Ads Top

12 VIDEO MUZIK TERBAIK DATO' SITI NURHALIZA


Dato' Siti Nurhaliza mempunyai banyak video muzik yang sangat cantik dan menarik. Beliau juga dikenali sebagai salah seorang Ikon Video Muzik Malaysia atau Ikon MTV Malaysia kerana mempunyai banyak video muzik popular yang mempengaruhi budaya pop di Malaysia. Dato' Siti juga merupakan satu-satunya artis Malaysia paling konsisten mengeluarkan Video Muzik hampir setiap tahun sejak era 90 an sehinggalah kini. Oleh itu, mari kita lihat Video Muzik Dato' Siti yang manakah paling terbaik antara yang terbaik dan mempunyai impaknya tersendiri di dalam bidang seni kita. 

12  VIDEO MUZIK TERBAIK DATO' SITI NURHALIZA 

01. PERCAYALAH
ALBUM : SAFA
TAHUN : 2001
ULASAN : 
Ramai memuji dan kagum dengan video muzik ini kerana berjaya menonjolkan satu kelainan yang sangat ketara berbanding video muzik Malaysia yang lain.Video muzik ini juga memberikan satu warna baru di dalam budaya pop Malaysia kerana tampil dengan konsep yang baru dan segar. Konsep video muzik ini sebenarnya banyak menekankan kepada aspek teknik pengcahayaan video yang berwarna terang, CGI yang menarik, solekan artis yang unik dan jalan penceritaan yang ringkas tetapi ada impaknya tersendiri. Ianya juga kelihatan sangat mahal dan esklusif dengan nilai artistik yang ditonjolkan di dalam video muzik ini. Dato' Siti juga kelihatan sangat cantik dan matang serta mempunyai aura yang tersendiri di dalam video ini. Walaupun sudah 17 tahun video muzik ini dilancarkan, namun, ianya masih tetap kelihatan seperti baru dan menarik untuk ditonton. Jika video muzik ini ditayangkan kepada negara luar seperti di Eropah dan Amerika, pasti mereka akan kagum dengan penghasilan video muzik yang kreatif ini. Maka, tidak salah jika dikatakan Video Muzik Percayalah adalah  Video Muzik Terbaik Dato' Siti Nurhaliza. 
Video Muzik Percayalah


02. BADARSILA
ALBUM : SANGGAR MUSTIKA
TAHUN : 2002
ULASAN : 
Perfect. Itulah yang dikatakan kepada video muzik Badarsila yang cukup kental dengan pengisian seni kreatif yang sangat hebat ini. Suasana yang digambarkan seolah berada di era 50an/60an dengan imej Dato' Siti yang kelihatan sangat elegan dengan pemakaian baju tradisional moden ini menjadikan video muzik ini kelihatan sangat cantik dan kreatif. 
Video Muzik Badarsila


03. BERSANDAR CINTA
ALBUM : SIMETRISITI
TAHUN : 2017
ULASAN : 
Satu lagi pembaharuan daripada video muzik Dato' Siti apabila menggunakan konsep menyanyi sambil bersiap untuk proses pengambaran foto dan temuramah dengan wartawan. Intro video muzik ini juga kelihatan sangat klasik dan ada cerita menarik yang ingin disampaikan dalam video muzik ini terutamanya kepada peminat setia beliau. 
Video Muzik Bersandar Cinta


04. SEINDAH BIASA
ALBUM : PRASASTI SENI
TAHUN : 2004
ULASAN :
Walaupun tajuk lagu ini Seindah Biasa tetapi video muziknya adalah luar biasa. Cantik daripada awal video sehinggalah akhir video. Segalanya adalah cantik dan berwarna-warni. 
Video Muzik Seindah Biasa

03. MENATAP DALAM MIMPI
ALBUM : DATO' SITI NURHALIZA UNPLUGGED
TAHUN : 2015 (ALBUM) / 2016 (VIDEO MUZIK)
ULASAN : 
Video Muzik ini menonjolkan sisi matang Dato' Siti Nurhaliza dengan konsep video muzik yang mendamaikan dan tenang. Dato' Siti juga kelihatan sangat jelita di dalam video muzik ini. 

