Ads Top

ASIA'S NEXT TOP MODEL CYCLE 5 (2017) : Episode 1 - Malaysia Boleh Menang Musim Ini

Rancangan popular Asia, Asia's Next Top Model kini kembali dengan 14 peserta baru untuk bersaing mendapatkan gelaran Supermodel Baru Asia. Untuk musim kelima, Supermodel Thailand, Cindy Bishop masih kekal menjadi Ketua Juri dan Hos untuk musim ini. Begitu juga dengan Yu Tsai (Taiwan-Amerika) juga dikekalkan sebagai Juri Tetap dan Pengarah Kreatif rancangan ini. Manakala, Supermodel Hong Kong, Cara G pula dilantik menjadi Juri Tetap dan Mentor Model baru bagi menggantikan juri musim lalu iaitu Top Model Indonesia, Kelly Tandiono. Musim ini buat pertama kalinya juga, pihak produksi telah melantik Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach (Filipina) menjadi juri jemputan istimewa untuk membimbing dan berkongsi informasi berkaitan ilmu dalam bidang peragaan dengan para peserta yg datangnya dari pelbagai negara Asia.

Hadiah utama kemenangan untuk tahun ini menawarkan kontrak model dengan Storm Model Management, kereta Subaru Impreza, dan penghias utama muka depan Majalah Nylon di Singapura. Berdasarkan maklumbalas dan potensi yang ditunjukkan oleh para peserta untuk Episod 1, peserta Malaysia mempunyai potensi besar untuk menang musim kali ini. Ini adalah kerana kedua-dua peserta Malaysia iaitu Shikin Gomez & Alicia Amin mempunyai kekuatan dan keunikan yang tersendiri dalam bidang peragaan. Shikin (Kuala Lumpur) dan Alicia (Johor) bakal berentap dengan wakil peserta daripada Indonesia (3 peserta), Filipina (3 peserta), Thailand (2 peserta), Singapura (2 peserta) dan masing-masing satu wakil dari negara Vietnam dan Taiwan.
(Gambar - Pia Wurtzbach, Juri Jemputan Istimewa)

Untuk Episod Pertama ini ada dua cabaran yang perlu dilakukan oleh para peserta. 

Cabaran Pertama :  Masquerade-Themed Lingerie Runway
Pemenang : Shikin Gomez (Malaysia)
Catatan :
Para peserta perlu melakukan catwalk dengan memakai pakaian yang ditetapkan bersama dengan pasangan model lelaki masing-masing di satu pentas runway terbuka di sekitar kawasan taman rekreasi di Singapura. Di hujung pentas runway itu, para peserta diberikan satu lagi tugas iaitu memberikan aksi spontan (gembira,sedih, ketawa, marah etc) berdasarkan kad kata yang ditunjukkan oleh Cindy, Cara dan Pia. Untuk cabaran pertama ini Shikin Gomez telah berjaya mempamerkan gaya catwalk dan ekspresi spontan terbaik dan berjaya menjadi pemenang untuk cabaran ini. 

Cabaran Kedua : Motion Photo Shoot
Pemenang : Clara Tan (Indonesia)
Catatan :
Cabaran ini kelihatan senang kerana hanya perlu beraksi gaya menarik di depan kamera dan perlu peka serta berada dalam keadaan selari dengan waktu pengiraaan gambar diambil oleh jurufoto dengan betul. Namun hakikatnya, cabaran kelihatan senang inilah sebenarnya antara cabaran yang betul-betul susah jika para peserta tidak memberikan gaya yang menarik dalam masa yang terhad. Bayangkan, pada masa itulah mereka perlu melakukan gaya badan, masa itulah hendak jaga timing dan masa itu jugalah hendak lakukan ekspresi muka yang variasi. Sejujurnya memang sangat susah. Majoriti gambar atau gaya ditampilkan oleh peserta kurang menarik dan hanya Clara Tan sahaja yang berjaya menghasilkan gaya yang berkualiti dan adas style tersendiri. Disebabkan itu juga beliau telah memenangi cabaran kali ini.



