Ads Top

U.K's : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL -  Kumpulan U.K's adalah sebuah kumpulan muzik yang sangat popular di Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Kumpulan ini sangat beruntung kerana banyak album mereka laris di pasaran sehingga ada yang terjual beratus unit ketika di era kegemilangan mereka.  Anggaran jualan album mereka di Malaysia sahaja sudah hampir mencecah 1 juta unit dan di Indonesia pula melebihi 700,000 unit. Malah, mereka juga pernah memegang rekod seketika untuk kategori Album Malaysia Paling Laris Sepanjang Zaman dari tahun 1994 hingga 1996. Majoriti besar lagu-lagu mereka adalah ciptaan komposer popular Saari Amri yang juga mentor kepada kumpulan ini. Kumpulan ini juga merupakan salah satu kumpulan muzik Pop Malaysia paling berjaya di era 1990 an. 

                                


Nama asal kumpulan U.K's adalah Ukay pada tahun 1989 dan satu album telah diterbitkan ketika ini iaitu Tinggal Irama. Namun album pertama mereka kurang mendapat sambutan. Kemudian, Amir daripada Kumpulan Analisa telah menyertai line up kumpulan Ukay yang baru dan menukar nama kepada Ukays. Nama kumpulan Ukays  sekali lagi ditukar  ketika  penerbitan album Tajam Menikam dan bermula daripada situlah nama U.K's digunakan pakai sehingga kini. 




BIODATA RINGKAS KUMPULAN U.K'S

Nama Ahli Kumpulan : Amir, Daniel, Olley, Amirul, Ady, Zul, Amy, Well, Ali, Din, Akel
Tahun Aktif : 1986 - kini
Album Studio :
1989 - Tinggal Irama (1,000 unit)
1992 - Mencari (15,000 unit)
1994 - Bisa Berbisa (350,000 unit)
1995 - Tajam Menikam (MAS - 280,000 unit/ INA - 700,000 unit)
1995 - Panas Berpanjangan (175,000 unit)
1997 - Cuma Aku Yang Hidup (100,000 unit)
2000 - Pijar Kasmaran (MAS - 15,000 unit/INA - 50,000 unit)
Lain-Lain Album
1991 - Kelahiran
1995 - Gitarmental (50,000 unit)
1995 - Greatest Hits 
1995 - Greatest Hits Special
1996 - Akustika Bisa Berbisa
1997 - Cinta Itu Buta
1999 - Di Saat Lukaku Berdarah
Antara Pencapaian Utama :
1994 - AJL - Separuh Akhir Muzik Muzik Pop Rock (Seksa)
1994 - ABP - Top 5 Kumpulan Paling Popular
1995 - ABP - Top 5 Kumpulan Paling Popular



U.K's : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. SEKSA
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Bisa Berbisa
Tahun :  26 April 1994
Catatan : Lagu ini merupakan lagu paling popular Kumpulan U.K's. Populariti lagu ini telah membuatkan album Bisa Berbisa meletup di pasaran dan terjual melebihi 350,000 unit. Ianya suatu angka jualan yang luar biasa dan menjadikan kumpulan ini sebagai salah satu kumpulan muzik paling popular era 90an. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1994 dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1994. Secara ringkasnya, lagu ini mengisahkan seorang lelaki itu menunggu lama kekasihnya  untuk pulang kembali kepadanya tapi sampai ke sudah tidak muncul batang hidung dia. Oleh itu, lelaki itu terus berhasrat untuk move on dan cari orang lain untuk jadi kekasihnya. Tengah lelaki itu sudah ada couple, boleh pula ex lama dia datang nak couple balik. Well, of course lelaki itu tidak mahu kerana sudah lama dia terseksa walaupun lena ku panjang, tiada mimpi bertandang. Hujung cerita, lelaki itu Hi Hi Bye Bye je ex couple dia dan minta jangan salahkan dia sebab ada kekasih baru. It's all your fault !! Lebih kurang macam itulah kata-kata lelaki itu kepada ex couplenya. 

