Breaking

Tuesday, February 20, 2018

PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.

GALAKSI VIRAL - Jika anda peminat lagu Dikir Puteri nyanyian Diva Irama Malaysia/Pop Etnik Noraniza Idris. pastinya anda tahu yang lagu Dikir Puteri sememangnya amat popular di Thailand. Lagu ciptaan Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun sudah popular sejak tahun 1998 lagi. Terdapat  banyak versi lagu Dikir Puteri di Thailand dan kebanyakannya berentak Dance Music remix, Hip Hop Remix dan banyak lagi.


Beberapa tahun lepas, ada sekumpulan peserta tarian Thailand bertanding di dalam pertandingan tarian di negara mereka dengan menggunakan lagu Dikir Puteri sebagai lagu iringan tarian mereka. Terbaru, rancangan popular Thailand iaitu The Voice Thailand juga turut menampilkan lagu yang sama apabila peserta pertandingan ini iaitu Pathita dan Saran menyanyikan lagu Dikir Puteri dengan caranya tersendiri. Walaupun ada pelat Siam dalam nyanyian mereka, namun, persembahan mereka dengan siap berpakaian baju kebaya dan baju Melayu ini sangat mengagumkan dan patut diberi pujian. Lebih menarik lagi, rap dalam Bahasa Thailand turut dinyanyikan di dalam lagu ini sebagai satu bentuk improvasi kepada persembahan  hebat mereka. Kumpulan tarian yang mengiringi persembahan ini  ialah Kumpulan Dikir Hulu Selatan Thailand. Jom tengok video di bawah. :)

Video Persembahan Lagu Dikir Puteri di The Voice Thailand Season 6 2018

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : AwaniOhBulanNST,COM, The Voice Thailand, Google Image

35 comments:

  1. Uniknyaa. Bangga pulak rasa orang luar dendangkan lagu warisan melayu kita. Btw blog GV makin cantiklahh. Suka tengok ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, unik kak Fatin. GV pun rasa bangga bila ada negara luar nyanyi lagu Malaysia. Ttqtqtqtq so much kak Fatin. Blog kak Fatin lagi cantik. Hihi. :D

      Delete
  2. Alhamdulillah rasa sangat-sangat dihargai..dalam keadaan sekarang ramai yang memilih untuk meminati hiburan dari luar..bila ada yang menghargai hasil karya daripada negara kita..bersyukur sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdullilah. GV setuju kak PC. Karya muzik kita ada banyak yang bagus dan hebat. Bila ada negara luar sangat menghargai karya muzik Malaysia, ianya sangat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. :)

      Delete
  3. Wahhh terbaik la kan. Tak sangka ada jugak ya.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, best dorg kak. hihi. GV pun tak sangka dorg nyanyi lagu ni kat dalam contest tu.huhu.

      Delete
    2. Terbaik la. Jrg dibuat org nih. Hahahaha. Tp pelik tu yg best selalunya. Hiii

      Delete
    3. GV setuju kak Azian. Terbaik semua. :)

      Delete
  4. seronok bila lagu n muzik negara kita diminati oleh org asing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV setuju Mr Abam. muzik Malaysia mmg berkualiti. :)

      Delete
  5. mesti senyum lebar noraniza idris

    ReplyDelete
  6. Popular lagu ni di Thailand, kat Malaysia dah tenggelam..selatan Thai ramai yg pandai cakap Melayu..

    ReplyDelete
  7. walau yaluh walau dekat..hehehe mmg menghiburkan persembahan tu dan rasa bangga juga nii

    ReplyDelete
  8. suka lg tgk pidato bahasa melayu sbb peserta pelbagai negara. fasih pulak tu. bangga lah dgn bahasa kita

    ReplyDelete
  9. menarik juga nie...

    lebih menarik lagi kalau saya terjumpa GV yang menyanyi secara Smule di FB hehehehe

    ReplyDelete
  10. Tak sangka ada negara lain suka dengan Lagu Dikir Putri ni..
    Lagu ni rancak, best didengar..

    ReplyDelete
  11. Bangga sanggat....lagu kita dah sampai ke negara luar

    ReplyDelete
  12. Lama tak mai. Wajah baru dah blog awak sayang :)

    ReplyDelete
  13. Rasa berbangga bila org luar hargai budaya kita. Salam Ramadan Al Mubarak GV :)

    ReplyDelete
  14. wow... tak sangka diorg pun suka lagu melayu

    ReplyDelete
  15. Asalam wah sangat hebat ..fasih berbahasa Melayu

    ReplyDelete
  16. Terima kasih ya masih ada link

    ReplyDelete
  17. amboi....bukan main dia.. tapi bagus jugak kan... org luar nyanyi lagu kita, bukannya selalu..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D