Rasanya sudah ramai yang mengetahui bahawa kerjaya sebagai model ini sebenarnya sangat mencabar dan unik. Untuk menjadi seorang Supermodel memerlukan pakej tersendiri iaitu seperti peka dengan persekitaran kerja, mesti bijak, berperwatakan cekal, tabah, jiwa kental, positif, yakin pada diri sendiri dan perlu menjaga kesihatan diri sebaik-baiknya. Dalam erti kata lain, perlu ada ilmu yang cukup jika mahu menjadi Supermodel. Di dalam rancangan ini banyak memberikan  tips-tips bagaimana mahu jadi Supermodel Terbaik dan secara tidak langsung dapat memberikan kita pendedahan dunia sebenar dalam bidang peragaan di peringkat antarabangsa.



Yu Tsai - Pengarah Kreatif / Cara G - Mentor Model,
Cindy Bishop - Hos @ Ketua Juri / Joel Lim - Juri Jemputan/Jurugambar Singapura
(Gambar Dari Atas Kiri Ke Kanan)


Senarai Peserta Asia's Next Top Model Season 5 (2017)

01. Shikin Gomez (Episod 1 : Kedudukan No.5)


Negara : Malaysia
Umur : 24 tahun
Tinggi : 177 cm
Favourite Supermodel : Karlie Kloss







02. Alicia Amin (Episod 1 : Kedudukan No.11)



Negara : Malaysia
Umur : 22 tahun
Tinggi : 175 cm
Favourite Supermodel : Freja Beha Erichsen







03. Clara Tan (Episod 1 : Kedudukan No.1)



Negara : Indonesia
Umur : 21 tahun
Tinggi : 170 cm
Favourite Supermodel : Cara Develigne







04. Valerie Krasnadewi (Episod 1 : Kedudukan No.2)



Negara : Indonesia
Umur : 24 tahun
Tinggi : 172 cm
Favourite Supermodel : Tyra Banks







05. Maureen Wroblewitzv (Episod 1: Kedudukan No.3)



Negara : Filipina
Umur : 18 tahun
Tinggi : 168 cm
Favourite Supermodel : Taylor Hill







06. Veronica Krasnasari (Episod 1 : Kedudukan No.4)



Negara : Indonesia
Umur : 24 tahun
Tinggi : 172 cm
Favourite Supermodel : Gigi Hadid







07. Heidi Grods (Episod 1 : Kedudukan No. 6)



Negara : Thailand
Umur : 25 tahun
Tinggi : 178 cm
Favourite Supermodel : Adriana Lima







08. Dorothy Petzold (Kedudukan No.7)



Negara : Thailand
Umur : 18 tahun
Tinggi : 176 cm
Favourite Supermodel : Cara Develigne







09. Minh Tu Nguyen (Kedudukan No.8)



Negara : Vietnam
Umur : 24 tahun
Tinggi : 178 cm
Favourite Supermodel : Adriana Lima







10. Jennica Sanchez (Kedudukan No.9)



Negara : Filipina
Umur : 20 tahun
Tinggi : 168 cm
Favourite Supermodel : Bella Hadid







11. Cindy Chen (Kedudukan No.10)


 Negara : Taiwan
Umur : 19 tahun
Tinggi : 178 cm
Favourite Supermodel : Cara Develigne








12. Layla Ong (Kedudukan No.12)



Negara : Singapura
Umur : 20 tahun
Tinggi : 175 cm
Favourite Supermodel : Liu Wen







13. Nametha (Kedudukan No.13)



Negara : Singapura
Umur : 18 tahun
Tinggi : 178 cm
Favourite Supermodel : Cajsa Wessberg







14. Anjelica Santillan ( Episod 1 : Kedudukan No.14 - Terkeluar)



Negara : Filipina
Umur : 22 tahun
Tinggi : 176 cm
Favourite Supermodel : Coco Rocha, Gisele Bundchen








Asia's Next Top Model Musim Kelima Episode Satu
Tarikh : 5 April 2017 / Hari : Rabu / Jam : 9.05pm - 10.05 pm
Saluran : Starworld Asia (711/HD722)




Episod 1 Ini Boleh Ditonton Di Bawah :


Asia' Next Top Model Cycle 5 Episode 1 (Full Episode)
Credit To AsNTM YouTube Channel



Pia Wurtzbach
Asia's Next Top Model 2017



Sumber : ASNTM Website, Asia's Next Top Model FB.

No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.