Video Lagu Seksa 


02. DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU

Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Bisa Berbisa
Tahun : 26 April 1994
Catatan : Populariti lagu ini adalah sama hebat dengan lagu Seksa. Lagu ini juga mencetuskan fenomena tersendiri di Indonesia apabila mendapat sambutan hangat peminat di sana. Secara ringkasnya lelaki ini dalam keliru hendak pilih mana cinta di hati kerana di sana kekasih menanti, di sini mungkin kekasih juga menunggu. Last-last, salah seorang pencinta lelaki itu bagi nota mahu undur diri dan memaafkan lelaki itu jika lelaki itu tinggalkan dia. Tidak dapat dipastikan samada jalan cerita lagu ini kategori happy ending ke tidak. 

Video Lagu Di Sini Menanti Di Sana Menunggu


03. KAU SATU-SATUNYA
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Bisa Berbisa
Tahun : 26 April 1994
Catatan : Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 dan pernah menjadi juara Carta Mingguan Muzik Muzik 1995. Finally ada juga lagu yang menceritakan keindahan cinta makluk bumi. Lagu ini mengisahkan lelaki itu tidak dapat hidup tanpa kekasihnya dan meminta kekasihnya dapat menerima dia seadanya. You know what!! Kekasih dia menerima dia seadanya. So loving couple and happy ending. Obviously...

Video Lagu Kau Satu-Satunya 


04. SIAPA YANG RAMPAS CINTAMU
Komposer : Ning Ida Rahayu
Penulis Lirik : Juwie
Album : Bisa Berbisa
Tahun :  26 April 1994
Catatan : Lagu ini menambahkan kehangatan album Bisa Berbisa apabila lagu ini juga turut popular di kalangan peminat muzik tanahair. Lagu ini mengisahkan lelaki itu mengharapkan cinta sejati daripada kekasihnya tetapi tidak kesampaian. Jadi lelaki itu bertanya pada kekasihnya siapa yang rampas cintamu yang telah menyebabkan dia tidak disayangi lagi kerana dia mungkin nak move on. NEXT..

Video Siapa Yang Rampas Cintamu

05. SEBAK
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Tajam Menikam
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1995 dan Peringkat Akhir Pujaan 10 Nescafe 1995. Lagu Sebak meneruskan kesinambungan populariti lagu Seksa tetapi of course jalan cerita berbeza. This time about kekasih lelaki ini telah memilih sahabat kekasih lelaki itu sebagai couple baru dia. Of course lelaki itu terkejut sebab dalam banyak-banyak manusia di planet bumi ini, kenapa mesti sahabat dia sendiri jadi couple kepada ex girlfriend dia. Jawapanya senang sahaja. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Redha, tawakal dan cari yang lain je. Baru hidup bahagia. Peace y'all.

Video Lagu  Sebak


06. PAHIT MANIS AKHIRNYA
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Tajam Menikam
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 1995. Lagu ini sebenarnya lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu Versi Kedua tetapi berbeza ending cerita. Ianya mengisahkan seorang lelaki mencintai dua wanita dan menghadapi cabaran pada awalnya untuk memilih yang mana pilihan terbaik di hati. Namun, kepahitan awal akhirnya ada manisnya kerana kedua-dua wanita  itu sanggup bermadu demi kasih sayang kepada orang mereka cintai. Meriah hidup uollss. 

Video Lagu Pahit Manis Akhirnya


07. RHTYHM SI JANTUNG HATI
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Zur'Ain
Album : Tajam Menikam
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular di kalangan peminat karaoke di Malaysia. Lagu siang malam asyik bercumbu ini sesuai untuk sesiapa yang tengah hangat bercinta atau yang baru berkahwin. Secara ringkasnya lagu ini menceritakan yang si kekasih sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan mereka berdua sehingga sanggup menempuh sengsara onak duri, dingin menjadi api dan seribu tahun pun sanggup menanti. Bahagianya hidup. Perfect love!!

Video Lagu Rhthym Si Jantung Hati


08. KITA AKAN DIJEMPUT
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Gitarmental
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini berbeza dengan lagu U.K's yang lain kerana lagu ini mengingatkan kita kepada Tuhan dan kita semua akan dijemput ke alam seterusnya apabila tiba masanya nanti. Ingat lima perkara sebelum lima perkara (boleh rujuk lirik lagu Raihan Demi Masa). Lagu ini pernah mendapat kedudukan terbaik di tempat keempat di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996.

