Ads Top

MASIH ADA MANUSIA PERCAYA BUMI INI FLAT ATAU MENDATAR ?

Rupanya masih ramai lagi manusia di  dunia ini yg percaya bahawa bumi ini adalah flat, mendatar dan leper. Sifat kepercayaan ini juga telah menyebabkan tertubuhnya salah satu persatuan/organisasi antarabangsa  iaitu seperti The Flat Earth Society atau Persatuan Bumi Leper untuk menyokong teori ini. Secara asasnya, persatuan ini berperanan dalam menyebarkan segala maklumat berkaitan bumi adalah leper dan mendatar kepada seluruh masyarakat antarabangsa melalui saluran sosial media dan media cetak. Jika mengikut sejarah tamadun dunia, isu bumi berbentuk mendatar ini sudah lama menjadi kepercayaan kaum purba dahulu seperti zaman Greek purba ( -300 hingga -31 sebelum tahun Masihi), empayar Gupta India purba (320 hingga 550 tahun Masihi) dan tamadun China sehingga abad ke 17.

Ilustrasi Bumi Mendatar

Kewujudan persatuan ini juga telah menarik ramai peminat yang mempercayai teori ini. Majoriti ahli organisasi pertubuhan ini terdiri daripada pelbagai  latar belakang, agama dan negara. Malah ada juga ahli pertubuhan ini datangnya daripada  mereka yg mempunyai kelayakan akademik yg tinggi. Mengikut sejarah pertubuhan organisasi ini, ianya bermula apabila Samuel Shenton menubuhkan persatuan ini di Dover, United Kingdom pada 1956 dan mengetuainya sehingga tahun 1971. Selepas itu, Charles K. Johnson dari Amerika Syarikat pula meneruskan aktiviti organisasi ini dari tahun 1972 sehinggalah tahun 2001. Terkini, Daniel Shenton pula menjadi Presiden persatuan ini daripada tahun 2004 sehinggalah sekarang di mana ia berpangkalan di Hong Kong. Berikut ialah antara hujah atau pernyataan yg sering diwarwakan oleh golongan ini dalam usaha mereka membuktikan bahawa bumi adalah flat. (Dewan Kosmik, Disember 2016) :
  • Kaki langit adalah mendatar dan rata sempurna. Menurut mereka, hujung laut kelihatan mendatar jika dilihat oleh manusia di tepi pantai. 
  • Pada ketinggian 32 kilometer, hujung kaki langit masih kelihatan mendatar dan tidak melengkung.
  • Jika bumi berbentuk sfera, air sepatutnya berkocak tetapi hakikatnya air kelihatan sentiasa dalam keadaan tenang
  • Jika bumi berputar pada paksi, kapal terbang yg bergerak sama arah dengan putaran bumi pastinya tidak akan sampai ke destinasi yg dituju kerana putaran planet Bumi 800 km/j.
  • Samuel Rowbotham di dalam bukunya bertajuk Bumi Bukan Glob pernah membuat hipotesis bahawa bumi adalah flat/cakera rata  dengan kutub utaranya di bahagian tengah. Cakera ini dikelilingi dengan dinding ais dan Antartika berada di selatan Bumi. Jarak Bulan dan Matahari daripada bumi pula dikatakan 4800km dan kosmos lain pula terletak pada ketinggian 5000 kilometer di atas Bumi. 

Itu adalah antara hujah2x yg selalu dikatakan oleh pengikut kepercayaan teori ini. Jika anda pernah melihat filem Hollywood God Of Egypt keluaran tahun 2016 ada menunjukkan yg Bumi dalam cerita ini adalah flat.

Bumi Leper Dalam Filem God Of Egypt (2016)

Filem God Of Egypt (2016)

Buku Samuel Rowbotham Yg Mengunakan Teori Bumi Adalah Flat 
dan Rajah Peta Bumi Flat  (1984)

