GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Arkib Hiburan
  • Penyanyi No.1 Malaysia
  • Infotainment
    • Meletop
    • Muzik
      • Album
      • Koleksi Lagu Ziana Zain
      • Lagu Era 1980 an
      • Lagu Era 1990 an
      • Lagu Era 2000 an
      • Lagu Era 2010 an
      • Lagu Era 2020 an
    • Anugerah
    • Raya
    • Makanan
    • Minuman
    • Filem
    • TV
    • Anime
    • Mimpi
    • Planet
    • Negara
    • Sihat
    • Sign In
  • About Us

GALAKSIVIRAL - Tahun ini adalah tahun sejarah kebangkitan penyanyi dan muzik ciptaan AI. Ini adalah kerana buat pertama kalinya penyanyi AI bernama Xania Monet telah berjaya menjadi Juara Carta Billboard R&B Digital Song Sales dengan lagunya berjudul How Was I Supposed To Know.





MUZIK AI REVOLUSI HIBURAN MANUSIA ERA 2020 AN

Perkembangan revolusi muzik melalui teknologi AI pada tahun 2025 menunjukkan industri muzik Malaysia dan Antarabangsa bakal menuju suatu era baru di dalam tamadun budaya manusia. Kini terdapat begitu banyak lagu ciptaan atau adunan semula oleh AI yang boleh didengari di pelbagai platform sosial media. Maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti Anugerah kategori AI untuk muzik akan diwujudkan di dalam Anugerah Grammy atau MTV Music Award. 

Industri muzik manusia sentiasa berubah  mengikut zaman tamadun masing masing. Ia bermula dengan ciptaan alunan melodi lagu, penghasilan lirik, kewujudan peralatan muzik moden dan kini muzik AI. 

Jika diamati, kemajuan teknologi muzik AI  beberapa bulan ini adalah sangat drastik dan luar biasa. Ini adalah kerana penambahbaikan vokal nyanyian AI, susunan dan gubahan muzik AI telah berubah menjadi lebih baik dan berkualiti dari semasa ke semasa dalam masa yang sangat singkat. Contohnya awal tahun ini kita dengar suara penyanyi AI ada bunyi robot menyanyi dengan suara crack di hujung-hujung nyanyian. Tetapi pada hujung tahun ini, vokal AI itu berubah terus menjadi lebih bagus dan bermutu berbanding sebelumnya. Malah ada vokal AI sudah menyamai vokal salah seorang penyanyi terbaik dunia, Dimash Qudaibergen daripada Kazakhstan. Hebat bukan.

Dimash Qudaibergen

Namun ada satu perkara yang sangat penting di mana muzik AI tidak miliki iaitu penjiwaan lagu. Lagu ciptaan atau nyanyian AI walaupun hebat dengan nada tinggi dan susunan muzik bertaraf konsert mega, ia tetap masih ada rasa kosong kerana ia bukan dihasilkan dengan cara penjiwaan emosi yang tulen dan asli. 


Sebelum itu, Xania Monet sebenarnya adalah penyanyi ciptaan AI oleh Telisha Nikki Jones. Xania menggunakan vokal Telisha dalam menyanyikan lagu-lagu di dalam album atau singlenya. Ia seperti kumpulan K-Pop Huntrix di dalam filem Kpop Demon Hunter. Cuma bezanya  Xania adalah artis AI  yang diwujudkan khas khusus untuk menjadi penyanyi di alam realiti dan maya. 

Xania Monet
Penyanyi AI Muzik 

Adakah muzik AI akan membawa perubahan lebih baik dalam industri muzik kita atau sebaliknya ? Hanya masa dan waktu dapat menentukannnya. 


