GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Arkib Hiburan
  • Penyanyi No.1 Malaysia
  • Infotainment
    • Meletop
    • Muzik
      • Album
      • Koleksi Lagu Ziana Zain
      • Lagu Era 1980 an
      • Lagu Era 1990 an
      • Lagu Era 2000 an
      • Lagu Era 2010 an
      • Lagu Era 2020 an
    • Anugerah
    • Raya
    • Makanan
    • Minuman
    • Filem
    • TV
    • Anime
    • Mimpi
    • Planet
    • Negara
    • Sihat
    • Sign In
  • About Us

 GALAKSI VIRAL - Makanan Perlis Indera Kayangan memang sangat sedap dan unik. Tambahan pula oghang-oghang Peghelih tu hemoi-hemoi belaka. Terbaik. Jom kita lihat apakah makanan Perlis yang popular di sini. 

1. LAKSA KUALA PERLIS

Catatan :
Hampa kalau datang Perlis memang tak sah kalau tak makan Laksa Kuala Perlis atau Laksa Kola. Paling popular pastinya Laksa Kola Kak Su.


2. KUIH KARAS

Catatan :
Kuih ini diperbuat daripada tepung beras dan rasanya manis serta garing. Rangup dikunyah.



3. RINGGI ATAU EMPING

Catatan :
Makanan unik Perlis ini dibuat daripada emping padi pulut dan dimakan bersama gula dan kelapa parut. Nyum Nyum.



4. JERUK MAMAN PERLIS

Catatan :
Maman adalah sejenis sayuran yang dibuat jeruk. Ia seperti Kimchi Korea versi Perlis. 



5. PULUT MEMPELAM HARUM MANIS

Catatan :
Pulut yang dimakan bersama buah-buahan ini sememangnya sangat sedap dan lazat. Pulut ini terlebih dahulu digaul dengan santan kemudian diratakan sebelum dimakan bersama mempelam harum manis. 



6. PEKASAM PUYU

Catatan :
Pekasam Puyu goreng ini sedap dimakan bersama nasi panas. 


 Moh kita ke Perlis. 💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕


Sumber :
Google Image

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/









GALAKSI VIRAL - Mimpi adalah suatu perkara yang sangat misteri di dalam kehidupan manusia. Kajian mengenai mimpi telah dilakukan sejak berzaman-zaman lamanya oleh cendekiawan purba dan juga masa kini. Apa yang dimaksudkan dengan mimpi ? Dalam bahasa mudahnya mimpi adalah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan pelbagai deria manusia ketika tidur. Ada tamadun purba terdahulu mengaitkan mimpi sebagai ramalan masa depan atau juga peristiwa dejavu di dalam kehidupan. Ia bersifat subjektif kerana perkara mimpi ini lazimnya kerap dikaitkan dengan budaya, agama dan sosial sesebuah masyarakat itu. Walaupun begitu, terdapat beberapa mimpi yang biasa kita dengar daripada pelbagai bangsa seluruh dunia iaitu mimpi GAJAH. Apakah yang dimaksudkan dengan mimpi gajah ? Sesunguhnya mimpi ini sungguh misteri dan keajaiban alam semesta. Jom baca di bawah,


TAFSIR MIMPI GAJAH 

1. Mimpi melihat gajah bermakna akan bertemu seseorang yang bantu kamu ke arah kejayaan

2. Mimpi melihat anak gajah bermakna berada dalam keadaan bahagia dan murah rezeki

3. Mimpi gajah berlari bermakna mempunyai pertanyaan berkenaan perkara yang kita pendam atau inginkan

4. Mimpi melihat gajah banyak bermakna akan dikelilingi dengan orang-orang yang berjaya

5. Mimpi melihat gajah raksasa bermakna hal baik akan berlaku di dalam kehidupan

6. Mimpi dikejar gajah bermakna segala usaha penat lelah akan membuahkan hasil

7. Mimpi naik gajah bermakna impian akan tercapai

8. Mimpi melihat gajah tidur bermakna akan membuktikan diri adalah sangat berharga di tempat kerja


Ini hanyalah antara rangkuman informasi yang diperolehi berkenaan tafsiran mimpi berkaitan gajah. Terpulang pada diri masing-masing mahu percaya atau tidak. Sekadar menambah informasi yang untuk makluman bersama. Selamat membaca.

