Ads Top

LAGU PALING POPULAR TAHUN 2001 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Tahun 2001 masih  merupakan tahun kejayaan Diva Pop Siti Nurhaliza kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer Ajai pula merupakan komposer paling popular pada  tahun itu. Tahun ini juga menyaksikan irama muzik daripada Indonesia sudah menguasai pasaran muzik Malaysia seperti Sheila On 7, Dewa, Padi, Gigi, Anang & Krisdayanti, Potret dan Shadein. Kemunculan Dayang Nurfaizah dengan album kedua berjudul Seandainya Masih Ada Cinta juga memberikan saingat sengit kepada populariti Siti Nurhaliza pada tahun itu. Pada tahun ini juga merupakan tahun kemuncak populariti lagu Arab daripada Timur Tengah apabila lagu Arab kerap dimainkan di stesen televisyen dan radio seperti lagu Pascale Machaalani dan Amr Diab. Selain itu, buat pertama kalinya lagu irama Nasyid berjaya menjadi juara carta lagu arus perdana iaitu Carta Era melalui lagu kumpulan In Team yang berjudul  Kasih Kekasih. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 2001 di Malaysia.







TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 2001


01. SEANDAINYA MASIH ADA CINTA
Artis : Dayang Nurfaizah  
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Syed ENV
Album : Seandainya Masih Ada Cinta
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Pop R&B Melayu paling popular di Malaysia tahun 2001. Kejayaan lagu ini merangkumi pelbagai anugerah baik kategori lagu terbaik dan lagu paling popular. Antara anugerah terbaik dimenangi ialah Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 2002 dan Juara Kategori Balada Anugerah Juara Lagu 2001. Manakala untuk kategori popular ialah anugerah Lagu Paling Popular Serantau Anugerah Planet Muzik 2002, Anugerah Pilihan Hits Pendengar Radio Kuala Lumpur Malaysia dan Radio Muzik 2002, Juara Carta Muzik Muzik 2001 selama 11 minggu dan tempat keempat di dalam senarai lagu 100 Terhangat di Era 2001. Lagu ini adalah salah satu signature song Dayang Nurfaizah yang menjadi sangat popular dan kekal malar hijau sehingga kini,. 




02. PERCAYALAH
Artis : Siti Nurhaliza
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Siti Nurhaliza
Album : Safa
Tahun : 2001
Catatan :
Lagu ini sangat popular tahun 2001 dan cukup diingati dengan keindahan serta kecantikan video muziknya  yang saban hari ditayangkan di saluran NTV7 ketika itu. Antara kejayaan lagu ini ialah memenangi anugerah kategori Lagu Pop Pilihan dan Video Muzik Pilihan di Anugerah ERA 2001 serta juara Carta Muzik Muzik 2001 selama 11 minggu. Lagu ini juga berjaya berada di kedudukan kedua dalam Carta 100 Terhangat di ERA 2001. 




03. PANDANG-PANDANG JELING-JELING
(Adunan Semula)
Artis : S.M. Salim feat Siti Nurhaliza 
Komposer : S. Atan
Penulis Lirik : S.M Salim
Album : S.M. Salim & Malaysian Philharmonic Orchestra Perjalanan Seni 
Tahun : 2001
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Irama Malaysia dan Lagu Kolaborasi Paling Popular di Malaysia tahun 2001. Pemilihan Siti Nurhaliza sebagai rakan duet lagu ini sememangnya pilihan tepat kerana keserasian nyanyian beliau bersama legenda muzik Malaysia Tan Sri SM Salim sangat merdu dan diminati ramai. Antara kejayaan lagu ini ialah memenangi anugerah kategori Lagu Etnik Pilihan dan Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan di Anugerah ERA 2001. Lagu ini berada di kedudukan ketiga di dalam Carta 100 Terhangat di ERA 2001.




04 . JESNITA
Artis : Exists 
Komposer : Harun Ahmad
Penulis Lirik : Fauziah Hashim
Album : Ada
Tahun : 2001
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di radio ERA kerana berjaya menjadi juara Carta ERA 2001/2002 selama 13 minggu dan seterusnya memenangi Anugerah Carta ERA 2002. Lagu ini juga berada di kedudukan pertama di dalam Carta 100 Terhangat di ERA. 





05 . MENADAH GERIMIS
Artis : Ziana Zain
Komposer : Azmeer
Penulis Lirik : Azmeer
Album : Aku Cintakan Mu
Tahun : 2001
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu Pop Balada terbaik yang pernah diterbitkan di Malaysia. Melodi lagu yang indah, lirik yang sangat mendalam dan kemantapan vokal Ziana Zain mengalunkan lirik lagu menjadikan lagu ini sangat mahal dan hebat. Maka tidak hairanlah jika lagu ini berjaya memenangi Juara Kategori Balada Anugerah Juara Lagu 2002. Lagu ini juga berjaya menjadi juara Carta Muzik Muzik 2002 selama 12 minggu. Video muzik lagu ini juga sangat menarik dan disukai ramai.




06 . RAIKAN CINTA
Artis : M.Nasir
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Phoenix Bangkit
Tahun : 2001
Catatan :
Lagu berirama World Music ini sememangnya sangat popular pada tahun 2001 dan merupakan salah satu karya terbaik Sifu Muzik Malaysia M.Nasir. Album lagu ini juga merupakan antara Album Terbaik tahun 2001 di Malaysia. 




