GALAKSI VIRAL

BLOG HIBURAN INFORMASI KABABOOM

Selasa, 1 Ogos 2017

SITI NORDIANA BERLAWAN VOKAL DGN JACLYN VICTOR?? SIAPA MENANG??

Penyanyi Wanita Paling Popular 2016 Siti Nordiana berlawan vokal dengan penyanyi hebat negara Jaclyn Victor untuk sebuah lagu hebat  dan siapakah akan menang battle vokal ini ? Kita semua sedia maklum kedua-dua penyanyi ini adalah penyanyi yang sangat  versatile kerana mampu membawa pelbagai lagu dengan gaya tersendiri dan juga mampu menyanyikan lagu nada tinggi dengan sangat baik. Kedua-dua penyanyi ini juga mempunyai identiti vokal yang sangat berbeza antara satu sama lain dan masing-masing mempunyai kelebihan teknik vokal tersendiri. Pasti hebat jika dapat melihat paduan vokal mereka bersama bukan ?
Kini kita tidak perlu menanti lagi kerana mereka berdua telah bergabung vokal untuk sebuah lagu berjudul Nisan Cinta. Lagu Nisan Cinta ini adalah hasil ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini & Mike Chan dan merupakan lagu tema drama Dendam Aurora lakonan hebat Nabila Huda. Melalui lagu ini, kita dapat rasakan keserasian vokal yang padu dan mantap daripada Siti Nordiana dan Jaclyn Victor terutama di bahagian nada tinggi dan rendah lagu ini. Sangat harmoni dan boleh dikatakan antara pasangan duet terbaik Malaysia ketika ini kerana kualiti persembahan vokal mereka yang mantap di dalam lagu ini. Jadi, Nana vs Jac dan pemenangnya ialah kedua-duanya pemenang kerana kedua-duanya adalah terbaik. hihi. 
Rasanya Siti Nordiana boleh minta lagi lagu - lagu baru daripada komposer lagu ini kerana lagu mereka sesuai  dengan vokal Siti Nordiana. Lagu ini boleh dikatakan sebagai salah satu lagu terbaik Malaysia untuk tahun 2017 dan berpotensi besar untuk menang Anugerah Juara Lagu jika sempat dipertandingkan di dalam Carta Muzik Muzik. Video Muzik mereka ada di bawah. Jom Tonton. 


SITI NORDIANA & JACLYN VICTOR - INSAN CINTA 
Credit To Raksasa Record You Tube Channel

Nyanyian LIVE Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta di Muzik Muzik 32
Credit to Syeeda Rasyed

Siti Nordiana & Jaclyn Victor


2 ulasan:

  1. kalau dari segi vokal..Jaclyn kot..

    kalau wajah...saya pasti sokong Siti Nordiana ..

    cantik ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi. okey la tu. dua dua sedap vokal dorang. lagu ni best kan Mr Hanafi. :D

      Padam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

SILA KLIK GAMBAR UNTUK BACA ARTIKEL MELETOP INI