganya yang lain untuk meneruskan warisan mee segera beliau yang cukup popular di seluruh dunia itu.

MEE SEGERA MALAYSIA TERBAIK DI DUNIA 

Jika anda selalu baca review makanan mee segera seluruh dunia, pastinya anda akan mengenali seorang pengkritik makanan mee segera yang sangat popular iaitu Hans Lienesh. Nama lain bagi beliau ialah The Godfather of Ramen kerana ilmu pengetahuan  beliau cukup meluas mengenai industri makanan mee segera ini di peringkat dunia. Beliau berasal daripada Amerika Syarikat dan sudah mula makan mee segera sejak kecil lagi. Boleh dikatakan sudah merasai hampir semua mee segera di seluruh dunia ini. Beliau juga akan memberikan ulasan setiap ramen atau mee segera beliau makan samada sedap atau sebaliknya. Yang bagusnya mee segera Malaysia antara makanan yang kerap dipuji oleh beliau dan telah menamakan empat mee segera Malaysia berada di dalam senarai mee segera paling terbaik sepanjang masa. Oleh itu, mari kita lihat mee apakah yang berada di dalam Carta  10 Mee Segera Terbaik Sepanjang Masa Edisi Tahun 2017 seperti yang telah disenaraikan oleh beliau di bawah. 


MEE SEGERA 
PALING SEDAP 
DI DUNIA EDISI 2017



01. SINGAPURA
PRIMA TASTE SINGAPORE LAKSA WHOLEGRAIN LA MIAN
CATATAN :
Makanan mee segera Singapura sebenarnya tidak banyak bezanya dengan Malaysia kerana kita berkongsi budaya yang sama. Beliau memuji Laksa Singapura ini kerana meenya yang padu, kental dan kuah laksa yang sangat lazat. 




02. MALAYSIA
MY KUALI PENANG SPICY PRAWN SOUP NOODLE 
CATATAN :
Mee Udang segera  pedas buatan Malaysia ini pastinya menggamit perasaan selera yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja menikmatinya. 



03. SINGAPURA
NISSIN STRAITS KITCHEN / STRAITS REBORN LAKSA
CATATAN :
Satu lagi produk Laksa Singapura yang sedap di makan.



04. MALAYSIA
CARJEN CURRY LAKSA 
CATATAN :
Kari Laksa Nyonya mmg terbaik dengan kuahnya yang super duppa lazat dan terasa keenakannya.



05. MALAYSIA
MYKUALI PENANG RED TOM YUM GOONG NOODLE
CATATAN :
Mee segera Tomyam ini adalah Juara Mee Segera Terbaik Edisi 2015.
Ianya tersenarai mungkin kerana rasa kuah tomyamnya yang ada umpphhh dan keasliannya rasanya yang tiada tandingan.



 06. SINGAPURA
PRIMA TASTE SINGAPORE CURRY WHOLEGRAIN LA MIAN
CATATAN :
Mee segera kari daripada Singapura. 




 07. MALAYSIA
NYOR NYAR PENANG WHITE CURRY INSTANT NOODLE
Mee segera kari Malaysia turut tersenarai mungkin kerana rasa rencah karinya yang sedap dan lazat.




 08. HONG KONG
NISSIN DEMAE RAMEN STRAIGHT NOODLE BLACK GARLIC OIL TONKOTSU FLAVOUR INSTANT NOODLE 
CATATAN : 
Mee segera Hong Kong mempunyai nama yang sangat panjang. Mungkin kerana terdapat pelbagai perisa di dalam satu peket mee segera. 




 09. TAIWAN
 XIAO BAN MIAN SHALLOT & SCALLION OIL NOODLE
CATATAN : 
Mee segera Taiwan ini kelihatan seperti Mee Tarik Asli je kan. 




 10. KOREA SELATAN 
PALDO BUDAE JIGAE RAMYUN
CATATAN : 
Mee segera Korea Selatan meriah  dengan pelbagai rasa dengan hot dog, keju, makaroni, kekacang, pork dan sup tradisi mereka.


