Ads Top

ERRA FAZIRA : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Primadona Filem Melayu Alaf Baru, Erra Fazira adalah satu nama yang cukup besar di dalam indusri hiburan kita. Beliau adalah merupakan contoh Artis Gred A yang mempunyai pakej sempurna dari segi bakat dan rupa. Walaupun beliau cukup dikenali sebagai Ratu Filem Melayu terkini, namun beliau juga sangat terkenal dengan lagu irama Pop beliau yang cukup popular di kalangan peminat muzik tanahair. Beliau adalah antara artis yang cukup berjaya sebagai aktres dan penyanyi pada waktu kemuncak beliau sama seperti rakan seangkatan beliau iaitu Ziana Zain dan Dato' Awie. Sehingga kini, beliau telah berjaya menghasilkan enam  album studio dan tiga album runut bunyi. Kesemua album berkenaan berjaya di pasaran dan mempunyai lagu hits yang menjadi siulan para peminat.  

Erra Fazira

BIODATA RINGKAS ERRA FAZIRA 

Nama Sebenar : Fazira binti Wan Chek
Tarikh Lahir : 9 Februari 1974
Umur : 46 tahun
Tempat Lahir : Rawang, Selangor
Tahun Aktif : 1992 - kini
Album Studio : 6
1995 - Aku & Dia (50,000 unit)
1996 - 2.5 Sayang (50,000 unit)
1999 - Kini 
2002 - Sampai Bertemu 
2003 - Kini Kembali
2006 - Ya Atau Tidak 
Lain-Lain Album :
1994 - Erra Fazira EP
2000 - Soal Hat OSTi
2001 - Koleksi Istimewa Buatmu
2002 - Soalnya Siapa OST
2003 - Cinta Kolestrol OST
2007 - Keunggulan 
Antara Pencapaian Utama :
01) Ratu Cantik / Miss World Malaysia 1992
02) Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia 2001 & 2005
03) Pelakon Filem Wanita Popular 1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004
04) Finalis AJL 1999/2000/2004 (Jendela Hati/Pasrah/Hanya Di Mata)
05) Digelar Primadona Filem Melayu Alaf Baru
06) Salah seorang daripada 30 Living Legends Media Hiburan 2015



ERRA FAZIRA : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. CINTA ABADI
Komposer : Razman
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Erra Fazira
Tahun : 1994
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang memperkenalkan Erra sebagai penyanyi popular di dalam bidang muzik Malaysia. Melalui lagu ini juga Erra memperkenalkan identiti vokalnya yang unik dan mudah untuk dikenali jika kita  mendengar suaranya. Lebih manis lagi apabila Erra telah dicalonkan sebagai finalis akhir Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1994. Ini sekaligus memberikan harapan kepada Erra untuk berjaya sebagai penyanyi popular.

Video Lagu Cinta Abadi


02. YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA
Komposer : Riza
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Aku Dan Dia
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini adalah lagu terbaik dan paling popular daripada Erra Fazira. Lagu Balada ini merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1995 dan juga di era 1990an. Lagu ini pernah menjadi juara Carta Muzik Muzik 1995/1996 iaitu selama 5 minggu dan bertahan dalam carta selama 29 minggu. 

Video Lagu Yang Terindah Hanya Sementara


03. PERTEMUAN
Komposer : Adyl
Penulis Lirik : Erra Fazira / Nurnisha
Album : 2.5 Sayang
Tahun : 1996
Catatan : Lagu ini telah membuktikan yang Erra juga boleh popular melalui lagu rancak. Lagu ini sangat popular pada hujung tahun 1996 dan 1997. Intro lagu Na Na Na menjadi trademark kepada lagu ini dan diingati ramai peminat seni hiburan tempatan sehingga kini.

Video Lagu Pertemuan


04. GEMILANG
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Johari Teh
Album : 2.5 Sayang
Tahun : 1996/1997
Catatan : Lagu tema filem Gemilang ini memang sangat popular tahun 1997. Lagu ini pernah berada di dalam Carta Muzik Muzik selama 22 minggu. Lagu ini sebenarnya layak ke peringkat Separuh Akhir Kategori Balada Muzik Muzik 1997 tetapi pihak lagu ini tarik diri sebelum pertandingan ini dimulakan. 

Video Lagu Gemilang


05. JENDELA HATI
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Kini
Tahun : 1999
Catatan : Lagu ini merupakan  lagu pertama Erra yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Tentu ramai masih ingat persembahan hebat Erra yang berpakaian koboi moden ketika mendendangkan lagu Jendela Hati di Final AJL 1999. 

Video Lagu Jendela Hati


06. TEMAN BICARA
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Kini
Tahun : 1999
Catatan : Lagu ini merupakan lagu Erra paling lama berada dalam carta Muzik Muzik 2000 iaitu selama 32 minggu. Lagu ini juga telah berjaya ke semifinal kategori Balada Muzik Muzik 2000. 

Video Lagu Teman Bicara


07. PASRAH
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Yusof Kelana
Album : Kini [Edisi Baru]
Tahun : 1999/2000
Catatan : Lagu ini adalah lagu Balada kedua paling popular daripada Erra Fazira, Lagu ini sangat popular pada tahun 2000 dan merupakan lagu tema filem Erra berjudul Pasrah. Lagu ini berjaya ke peringkat akhir kategori Balada, AJL 2000. 

Video Lagu Pasrah


08. SOAL HATI
Komposer : Ilusif
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : OST Soal Hati
Tahun : 2000
Catatan : Calon Lagu Terbaik AIM 2000 ini merupakan lagu Erra paling lama menjadi juara Carta Muzik Muzik 2001 iaitu selama 11 minggu. Lagu tema filem Soal Hati ini juga berjaya ke peringkat Semifinal Kategori Balada Muzik Muzik 2001.

Video Lagu Soal Hati

09. KERANA
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : OST Soal Hati
Tahun : 2000
Catatan : Lagu adalah salah satu lagu paling popular tahun 2001. Lagu ini pernah menjuarai Carta Mingguan ERA  dan turut tercalon di dalam kategori Lagu Pop Pilihan Anugerah Era 2001. 

Video Lagu Kerana


10. UCAPKANLAH feat YUSRY KRU
Komposer : KRU
Penulis Lirik : KRU
Album : Sampai Bertemu / OST Mr.Cinderella / KRUJaan
Tahun : 2002
Catatan : Lagu ini merupakan lagu duet Erra yang paling popular di dalam karier nyanyian Erra. Lagu tema filem Mr.Cinderella ini mmg sangat popular tahun 2002 dan menjadi siulan para peminat ketika itu. 
Video Lagu Ucapkanlah


11. SOALNYA SIAPA
Komposer : 
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Soalnya Siapa OST
Tahun : 2002
Catatan : Lagu tema filem ini yang judulnya sama seperti nama filem sememangnya amat popular pada hujung 2002. Populariti filem ini yang meletop di pawagam secara tidak langsung menyebabkan lagu ini menjadi sangat popular di radio tempatan pada tahun itu. 

Video Lagu Soalnya Siapa


12. HANYA DI MATA
Komposer : Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik : Ucu
Album : Kini Kembali
Tahun : 2003/2004
Catatan : Lagu ini berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2004 dan merupakan salah satu lagu paling popular tahun 2003. 

Video Hanya Di Mata




Koleksi Album Studio Erra Fazira


Erra Fazira

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Semua Imej Adalah Carian Google, Youtube Channel


2 comments:

  1. Dalam banyak banyak lagu Erra, saya hanya tahu lagu Pertemuan je. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV pun suka lagu pertemuan. Antara lagu Erra paling best. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.