Video Lagu  Kita Akan Dijemput


09. KEKASIHKU DI MENARA
Komposer : Iraas Irma
Penulis Lirik : Iraas Irma
Album : Panas Berpanjangan
Tahun : 1996
Catatan : Lagu ke puncak menara gading ini sebenarnya lebih menceritakan mengenai kisah cinta habis madu sepah dibuang. Kisah seorang lelaki yang telah dilukai oleh kekasih wanitanya yang menjadi lupa daratan selepas berjaya dalam hidup, Malah, wanita itu juga telah melupakan segala jasa lelaki itu seperti tiada apa-apa berlaku. Actually watak kekasih lupa daratan itu boleh ditukar kepada watak lelaki juga. Sekarang kan banyak lagu yang universal. Sesuai untuk sesiapa yang putus cinta akibat habis madu sepah dibuang. 

Video Lagu Kekasihku Di Menara


10. BILA DIRI DISAYANGI
Komposer : Azam Dungun
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Panas Berpanjangan
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini boleh diinterpretasikan kepada dua sudut iaitu satu hubungan sesama manusia dan kedua hubungan dengan Tuhan. Namun, lagu ini lebih berat kepada hubungan cinta kepada Tuhan.

Video Lagu Bila Diri Disayangi



11. KERANA PEPATAH LUKAKU BERDARAH
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Cuma Aku Yang Hidup
Tahun : 1997
Catatan : Lagu hits utama daripada album studio keenam kumpulan U.K's ini sememangnya amat popular di radio tempatan. Ianya menyambung populariti kumpulan U.K's di dalam kegemilangan lagu Pop Balada yang bermutu tinggi dan diminati. Judul lagu ini yang sangat puitis juga menjadikan ianya 
salah satu karya terbaik kumpulan ini dan juga komposer Saari Amri.

Video Lagu Kerana Pepatah Lukaku Berdarah


12. RONDO CINTA BUTA
Komposer : Aidit Alfian 
Penulis Lirik :Ad Samad
Album : Pijar Kasmaran
Tahun : 2000
Catatan : Lagu ini sangat popular pada tahun 2000 dan menampilkan muzik Pop Balada yang berbeza daripada kumpulan U.K's kerana menyanyikan lagu ciptaan komposer yang mula meningkat naik ketika itu iaitu Aidit Alfian. Dengan judul lagunya yang unik dan kualiti album yang bagus menjadikan album ini popular di pasaran tempatan dan ianya juga pernah tercalon salah satu Album Pop Terbaik AIM 2001. 

Video Lagu Rondo Cinta Buta



Koleksi Album U.K's

Kumpulan U.K's

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber 
Youtube Channel, Google Image, facebook.com
Kemaskini : 3 September 2020

10 comments:

  1. Ada beberapa lagu tu saya nak cari kat utiub

    ReplyDelete
  2. Album panas berpanjangan,syok dengar sbb ada kesinambungan setiap lagu,terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, setuju. setiap lagu ada kesinambungannnya dan ianya bukan kisah cinta biasa. huhu.

      Delete
  3. Lirik lagu Kau Satu Satunya sebenarnya mengisahkan cinta seorang manusia kepada sang maha Pencipta menurut apa yg saya baca dari temubual dengan penulis lirik kak Chah (Habsah Hassan) di sebuah majalah hiburan sekitar tahun 90an dulu. Mungkin kerana liriknya tidak terlalu 'direct' menceritakan tentang cinta kepada Tuhan membuatkan ramai yang menyangka ianya adalah kisah cinta sesama manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV rasa pernah baca juga mengenai lirik lagu ini di majalah dulu dulu. Kak Chah mmg legend kalau bab lirik lirik nie. huhu

      Delete
  4. Salam..apa tajuk lagu Ukays mngisahkan seorang wanita yang rela dimadukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. judul lagu itu ialah Pahit Akan Manis Akhirnya. Sedih lagu itu. huhu

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.