galaksiviral - Pertandingan memasak terkenal Masterchef Asia kembali dengan musim terbaru menemui peminat pada tahun 2026. Musim kali istimewa kerana kesemua peserta yang bertanding adalah peserta Asia yang pernah bertanding dalam pertandingan Masterchef pelbagai negara. Sudah pasti wakil Malaysia juga turut serta dalam musim ini iaitu Marcus Low. Menariknya Marcus adalah merupakan satu-satunya peserta asal Masterchef Asia yang menyertai musim istimewa ini. Jom kita lihat gambar peserta dan trivia ringkas rancangan fenomena ini.
Marcus Low
(Malaysia/Masterchef Asia Musim 1)
Mime Kataniwa
(Jepun/Masterchef Italia Musim 11)
Sandy Tang
(Macau China/Master Chef UK Musim 16)
Therese Lum
(China/MasterChef Australia Musim 13)
Audrey Wicaksana
(Indonesia/MasterChef Indonesia Musim 7)
Ivory Yat Vaksman
(Filipina/MasteChef Pinoy Musim 1)
Khanh Ong
(Vietnam / Masterchef Australia Musim 10 & 12)
Nambie Marak
(India/MasterChef India Hindi Musim 8)
Sahadol Tantrapim
(Thailand/MasterChef Thailand Musim 3 & All Stars)
Areun Yoon
(Korea Selatan/MasterCher Korea Musim 1)
Juri
Chef Edward Lee (Korea Selatan/Culinary Class Wars) ; Chef Pam (Thailand/Kitchen War Thailand) & Chef Kelvin Cheung (Chinese-Canadian)
REVIEW
MASTERCHEF ASIA 2026
Nama Rancangan : MasterChef Asia 2026
Jenis Rancangan : Realiti TV
Fokus Rancangan : Pertandingan Memasak Asia
Jumlah Episod : 10
Mula Ditayangkan : 22 September 2026 - kini
Negara Hos Rancangan : Macao, China
Saluran : TLC (Astro Channel 707)
Jumlah Negara Sertai Rancangan Ini : 9
Malaysia
Thailand
Indonesia
Filipina
Vietnam
China
Korea Selatan
Jepun
India
Review:
Musim terbaru ini unik kerana menghimpun pelbagai peserta keturunan Asia yang pernah bertanding dalam pelbagai edisi MasterChef Asia seluruh dunia. Cuma bagi GV, juri MasterChef kali ini kurang layak jadi juri kerana kita masih ada Juri yang lebih layak, berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang masakan Asia untuk menjadi juri rancangan ini.
Apabila GV mengetahui barisan juri musim ini. GV sudah jangka (SPOILER ALERT) wakil Malaysia dan Jepun akan terkeluar awal. Bayangkan Marcus yang inovatif dan kreatif dalam masakan dalam musim pertama boleh tersingkir awal dalam musim ini. Manakala wakil Jepun yang bertanding di MasterChef Italia pula telah disingkirkan paling awal antara semua peserta. Kecewa bukan.
Juri Edward Lee (Amerika Syarikat/Korea Selatan) tidak layak jadi Juri musim ini kerana beliau hanya pakar masakan barat sahaja dan masakan Korea Selatan pun beliau tidak berapa mahir. Sepatutnya Usahawan Makanan Terkenal/Pengkritik Makan Profesional dan Raja Juri Makanan Korea Selatan iaitu Paik Jong-won sepatutnya menjadi juri dalam rancangan ini kerana beliau mempunyai ilmu pengetahuan masakan dan kulinari yang sangat meluas termasuk masakan Asia Tenggara.
Juri Pam (Thailand) pula walaupun memegang takhta Chef Wanita Terbaik Dunia 2025, beliau pun sebenarnya tidak layak jadi juri kerana beliau pernah memberikan reaksi negatif kepada masakan nasi kerabu yang disediakan oleh salah seorang peserta rancangan Kitchen Wars Thailand musim ketiga baru baru ini. Ini menunjukkan beliau bukan jenis berfikiran terbuka di dalam kepelbagaian masakan terutamanya masakan Asia Tenggara. Cuba bayangkan kalau kita masak sambal belacan atau tempoyak, sudah pasti Chef Pam akan beri komen negatif serta merta dan tersingkir daripada pertandingan. Oleh itu, sebagai ganti beliau, ketua penyelia kapten Kitchen Wars Thailand iaitu Chef Wilment sesuai jadi juri rancangan ini kerana beliau sangat memahami masakan Nusantara dan juga berfikiran terbuka di dalam bidang masakan.
Juri terakhir yang kurang popular berbanding yang lain iaitu Chef Kelvin mungkin layak jadi juri kerana latar belakang dalam bidang masakan beliau yang sangat diversiti dan variasi. Rasanya beliau satu-satunya juri musim ini yang tahu masakan Arab, India dan masakan berasaskan halal. Ini kerana beliau ada membuka restortan di Dubai UAE dan pastinya beliau memahami selok belok isu makanan halal. Kalau nak ganti pun, mungkin Chef Alvin Leung layak jadi juri kerana beliau sangat popular di Asia dan berpengetahuan luas dalam bidang masakan Asia. Chef Alvin pernah memarahi peserta Indonesia di dalam rancagan masakan kerana gagal masak rendang. Populariti Chef Alvin adalah setara dengan Chef Wan (Malaysia) di peringkat dunia kulinari.
Untuk peserta pula, kita tunggu la siapa menang nanti.
GV METER : 10/100
💖
(BIASA)
Sumber : Google Image












0 Comments
Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D