Ads Top

IKAN PALING CANTIK DI DUNIA

GALAKSI VIRAL -  Memelihara ikan di akuarium atau kolam sebenarnya dapat memberikan kita ketenangan fizikal dan mental samada di rumah, di pejabat atau di mana-mana kawasan kita berehat. Ditambah pula ikan kita pelihara pula cantik dan menarik, ia pasti menambah keterujaan kita untuk melihatnya setiap hari. Oleh yang demikian, jom kita lihat ikan manakah paling cantik di dunia yang menjadi kegilaan para peminat ikan. 



IKAN PALING CANTIK DI DUNIA 


1. SIAMESE FIGHTING FISH

Catatan :
Nama lain bagi ikan ini ialah Betta splendens dan merupakan ikan paling popular dijadikan sebagai haiwan peliharaan di dalam akuarium di seluruh dunia. Ini adalah kerana warnanya yang cantik, bentuk ikan yang sangat comel dan kos peliharaannya yang sangat ekonomik serta praktikal. Ikan ini juga dikenali dengan ikan suka berlawan dan sebab itulah ia dipanggil fighting fish. Ikan ini berasal daripada kawasan Asia Tenggara.




2. RUSTY PARROTFISH

Catatan :
Nama lain bagi ikan ini ialah Scarus ferrugineus. Ikan ini memainkan peranan penting dalam keseimbangan alga di kawasan batu karang di laut. Ikan cantik ini boleh didapati di Laut Hindi dan Laut Merah. 




3. ROYAL GAMMA

Catatan :
Nama lain untuk ikan ini ialah Gramma loreto. Ikan ini juga popular dijadikan ikan peliharaan di dalam akuarium kerana saiznya kecil dan kos penjagaan yang ekonomik. Ikan ini boleh dijumpai di kawasan Lautan Atlantik. 





4. RAM CICHILD 

Catatan :
Nama lain untuk ikan ini ialah Mikrogeophagus ramirezi. Ikan ini juga sangat popular sebagai ikan peliharaan di akuarium rumah. Ikan ini mempunyai sikap suka bermain-main kejar mengejar sesama mereka dan bersembunyi di kawasan bawah akuarium. Ikan ini berasal daripada Amerika Selatan.






5. BLUEFACE ANGELFISH

Catatan  :
Nama lain bagi ikan ini ialah Pomachantus xanthometophon. Ikan ini boleh membesar sehingga saiz 38 cm. Ikan ini biasanya dijumpai di Lautan Indo Pasifik.






6. CORAL BEAUTY

Catatan :
Nama lain bagi ikan ini ialah Centropyge bispinosa. Ikan ini hidup dalam berkumpulan di mana ia terdiri daripada  seekor ikan jantan dan beberapa ikan betina. Jika ikan jantan sudah mati atau tiada, salah seekor ikan betina yang dominan akan bertukar menjadi ikan jantan untuk ketuai kumpulan ikan itu.  Ikan ini juza lazimnya didapati di lautan Indo Pasifik. 






7. MADARINFISH

Catatan :
Nama lain bagi ikan ini ialah Synchiropus splendidus. Warna ikan yang sangat terang dan garang ini sebenarnya dijadikan perisai keselamatan kepada ikan ini kerana ia kelihatan seperti toksik untuk dimakan pemangsa lain. Ikan ini boleh dijumpai di Lautan Pasifik.





GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia

Sumber Rujukan :

1 comment:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.