07 . DEMI MASA
Artis : Raihan
Komposer : Abu Bakar
Penulis Lirik : Abu Bakar
Album : Demi Masa
Tahun : 2001
Catatan :
Lagu ini bukan sahaja popular di Malaysia tetapi juga di luar negara seperti Indonesia. Lagu ini pernah menjadi lagu latar di dalam salah satu sinetron di Indonesia dan ia mendapat sambutan hangat. Lagu ini juga merupakan salah satu karya terbaik Nasyid Malaysia yang pernah diterbitkan sehingga kini kerana melodi muziknya yang malar segar dan liriknya yang padu serta bermakna.






08 . INTIFADA

Artis :
Rabbani
Komposer : KRU
Penulis Lirik : B.Nuri
Album : Intifada
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini menyambung kehebatan lagu Rabbani yang terdahulu iaitu Pergi Tak Kembali dan secara tak langsung mewujudkan satu aliran irama nasyid baru iaitu nasyid versi Rabbani yang bermaksud lagu Nasyid berirama Dance Music. Lagu ini juga  merupakan salah satu lagu Nasyid generasi Millenium yang sangat popular sehingga kini. 




09 . MIMPI LAILA
Artis : Yasin
Komposer : Yasin
Penulis Lirik : Yasin
Album : Mimpi Laila
Tahun : 2001
Catatan :
Lagu ini boleh dikatakan lagu perintis kepada fenomena lagu Pop Arab untuk era ini kerana berjaya membawa impak yang besar kepada industri muzik pada ketika itu. Antara kejayaan lagu ini ialah  berjaya memenangi Anugerah Kategori Etnik Kreatif dan Anugerah Utama Juara Lagu 2001.




10 . CINTA GILA
(Adunan Semula)
Artis : Juliana Banos
Komposer : Joseph Lowe Anthony / Alda Bjork
Penulis Lirik : KrRU
Album : Jun
Tahun : 2001
Catatan :
Lagu berentak Dance Music ini sangat popular pada tahun 2001 dan lirik lagunya juga menjadi siulan peminat ketika itu. Populariti lagu ini juga mencerminkan senario muzik yang diversiti dan popular pada tahun 2001.


11 . BIDADARI
Artis : Tyco
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Tyco
Tahun : 2000
Catatan :
Kumpulan Tyco @ KRU ini sememangnya sangat kreatif di dalam mempelbagailkan produk muzik yang mereka pasarkan. Antaranya ialah kumpulan Tyco yang telah menjadi bintang animasi maya pertama di Malaysia. Lagu mereka yang paling popular ialah Bidadari yang berentak Dance Music.



\

12 . ANAK AYAM (FREAK TO THE BEAT)
(ADUNAN SEMULA)

Artis : Too Phat feat Damian
Komposer : Malique / Damian
Penulis Lirik : Too Phat
Album : Plan B
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini sangat popular kerana menjadi lagu perintis kepada lagu Hip Hop berbahasa Inggeris yang digabung bersama dengan melodi irama Melayu. Sampel muzik daripada lagu Sharifah Aini berjudul Kudaku Lari juga menambah perisa kepada keunikan lagu ini, Sebelum ini, irama muzik Hip Hop Irama Melayu sebegini pernah dibawa oleh penyanyi rap wanita Malaysia iaitu Nana Nurgaya pada tahun 1993. Namun usaha beliau mempopularkan muzik sedemikian hanya popular sementara sahaja. Namun, selepas lagu ini muncul, semakin banyak lagu Hip Hop yang bercitarasakan Irama Melayu mula wujud dan terus berevolusi sehingga kini. 



---------------------------------------------------------------------------------------------------


LAGU ASIA 
PALING  POPULAR  


SEPHIA
(INDONESIA)
Artis : Sheila On 7
Komposer : Eross
Penulis Lirik : Eross
Album : Kisah Klasik Masa Depan
Tahun : 2000
Catatan:
Lagu Sephia adalah Lagu Asia Paling Popular pada tahun 2001. Lagu ini telah berjaya menjadi juara Carta Era selama 7 minggu. Saingan utama lagu ini adalah daripada lagu Arab Lebanon berjudul Nourel-sham hasil nyanyian Pascale Machaalani yang saban hari disiarkan di stesen TV Malaysia ketika itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA
PALING POPULAR DI MALAYSIA


IN THE END 
 (USA)
Artis : Linkin Park
Komposer : Linkin Park
Penulis Lirik : Linkin Park
Album : Hybrid Theory
Tahun : 2000
Catatan:
Kumpulan Rock Modern Linkin Park telah berjaya menjadi artis antarabangsa paling diminati oleh rakyat Malaysia kerana style muzik yang segar dan energetik. Lagu berkonsepkan Nu metal ini cukup berjaya menarik perhatian pendengar di sini dan menjadi juara Carta Album RIM Antarabangsa berminggu-minggu lamanya. Lagu ini juga menjadi signature songs bagi peminat Linkin Park di Asia. 







GALAKSI VIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image

No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.