Ads Top

ANAK PELAKON AMYZA AZNAN BAKAL SUPERSTAR MALAYSIA. VOKAL LEVEL MARIAH CAREY !!!

GALAKSI VIRAL - Anak pelakon popular Malaysia Amyza Aznan yang bernama Adrian dikatakan bakal menjadi The Next Superstar Malaysia oleh ramai peminat hiburan tempatan baru-baru ini. Ini adalah disebabkan kejutan kemampuan luar biasa Adrian yang mampu melakukan teknik Whistle Register dengan begitu padu sekali ketika membuat persembahan bersama ibu beliau di rancangan Famili Duo TV3.


Boleh dikatakan Adrian yang baru berusia 13 tahun ini adalah penyanyi lelaki pertama di Malaysia yang secara umum diketahui mampu membuat teknik Whistle Register ini secara mantap dan padu.  Di Malaysia hanya terdapat dua penyanyi yang betul-betul  mampu membuat Whistle Register ala Mariah Carey bunyinya mantap dan power iaitu Idayu AF3 dan Nikki Malaysian Idol. Lain-lain  penyanyi ada juga yang cuba membuat teknik nyanyian ini tetapi tidak sepadu Idayu AF3, Nikki dan kini Adrian. 

Ketika menonton rancangan Family Duo ini, ramai penonton akan terfikir kenapa lagu Mariah Carey berjudul Emotion dipilih sebagai salah satu yang akan dinyanyikan oleh mereka dalam rancangan ini. Ini adalah kerana hampir semua peminat muzik antarabangsa sedia maklum lagu Mariah Carey Emotion adalah lagu Mariah yang paling banyak guna teknik Whistle Register dan bukan semua penyanyi boleh menyanyikannya dengan baik. Namun, selepas menonton persembahan vokal mereka untuk lagu Emotion and Ku Bersuara (nyanyian asal Ernie Zakri), pasti ramai akan terkesima dan terkejut dengan potensi besar anak Amyza Aznan ini yang bakal menjadi The Next Superstar in Malaysia ini. Mereka berdua juga telah berjaya menjadi juara Famili Duo Pilihan minggu keempat rancangan ini hasil daripada persembahan mereka yang menghiburkan dan penuh kejutan itu. Tahniah kepada mereka berdua. 

Rasanya Adrian adalah satu-satunya bakal penyanyi lelaki Malaysia yang mampu mengegarkan industri muzik Malaysia dan Asia Tenggara kerana keunikan dan potensi vokal beliau untuk menjadi lebih mantap dan bagus di masa akan datang. Kali terakhir penyanyi lelaki Malaysia yang dikategorikan mempunyai Power Vocal ialah Raja R&B Malaysia Anuar Zain. Penyanyi lelaki lain ada juga yang mempunyai vokal mantap tetapi tidak sepadu kemampuan vokal Anuar Zain. Disebabkan itu jugalah nama Anuar Zain masih bertahan popular sehingga kini setelah hampir lebih 30 tahun di dalam industri muzik. 


Akhir kata, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Adrian agar beliau berjaya untuk apa jua beliau lakukan. Jom tonton persembahan mereka di bawah. :)

Amyza Aznan & Adrian
Famili Duo
TV3Malaysia Official Youtube Channel



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sources:

Goole Images, Mstar




2 comments:

  1. wow! baru first time tahu ni ! hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzza kak, hihi. Ada potensi vokal untuk jadi lebih mantap. hihi.:)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.