Ads Top

JOM TONTON CERITA SIAM YANG BEST

Filem seram Thailand atau Siam memang diakui antara filem seram terbaik di Asia selain Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan India. Salah satu filem seram Thai terbaik ini ialah filem Phobia 2. Filem yang mengabungkan lima jenis cerita seram berbeza dalam satu filem ini memang seram dan menakutkan. Namun, ada juga ada elemen komedi dan sedih telah disuntikkan ke dalam filem ini bagi menguatkan lagi impak jalan cerita filem seram ini. Kesemua para pelakon utama filem ini telah menampilkan lakonan yang sangat mantap dan kesan khas dalam filem ini juga kemas dan cantik. Jom kita baca sedikit sinopsis lima cerita seram di dalam filem ini seperti di bawah.




CERITA 1 : NOVICE
Ia mengisahkan seorang budak nakal yang dihantar untuk menjadi sami dan bertaubat di atas kesilapannya yang lalu. Disebabkan sifatnya yang degil, budak ini telah disumpah menjadi Hantu Galah dengan situasi yang sangat menyeramkan tetapi sedih.

CERITA 2 : WARD
Ia mengisahkan seorang lelaki muda yang kemalangan telah dimasukkan ke hospital dan berkongsi wad dengan lelaki tua yang mempunyai kuasa mistik tetapi semakin uzur disebabkan faktor umur. Apa yang lelaki muda itu tidak tahu ialah  dia sebenarnya telah dipilih tanpa pengetahuannya untuk dijadikan pengganti lelaki tua tadi selepas mati. Namun, ianya hanya dapat dilakukan dengan memindahkan roh lelaki tua itu ke dalam badan lelaki muda itu dengan bantuan orang tertentu di hospital itu.

CERITA 3 : BACKPACKERS
Kisahnya bermula apabila dua pelancong Jepun menumpang trak yang mereka jumpa di tepi jalan untuk pergi ke kawasan bandar berdekatan. Situasi seram mula berlaku apabila mereka menyedari ada mayat di belakang trak itu dan mayat itu mula meracau menjadi zombie. Kenapa mayat itu menjadi zombie? Siapakah sebenarnya pemandu trak yang pelancong Jepun tumpang itu? Apa pengakhiran cerita ini? 
CERITA 4 : SALVAGE
Wanita di dalam cerita ini adalah seorang ahli perniagaan kereta terpakai yang berjaya. Yang menjadi isunya ialah hampir semua kereta terpakai itu pernah menghadapi kemalangan yang amat dasyat dan tidak sesuai diproses semula kerana faktor - faktor tertentu. Namun, wanita itu tetap berdegil untuk menjualnya juga.  Akibatnya, wanita ini telah diganggu dengan hal misteri dan akhirnya anak kesayangan beliau yang menerima pembalasannya. 

CERITA 5 : IN THE END
Cerita seram terakhir ini boleh dikatakan cerita komedi seram yang sangat menghiburkan. Ianya menampilkan pelakon legenda Thailand iaitu Marsha sebagai watak utama bersama dengan 4 pelakon sekawan yang sangat popular di Thailand iaitu Nattapong, Kantapat, Wiwat dan Pongsatorn. Antara trademark untuk cerita ini ialah " The Show Must Goes On". 

Bagi peminat filem Thailand pastinya sudah tahu yang filem ini sebenarnya sudah ditayangkan pada tahun 2009. Walaupun sudah hampir 8 tahun ditayangkan, filem ini tetap diingati dan tersenarai di antara filem seram yang terbaik dan menghiburkan. Di bawah ada full movie seram ini untuk tontonan semua. Selamat menonton.

Sila Klik Video Di Bawah Untuk Menontonnya.
Full Video Filem Phobia 2
Credit To Muchammad Syatho You Tube Channel

Muzik Video Lagu Tema Filem Phobia 1 
Dome Nologo - Glua

Muzik Video Lagu Tema Filem Phobia 2
Dome Nologo - Kon Tee Kaa Chan 



Sumber : Google Image & You Tube Channel

4 comments:

  1. lebih suka phobia 1 berbanding phobia 2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV pula suka phobia 2 berbanding phobia 1. hehe.

      Delete
  2. Huuuu takutnya. Semua cite hantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, GV tgk waktu siang je cite ni Mama. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.