TRIVIA MUZIK AI 

❤️Muzik AI paling awal wujud ialah tahun 1950-1970
❤️Penyanyi AI mula wujud dan berkembang pada tahun 2020-2024
❤️AI berjaya menjadi penyanyi, komposer dan penggubah lagu pada tahun 2025
❤️AI boleh cipta suara tidak pernah wujud
❤️AI boleh menyanyikan lagu dengan lebih 100 aksen slang/loghat 
❤️Antara platform muzik AI yang popular ialah Suno AI Songs, Udio, Mubert, AIVA, Amper Music, OpenAI Jukebox, Vocaloid, Voicify/Lalas, Soundraw dan Boomy


Sumber Rujukan :
vulcanpost.com, billboard.com, Chatgpt

GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0

GALAKSIVIRAL - Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kembali lagi untuk edisi 37 tahun 2025. Tema tahun ini ialah SATUKeunggulan dan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Undian atas talian telah dilaksanakan di laman web ini abpbh.com.my bagi menentukan siapakah bintang paling popular bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Tahun ini terdapat dua kategori pertandingan iaitu Kategori Utama dan Kategori Ekstra. Anugerah baharu  yang diwujudkan tahun ini ialah Anugerah Seller Terpaling Popular (Kategori Ekstra).

Jom kita tengok siapakah Calon Top 10 bagi setiap kategori dan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 37 tahun 2025. #abpbh37 #terpalingpopular



ANUGERAH BINTANG POPULAR 

TAHUN 2025







KATEGORI UTAMA

01.ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR

PEMENANG : JAZMY JUMA


02.ARTIS BAHARU WANITA POPULAR 

PEMENANG : UMMI UMAIRAH



03.PENYANYI LELAKI POPULAR

PEMENANG : HAEL HUSAINI


04.PENYANYI WANITA POPULAR

 PEMENANG : ERNIE ZAKRI



05.AKTOR FILEM LELAKI POPULAR

PEMENANG : FATTAH AMIN



06.AKTRES FILEM POPULAR

PEMENANG : SWEET QISMINA



07.AKTOR PEMBANTU FILEM POPULAR

PEMENANG : ADAM LEE


08.AKTRES PEMBANTU FILEM POPULAR

 PEMENANG : HELIZA HELMI


09.AKTOR TV POPULAR

PEMENANG : ZAHIRIL ADZIM



10.AKTRES TV POPULAR

 PEMENANG : EMMA MAEMBONG



11.AKTOR PEMBANTU TV POPULAR

 PEMENANG : NAZIM OTHMAN


12.AKTRES PEMBANTU TV POPULAR 

 PEMENANG : RAJA AZURA


13.PENGACARA TV POPULAR

PEMENANG : FIZA SABJAHAN



14.PENYAMPAI RADIO POPULAR

 PEMENANG : HAIZA



15.ARTIS KOMEDI POPULAR

 PEMENANG : JOEY DAUD



16.ARTIS KOLABORASI / DUO/ BERKUMPULAN POPULAR

 PEMENANG : KRU




KATEGORI EKSTRA

01.GADINGAN SERASI FILEM POPULAR

 PEMENANG : IEDIL ZUHRI & EMMA MAEMBONG



02.GADINGAN SERASI DRAMA POPULAR

 PEMENANG : SHUKRI YAHYA & ANNA JOBLING



03.LAGU PALING BOOM

PEMENANG :  NUR CINTA (AMIR MASDI)


04.ARTIS KONTROVERSI

 PEMENANG : FATTAH AMIN


05.SELLER TERPALING POPULAR

PEMENANG : ALIF SYUKRI & AMMAR AHYAN



ANUGERAH SEPANJANG HAYAT :

ALLEYCATS


BINTANG PALING POPULAR TAHUN 2025 :

ERNIE ZAKRI




TOP 5 BINTANG PALING POPULAR
EMMA MAEMBONG -  SWEET QISMINA - TRACIE SINIDOL - WANI KAYRIE 



GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0

Sumber : 