Bumi Leper VS Bumi Sfera


Namun begitu, semua teori Bumi ini adalah flat telah dipatahkan oleh pengkaji sains dan ahli astronomi pelbagai bangsa sejak dahulu lagi. Antara fakta yg telah dikemukakan oleh mereka ialah seperti berikut :
  • Fenomena Gerhana Bulan terjadi apabila Bumi berada di tengah antara Matahari dan Bulan ketika Bulan dalam fasa purnama. Bayang Bumi terbentuk pada permukaan Bulan dan ianya menyebabkan Bulan gelap sedikit demi sedikit sehinggalah ianya gelap sepenuhnya. Bayang Bumi yg terbentuk pada permukaan Bulan berbentuk melengkung. Jika Bumi berbentuk leper, bayang ini tidak akan melengkung.
  • Jika kapal belayar di ufuk laut, bahagian yg mula  kelihatan oleh manusia di pantai ialah serombong kapal. Lama-kelamaan, barulah bahagian lain kapal kelihatan sedikit demi sedikit. Hal ini sebenarnya disebabkan permukaan adalah melengkung tetapi bukan sebab kapal ini timbul daripada laut. 
  • Pandangan seseorang juga lebih jauh jika berada di tempat lebih tinggi. Pandangan hujung kawasan pastinya lebih jauh jika berada di tingkat 10 berbanding org berbanding di tingkat 5. Hal ini berlaku kerana Bumi adalah berbentuk sfera. 
  • Imej Bumi di  angkasa jelas menunjukkan Bumi berbentuk sfera atau glob. 
  • Bukti sainstifik yg dikemukakan oleh ahli sains seperti pusat graviti, zon masa serta siang malam cukup mempertikaikan teori bumi berbentuk leper. Siang dan malam paling ketara kerana jika Bumi mendatar, pastinya waktu malam dan siang adalah sama utk semua kawasan di Bumi. 
  • Malah,  ahli falak Islam juga bersetuju dan sudah lama membuat kajian sains iaitu Bumi adalah sfera. Ianya digunakan utk menentukan arah kiblat. Sarjana falak dan astronomi membuat hitungan trigonometri berasaskan bumi ini sfera utk menentukan arah kiblat. Ianya dijadikan asas kiraan dan hitungan waktu solat dan azimuth kiblat yg telah digunakan oleh ulama' Arab dan Tanah Jawi sejak dahulu lagi, Tokoh ilmuwan Islam  Al-Biruni & Ibnu al-Shatir adalah antara tokoh cendekiawan Islam yg membuktikan bumi adalah sfera.
  • Begitu juga jika manusia mengelilingi dunia, contohnya manusia memulakan perjalanannya dari London, hujungnya perjalanannya juga manusia pasti akan berakhir di London. Ini adalah disebabkan manusia mengelilingi bumi yg berbentuk glob atau sfera. Jika mendatar, pastinya tidak akan berjumpa London kembali sebab ia jalan lurus mendatar dan pasti ada hujung yg merupakan titik tamat perjalanan yg berbeza. 


Tokoh Ilmuwan Islam Al-Biruni Yang Membuktikan Bumi Adalah Sfera

Ibn al-Shatir 
Tokoh Astronomi Islam Yang Banyak Membuat Kajian Berkaitan Teori Planet 

Manuskrip Lama Ibn al-Shatir

Ibn al-Shatir menggambarkan planet bumi adalah berbentuk sfera berdasarkan kajian manuskrip beliau.


Imej Bumi Leper

Itu adalah serba sedikit penjelasan ringkas mengenai teori bumi ini sfera atau leper. Rahsia alam ini mmg sgt menarik utk kita terokai kerana ianya seperti tiada kesudahan. Mungkin ada di antara kita mempunyai pendapat yg berbeza mengenai sesuatu isu berkaitan alam semesta. Walau bagaimanapun, diharap semoga kita semua mendapat manfaat sebaik-baik daripada ilmu ini kerana ini semua adalah nikmat daripada Tuhan. 

Sumber rujukan  -
Dewan Kosmik Disember 2016, Forum - Benarkah Bumi Ini RataThe Flat Earth SocietyIbn al-Satir ,
Semua Imej adalah Carian Google.




11 comments:

  1. Tengok bulan je la.. leper ke bulan... contoh paling senang nak tau mendatar ke leper... kalau bulan sabit.. x pula kata bentuk sabit kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. matahari pun bulat kan. tu sy terkejut sebab masih ada yang percaya bumi ni flat. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  2. Manusia sudah menjejak kaki ke bulan... Masih ada lagi ke orang yang percaya bumi nie leper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, mmg ada masih ada lagi manusia percaya bumi ni leper. Kebanyakan mereka ini tidak percaya pada kajian sains yang telah dilakukan sebelum ini. huhu.

      Delete
  3. Tq so much. terima kasih sudi komen. :)

    ReplyDelete
  4. x paham dengan pemikiran org macam nih.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. GV pun x sangka masih wujud org camnie. huhu.

      Delete
  5. klu bumi nie bentuk bulan... boleh gak d kate kn knpe bola snuker tetap meja nyer datar...huhu bumi pusat suria.. Allah jadi kn bumi yg unik utk hamba nyr...cri lah ilmu jgn bergantung ilmu yg d sajikn.. wa allahualam

    ReplyDelete
  6. setelah Islam datang, bentuk bumi diluruskan menjadi bulat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Islam dan ilmuwan Barat sama-sama mengkaji kajian bumi ini bulat. huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.