Sumber :

Tafsir Mimpi1

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/












GALAKSI VIRAL - Rakyat Amerika Syarikat & negara Latin ketika ini tengah rancak membincangkan fenomena Gerhana Matahari pada 8 April 2024 kerana ia mendapat perhatian luar biasa daripada pihak agensi NASA dan agensi kerajaan negara mereka. Ia bermula apabila agensi NASA dan agensi sains  kerap mewarwarkan tarikh 8 April ini supaya lebih berhati hati pada tarikh berkenaan sehingga National Guard negara mereka akan berada dalam mood standby jika berlaku apa apa perkara tidak diingini pada hari berkenaan. Ia juga agak luar biasa apabila Gerhana Matahari 8 April ini diwarwarkan melalui sidang media rasmi oleh pihak NASA dan tiga roket juga sudah dilancar untuk tujuan kajian fenomena ini. Disebabkan  itu ia kerap jadi pertanyaan kenapa fenomena Gerhana Matahari kali ini perlu ada sidang media dan agensi kerajaan kerap mengingatkan jaga keselamatan pada tarikh berkenaan ? 

Mata Satu Makluk Asing

GV tidak akan bercerita lanjut bagaimana fenomena gerhana matahari ini berlaku kerana GV akan letakkan link ke laman sesawang yang akan terangkan secara detail bagaimana fenomena ini berlaku. GV lebih tertarik dengan pelbagai teori menarik kenapa solar matahari kali ini lebih menarik berbanding sebelum ini. Untuk kita penduduk Malaysia, kita tidak dapat melihat fenomena Gerhana Matahari ini kerana ia tidak lalui negara kita. Waktu fenomena ini berlaku bermula tarikh 8 April jam 23:4215 dan berakhir pada  9 April jam 04:52:19. Fenomena Gerhana Matahari penuh ini hanya akan dapat dilihat di negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Di bawah juga GV akan sertakan link untuk kita tengok secara LIVE fenomena gerhana matahari ini berlaku esok malam. Link ini adalah ihsan daripada pihak NASA sendiri. 

TEORI ANEH GERHANA MATAHARI  RIBUT SURIA 2024

1. Ada pihak menjangkakan kemudahan asas elektrik dan semua peralatan mekanikal termasuk line telefon akan tergendala selama 17 hari kerana kesan gerhana matahari.

2. Ada pihak mengatakan pihak tertentu akan melancarkan projek daripada CERN (The European Organization for Nuclear Research). Projek CERN pernah dikaitkan dengan fenomena Lohong Hitam (Black Hole) yang membuka ke dimensi luar  seperti di dalam cerita Avengers atau drama sains fiksyen Star Gate. 

3. Ada pihak mengatakan filem Dont Look Up, episod Simpson berkenaan Black Hole dan drama Netflix 3 Body Problems ada kaitan dengan fenomena Gerhana Matahari ini. Diringkaskan cerita, ia bermaksud pada tarikh itu, ada kemungkinan pihak tertentu akan cuba buka pintu alam dimensi lain dengan kemajuan sains dan fenomena alam semula jadi untuk mencari penempatan baru manusia. Ia juga dikatakan bermulanya malapetaka yang akan melanda Bumi kesan tindakan alam semulajadi seperti bencana alam.  

4. Di dalam filem Dont Look Up ada menceritakan yang pihak kerajaan dunia sudah ada misi untuk selamatkan manusia daripada kemusnahan bumi dilanggar meteorit dan pergi ke satu planet baru. Jadi di  sini fenomena Gerhana Matahari turut ini dikaitkan dengan projek mencari Bumi baru ini  kerana ada pihak menjangka ia adalah fenomena yang  mungkin akan membuka portal ke dimensi luar atau dunia multiverse. 


Poster Drama Neflix 3 Body Problems

Poster Filem Dont Look Up

5. Di dalam drama sains Netflix 3 Body Problem banyak dikaitkan dengan kecanggihan ilmu sains terutamanya fizik. Fizik & Nuklear menjadi perkara utama dalam penyelidikan CERN. Dalam drama ini makhluk asing dalam perjalanan ke Bumi dan mengambil masa 400 tahun. Namun, makhluk asing ini takut untuk hidup bersama manusia kerana manusia adalah makhluk yang sukar dijangka berbanding makhluk asing ini yang sifat semulajadi mereka tidak boleh menipu dan patuh peraturan. 

