Ads Top

INDIA : FAKTA MENARIK, UNIK DAN ANEH ?

GALAKSI VIRAL - Mari kita baca fakta menarik, ringkas, unik dan istimewa mengenai negara India. Adakah ianya sepelik negara China yang selalu muncul dengan info-info di luar kotak ? Jawapan ada di bawah ini. Jom baca.


Burung Merak Adalah Burung Kebangsaan India



INDIA
FAKTA MENARIK, UNIK DAN ANEH 

1. Negara kedua paling ramai penduduk di dunia iaitu seramai 1,328,002,610. (Worldmeter, 2020)

2. Varanasi atau Benaras dipanggil Kota Purba  ialah tempat habitat manusia paling lama di dunia iaitu selama lebih 5000 tahun dahulu. 


Varanasi India

3. Permainan catur berasal daripada permainan Sanskrit yang dipanggil Chaturanga yang bermaksud empat orang tentera. 

4. India adalah di antara negara paling kaya di dunia pada awal kurun ke 17 iaitu sebelum kedatangan British ke India. 

5. India adalah sumber utama berlian di dunia sebelum tahun 1896 dan seterusnya di ambil oleh Brazil. 

6. Yoga berasal daripada India dan sudah wujud sejak 5000 tahun dahulu. 

7. India mempunyai jumlah masjid paling besar di dunia iaitu lebih 300,000 masjid di seluruh India.

8. Bukit Magnetik di Ladakh di mana sesebuah kenderaan boleh bergerak sendiri  tanpa perlu dipandu (gear free) kerana isu tarikan magnet ini di kawasan itu.

Bukit Magnetik Ladakh India


9. Bollywood adalah industri filem terbesar di dunia iaitu dengan penerbitan sebanyak 1813 filem pada tahun 2018. 

10. India ialah negara paling ramai membaca buku pada 2017.

11. Perkataan shampoo berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu champu bermaksud urut. Shampoo juga berasal dari India. 

12. India ialah pengeluar susu paling besar di dunia.

13. Negara pertama di dunia yang menghasilkan gula.

14. Tempat paling lembap pernah direkod  di dunia ialah di kawasan Utara Timur India iaitu di Mawsynram, Meghayala. Kawasan ini iaitu menerima hujan sebanyak 26,000 milimeter pada tahun 1985.

15. London mempunyai restoran makanan India lebih banyak daripada Delhi atau  Mumbai. 

16. Chai ialah teh minuman kebangsaan India.

17. Warna dinding marble Taj Mahal mula bertukar perlahan-lahan daripada warna putih kepada warna kuning kerana mungkin faktor pencemaran udara dan persekitaran. 

18. Aryabhatta adalah warga India yang mencipta nombor 0.

19. India adalah sebuah pulau pada 100 juta tahun yang lalu.

20. Pembedahan plastik sudah dilakukan di India sejak 4000 tahun yang lalu.

Pembedahan Plastik di India

21. Pengguna internet di India adalah lebih banyak daripada Amerika Syarikat.

22. Separuh perkhidmatan dalam bidang teknologi maklumat di dunia adalah daripada negara India. 

23. Seni pertahanan diri pertama di dunia adalah berasal daripada India sebelum ianya disebarkan oleh penganut Buddha di seluruh dunia.

24. Lembu di Barat Bengal diwajibkan mempunyai kad pengenalan. 

25. Taj Mahal adalah salah satu Tujuh Keajaiban di dunia.



26. Nasi Briyani sangat popular di India.

27. India ialah pengeluar buah mangga paling besar di dunia.

28. India mempunyai paling banyak pejabat pos di dunia. 

29. Majoriti filem India Utara menggunakan Bahasa Hindi sebagai bahasa filemnya.    Berbanding dengan India Selatan, industri filem di sini terbahagi kepada empat bahasa utama iaitu Tamil, Telegu, Malayalam dan Kannada. 

30. Dam Ular dicipta pada zaman purba India yang diberi nama Moksha Patam. Dam ini adalah permainan yang mengajar ajaran hukum karma di antara perkara baik dan sebaliknya.


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber :

6 comments:

  1. baharu saya tahu...

    tahniah bro GV kerana rajin membuat koleksi informasi yang unik dan menarik ini..

    ReplyDelete
  2. one of wishlist country to go! indiaaa.. tapi duit habis dekat japan jaaa sejak 4 tahun ni..sighhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya kak jalan jalan luar negara, takpe, nanti GV doakan agar akak dapat pergi jalan2x ke India pula. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.