Tuesday, July 18, 2017

PENERBIT ALBUM MICHAEL JACKSON SUKA YUNA MALAYSIA

Penyanyi Yuna Malaysia selalu beruntung kerana kerap berjumpa dengan Artis Gred A Hollywood dalam usaha beliau mempertingkatkan perjalanan kerjaya beliau di Hollywood. Jika dahulu beliau sudah berkolaborasi dengan penyanyi hip hop Pharell Williams dan Usher, kini terbaru beliau telah berjumpa dengan penerbit album paling berjaya di Hollywood iaitu Quincy Jones. 
Untuk pengetahuan semua, Quincy Jones adalah penerbit No.1 Hollywood yang memegang rekod sebagai penerbit album paling laris di dunia ini (album Michael Jackson - Thriller terjual 66 juta unit seluruh dunia) sepanjang zaman. Di dalam temuramah antara Yuna dan Quincy baru-baru ini, beliau  telah menasihati Yuna agar sentiasa rendah diri dan fokus pada kerjaya muzik serta berharap Yuna akan berjaya di Hollywood nanti. Quincy yang juga dikenali sebagai salah seorang legenda muzik Hollywood yang telah banyak memenangi anugerah besar di Hollywood seperti Anugerah Grammy ini juga adalah seorang yang sangat baik hati, sporting, mempunyai tenaga positif dan sentiasa menghormati orang lain. Jadi tidak menghairankanlah jika Yuna Malaysia rasa begitu selesa dengan Quincy ketika proses sesi temuramah itu dijalankan. Kita doakan semoga Yuna Malaysia juga berjaya seperti Quincy Jones dan sentiasa sukses selalu. Tahniah Yuna. 
Yuna


Yuna & Quincy Jones

Yuna 


Sumber : Astro Awani & Google Image


8 comments:

  1. Yuna sangat talented! tak pelik kalau ramai yang suka dia even orang luar negara pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuuu. lagu2x Yuna banyak best dan level international. terbaik. :D

      Delete
  2. Rezeki Yuna kan... Orang luar lebih menilai bakat daripada orang sini... better dia kembangkan bakat dia kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah rezeki Yuna. Kita doakan yang terbaik untuk Yuna. InsyaAllah. Aamin.:)

      Delete
  3. Yuma mmg bebakat tunggu Dan educated. Proud of her

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuuu Mama. hihi. Yuna mmg ada pakej lengkap untuk ke peringkat antarabangsa. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Artikel Terbaru Galaksi Viral

Recent Posts Widget