Disebabkan itu, makhluk asing ini menghantar dua alat pengintip bersaiz atom untuk mengintip aktiviti manusia dan menghalang kemajuan manusia. Ini menyebabkan semua rancangan manusia akan diketahui oleh alat intipan atom ini kerana ia boleh bergerak dari satu ke satu tempat dalam kadar sangat laju dan di luar pemahaman manusia. Satu lagi makhluk asing ini risau kemajuan sains teknologi manusia terlalu cepat berkembang berbanding makhluk asing yang memakan berpuluh ribu tahun untuk maju. Oleh yang demikian, makhluk asing ini membuat ciptaan illusi dan delusi menggunakan teknologui mereka bagin mengelirukan manusia. 

Makhluk asing meggunakan kelemahan manusia dengan bermain perasaan manusia seperti menjelmakan diri mereka seolah Tuhan bg sesetengah ahli sains dan manusia melalui keajaiban teknologi mereka seperti ilusi bintang alam berkelip dan menakutkan manusia dengan kiraan masa illusi untuk kiamat jika ahli sains itu teruskan projek sains mereka dan banyak lagi. 

Cerita ini sangat menarik dan relevan dengan masa kini. Jadi apa kaitan dengan Solar Matahari ini ? Ada pihak mengatakan waktu Gerhana Matahari ini akan menjadi waktu untuk makhluk asing menyeledup ke Bumi sewaktu Bumi tengah bergelap kerana pada masa tu portal dimemsi luar akan terbuka. Rasanya semua orang tahu kan bila Gerhana Matahari penuh berlaku, semua haiwan dan alam akan  jadi sunyi sepi. Ia kerana suasana pada ketika itu adalah situasi tidak normal bagi waktu kebiasaan habitat mereka (haiwan seperti burung). Namun ini mungkin hanya teori rekaan semata mata kerana tiada sumber rujukan kukuh untuk menyokong teori ini, 

Gambar Grafik Novel 3 Body Problem

6. Solar Storm atau Ribut Suria juga dikaitkan dengan fenomena ini. Ribut Suria berlaku apabila matahari akan keluarkan satu letupan tenaga yang besar dalam bentuk suar suria dan coronal mass ejecton. Ini juga dikaitkan dengan cuaca ketika ini yang sangat  kesan daripada aktiviti Matahari dan juga kesan alam semulajadi. Jika ribut suria ini berlaku ketika Gerhana Matahari, tidakkah ia mungkin beri kesan kepada Bumi atau sebaliknya ? Itu juga menjadi pertanyaan orang awam mengenai fenomena ini.

7. Ketiga tiga filem dan drama yang dinyatakan sebelum ini pada asasnya adalah berkisarkan  kisah Bumi akan kiamat. Filem Dont Look Up dan Drama 3 Body Problems boleh ditonton di Netflix. Manakala episod Simpson Black Hole akan diletakkan di sumber rujukan di bawah. 


Gambar Grafik Ribut Suria Menyerang Bumi

Kesimpulannya, semua teori ini hanyalah perbincangan secara umum sahaja kerana banyak perkara yang tidak mempunyai sumber rujukan kukuh dan ia perlukan penjelasan daripada pakar sains dan teknologi. Namun ia sedikit sebanyak menarik perhatian kepada orang awam untuk lebih peka dengan fenomena alam ini dan lebih baik jika ia dirujuk pada sumber yang betul seperti Agensi Agensi Malaysia, Ahli Astronomi, Ahli Falak, Ahli Fizik dan Ahli Sains yang berkaitan. Wallahualam. 

Sedutan Drama 3 Body Problem (Mata Satu Makhluk Asing)

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Penerangan Fakta Fenomena Solar Matahari 
Simpsons Black Hole Video

 GALAKSI VIRAL - Tahun 2023 menyaksikan ramai bakat baru yang meletop dengan dendangan lagu popular masing-masing. Lagu Malaysia apakah yang paling popular tahun 2023 ? Jom tonton video di bawah untuk mengetahuinya.


Akan Dikemaskini (1 April 2026)

Credit galaksiviral Youtube Channel

GALAKSI VIRAL - Anugerah Juara Lagu 38 kini kembali dengan pelbagai lagu yang hebat dan pastinya lagu pemenang AJL 38 akan diingati sebagai salah satu lagu malar segar dalam sejarah muzik Malaysia. Jika tahun lepas Aina Abdul memenangi AJL dengan lagu Terus Hidup, siapakah pula tahun ini yang akan mengulangi sejarah yang bermakna ini. Jom kita lihat siapakah bakal pemenang AJL 38.

