Wednesday, July 19, 2017

AKADEMI FANTASIA MEGASTARS 2017

Pasti ramai tidak sabar untuk menonton pertandingan realiti Akademi Fantasia versi All Stars atau nama lainnya Akademi Fantasia MegaStars pada tahun ini. Kita semua sedia maklum ramai bekas peserta AF yang sudah berjaya dengan cemerlang di dalam industri hiburan kita seperti Vince AF1, Khai AF1, Nana AF1, Zahid AF2, Adam AF2, Farah AF2, Bob AF2, Kaer AF2, Zarina AF2, Mawi AF3, Marsha AF3, Rich Estranged AF4, Mila AF5, Heliza AF5, Dafi AF5, Aizat AF5, Stacy AF6, Nubhan AF6, Ika Nabila AF6, Hafiz AF7, Akim AF7, Aril AF7, Shahir AF8, Adira AF8, Hazama AF9, Ayda Jebat AF9, Amira Othman AF2013, Hael AF2013, Indah Ruhaila AF2013, Syamel AF2015 dan Ara AF2016. Adakah mereka semua akan tercalon untuk bertanding dalam pertandingan ini nanti ? Itu pastinya akan menjadi kejutan kepada para peminat AF nanti. Jika dilihat pada rekod kejayaan paling besar antara semua peserta AF ini seperti Mawi AF3, Aizat AF5, Stacy AF6, Hafiz AF7, Akim AF7 dan Ayda Jebat AF9, rasanya mereka semua  ini tidak perlu bertanding lagi kerana sudah menempa nama yang sangat besar di dalam industri hiburan kita. Lebih baik jika pertandingan diberi peluang kepada peserta yang mempunyai bakat besar tetapi tidak dapat peluang yang secukupnya atas sebab-sebab tertentu. Di bawah adalah 12 calon paling layak untuk bertanding di dalam rancangan berprestij ini berdasarkan bakat mereka yang sangat luar biasa. Orang kata battle best among the best. 


 12 PESERTA PILIHAN 
AKADEMI FANTASIA 2017 

01. ROSMA AF1
Rosma sebenarnya calon kegemaran untuk menang AF musim pertama jika Vince tidak menang. Jika anda masih ingat, Rosma adalah punca utama kenapa Akademi Fantasia musim pertama menjadi sangat fenomena dan mendapat perhatian ramai masyarakat ketika  itu.  Penyingkiran mengejut Rosma yang mendapat undian SMS rendah walaupun persembahan beliau sangat hebat pada musim itu telah menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati dan berbahas hal ini berminggu - minggu lamanya di media hiburan ketika itu. Kesan positifnya ialah semakin ramai menyedari rancangan AF ini dan paling menarik ialah rating dan undian SMS pertandingan naik mendadak serta mencetuskan satu gelombang baru dalam dunia seni hiburan tanahair pada masa itu. Ketika itulah wujudnya Demam Akademi Fantasia bermula. 

02. SAHRI AF1
Sahri adalah seorang penyanyi serba boleh dan pandai melagukan semua lagu mengikut kesesuaian vokal beliau. Beliau pasti menjadi saingan sengit kepada penyanyi lain jika bertanding di dalam rancangan ini. 

03. FARAH AF2
Farah adalah adalah peserta AF pertama yang dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai vokal nada tinggi yang hebat dan disukai ramai peminat. Masih ingat kehebatan beliau menyanyikan lagu Mengapa Nicky Astria ? Vokal Farah pada masa itu sangat mengagumkan dan ramai terkejut dengan kemampuan Farah yang mampu menyanyikan lagu yang begitu susah jika ianya dinyanyikan secara langsung itu. Jangan terkejut jika Farah pun boleh menyanyikan lagu Gemilang Jaclyn Victor dengan nada vokal sama tinggi dengan Jac. Hebat kan.

04. BOB AF2
Seperti Sahri, Bob adalah penyanyi yang sangat versatile dan boleh menyanyikan apa sahaja lagu. Bob adalah contoh penyanyi yang pandai membuatkan satu yang tidak sedap jadi sedap bila kita dengar. Bukan semua penyanyi mampu melakukan hal sebegini. 