06. DEBARAN CINTA
ALBUM : E.M.A.S
TAHUN : 2003
ULASAN :
Video ini akan diingati kerana tiga perkara. Pertama ialah sebab Dato' Siti berpakaian moden futuristik dan menari ala Madonna seperti di dalam video muzik Ray Of Light. Kedua, ada Nicholas Salputra. Ketiga pula ialah kerana ada tiga orang pengacara 3R berlakon sama dalam video muzik ini. Rasanya kalu Dato' Siti menari dengan pakain futuristik moden daripada awal hingga akhir video  ini sudah cukup bagus kerana kita dapat lihat satu sisi kelainan di dalam persembahan Dato' Siti. 
Video Muzik Debaran Cinta

08. NIRMALA
ALBUM : SANGGAR MUSTIKA
TAHUN : 2002
ULASAN :
Video muzik cukup diingati dengan pakaian kostum Dato' Siti yang kelihatan seperti Maharani dan Puteri kayangan. Begitu juga dengan tarian Nirmala dalam video ini yang menjadi signature kepada lagu fenomena ini. 
Video Muzik Nirmala

09. BUKAN CINTA BIASA
ALBUM : E.M.A.S
TAHUN : 2003
ULASAN :
Dato' Siti kelihatan seperti patung Barbie yang sangat cantik dan hidup di dalam sebuah istana unik di dalam video muzik ini. Video muzik ini antara video muzik Dato' Siti paling popular di Malaysia.

Video Muzik Bukan Cinta Biasa

10. BIARLAH RAHSIA
ALBUM : TRANSKRIPSI
TAHUN : 2006
ULASAN :
Video muzik ini adalah contoh video muzik yang sangat ringkas tetapi kelihatan sangat mahal kerana teknik cahaya yang mantap dan CGI yang secukup rasa. Kalau diikutkan lokasi video muzik ini hanyalah di tangga dan juga di sofa. Suatu tempat yang amat mudah dicari tetapi disebabkan pengarah dan kumpulan produksi video muzik ini sangat kreatif, mereka telah menjadikan lokasi di tangga dan sofa itu menjadi begitu menarik dan esklusif. Selain itu, teknik solekan yang menarik juga telah menambahkan kejelitaan Dato' Siti di dalam video muzik ini.
Video Muzik Biarlah Rahsia

10. MENANTI PASTI
ALBUM : KAYANGAN OST
TAHUN : 2007
ULASAN : 
Kali ini video muzik Dato' Siti banyak fokus kepada warna putih dan konsep nyanyian slow motion yang sangat menarik. Satu lagi contoh video muzik Dato' Siti yang unik dan berbeza. 
Video Muzik Menanti Pasti

11. KU MILIKMU
ALBUM : E.M.A.S
TAHUN : 2003
ULASAN : 

Pernah tengok Dato' Siti pakai rambut afro dan menari koreografi ala ala taekwando. Inilah video muziknya. 

Video Muzik Ku Milikmu

12. SEGALA PERASAAN
ALBUM : SIMETRISITI
TAHUN : 2017
ULASAN :

Superwoman. Itulah tema video muzik ini. Satu lagi konsep berbeza yang dibawakan oleh Dato' Siti untuk video muzik beliau. 

Video Muzik Segala Perasaan



Dato' Siti Nurhaliza



Sumber : Google Image , DatoSNurhalizaVevo & Suria RecordsSRC You Tube Channel






6 comments:

  1. rajin betul bro GV buat laporan lengkap sebegini..

    kalau ada peminat siti mesti mereka sayang Bro GV ketat-ketat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. GV memang salah seorang peminat Dato' Siti juga. Sebab tu GV tahu ckit2x pasal Dato' Siti. Biasa je Mr Hanafi. hihi. :D

      Delete
  2. suka penampilan dato siti sekarang

    ReplyDelete
  3. Ni sorang LG fav singer mama. Suara mmg power

    ReplyDelete
    Replies
    1. legenda muzik tanahair Dato' Siti nie. hihi. sedap kan suara Dato' Siti kan mama. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.