Google Images, abpbh.com.my, BERITA HARIAN

GALAKSIVIRAL - Di Malaysia terdapat banyak jenis masakan daripada pelbagai negara kerana negara kita adalah Malaysia Truly Asia dan Malaysia is World Food Heaven. Sebab itulah kita dapat lihat banyak restoran dan cafe yang menyajikan pelbagai jenis makanan tidak kira masakan Timur, Barat, Utara dan Selatan. Tetapi apakah makanan negara Asia Tenggara yang popular  bukan sahaja di negara mereka sendiri, malah di Malaysia  dan juga luar negara ? Jawapannya ada di bawah. Jom baca. ❤️❤️❤️❤️❤️



MAKANAN PALING POPULAR

ASIA TENGGARA 



SINGAPURA

NASI AYAM HAINAN

Nasi Ayam Hainan adalah makanan paling popular di Singapura. Makanan ini berasaskan ayam di mana terdapat nasi perisa ayam, daging ayam, sup ayam, sos cili merah, sos kicap dan halia. Makanan ini dikatakan berasal daripada Malaysia dan Singapura kerana ia dihasilkan oleh penduduk Cina tempatan setelah sekian lama. Ada pendapat mengatakan nama Hainan dipilih kerana nasi ayam ini dihasilkan berdasarkan nasi ayam di Hainan China. Mungkin sebab itu nasi ayam ini sangat popular bukan sahaja di Singapura, malah juga di Malaysia, Selatan Thailand dan Wilayah Hainan China sendiri. 

Nasi Ayam Hainan Singapura
Credit Photo to pantsdownapronson.com



BRUNEI

NASI KATOK

Nasi Katok adalah makanan yang sangat popular di Brunei. Makanan ini terdiri daripada nasi kukus, ayam goreng dan sambal cili pedas. Makanan ini dipanggil Nasi Katok kerana dikatakan pada era 80 an dahulu, ada sepasang peniaga Cina tempatan yang menjual makanan ini waktu malam untuk orang yang balik bekerja lewat malam. Jadi mereka akan ketuk pintu rumah ke rumah bunyi knock knock untuk menjual makanan ini kepada penduduk dan itulah bermula sejarah nama makanan ini.

Nasi Katok Brunei
Credit photo to  toptravelguide.appspot.com/



INDONESIA

NASI GORENG

Hasil kajian umum mengatakan Nasi Goreng adalah makanan paling popular di Indonesia. Nasi goreng versi Indonesia ini asasnya mempunyai nasi, bawang, telur, kicap manis, cili, asam jawa, belacan dan sayur.Lazimnya nasi goreng Indonesia ini mempunyai hidangan sampingan seperti kerupuk.Sama seperti Nasi Ayam Hainan, makanan ini juga asalnya daripada China tetapi sudah diadaptasi dengan budaya makanan tempatan sejak berkurun lamanya. 

Nasi Goreng Indonesia
Credit photo to chilipeppermadness.com



THAILAND

TOM YUNG GOONG

Makanan ikonik Thailand ini sangat popular di seluruh dunia dan disukai ramai kerana  rasanya yang unik dengan campuran masam, masin, manis dan pedas dalam satu hidangan. Makanan ini asasnya adalah sup asam pedang udang dimana namanya diambil daripada perkataan tum bermaksud mendidih dan yum pula beerti asam pedas. Antara bahan lain untuk masakan ini ialah bawang, sambal cili, tomato, serai, daun jeruk purut, lengkuas, daun ketumbar dan sesetengah orang akan letak santan atau susu cair bagi menambahkan kepekatan tom yum.  

Tom Yum Goong Thailand
Credit photo to thai-foodie.com



FILIPINA

ADOBO

Makanan ini adalah makanan yang sangat digemari oleh penduduk Filipina. Makanan ini adalah berasaskan daging samada daging ayam atau khinzir, makanan laut, sayur dalam cuka, kicap, bawang, daun bay  atau daun salam dan lada hitam. Ada sesetengah orang di sana akan campur sekali dengan santan agar masakan ini lebih berkrim. Nama Adobo ini diberikan oleh orang Sepanyol yang menjajah Filipina suatu ketika dahulu kerana proses merendam daging atau sayur dalam cuka adalah mirip dengan gaya masakan Sepanyol yang dipanggil Adobar yang bermaksud marinasi. 

