galaksiviral - Rancangan Pilihan Bersama Radio Muzik pernah mencetuskan fenomena dan menjadi rancangan radio paling ikonik dalam kalangan peminat hiburan tanah air pada era 90-an. Hal ini demikian kerana rancangan tersebut menjadi platform utama bagi pendengar untuk memilih dan mendengarkan lagu kegemaran mereka di radio. Bersiaran setiap hari dari jam 9:02 malam hingga 12:00 tengah malam, senarai lagu permintaan ini akan diterbitkan terlebih dahulu dalam akhbar Utusan Malaysia. Lazimnya, setiap surat kiriman pendengar yang terpilih akan memuatkan dua hingga tiga buah lagu pilihan. Di bawah adalah sejarah ringkas penubuhan Radio Muzik.
2 Januari 1995 (Utusan Malaysia)
SEJARAH RADIO MUZIK
- 1975 (FM Stereo): Mula beroperasi sebagai FM Stereo, stesen radio stereofonik pertama di Malaysia. Rancangan ini bermula sebagai Pilihan Khas sebelum ditukarkan kepada Pilihan Bersama.
- 1989 (Radio 2): Ditukar nama kepada Radio 2 dan menjadi sangat berpengaruh dengan jumlah pendengar mencecah lebih 3 juta orang. Rancangan Pilihan Bersama Radio Dua mula menjadi perhatian peminat tempatan.
- 1994 (Radio Muzik): Dilancarkan secara rasmi sebagai Radio Muzik pada 2 Ogos 1994, bersiaran 24 jam dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bermulanya fenomena rancangan Pilihan Bersama Radio Muzik Stesen Muzik Anda.
- 1 April 2005 (Muzik FM): Dijenamakan semula sebagai Muzik FM pada 1 April 2005.
- 2012 : Nasional FM mengambil frekuensi Muzik FM.
- 2013 (Galaksi Muzik RTM) : Muzik FM bergabung dengan Muzik Aktif dan bersiaran melalui internet.
- 2017 : Galaksi Muzik RTM ditamatkan.
- 2024 : Siaran percubaan atas talian dengan nama Muzik FM pada 25 Januari 2024 dan secara rasmi pada 2 Mac 2024. Terdapat dua DJ AI (Articial Intelligence) pertama di Malaysia dan Asia Tenggara bertugas di stesen ini iaitu DJ Aira dan DJ Dio. Rancangan Pilihan Bersama versi baharu yang dinamakan semula iaitu Layan Radio Muzik telah dikendalikan oleh DJ Aira (DJ AI) pada setiap malam Jumaat dan Ahad.
- 2025 : Dijenamakan semula sebagai Radio Muzik.
IMPAK FENOMENA PILIHAN BERSAMA RADIO MUZIK
Segmen Radio No. 1 dan Paling Popular dari hujung tahun 1994 hingga 1998.
Budaya Pop Era 80-an dan 90-an : Melahirkan salah satu fenomena budaya pop era 80-an dan 90-an yang paling ikonik, iaitu merakamkan lagu pilihan pada kaset kosong daripada siaran segmen ini.
Platform Penyampaian Salam: Menjadi platform utama untuk menyampaikan salam silaturahim melalui lagu antara ahli keluarga, rakan, dan taulan.
Pengaruh terhadap Populariti Lagu: Memanjangkan populariti sesebuah lagu menerusi permintaan kerap dan siaran berterusan dalam segmen ini untuk jangka masa yang panjang.
Kesimpulannya, rancangan Pilihan Bersama Radio Muzik adalah salah satu detik penting dalam sejarah kegemilangan irama muzik Melayu era 90-an. Hal ini kerana melalui rancangan inilah, banyak lagu pada zaman tersebut diangkat menjadi karya malar hijau, sekali gus meninggalkan impak nostalgia yang mendalam dan kekal tersemat di hati para pendengar sehingga ke hari ini.
Arkib Hiburan Malaysia
LINK RADIO MUZIK TAHUN 2026 : radiomuzik.rtm.gov.my
.png)





0 Comments
Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D