Ads Top

SPM Fever Giveaway


Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini, 6 Nov 2017, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Fever Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Full Edit Blog X 1 pemenang
Hadiah Kedua: RM30 X 1 pemenang
Hadiah Ketiga: Instant Shawl X 2 pemenang
Hadiah Keempat: Preloved Novel X 3 pemenang
Hadiah Kelima: Buku Agama X 1 pemenang
Hadiah Keenam: Buku Cerita dan Year Planner X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: RM20 X 3 pemenang
Hadiah Kelapan: RM10 X 5 pemenang
Hadiah Kesembilan: Topup RM10 X 8 pemenang

Kesemuanya 25 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie * Henrietta Jose * Aira * Najah Mustapa * Mamapipie * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

2. Follow instagram berikut: (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Hernee Nazir * Najah Mustapa * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

3. Like Facebook berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * JMBelog * Shalimar Yusof * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu *

4. Follow Google Plus berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * Sheila Adziz * Shikin Razali *

5. Letakkan URL Blog Mamapipie di dalam blog list anda.

6. Buat entri bertajuk 'SPM Fever Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Dengan tidak melebihi 100 patah perkataan, tuliskan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu. Contohnya, terlewat bangun, terlupa membawa MyKad, terpaksa ambik periksa di dalam wad, terkantoi dengan pengawas SPM dan sebagainya. Perenggan ini hendaklah ditaip di dalam entri anda dengan menggunakan huruf italic. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan coretan pengalaman yang paling menarik dan asli (authentic).


GV ambil SPM pada tahun 2001 di salah sebuah sekolah Bandar Baru Bangi, Selangor. Masa itu paper Kimia. Sebenarnya, sudah beberapa hari sebelum itu GV tidak berapa sihat kerana demam selesema.Nak dijadikan cerita,  GV ada satu sifat  iaitu tidak gemar ke tandas sewaktu apa-apa jenis exam sedang dijalankan sebab rasa terganggu dan takut tidak dapat fokus kepada exam itu nanti. Kalau demam selesema, biasalah kalau  hingus itu asyik nak meleleh je kan. Jadi GV pun sama macam orang lain kalau di tempat awam, sedaya upaya tahan hingus itu daripada meleleh keluar. Tetapi disebabkan soalan paper Kimia masa itu memang susah tahap gaban, GV jadi pening nak menjawabnya dan secara tidak sengaja telah menyebabkan hingus keluar tanpa sempat menahannya. GV lap kat tepi baju. Yang geramnya hingus itu makin banyak pula keluar sehingga menyebabkan baju kat lengan GV jadi basah dengan hingus. Lupa nak cakap, ada pakej batuk tidak berkala juga pada masa itu sebab demam kan. Cikgu yang jaga exam nampak kondisi GV yang tidak selesa itu tetapi dorg diam je. Lepas itu, GV pun nekad nak ke tandas buang hingus terkumpul itu. Yang kelakarnya, bila GV angkat tangan nak bagitahu kata nak ke tandas, Cikgu yang jaga tu terus serta merta suruh GV cepat-cepat pergi tandas bersihkan diri. GV memang rasa malu masa itu sebab isu hingus itu. Kita tgk hingus rasa geli kan. Huhu. Tetapi what to do, benda nak jadi. Cmner pun, syukur alhamdullilah GV lulus gak paper itu. Itulah pengalaman yang GV tidak lupakan masa ambil exam SPM. 



9. Terbitkan

10. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini.

Jom klik di SINI jika nak join SPM Fever Giveaway.
Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 30 November 2017.


SEKIAN. TERIMA KASIH.

10 comments:

  1. Lumayannya hadiah! Alaa Mai dah lupa kenangan SPM dulu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom join kak Noor Maizan. Best. Flashback kak, mana tahu ingat ke nanti. hihi. :D

      Delete
  2. singgah dar GA yang sama :)

    https://raizahalisah.blogspot.my/2017/11/spm-fever-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Raizah. Terima kasih sudi singgah. Nanti GV singgah balik ya. hihi. :D

      Delete
  3. Waalaikumussalam. Nanti Mr Abam Kie double check ya follow and like sebab takut ada tertinggal. Okey, terima kasih Mr Abam. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.