Thursday, August 10, 2017

CARA UNTUK SEMBUHKAN PENYAKIT BATU KARANG

Pernah terkena penyakit batu karang ? Penyakit batu karang ini sebenarnya adalah lebihan garam yang pekat yang bertukar menjadi seperti batu atau pasir halus yang boleh menyekat pengaliran air kencing kita. Ianya selalu akan mengakibatkan sakit di sekeliling pinggang dan rasa tidak selesa kepada badan kita. Punca berlakunya batu karang adalah pelbagai kerana ia bergantung kepada sejarah dan gaya kehidupan seseorang itu. Antara punca yang lazim berlakunya penyakit batu karang ialah kurang minum air, faktor keturunan, umur yang semakin meningkat, kencing manis, darah tinggi, kesan sampingan ubat, pemakanan yang banyak protein purin dan asid urik serta kurang bersenam.
Ada empat jenis penyakit batu karang yang diketahui umum iaitu batu kalsium (jenis paling biasa, melibatkan kalsium dan oksalat), batu struvite (selalunya berlaku kepada wanita, berpunca daripada bakteria yang menghasilkan enzim tertentu), batu asid urik (terbentuk daripada asid urik iaitu hasil sampingan metabolisme protein) dan batu sistein (diwarisi genetik, buah pinggang terlebih menghasilkan asid amino tertentu). 
Di permulaan penyakit batu karang mula hendak berlaku, selalunya akan rasa loya dan rasa hendak muntah. Selepas itu, rasa sakit yang amat tidak terkata akan berlaku secara bergilir-gilir di sebelah kiri dan kanan buah pinggang kerana batu itu bergerak-gerak di kawasan berkenaan. Paling sakit sekali ialah apabila batu itu tersekat di saluran kencing kita sehingga membuatkan kita rasa senak dan macam ada benda tersumbat di bahagian itu. Sewaktu hendak kencing, memang rasa agak seksa terutamanya bila batu itu hendak keluar melalui air kencing. Jika semua ini berlaku, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan dan ambil ubat untuk sembuh semula. Lazimnya doktor akan beri ubat pecah batu serta beberapa ubat lagi untuk sembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanapun, ia hanya sesuai untuk penyakit batu karang tidak kritikal. Jika ia kritikal, mungkin pembedahan ultrasound pecah batu atau pembedahan keluarkan batu itu daripada badan akan dilakukan.
Berdasarkan pengalaman GV, ada beberapa cara yang boleh sembuhkan penyakit batu karang yang bukan kritikal disamping  kita turut memakan ubat pecah batu itu. Antaranya seperti berikut :

  • Minum air masak secukup-cukupnya yang diperlukan oleh badan. Andaikata baru lepas kena penyakit batu karang, pastikan minum air 3 liter sehari sehingga betul-betul sembuh. Dengan adanya banyak air ini, ia secara tidak langsung ia akan memudahkan proses pengeluaran batu itu keluar melalui air kencing kita.
  • Minum jus lobak putih dan nenas. Dikatakan kedua-dua jenis buahan ini dapat melembutkan dan melarutkan batu karang dalam badan. 
  • Elakkan makanan yang kaya dengan oksalat seperti tomato, lobak merah, bayam etc. 
  • Banyakkan makan sayur -sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat.
  • Elakkan minum air bikarbonat 
  • Kurangkan pengambilan gula dan garam dalam pemakanan seharian
  • Paling penting sekali banyakkan berdoa kepada Allah SWT dengan mohon disembuhkan penyakit ini dengan segera dan redha dengan ketentuan Illahi. InsyaAllah. Jika dengan izinNya kita akan disembuhkan daripada penyakit ini.
Itulah serba sedikit info sihat mengenai penyakit batu karang. Semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera dan bahagia dunia akhirat. InsyaAllah. Aamin.


Sumber : batukaranginfo, Medicinet & Imej Google.



5 comments:

  1. GV, terima kasih utk entri ni..sedikit sebanyak boleh sy sampaikan pd mak ayah sy utk bantu mrk pikirkan cara penyelesaian batu karang yg ada pd bladder sy, 2 cm..mak sy cite waktu sy koma pun mmg ada diberi ubat ( antibiotik kot? ), ditambah sy mana pernah bersenam selama nak dekat 6 tahun ni..paling latest ada darah dlm air kencing lepastu parents terus bwk sy buat ultrasound..sy dah pernah try lobak putih, masa minum mmg jgn nafas ikut hidung!, dlm satu hari tu kalau sendawa pun jgn nafas ikut hidung!, sy dah try buah belimbing buluh..tapi masih sakittt..mybe jgak sbb sy ni ada kaitan jgak dgn saraf..so GV doakan sy..hish panjangnya komen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2x Mr Cahaya. Sebenarnya info di atas adalah berdasarkan pengalaman GV sendiri yang pernah kena sakit batu karang. Air lobak putih baunya memamng perghhh... tiap kali GV nak minum air juz lobak putih, mmg GV akan tahan nafas dan terus telan minum. Skang GV kena pastikan badan sentiasa cukup air sebab kalu badan tak cukup air, rasa sakit kiri atau kanan pinggang akan terasa. GV doakan Mr Cahaya semoga cepat sembuh ya. Sentiasa berdoa dan tawakal kepada Allah SWT. Semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah. Aamin.

      Delete
    2. Oh yeke berdasarkan pengalaman sndri..sy pun tahan nafas waktu minum air lobak putih tu, dan waktu minum ada rasa pedas kat tekak, yg penting jgn nafas ikut hidung kan...hahah.. Ok time kasih GV

      Delete
    3. Sama2x Mr Cahaya. hihi. banyak khasiat lobak putih tu. huhu. :D

      Delete
  2. Bagusnya Ada tips mcm ni. Tq for sharing

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Recent Post

Recent Posts Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...