Ads Top

PLANET MARIKH TEMPAT TINGGAL BARU MANUSIA

Kalau anda selalu menonton filem sains fiksyen di Hollywood, pasti anda akan perasan yang banyak filem mereka menceritakan mengenai pengembaraan manusia ke Planet Marikh telah diterbitkan. Contohnya seperti filem The Martian (2015), Red Planet (2000), John Carter (2012), Total Recall (1990) dan banyak lagi. Mesti ramai yang pelik kenapa Marikh kerap dijadikan subjek filem untuk habitat manusia selepas Bumi.
Teori Marikh untuk dijadikan sebagai  habitat manusia yang seterusnya selepas Bumi ini sudah lama dibincangkan sejak tahun 1894 lagi. Ianya bermula apabila Ahli Astronomi Amerika Syarikat, Percival Lowell mengeluarkan satu teori yang beliau percaya pembinaan satu aliran air yang diberi nama Terusan Marikh  itu telah dibina oleh penduduk Marikh itu sendiri. Ini menunjukkan seolah-olah Marikh ini sebenarnya mempunyai tamadun hidupan makhluknya sendiri berdasarkan penemuan tersebut. Namun, sehingga kini, masih belum ada bukti sahih untuk menyokong teori ini kerana terdapat pelbagai pendapat berbeza  mengenai isu ini dikalangan para ahli saintis sendiri. Walau bagaimanapun, teori ini telah menjadi titik permulaan kepada karyawan filem untuk menerbitkan filem bercorak pengembaraan ke planet luar terutamanya Marikh. Antara filem Hollywood paling awal sekali menggunakan tema penggembaraan ke Marikh ialah filem Aelita. Filem yang diterbitkan pada tahun 1924 ini  merupakan filem hitam putih tanpa suara.

Disebabkan perkembangan ilmu astronomi semakin berkembang, projek Stesen Angkasa Antarabangsa telah dibina untuk memenuhi impian menerokai alam angkasa lepas di kalangan manusia. Projek ini adalah hasil kerjasama daripada negara Amerika Syarikat, Rusia, Eropah, Jepun, China dan Kanada. Menurut Dewan Kosmik, ISS ialah ciptaan lembaga makmal buatan manusia terbesar yang ditempatkan di orbit, iaitu lebih kurang 460 kilometer dari permukaan Bumi. ISS ialah makmal sains angkasa yang berfungsi untuk membantu manusia mencungkil ilmu bagi meleraikan rahsia cakerawala dan kehidupan di angkasa raya, serta mengkaji kesan ruang terhadap tubuh manusia di alam sekitar.

Setiap angkasawan yang ingin dihantar ke angkasa lepas wajib menjalani latihan khas di ISS terlebih dahulu. Ini adalah untuk membiasakan tubuh badan mereka agar dapat menyesuaikan diri dengan suasana sebenar yang melibatkan alam mikrograviti dan pelbagai peralatan melibatkan gaya kehidupan di angkasa lepas nanti.

Selepas selesai bertugas di ISS atau ke angkasa lepas, angkasawan yang pulang ke Bumi akan  mengalami perubahan yang amat ketara melibatkan tenaga fizikal mereka di mana mereka menjadi lebih lemah dan tidak berupaya melalukan sesetengah perkara yang menjadi amalan harian manusia. Namun, situasi ini hanya sementara sahaja kerana kelemahan fizikal badan itu akan kembali normal selepas beberapa bulan berada di Bumi nanti.

Jika projek menjelajah ke Planet Marikh ini berjaya dilaksanakan, perjalanan kapal angkasa  pergi-balik  ke Marikh  mungkin mengambil masa anggaran dalam 30 bulan. Jumlah anggaran hari ini adalah bergantung kepada teknologi kapal angkasa yang digunakan untuk ke Planet Marikh nanti.

Jika anda mahu merasai pengalaman hidup di Marikh, GV syorkan anda melihat filem The Martian (2015) lakonan Matt Damon. Filem yang melibatkan kerjasama daripada pihak NASA ini telah berjaya menampilkan satu visual imaginasi yang hampir tepat berdasarkan kajian ahli saintis dan ia sememangnya sangat menganggumkan. Andai kata Bumi ini hancur, sempatkah kita ke Planet Merah @ Marikh nanti untuk survive ? Pastinya persoalan ini mungkin bermain di kotak fikiran kita untuk suatu jangka masa yang sangat lama kan. Wallahuallam. 

Sumber : Dewan Kosmik Bil 8 2017, Space.Com & Google Image

6 comments:

  1. Macam2 tempat Barat nak duduk kan... Bulan pun tak boleh duduk lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mr Noor Azlan. Semua asas idea menjelajahi ruang angkasa ini sudah wujud sejak tamadun awal manusia lagi. Juz skang baru nampak bayangannya melalui pembinaan ISS ini. huhu.

      Delete
  2. Org2 barat selalu nk cari tempat baru utk diduduki, termasuklah movie tomorrowland (dan bykkkk lagi).. Ending dlm certain movie mungkin nk ketengahkan psal percintaan, pengorbanan dll..tp pucuk pangkal diorang seolah nk lari daripada kemusnahan bumi/end of the world..hakikatnya diorang takut mati dan takut kiamat, dlm masa yg sama diorang memilih utk tidak beriman..slps kajian diorang yg sangattt hebat n canggih tntang alam semesta, diorang masih x mahu beriman..

    Maaf, harap komen ni x mengguris sesiapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok menyesal pulak komen ni xblh padam..

      Delete
    2. Takpe okey je Mr Cahaya. GV pun baru perasan kat blog GV takde button delete. Huhu.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.