Adobo Ayam Filipina
Credit photo to deliciouslyrushed.com



VIETNAM

PHO

Makanan ini adalah mi sup Vietnam yang berasaskan mi beras yang dimasak di dalam stok kuah daging lembu atau ayam bersama isi daging, herba segar daun ketumbar dan sayur tauge. Pati stok ini dibuat daripada bunga lawang, halia panggang, gula batu dan bawang untuk meningkat rasanya. Makanan ini semakin popular di Malaysia apabila semakin banyak restoran makanan Vietnam dibuka di sini. 

Pho Vietnam
Credit photo to teachatlanguagelink.com


KEMBOJA

AMOK TREY

Makanan ini dikatakan adalah hidangan utama kerajaan sejak berkurun lamanya dan kini telah diiktiraf sebagai salah satu makanan kebangsaan Kemboja. Makanan ini adalah kari ikan kukus Kemboja. Antara bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu ini ialah ikan, santan, bumbu khas Kemboja yang dipanggil kroeung (campuran rempah kunyit, serai, daun jeruk purut, halia dan cili). Makanan ini dikukus dalam balutan daun pisang untuk menaikkan aroma makanan. 

Amok Trey Kemboja



LAOS

LARB

Makanan kebangsaan Laos ini adalah makanan salad yang berasaskan daging cincang khinzir atau ayam atau itik atau lembu atau ikan yang diperisakan dengan sos ikan, limau nipis, beras panggang (khao khua), kacang, rempah ratus dan herba segar seperti daun mint dan bawang. Makanan ini sangat popular di Laos dan Thailand. 

Larb Laos
Credit photo to 196flavors.com



MYANMAR

MOHINGA

Makanan kegemaran rakyat Myanmar ini adalah mi sup ikan yang dihasilkan daripada bahan mi beras yang mirip mi bihun dan stok kuah ikan yang mempunyai serai, kunyit, bawang putih, beras panggang, tepung kacang chickpea serta halia di dalamnya. Makanan ini lazimnya disajikan bersama telur rebus, limau nipis, daun ketumbar, jeruk dan makanan ringan bergoreng seperti cendawan goreng, pisang goreng etc.

Mohinga 
Credit photo to delishglobe.com



TIMOR LESTE

IKAN PEPES

Makanan popular Timor Leste ini adalah makanan ikan yang diperap di dalam pes rempah ratus bersama santan dan kemudian dibalut di dalam daun pisang serta dikukus sebelum dibakar sehingga masak. Hidangan ini mempunyai gabungan rasa Austronesia dan Portugis iaitu lemak, masam dan pedas. 

Ikan Pepes Timor Leste
Credit photo to nationalgerichtrezepte.de



MALAYSIA

NASI LEMAK 

Nasi Lemak Malaysia adalah salah satu juadah makanan paling popular di dunia. Makanan  ini terdiri daripada nasi yang dimasak bersama santan, halia, bawang daun pandan ini dan kuah sambal ikan bilis, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng dan hirisan timun sememangnya amat melazatkan. Terdapat banyak jenis nasi lemak ketika ini seperti nasi lemak berwarna pink/hijau etc, nasi lemak burger, nasi lemak rendang dan nasi lemak pelbagai lauk. 

    Nasi Lemak Malaysia
Credit photo to tilda.com

GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/
https://www.youtube.com/@galaksiviral2.0

Sumber : 
Google Images, cnnindonesia.com


GALAKSIVIRAL - Anugerah Industri Muzik Malaysia kembali lagi pada tahun 2025. Majlis gilang gemilang ini diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada 13 September 2025 bersamaan hari Sabtu. Anugerah ini ditayangkan melalui saluran utama RTM iaitu TV2 pada jam 9 malam. Pencalonan bagi AIM24 dibuka untuk lagu dan album dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India yang dikeluarkan antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024. Pencalonan yang diterima ialah sebanyak 862 pencalonan dan setelah disenarai pendek hanya tinggal 130 pencalonan bagi calon Top 5 untuk 26 kategori yang dipertandingkan. Untuk anugerah kali ini terdapat tiga anugerah baharu diwujudkan iaitu : 

a) Lagu Tradisional Terbaik (untuk lagu Zapin, Inang, Ghazal, Irama Asli, Joget)

b) Lagu Pop Etnik Terbaik (untuk lagu Etnik/Kenegerian seperti Iban, Kadazan/Dusun, Minang etc)

c) Lagu Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik 


Berikut ialah Ramalan Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 24 tahun 2025. (ramalan pemenang - tulisan berwarna ungu/purple)


ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 

MALAYSIA  

24

2025


ALBUM TERBAIK :

  • Janji / Dayang Nurfaizah
  • Imaji / Aina Abdul
  • Belagu II / Dayang Nurfaizah 
  • Imaji (Deluxe Edition) / Aina Abdul
  • SITISM / Dato' Sri Siti Nurhaliza


LAGU TERBAIK
  • Rahsia Tuhan / Noh Salleh / Noh Salleh 
  • Jangan Mati Rasa Itu / Aina Abdul / Aina Abdul (WINNER)


ARTIS BARU TERBAIK 
  • Erika Foo / Hidupkan Mimpi Mimpi
  • Intan Maya / Layak Bahagia
  • KOI / Niskala Suaka
  • Ryenald Guntabid / Lumangad Oku Dika 
  • Xone / Lantaklah



PERSEMBAHAN TERBAIK VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
  • Akim Ahmad (Akim & The Majistret) / Saksama
  • Amir Masdi / Sengaja
  • Hafiz Suip / Terus Bersinar
  • Hazama / Mendonan
  • Ryenald Guntabid / Lumangad Oku Dika


PERSEMBAHAN TERBAIK VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)

  • Aina Abdul / Jangan Mati Rasa Itu  (WINNER)
  • Dato' Sri Siti Nurhaliza / Sehebat Matahari
  • Ernie Zakri / Aura
  • Liza Hanim / Takdir Itu Milik Aku
  • Marsha Milan / Hening Rindu


KUGIRAN TERBAIK

  • Barbarik / Peluru Coklat
  • Drama Band / FYP
  • Gerhana Ska Cinta / Rasa Sayang
  • Mafidz / Teleportasi  (WINNER)
  • Masdo / Inilah Jalannya



PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK
  • AWLA / Ulul Azmi
  • Dolla / Damelo
  • Inteam / Nasab Nabi  (WINNER)
  • KRU / Voodoo
  • TE3N / Shake


PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK

  • Adira Suhaimi & Khai Bahar / Pejam
  • Akim Ahmad & Stacy Anam / Ritma & Rima
  • Faizal Tahir & Dato’ M.Nasir / Campak Bintang
  • Hafiz Hamidun & Ruffedge / Batu Hitam
  • Ustaz 3 Beradik & Fadzli Far East / Putusnya Butir Tasbihku


LAGU POP TERBAIK

  • Hasrat (OST Imaginur) / Amir Jahari
  • Jangan Mati Rasa Itu / Aina Abdul  (WINNER)
  • Santai / Faizal Tahir
  • Rahsia Tuhan / Noh Salleh
  • Aura / Ernie Zakri


LAGU ROCK TERBAIK

  • Aku Ada / Hazama
  • Sengaja / Amir Masdi
  • Rembulan & Pungguk / Hazama
  • Semacam Pandora / Hazama
  • Saksama / Akim & The Majistret


LAGU TRADISIONAL TERBAIK

  • Rindu Menyapa / Dayang Nurfaizah
  • Pujuk / Haziq Rosebi & Baby Shima
  • Kalau Berkasih / Dato' Sri Siti Nurhaliza & Dato’ Awie
  • Penawar Kita / Noraniza Idris & Hazama
  • Canda Citra Cinta / Hazra  (WINNER)


LAGU RAP/HIP HOP TERBAIK 

  • Berlian / Joe Flizzow feat. Gard
  • Cekap / Balan Kash
  • Dannok / Salammusik feat. Namewee
  • Aku Ingin / Tuju
  • Kuala Lumpur / Balan Kash


LAGU POP ETNIK TERBAIK

  • Menyantun Kasih / Siti Nordiana
  • Magis / Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  • Kalam / Shiha Zikir
  • Oh Huminodun / Elica Paujin
  • Cinta Setandan Pisang / Den Manjo & Eda Ezrin  (WINNER)


LAGU POP ELEKTRONIK/DANCE TERBAIK

  • 99 / FUGŌ
  • Angkat / Mimifly  (WINNER)
  • Nada Baru / FLQ feat. Yuna
  • Ruang / Late Night Frequency feat. Aiman Nomad
  • Tak Sempurna / Aril feat. Nigel Sparks


LAGU NASYID TERBAIK 

  • Hanya Dia / Aiman Sidek & Halim Ahmad
  • Ulul Azmi / AWLA feat. Jenny Nadhirah Chin
  • Biar Satu Dunia Tahu / Faizal Tahir & Mirwana  (WINNER)
  • Kudus Palestin / Lah Ahmad & Inteam
  • Putusnya Butir Tasbihku / Ustaz 3 Beradik feat. Fadzli Far East


LAGU PERPADUAN TERBAIK

  • Anak Malaysia / Fahimi, Saixse, Altimet & Zizi Kirana
  • Bendera / Faizal Tahir  (WINNER)
  • Terbang / Xpose & Dina Nadzir
  • Semangat Juara / Faizal Tahir
  • Madani Jiwa Merdeka / Amir Masdi


LAGU RUNUT BUNYI (OST) TERBAIK DI DALAM FILEM/DRAMA

  • Kasih Merintih / Aina Abdul
  • Hasrat / Amir Jahari
  • Darah Bangsa / Faizal Tahir
  • Wira Hatiku / Dato' Sheila Majid
  • Ayuh / Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri


LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK

  • B.D.T / Jaclyn Victor
  • Drip / Dolla
  • My Home Is In Your Arms / Daiyan Trisha
  • The Best / Ernie Zakri
  • Old Love / Yuji & Putri Dahlia


LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK

  • Eternal Friendship 友誼長存 / Firdhaus 菲道爾
  • 也许在别的星空 (Beyond the Stars) / Uriah See
  • Divorce In Ghana 在加納共和國離婚 / Firdhaus 菲道爾  (WINNER)
  • The Ideal Adult In Our Heart / Brian Chew & Tan Yin Ern
  • Imperfection 我不是一个完美的人 / Firdhaus 菲道爾


LAGU INDIA TEMPATAN TERBAIK

  • Arabu Kuthira / Buggimaan
  • Ivaldana / Thiban, Unnikrishnan & Aparna Harikumar
  • Pothum / Sheezay & Hashmita  (WINNER)
  • Meena Loveshini / Buggimaan
  • Deepavali Sudah Mari / Zubir Khan


LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA

  • Hawa / Diana Nazyra
  • Masih Ku Sayang / HoonDoo
  • Bertengkar Manis / Rossa & Barsena Bestandhi
  • Janji / Aziz Harun
  • Lupakan Cinta / Rossa


