Ads Top

SEARCH ENGINE PALING POPULAR DAN BANYAK DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Web Search Engine atau Enjin Pencarian Web adalah satu sistem perisian yang digunakan untuk mencari pelbagai info di World Wide Web. Jadi, enjin pencarian manakah paling banyak digunakan dan popular di Malaysia. Mungkin ada yang sudah tahu jawapannya kan. Jika belum tahu, jom kita tengok senarai di bawah.


Credit Image To Google.

ENJIN PENCARIAN WEB
PALING POPULAR 
 DI MALAYSIA 2017/2018




01. GOOGLE (96.94%)
IBU PEJABAT : USA
CATATAN :
Google is Internet. Internet is Google. Dengan market share Malaysia  sebanyak 96.94% , rasanya Google berjaya mendapat CGPA 4.0 dengan sangat cemerlang untuk kategori enjin pencarian web paling popular di Malaysia.


02. YAHOO (1.6%)
IBU PEJABAT : USA
CATATAN ;
Yahoo pernah menjadi juara carta enjin pencarian paling popular untuk era awal 2000 an. Namun, segalanya berubah apabila Google mengatasi segala-galanya. Kini Yahoo Messenger sudah menjadi bahan antik untuk era digital zaman kini.



03. BING (1.04 %)
IBU PEJABAT : USA 
CATATAN :
Sudah agak banyak nama ditukar di mana nama asal Bing ialah MSN Search, Window Live Search dan Live Search. Namun, ianya masih tidak mampu menawan hati pengguna internet Malaysia untuk mencari info melaluinya. 



04. BAIDU (0.16%)
IBU PEJABAT : CHINA
CATATAN : 
Satu-satunya produk negara China yang berjaya masuk Top 6. Dan ianya juga sudah pasti digunakan oleh kebanyakan orang yang mahir Bahasa Mandarin di Malaysia. 


05. DUCK DUCK GO (0.07%)
IBU PEJABAT : USA
CATATAN :
GV tidak pernah guna Duck Duck Go dan baru pertama kali mendengarnya. Duck Duck Goes ini lebih fokus kepada info pencarian yang lebih jitu, spesifik, lebih tepat dan pentingkan privasi pengguna. Memang unik dan bagus juga itu.


ASK JEEVES (0.03%)
IBU PEJABAT : USA
CATATAN : 
Ask Jeeves atau Ask.com. GV selalu guna untuk cari artikel untuk assignment article review jika GV tidak menggunakan pangkalan data universiti. Kat sini rasanya lebih mudah mencari info bersifatkan akademik yang umum dan percuma untuk pengguna lain. 

Kesimpulannya, lima daripada enam enjin pencarian di atas adalah milik USA dan satu saja daripada China. Google menguasai carta di atas kerana paparan enjin pencariannya lebih mudah, bersih, tidak berserabut, mesra pengguna, mudah digunakan dan banyak info boleh diperolehi melaluinya berbanding enjin pencarian yang lain.


Sumber Info Daripada SimilarWeb.Com


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/




Sumber : SearchEngine, Google Image

10 comments:

  1. Replies
    1. GV pun sama kak Fatin. Google paling cepat dan efisien. :)

      Delete
  2. Paling suka guna google.. Dulu kini dan selamanya.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah GV kak Shahida. Dulu kini dan selamanya juga kak. Hihi. :)

      Delete
  3. masih wujud rupanya yahoo hehe..dah lama pakai chrome..dan firefox

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV pun terkejut ada org still search guna Yahoo. Huhu. Google tetap no.1 kan Mr Belang Tarung. hihi. :)

      Delete
  4. Sis prefer Google tapi masa belajar selalu guna Yahoo..
    Bing dan seterusnya tak berapa familiar pada ku.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la GV kak LZ. Masa belajar Dip dulu GV guna Yahoo juga. lepas tu masa deg pakai Google. Bing sebenarnya MSN search kak. Juz tukar nama je. huhu.

      Delete
  5. cikyan pon guna google.. cepat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah GV kak Nur Azian. Hihi. Google is internet. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.