Ads Top

PENYANYI YANG KALAHKAN VOKAL HEBAT MARIAH CAREY. DIA IALAH...

Mariah Carey mempunyai satu kelebihan teknik vokal yang berbeza berbanding Whitney Houston dan Celine Dion iaitu teknik Whistle Register . Disebabkan itu juga Mariah kerap dilabelkan sebagai Penyanyi Terbaik Dunia sejak era 90 an lagi. Namun, rasanya ramai tidak tahu yang ada artis yang telah kalahkan vokal Mariah Carey kerana artis itu juga mempunyai kebolehan yang sama seperti Mariah iaitu teknik Whistle Register. Siapakah penyanyi itu? 
Penyanyi itu bernama Georgia Brown yang merupakan penyanyi terkenal dari Brazil. Beliau sudah menyanyi sejak tahun 1997 lagi dan sudah banyak anugerah terbaik beliau menangi di sepanjang karier beliau. Bagaimana  beliau mengalahkan vokal Mariah Carey? Mariah Carey mempunyai kebolehan untuk mencapai lingkungan suara setinggi lima oktaf. Berbeza dengan Georgia di mana beliau boleh mencapai sehingga lingkungan suara lapan oktaf. Georgia juga mampu capai nota tinggin nyanyian sehingga G10. Disebabkan itulah Georgia telah dinobatkan Greatest Vocal Range for Female daripada Guinness World Record sejak tahun 2004

Apa yang uniknya vokal Georgia? Yang uniknya vokal Georgia inilah teknik Whistle Register beliau lebih padu dan mantap dan kadang kedengaran seperti burung sedang berkicauan. Lebih menarik lagi, suara beliau juga kadang kedengaran seperti air cerek tengah mendidih dan boleh membuat teknik Whistle Register lebih lama daripada Mariah Carey sendiri. Tidak percaya? Jom tengok video vokal beliau di bawah.

Video Georgia membuat demostrasi vokal beliau yang kedengaran seperti air cerek tengah mendidih

Video Georgia Menyanyi Guna Teknik Whistle Untuk Jangka Masa Agak Lama Tanpa Henti

Hebat kan Georgia Brown. Namun, dari segi lenggok nyanyian, Mariah Carey akan menang kerana Mariah pandai melagukan lagu dengan gaya tersendiri dan ianya menjadi trademark kekal beliau sampai bila-bila
Mariah Carey

Sumber : Guinnes World Record & Google Image

6 comments:

  1. Macam2 rupanya teknik menyanyi kan... selalu saya menyanyi tak pakai teknik, tapi ikut tempat, kat bilik air lebih sedap bunyinya... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Nyanyi dalam bilik air siap ada effect bergema vokal lagi Mr Noor Azlan.Okey la tu. hihi. :D

      Delete
  2. Kalau boleh membawa range yang tinggi tetapi tidak nyaring yang melampau...memang seronok dengar... bermakna engawalan nafasnya cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak PC. Pengawalan nafas cantik. GV sangat setuju. Kadang penyanyi paling susah nak jaga nafas time nyanyi. Tu kadang bila tarik nada tinggi tak sampai dan pitching pun lari. huhu.

      Delete
  3. ada sesuatu yang tak seronok tengok..

    gambar Mariah Carey yang kena sensor.

    nasib baik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Mariah Carey kan too sexy. Hihi. Okey la tu Mr Hanafi. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.