Yang menariknya, tiada satu pun mee segera Jepun tersenarai di dalam carta Mee Segera Terbaik Sepanjang Masa. Rasanya mee Jepun tidak tersenarai mungkin kerana faktor perisa atau perasa mee itu sendiri. Dengan senarai ini, jelaslah mee segera Malaysia paling banyak digemari dan diakui terbaik di kalangan penggemar mee segera dunia. Rasanya salah satu faktor kenapa mee segera Malaysia dan Singapura menjadi kegemaran ramai ialah kerana perencah mee kita yang lebih variasi dan lebih rasa rempahnya yang padu. Lagipun negara kita berada di tengah pertembungan antara negara Barat & Timur. Jadi perisa dan resepi makanan di Malaysia akan terpengaruh dan terevolusi sendiri dengan percampuran budaya makan Timur dan Barat ini. Disebabkan itulah wujudnya pelbagai konsep makanan yang variasi seperti mee segera sendiri dan banyak lagi. 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : theramenrater.comPencipta Mee Segera, Imej Google

32 comments:

  1. tetiba rasa teringin nak makan meggi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Sama la GV kak. Tengok pic rasa lapar nak makan mee segera pula. huhu. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Mee segera Samyang okey juga kak Fatin. Antara paling top kat Malaysia tu. hihi. :)

      Delete
  3. Replies
    1. Chef laki mat saleh tu mmg pandai masak.. hihi. :D

      Delete
  4. datang lagi di laman ini..berbagai negara menu sama tapi beza wajah juadah..hehehe sedap nampak tu GV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzzaa Mr Etuza. Hihi. Aah mmg nampak sedap mee segera ni Mr Etuza. hihi. :D

      Delete
  5. mee segera yang malaysia tu sis jarang jumpa..huhu tapi memang mee segera malaysia terbaik,sis ada sedara di indonesia yang sangat suka sangat mee maggi curry,boleh masa pregnant ngidam..so kitaorang selalu lah pos kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu mee maggi curry. Bila kak Irda mention Indonesia. GV teringin pula dulu husband Melly Goeslaw pun suka makan maggi Malaysia pada tahun 2000 dulu. Hihi. Orang korea selatan pun suka mee segera kita. Terbaik kan kak. :)

      Delete
  6. Wah... sy peminat maggie curry. Tp xsangka plak malaysia antra yg mnjadi pilihan pngguna.itulah unik malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Ena. Hihi. Mee segera Malaysia mmg mempunyai ramai peminat luar negara. Hihi. :D

      Delete
  7. Replies
    1. Sama la GV mama. GV pun banyak tak try lagi mee kat atas. Hihi. :D

      Delete
  8. Baca entri ni rasa teringin nak makan mee segera :)

    ReplyDelete
  9. Baru lepas pekena Mamee Chef periksa Laksa Kari..
    Mungkin terkenal sebab kuah mee segera Malaysia istimewa dengan rempah ratus yang sedap bukan setakat clear sup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamee laksa kari. GV suka produk mamee. mee nya lebih kental dan perisanya juga sedap. Setuju kak LZ, rempah ratus mee segera Malaysia yg mungkin menarik perhatian orang luar negara untuk suka mee Malaysia. :)

      Delete
  10. Kdg2 waktu malam2 klu ada kerja, berselera juga nak makan me segera ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Mr Khir. Orang kata alas perut buat sementara waktu. Hihi. :)

      Delete
  11. ada masa malas nak makan nasi boleh makan meggi jelah...time hujan pun best makan meggi huhuhu..btw done follow back ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah macam GV. Masak megi cepat masak. Huhu. Terima kasih sudi follow balik kak Anzrarizal. :)

      Delete
  12. meggi for life! hohohoh ^^ paling best makan tengah malam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meggi sodap kan kak. Hihi. Makan tgh malam. Sama la GV kak. hihi. :D

      Delete
  13. kalau pegi travel..megi mesti ada buat stok..perisa tom yam..sedap gila!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, GV jrg travel. Kak JM kerap travel kan. stok perisa tom yam mmg lazat bangat. hihi. :)

      Delete
  14. To be very honest, akak tak pernah makan semua maggi Malaysia dalam list kat atas tu. Biasa laa mainstream orangnyaa. Makan Maggi dengan Mamee jee >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Takpe kak. GV just pernah rasa Penang White Curry je. Memang rasa sedap sangat kak. Lagi satu harganya agak mahal. GV selalu makan Mamee jew sebab mee dia tak kembang besar. hihi. :)

      Delete
  15. Status HALAL mee-mee segera ini bagaimana?

    ReplyDelete
  16. Boleh tengok review kat sini..

    https://www.theramenrater.com/2018/04/16/ramen-rater-top-ten-2018/

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.