05. IDAYU AF3
Jika dibandingkan semua peserta AF untuk semua musim, Idayu adalah penyanyi terbaik AF pernah ada selain daripada Bob AF2, Farhan AF4, Hafiz AF7, Sufi AF2015 dan Syamel AF2015  Teknik vokal beliau yang sangat mantap dan berkebolehan membuat whistle register ala Mariah Carey sememangnya amat mengkagumkan jika sesiapa mendengarnya. Tapi sayang, beliau tersingkir awal atas sebab undian SMS rendah seperti yang lain juga . Beliau patut diberi peluang untuk bertanding lagi dan tunjukkan kehebatan vokal beliau yang sebenar kepada peminat hiburan Malaysia, 

06. FUAD AF3
Vokal Fuad sedap dan merdu. Tapi sayang beliau tersingkir awal sewaktu beliau bertanding dahulu. Fuad patut diberikan peluang untuk menunjukkan bakat nyanyian sebenar beliau kepada para peminat dan pasti peminat akan menyokong beliau nanti.

07. AMYLEA AF3
Pernah tengok Amylea AF3 bertanding One In A Million 8TV 2009 ? Ya, Amylea seorang penyanyi yang sangat kreatif dan unik. Beliau pandai menukarkan sesuatu lagu itu menjadi sesuatu yang berbeza dari asal  dan ianya juga sedap didengar dan segar. Itulah kelebihan utama Amylea yang sangat kreatif ini.

08. MARSHA AF3
Marsha adalah salah seorang bekas peserta AF yang juga mempunyai vokal yang sangat baik. Tapi sayangnya beliau lebih dikenali sebagai pelakon dan pengacara berbanding seorang penyanyi. Mungkin ini menjadi platform terbaik kepada beliau untuk tunjukkan kembali bakat nyanyian beliau yang sangat istimewa itu. 

09. FARHAN AF4

Vokal Farhan tidak perlu dipertikaikan lagi. Pernah tercalon sebagai finalis akhir Persembahan Vokal Terbaik Wanita di AIM sudah cukup membuktikan kredibiliti dan kehebatan beliau. Pasti akan memberikan saingan yang sengit kepada peserta lain dengan kemantapan vokal beliau yang mantap itu.

10. ADIRA AF8
Seperti Farah AF2, Adira juga dikenali sebagai penyanyi yang mampu menyanyikan lagu nada tinggi dengan sangat baik. Bezanya suara Adira lebih kasar berbanding suara Farah yang lebih tebal. Itu membuatkan vokal Adira unik dan mempunyai identiti vokal tersendiri. 

11. INDAH RUHAILA AF2013
Di Malaysia, jika seseorang penyanyi baru itu mampu menyanyikan lagu Diva Pop Ziana Zain atau lagu Puteri Pop Jaclyn Victor dengan sangat baik, secara rasminya penyanyi itu akan dilabelkan sebagai penyanyi yang sangat bagus dan terbaik. Itulah terjadi kepada Indah Ruhaila apabila beliau mampu menyanyikan lagu Jagalah Diri Jaclyn Victor dengan sangat baik hingga mendapat pujian ramai peminat. Ditambah pula dengan tone suara Indah yang sedap didengar itu pastinya akan membuatkan pertandingan ini menjadi bertambah sengit. 

12. SYAMEL AF2015
Beliau dikenali sebagai salah seorang penyanyi lelaki yang mempunyai vokal terbaik ketika ini. Malah beliau pernah digelar sebagai penyanyi yang mempunyai vokal emas. Kehadiran beliau dalam pertandingan ini akan menghangatkan lagi para penonton dan juri untuk menentukan siapakah terbaik antara mereka semua kerana semuanya adalah terbaik.


Itu adalah antara pilihan GV untuk AF Mega Stars nanti. Sama-samalah kita tunggu berita rasmi mengenai hal ini. Menuju Puncak Gemilang Cahaya. Hihi. :)

Sumber : Google Image

12 comments:

  1. bakat-bakat dunia seni yang hebat...

    terbaik la mereka semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuu... kesemuanya mempunyai vokal tersendiri dan mmg hebat. terbaik semua. :D

      Delete
  2. AF ni juga mengembangkan bakat mereka...yang asalnya mahu menjadi penyanyi akhirnya lebih sukses dibidang lain...alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, betul tu kak Percu cinta. AF ni ibarat platform mereka untuk melangkah ke persada seni. :)

      Delete
  3. Semuanya best2 Ada yg mama suka suara diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzzaa Mama.suara mereka mmg best best. mesti Mama suka. hihi. :)

      Delete
  4. Rindunya bebudak AF. Tgk diary dorng dulu..terasa dkat kenali mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu jugaaa.. ingat lagi masa tgk diari hari2x. memori sangat. :D

      Delete
  5. Bagus juga rancangan sebegini dibuat. Mana mana artis AF yg suam2 kuku tu, boleh la menyerlah kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. peluang kedua mereka untuk berjaya sekali lagi. rezeki mereka. :)

      Delete
  6. hehehe yg awal2 x ikut pun dulu.. yg last aje dok tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tgk la hiburkan malam minggu kak. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Recent Post

Recent Posts Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...