KOLABORASI ARTIS TEMPATAN BERSAMA ARTIS/KOMPOSER LUAR NEGARA TERBAIK

  • Dursila / Meiska
  • Cinta Tak Pernah Tepat Waktu / Aina Abdul & Fabio Asher
  • Naluri / Sekumpulan Orang Gila & Boniex For Revenge
  • Masing Masing / Ernie Zakri & Ade Govinda
  • Sejarah / Dato’ Sri Siti Nurhaliza


KULIT ALBUM/SINGLE TERBAIK

  • Aura / Ernie Zakri
  • Jangan Mati Rasa Itu / Aina Abdul
  • Antonim Pt. 1 / Hael Husaini
  • Di Persembunyian / Satwo
  • Iman / Ismail Izzani  (WINNER)


RAKAMAN ALBUM TERBAIK

  • Pujangga / Hazama
  • New Classic / Dolla
  • Imaji (Deluxe Edition) / Aina Abdul  (WINNER)
  • Belagu II / Dayang Nurfaizah
  • Aura / Ernie Zakri


RAKAMAN LAGU TERBAIK

  • Be Mine / Ayda Jebat
  • Rindu Menyapa / Dayang Nurfaizah
  • Aura / Ernie Zakri  (WINNER)
  • Akhirnya Bahagia / Dayang Nurfaizah
  • Kamu (2024 Remaster) / Aina Abdul


SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU

  • Lemah / Dayang Nurfaizah
  • 我一直都以为我是一个人 / Ryota 片山凉太
  • Dari Hati ke Hati / Dayang Nurfaizah
  • Senyawa / Dato' Sri Siti Nurhaliza
  • Rindu Menyapa / Dayang Nurfaizah  


VIDEO MUZIK TERBAIK 

  • Damelo / Dolla
  • Angkat / Mimifly
  • Ayuh / Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri
  • The 20th Floor / Namewee & Wang Lei
  • Voodoo / KRU  (WINNER)


ANUGERAH SRI WIRAMA - DATO' SRI SITI NURHALIZA

LAGU PALING TINGGI STRIM - MASING MASING / ERNIE ZAKRI FEAT ADE GOVINDA
LAGU PALING TINGGI TONTONAN DI TIK TOK - SANTAI / FAIZAL TAHIR
VIDEO RASMI PALING TINGGI TONTONAN DI YOUTUBE - SAYUNK I LOVE YOU / CHOMBI


Ingin Tahu Lagu Top Popular Penyanyi Legenda Malaysia ? 
Jom Layari Youtube Channel galaksiviral di link ini >>>> galaksiviral Youtube Channel


GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber : 
Google Images
(kemaskini 14 September 2025/Ahad)






Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Pelawat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • PEMENANG BINTANG PALING POPULAR 2017
  • ZIANA ZAIN : 21 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • SHARIFAH AINI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • RAMLI SARIP : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • KERETA RADIO ROSAK ? JOM GUNA MINI RADIO KERETA YANG MENJIMATKAN INI.

Infotainment Muzik

  • INFO ALBUM
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment Boom

  • INFO ANIME
  • INFO ANUGERAH
  • INFO ARKIB HIBURAN
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO MIMPI
  • INFO MINUM
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO RAYA
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Jul 20261
  • Mei 20266
  • Mac 20263
  • Feb 20262
  • Nov 20254
  • Sep 20251
  • Ogo 20252
  • Mei 20256
  • Jul 20241
  • Mei 202411
  • Apr 20244
  • Jan 20241
  • Nov 20231
  • Dis 20221
  • Jul 20221
  • Apr 20215
  • Mac 202115
  • Okt 20201
  • Sep 20208
  • Ogo 202025
  • Jul 20208
  • Jun 20203
  • Mei 20202
  • Jan 20201
  • Nov 20195
  • Okt 20191
  • Feb 201823
  • Jan 201811
  • Dis 201732
  • Nov 201749
  • Okt 20173
  • Sep 20171
  • Ogo 201747
  • Jul 2017106
  • Mei 20174
  • Apr 201713
  • Mac 20176
  • Feb 201716
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes