Ads Top

11 PLANET PALING ANEH DAN GANJIL DI ALAM SEMESTA

Terdapat 11 planet  paling ganjil dan aneh yg pernah dijumpai oleh ahli sains ketika ini. Kewujudan planet-planet ini sememangnya di luar kotak pemikiran manusia kerana memiliki ciri-ciri planet yg tidak munasabah secara logik akal dan masih menjadi misteri kepada manusia sehingga kini.


01. J1407-B - Bintang Gergasi Gas Dengan Lingkaran Raksasa Sekelilingnya
Ia dikenali sebagai salah satu bintang gergasi gas yg mempunyai lingkaran gergasi paling besar pernah dijumpai di dalam galaksi ketika ini. Disebabkan ia mempunyai lingkaran seperti planet Zuhal, ia juga dikenali sebagai Super Zuhal. Jarak dari Bumi ke bintang ini ialah 420 juta cahaya. Ia mempunyai satu Bulan besar dan juga beberapa Bulan kecil disekelilingnya. Dikategorikan sebagai bintang muda kerana dianggarkan baru berusia 16 juta tahun. Bintang ini masih dalam perbincangan samada ia adalah sebuah planet atau tidak dan ianya hanya dapat diketahui selepas ekspedisi sains yg
di  hantar ke bintang ini sampai pada tahun 2347. Bintang ini  mulai dijumpai pada tahun 2012 oleh ahli astronomi bernama Eric Mamajek  di Universiti Rochester, New York.




Illustrasi J1407-B 



02. HD 106906 b - Planet Paling Mustahil Pernah Wujud Di Galaksi 
Planet ini dikatakan sebuah planet yg mustahil utk wujud kerana kedudukannya yg begitu jauh daripada hos bintang dan tidak menepati teori formasi planet. Planet di luar Bima Sakti ini adalah 11 kali lebih besar daripada Musytari dan mengorbit hos bintangnya dengan jarak  650 kali ganda jika dibandingkan dengan jarak Bumi dengan Matahari. Ia bermakna ia mengorbit bintang hosnya dengan jarak sejauh 60 billion km. Planet ini dianggarkan baru berusia 13 juta tahun dan mempunyai suhu planet setinggi 1500 darjah celcius. Saintis masih lagi membuat kajian bagaimana planet ini boleh wujud sedangkan ia begitu jauh daripada bintang hosnya. Pernah tgk rancangan fiksyen Dr. Who ? Rancangan sains fiksyen daripada Britian ini mengisahkan Dr Who yg pergi menjelajah ke seluruh galaksi melalui laluan masa dan angkasa. Cerita ini mmg best dan sudah ditayangkan sejak tahun 1960 an sehinggalah kini. Satu petisyen telah dikeluarkan oleh masyarakat dunia agar planet ini dinamakan planet Gallifrey (planet asal Doctor Who tetapi hilang di luar galaksi).Namun ia tidak diterima oleh International Astronomical Union. 

Illustrasi planet HD 106909 b




03. TrES-2B - Planet Paling Gelap Di Seluruh Galaksi
TrES 2-B atau Kepler 1-B dikatakan planet paling gelap yg berada di luar Sistem Suria kita. Ianya terletak 718 tahun cahaya dari Sistem Suria. Planet ini dikatakan paling gelap kerana ianya hanya memantul 1% terhadap sebarang cahaya mengenainya. Planet ini juga berada sgt dekat dengan bintangnya dan termasuk dalam kelas planet Musytari Panas atau Planet Panggang. Planet ini mempunyai suhu permukaan setinggi 1100 darjah celcius. 

Ilustrasi Planet TrES -2B


04. 55 CANCRI e - Planet Batu Permata 
Planet ini unik kerana planet dipenuhi dengan  batu permata yg terhasil daripada hasil proses bahan kimia semula jadi yg terdapat di planet ini. Ia berada dengan jarak 40 juta tahun cahaya dari Sistem Solar kita. Ia juga digelar Super Bumi  yg pertama di jumpai dan bersaiz 2 kali besar daripada diameter Bumi serta mengambil 2.8 hari utk mengorbit bintang hosnya. Ia juga digelar sebagai Planet Karbon kerana mengandungi lebih banyak karbon daripada oksigen di planet ini. Planet ini juga mempunyai nama lain iaitu Janssen. 


 Illustrasi Planet Permata @ 55 CANCRI -E


05.GLIESE 436 b - Planet Ais Tapi Panas 
Planet ini adalah planet ais tapi terbakar. Sejuk tapi pada masa terbakar atau panas. Keliru kan. Planet ini bersaiz planet Neptune dan dipanggil Hot Neptune yg pertama. Planet ini mmg unik kerana planet ini sejuk seperti ais tetapi pada masa yg sama  permukaannya juga sgt panas sehingga terbakar kerana terlalu dekat  dengan bintang hosnya. Sebab utama kenapa ais di planet tidak cair adalah disebabkan tarikan graviti planet ini yg sgt kuat terhadap ais di permukaan planet ini dan ia menghalang daripada ia cair walaupun suhu planet ini sgt panas. Planet ini terletak sejauh 33 juta tahun cahaya dari Sistem Solar kita. 


Illustrasi planet GLIESE 436 B 


06.WASP 12b - Antara Planet Paling Dekat Dengan Bintang Hos (Matahari)
Planet ini hanya mengambil sehari waktu Bumi utk mengorbit bintang hosnya. Disebabkan kedudukan planet ini yg terlampau dekat dengan bintang hosnya, secara logiknya planet ini sepatutnya sudah lama meletup atau terbakar seluruh planetnya. Tambahan pula suhu permukaannya adalah 2200 darjah celcius. Sehingga kini, saintis tidak dapat pastikan kenapa planet ini masih wujud kerana kedudukannya yg terlampau dekat dengan bintang hos. Terbaru dikatakan ada unsur air di lapisan atmosfera planet ini. Menambah kepelikan planet ini lagi.


Illustrasi Planet WASP-12B


07.GLIESE  581 c - Planet Mirip Bumi 
Ahli saintis mengatakan planet ini boleh menyokong habitat manusia seperti di Bumi.  Planet ini mengorbit bintang hos kerdil merah dan merupakan planet kedua dijumpai dalam Sistem Solar planet ini dan planet ketiga dari segi kedudukan dari bintang hosnya. Ia diklasifikasikan sebagai Super Bumi. Planet ini adalah planet pertama yg ditemui oleh saintis yang dikatakan boleh menyokong makhluk hidupan Bumi kerana mempunyai suhu yg sesuai dan sumber air di permukaannya. Walau bagaimanapun, pergerakan planet ini adalah statik di mana planet ini tidak berpusing ketika ia mengorbit bintang hosnya. Ini bermakna sebahagian kawasan planet  menghala ke arah bintang hos adalah kekal dan kawasan sebaliknya membelakangi bintang hos juga kekal. Sebelah kawasan planet ini sgt panas kerana sentiasa menghadap bintang hosnya dan sebahagian kawasan lagi  gelap kerana tiada pancaran cahaya bintang hosnya. Kawasan yg boleh dijadikan habitat makhluk Bumi ialah kawasan di tengah-tengah antara kawasan menghadap bintang hos dan kawasan tidak menghadap bintang hos. Ia seolah cuaca di waktu senja atau subuh, iaitu tidak gelap tidak cerah. Di kawasan ini makhluk bumi akan dapat sesuaikan diri dengan cuaca yg tidak panas dan tidak sejuk dan sumber bekalan air yg bersesuaian dengan kehidupan. Kemungkinan juga ada makhluk tinggal di sini dan kajian masih dilakukan oleh saintis ketika ini. 


Anak Panah Menunjukkan Kawasan Yang Sesuai Dengan Habitat Penduduk Bumi
Illustrasi Planet Glise 581c


08.GJ 1241b - Planet Air
Hampir keseluruhan planet  ini terdiri daripada molekul air. Planet ini lebih besar daripada Bumi dan kecil berbanding dengan Uranus. Planet ini diklasifikasikan sebagai Super Bumi. Kemungkinan ada makhluk tinggal di sini juga kerana mempunyai sumber air yang lazimnya dapat menyokong  habitat makhluk alam semesta. 

Ilustrasi Planet GJ 1241b


09.WASP-17 b - Planet Paling Besar Di Seluruh Galaksi
Ketika ini, planet ini adalah planet terbesar pernah dijumpa oleh saintis Bumi. Saiz planet ini adalah dua kali besar daripada Musytari dengan diamater 249,000 km. Planet ini mengorbit arah bertentangan bintang hosnya. Saiz planet yg besar juga menjadi topik perbincangan ahli saintis kerana saiznya yg luar biasa. 



Illustrasi Planet WASP-17b


10.HD 188753 - Planet Dengan Tiga Matahari
Planet ini unik kerana Sistem Solarnya mempunyai tiga bintang. Selalunya hanya ada satu bintang hos seperti Matahari. Ini bermakna jika kita berada di planet ini, kita akan mempunyai tiga bayang badan kita kerana ada tiga matahari memancar ke planet ini. Ini juga bermakna kita akan melihat tiga kali matahari terbenam kerana ada tiga matahari di sini. Ia berada sejauh 151 tahun cahaya daripada Sistem Solar kita. Planet ini sememangnya aneh kerana sainstis masih tidak dapat menerangkan bagaimana boleh ada tiga matahari atau bintang hos dalam satu Sistem Solar planet ini. 


Illustrasi Planet HD 188753


11.KEPLER-78b - Planet Neraka
Planet ini dipanggil planet neraka kerana suhu permukaan planet adalah 2400 darjah celcius iaitu terlampau sangat panas. Planet ini juga sepatutnya tidak wujud kerana suhunya yg terlampau panas dan sgt dekat dengan bintang hos atau mataharinya. Planet ini dikatakan akan musnah dalam masa tiga billion tahun lagi. 


Ilustrasi Planet Kepler 78-b


Itu adalah penerangan serba ringkas mengenai planet-planet yg unik berada di alam galaksi kita. Sesungguhnya rahsia alam sgt luas dan sgt menakjubkan. 







60 comments:

  1. Fuhh.

    Planet neraka tu mmg panas ya.

    2400 darjah selsius? 100 darjah selsius pun dah melecur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. planet neraka tu mmg sgt panas dan anehnya planet itu tak hancur atau meletup walaupun sgt berdekatan dengan bintang hos dia. keajaiban alam. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  2. Dahsyat...sapakah tuan adminnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh admin. biasa je, huhu. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  3. Cantik dan info yang sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. hi membalas kunjungan dan done follow hehe.

    ReplyDelete
  5. Untuk orang lemah sains macam saya pening gak baca fakta ni. Hehe. By the way, good sharing and keep posting. Follow back here 👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya pun lemah sains juga. juz faham ckit2x je. huhu. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  6. Wahhhh info yang menarik untuk saya yang kurang membaca bab-bab sains ni...
    balas kunjungan dr ummizarra.com

    ReplyDelete
  7. great info
    singgah n follow back

    ReplyDelete
  8. Wow!!! Banyak info yang saya tak pernah tahu pun. Kerdilnya rasa. Tq for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. info pun sy baru tahu juga. xpe kak. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  9. Replies
    1. sy pun baru tahu info niey. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  10. Terbayang kalau makhluk planet asing singgah sini kan... mesti diaorang pun cuba hantar angkasawan ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu. sy terfikir benda sama. maybe alien tu pun nak tahu ada ke tak kehidupan kat sistem solar kita. huhu. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  11. thanks sudi follow saya. done followed

    ReplyDelete
  12. salam hormat,
    mengenai planet 3 matahari, bolehkan tuan jelaskan lagi maklumatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hormat juga tuan. based on apa saya baca, sistem solar planet itu ada tiga bintang utama. bagi sy tiga bintang tu ibarat ada tiga matahari. tahun 2005, dikatakan planet tu mengorbit satu bintang utama berbanding dua bintang lagi. namun, tahun 2007 ada wat kajian lagi mengenai planet ni, tapi resultnya menghampakan kerana planet tu tidak dapat dikesan. andai kata sy salah fakta, mohon tuan betulkan. sy pun budak baru belajar. :). cmner pun, terima kasih kerana sudi komen. :)

      Delete
  13. Perkongsian yang menarik.
    Selamat menjadi blogger.
    Menjadi blogger yang rajin up-date post lagilah bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. sy cuba update at least seminggu satu entry. terima kasih juga sudi komen. :)

      Delete
  14. Subhanallah, menariknya.

    Planet kembar bumi tu, scary pula kalau bayang ada makhluk lain kat sana, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indahnya ciptaan Tuhan kan kak. Huhu. Aah, rasa scary juga kalu ada makhluk kat sana. adakah mcm manusia atau cmner pun kita x tahu. huhu. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  15. perkongsian yang menarik. semoga berjaya.

    Done follow back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I sgt menghargainya. hihi. Terima kasih sudi komen kak. :)

      Delete
  16. info yg menarik, bolh di share dgn anak untuk minat lebih dlm dgn sains..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak. bagus juga tu. sy syorkan beli majalah dewan kosmik. best majalah ni. hihi. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  17. wow ^^ tulisan yang informatif ^^ keep it up :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai precious cla. hihi. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  18. subhanallah subhanallah subhanallah. kagum dengan ciptaan Allah tapi pada masa yang sama scary. But at the same time rasa excited. Scary sebab terfikir macam mana la kalau tiba-tiba tercampak ke planet sana (okay mengarut). Excited sebab nak experience sendiri keunikan planet-planet tersebut lagi-lagi yang ada tiga matahari tu hehe.

    btw, done follow back :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Samala sy pun kagum dengan ciptaan Allah. Perasaan bercampur baur bila tahu kewujudan planet2x ini. Planet 3 matahari tu buat masa ahli saintis tak dapat trace di mana kedudukannya apabila kajian semula dibuat pada tahun 2007. Cmner pun, mmg unik ciptaan Tuhan. Terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  19. Subhanallah. Cantiknya.. Mantap info2 sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah kak. Indah ciptaan Tuhan. Terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  20. informasi yg sgt padat. tq sharing..slm perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga. i sgt menghargainya. terima kasih sudi komen. :)

      Delete
  21. Assalamualaikum,Kak Sue singgah dan follow sini..selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak Sue. Selamat berkenalan dan terima kasih sudi singgah dan komen kak su. :)

      Delete
  22. fuhh bro leo pluto, lama tak dengar berita, kemana bro leo menghilang selama ini, taw taw dah muncul dengan blog baru pulakk.. hehe

    ReplyDelete
  23. juga dengan planet baru.. hehehh

    ReplyDelete
  24. oh ada planet neraka juga
    mendengarnya saja sangat ngeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, planet itu sangat panas sekali. Memang sangat ngeri. huhu.

      Delete
  25. Replies
    1. terima kasih juga sudi baca Mr Jmbelog. GV hargainya. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.