Ads Top

SISTEM PLANET BARU DIJUMPAI MIRIP SISTEM SOLAR PLANET BUMI 2017.

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Terkini. Sistem planet yang mirip kepada Sistem Solar kita telah dijumpai pada hari Khamis bersamaan 14 Disember 2017 (tarikh/waktu tempatan). Ianya dinamakan dengan nama Sistem Kepler-90. Sistem planet ini sangat menarik kerana mempunyai lapan planet yang mengelilingi satu bintang tunggal seperti Matahari. Ciri-ciri Sistem Kepler-90 ini jelas menyamai dengan ciri-ciri Sistem Solar kita walaupun terdapat beberapa perbezaan yang lain. Dengan penemuan ini, secara rasminya Sistem Solar kita bukan lagi Sistem Planet Tunggal yang mempunyai lapan planet seperti sebelum ini. Ini juga menunjukkan keberangkalian wujudnya habitat makhluk asing di Sistem Planet Kepler-90. Ini adalah berdasarkan ciri-ciri asas persamaan dengan Sistem Solar kita. 

Planet Kepler-90g dan Kepler-90h
Sistem Kepler-90i


Penemuan bersejarah ini telah dilakukan oleh pihak NASA dan Google. Data dan maklumat berkenaan dikumpul melalui Kepler Space Telescope NASA. Jarak dari Bumi ke Sistem Planet baru ini ialah sejauh 2545 tahun cahaya. Di bawah adalah perbandingan dan persamaan antara Sistem Solar dan Sistem Kepler-90i. 


Gambar Perbandingan Susunan Planet Sistem Kepler-90 dengan Sistem Solar


Jika dilihat pada gambar grafik di atas, Planet Kepler 90i adalah planet ketiga di dalam Sistem Planet Kepler-90. Perbandingan pasti akan dilakukan antara Bumi dan Kepler 90i kerana kedua-duanya merupakan planet ketiga di dalam Sistem Planet masing-masing. Selain itu, ahli saintis juga pasti mahu membuat kajian samada wujudkah habitat makhluk asing di planet berkenaan atau sebaliknya.

Secara ringkasnya, Planet Kepler 90i ini adalah planet yang terdiri daripada batuan atau logam silikat. Planet ini mempunyai saiz lebih 30% besar daripada Bumi. Ianya juga mempunyai suhu permukaan yang sangat panas iaitu lebih 426 darjah celcius (purata suhu permukaan Bumi ialah 15 darjah Celcius). Planet ini juga mengorbit Bintang seperti Matahari selama 14.45 hari (Bumi mengambil masa 365 hari untuk mengorbit Matahari). 

Berdasarkan info di atas, kedua-dua planet mempunyai banyak ciri-ciri planet yang agak berbeza antara satu sama lain. Walaupun begitu, ianya tidak mustahil jika suatu hari nanti habitat makhluk lain mungkin  dijumpai di planet ini atau planet lain kerana keunikan dan misteri alam semesta ini sangat luar biasa dan di luar jangkaan pemikiran manusia. Ianya juga jelas menunjukkan  kebesaran kuasa Allah SWT Yang Maha Besar lagi Maha Agung. 



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : NASANational GeographicCNNTelegraph, Imej Google

10 comments:

  1. semakin banyak penemuan sekarang ni.. semakin dunia semakin tua agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. Semakin banyak penemuan dijumpai sekarang. Betapa besarnya kuasa Allah SWT ini. :)

      Delete
  2. Semakin banyak kajian dilakukan maka semakin banyak penemuan baru...tiada yang mustahil..jelas bukti kekuasaanNya tersangat luar jangkaan manusia..moga ini menjadikan kita lebih mensyukuri setiap nikmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak PC. Sama-samalah kita mensyukuri nikmat Allah yang sangat istimewa ini. Betapa besarnya kuasa Allah SWT ini kan kak. :)

      Delete
  3. Tanda tanda makin tua usia dunia. Kena sama sama kita beringat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Fatin. Sama2x la kita beringat. Betapa indahnya ciptaan Tuhan ini. :)

      Delete
  4. Nice sharing GV.. Ada lagi planet ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Shahida. Aah ada planet lagi kak. Hihi. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.