Sunday, July 2, 2017

ASIA'S NEXT TOP MODEL 2017 GRAND FINALE : SHIKIN GOMEZ MALAYSIA PESERTA PALING TERBAIK !!!!!


Supermodel Malaysia Generasi Baru - Shikin Gomez 

Shikin Gomez ialah satu-satunya wakil Malaysia yang telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan ini telah mempamerkan persembahan yang sangat bermutu dan berkualiti tinggi di dalam sepanjang pertandingan Asia Next Top Model 2017 (Cycle 5). Untuk makluman, peserta akhir untuk musim ini terdiri daripada tiga peserta iaitu Shikin Malaysia, Maureen Filipina dan Tu Vietnam. Juri episod akhir pula terdiri daripada Supermodel Thailand Cindy Bishop (ketua juri/host), Yu Tsai (Pengarah Kreatif/Taiwan-Amerika), Pia Wurtzbach (Miss Universe 2015/Filipina), Daniel Tan (Pengarah Eksekutif Syarikat Tan Chong International/Malaysia), Daniel Boey (Perintis Fesyen Singapura) Adele Chan (Ketua Editor Majalah Nylon Singapura) dan Ruby Adler (ejen syarikat model antarabangsa Storm Model Management/United Kingdom). Keputusan pertandingan ini juga sudah diketahui umum seminggu yang lalu iaitu Maureen Filipina berjaya mendapat tempat pertama, Shikin Malaysia tempat kedua dan Tu Vietnam tempat ketiga.
Walaupun Maureen Filipina dipilih menjadi juara musim ini, namun dari segi sudut kualiti model dan jumlah markah terkumpul di dalam sepanjang pertandingan ini, Shikin Malaysia berjaya mendapat markah paling tinggi berbanding Maureen Filipina dan Tu Vietnam. Shikin Malaysia memperolehi jumlah 417.3 dengan purata markah 37.93. Manakala Tu Vietnam dan Maureen Filipina pula mendapat jumlah  markah yang sama iaitu 408 dengan purata markah 37.09. Shikin Malaysia juga dipuji oleh semua juri pertandingan kerana mempunyai gaya catwalk unik dan paling terbaik antara semua peserta untuk musim ini. Malah, di antara mereka bertiga yang ke final ini, Shikin satu-satunya peserta yang dipuji oleh semua juri tetap dan jemputan. Walaupun begitu, keputusan akhir Maureen Filipina menang telah mengejutkan ramai pihak kerana gambar akhir dan catwalk di pentas runway Maureen Filipina adalah paling teruk jika mahu dibandingkan Shikin Malaysia dan Tu Vietnam. Mungkin sudah menjadi rezeki Maureen Filipina untuk menang kali ini. Walaupun begitu, Miss J iaitu salah seorang bekas juri tetap America Next Top Model telah mengucapkan tahniah kepada Shikin Malaysia kerana menjadi peserta paling terbaik untuk musim ini walaupun tidak menang. Ini secara tidak langsung Shikin Malaysia telah menjadi perhatian kepada penggiat industri fesyen antarabangsa. Tahniah Shikin Gomez. Oleh itu, mari kita saksikan gambar terbaik Shikin di sepanjang pertandingan ini. (dibawah gambar ada disertakan penerangan cabaran  dan kedudukan akhir Shikin untuk episod berkenaan)


Episod 03 -  Cabaran  Jenama Fesyen Jeans 
Shikin No. 03

Episod 05 - Cabaran  Jenama Maybelline "It Girls"
Shikin No.02

Episod 06 - Cabaran Jenama Neutrogena
Shikin No.04

Episod 07 - Cabaran Jenama Zalora / Video Iklan Pendek
Shikin No.01

Episod 08 - Cabaran Tema Kuasa 
Shikin No.03

Episod 9 - Cabaran Jenama Subaru 
Shikin No.02

Episod 11 - Cabaran Ais Di Musim Tropika (photoshoot ini dilakukan di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia)
Shikin No.3


Episod 12 - Cabaran Jenama Subaru
Shikin No.01

Episod 13 - Cabaran  Pakaian Tradisional Avant Grande/High Fashion 
Shikin Mendapat Baju Kurung Malaysia versi High Fashion Untuk Photoshoot Grand Finale pertandingan ini. Gambar ini mmg hebat dan masterpiece. 

Miss J (bekas juri tetap American Next Top Model) mengucapkan tahniah  kepada Shikin di Instagram. 

Kawan Baik Shikin Malaysia iaitu Tu Vietnam. Gambar ini adalah gambar terakhir Tu Vietnam untuk Grand Final pertandingan ini.

Gambar Final Maureen Filipina Yang Dipilih Juara Musim Ini.

Gambar Juri Akhir Asia Next Top Model 2017
Dari Kiri : Ruby (ejen Storm Model Management), Pia Wurtzbach (Miss Universe 2015), Cindy Bishop (Supermodel Thailand), Yu Tsai (Pengarah Kreatif ), dan Adele Chan (Ketua Editor Majalah Nylon Singapura)

Anda Boleh Menonton Episod Akhir Asia's Next Top Model 2017 Di Bawah Ini
Episod 13 Asia Next Top Model 2017
Credit to AsNTM

Shikin Gomez Malaysia

Sumber : Semua Imej Daripada Google/Asia's Next Top Model Facebook



2 comments:

  1. Cantik.. muka dia unik Dan mmg pandai modelling

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak mamap. muka Shikin mmg cantik dan unik. Shikin pun ada style pose dan catwalk tersendiri. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca & Komen. Nanti Saya Akan Singgah Blog Anda Pula. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Artikel Terbaru Galaksi Viral

Recent Posts Widget