JUARA LAGU 38

WAKTU

ARTIS : HASIF & ZIANA ZAIN

KOMPOSER/PENULIS LIRIK : IQIE HUGH, JOHN JEEVES, & FIRDAUS RAHMAT

CATATAN : Originaliti lagu, lirik lagu puitis dan kekuatan vokal Diva Pop Ziana Zain & Hasif sudah cukup membuktikan lagu ini layak menjadi Juara Lagu 38.Lagu berirama muzik Pop Balada disulami dengan sedikit irama Rock moden menjadikan ia bakal menjadi lagu malar segar.


TEMPAT KEDUA 

JANGAN MATI RASA ITU

ARTIS : AINA ABDUL

KOMPOSER/LIRIK : AINA ABDUL

CATATAN : Lagu Power Ballad ini boleh dikatakan antara lagu Balada terbaik pernah dihasilkan oleh Aina Abdul. Kelebihan lagu ini terletak pada melodi yang kuat dan liriknya yang mudah difahami. Lagu ini juga boleh dikatakan antara lagu Balada Aina yang mudah di "sing along" bersama peminat beliau kerana susunan lirik yang memorable dan melodi yang menarik. 


TEMPAT KETIGA 

BINTANG 

ARTIS : HAEL HUSAINI

KOMPOSER/LIRIK : HAEL HUSAINI

CATATAN : Lagu ini mengembalikan semula kegemilangan Hael sebagai komposer terhebat negara dengan konsep Pop Balada Moden yang unik dan ada identiti tersendiri. Lagu ini sememangnya mempunyai signature style song Hael yang pastinya mudah dikenali oleh peminat setia beliau. 



LAIN-LAIN LAGU 
TOP 12 AJL 38 

04. AISHA RETNO - SUTERA
(AISHA RETNO,MFMF/AISHA RETNO)

05. DARAH - MARSHA MILAN 
(NAIM DANIEL & FIRDAUS RAHMAT)


06. HASRAT - AMAR JAHARI 
(AMIR JAHARI)


07. KUCUMA - DATO' JAMAL ABDILLAH & WANY HASRITA
(A.RAMLEE & EZRA KONG)


08.  SANTAI - NAQIU (FAIZAL TAHIR) 
(FAIZAL TAHIR & EZRA KONG)


09. INILAH JALANNYA - MASDO
 (NOH SALLEH)


10. KALAM - SHIHA ZIKIR
(IQIE HUGH, JOHN JEEVES, & FIRDAUS RAHMAT)


11. ASTANA - ERNIE ZAKRI 
(OMAR K/SHAZRIQ AZEMAN/ERNIE ZAKRI/SYAMEL)


12. SELAGI KU ADA - KHAI BAHAR & NABILA RAZALI
(AMYLEA)




P/S: JANGAN LUPA SAKSIKAN RANCANGAN MUZIK MUZIK SETIAP MINGGU DAN UNDI LAGU KEGEMARAN DI LAMAN WEB INI >>> MUZIK MUZIK 38 TV3 MALAYSIA

GALAKSIVIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Pelawat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • SHARIFAH AINI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • SARAPAN PAGI PALING POPULAR DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2003 DI MALAYSIA
  • PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.
  • AIR MINUMAN YANG PALING KERAP DIPESAN DI RESTORAN MAKANAN

Infotainment Muzik

  • INFO ALBUM
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment Boom

  • INFO ANIME
  • INFO ANUGERAH
  • INFO ARKIB HIBURAN
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO MIMPI
  • INFO MINUM
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO RAYA
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Ogo 20261
  • Jul 20261
  • Mei 20266
  • Mac 20263
  • Feb 20262
  • Nov 20254
  • Sep 20251
  • Ogo 20252
  • Mei 20256
  • Jul 20241
  • Mei 202411
  • Apr 20244
  • Jan 20241
  • Nov 20231
  • Dis 20221
  • Jul 20221
  • Apr 20215
  • Mac 202115
  • Okt 20201
  • Sep 20208
  • Ogo 202025
  • Jul 20208
  • Jun 20203
  • Mei 20202
  • Jan 20201
  • Nov 20195
  • Okt 20191
  • Feb 201823
  • Jan 201811
  • Dis 201732
  • Nov 201749
  • Okt 20173
  • Sep 20171
  • Ogo 201747
  • Jul 2017106
  • Mei 20174
  • Apr 201713
  • Mac 20176
  • Feb 201716
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes