Ads Top

JANNA NICK DUKUNG FATTAH AMIN. DRAMA COFFEE PRINCE BEST GILER.

Drama manakah yang menjadi fenomena hebat di kalangan penonton TV di Malaysia selepas drama Suri Hari Mr Pilot, 7 Hari Mencintaiku dan Titian Cinta ? Jawapannya ialah Coffee Prince. Kenapa ianya menjadi fenomena dan menarik perhatian ramai peminat drama Malaysia untuk menontonnya ? Antara jawapannya ialah :


a) Drama ini adalah drama adaptasi daripada drama popular Korea Selatan berjudul The 1st Shop of Coffee Prince. Maknanya drama ini sudah ada pengikutnya tersendiri.

b) Secara ringkasnya, drama ini adalah mengisahkan kisah hidup Dani (Janna Nick) yang selalu disalah anggap lelaki dan perkenalan beliau dengan Rayqal (Fattah Amin) telah memberikannya satu makna baru di dalam hidupnya. Drama ini boleh dikategorikan sebagai drama komedi romantik.

c) Drama ini ditayangkan di saluran Astro Ria pada jam 10 malam setiap Isnin sehingga Khamis sejak 27 November 2017. Drama ini mengandungi 28 episod keseluruhan. 

d) Ramai hendak tengok lakonan Janna Nick menjadi tomboi dan hasilnya adalah sangat mengagumkan. Janna Nick berjaya membawakan watak Dani dengan sangat cemerlang. Rasanya ini adalah lakonan terbaik Janna Nick di sepanjang karier beliau selama ini. Janna Nick patut dapat anugerah Pelakon TV Wanita Terbaik untuk drama ini. Terbaik. 

e) Gabungan Pelakon TV Paling Popular 2017 iaitu Fattah Amin dan Janna Nick juga menyebabkan drama ini menarik perhatian ramai orang untuk menontonnya. Keserasian lakonan mereka berdua sangat mantap dan terbaik.


f) Ada peningkatan gaya lakonan Fattah Amin daripada drama sebelumnya. Jika Fattah dapat teruskan momentum peningkatan lakonannya itu, tidak mustahil Fattah akan dapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik suatu hari nanti. 

g) Drama arahan Michael Ang memang best dan ada nilai komersial yang sangat tinggi. Sebab itu, hampir semua drama arahan Michael Ang popular dan mendapat tempat di kalangan penonton drama di Malaysia. 

h) Ada cameo Selebriti Popular seperti Nur Sajat, Sharifah Sakinah, Elena Sui, Marsha Milan, Emma Maembong  etc. Rasanya ini adalah drama pertama lakonan Sajat. hihi.

i) Sesuai untuk hiburan merehatkan minda. 

j) GV kagum tengok Janna Nick boleh angkat Fattah Amin dalam drama ini. hihi. Ala, itu double stunt atau camera trick je. hihi.

k) Pelakon utama lain dalam drama ini seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Ellie Suriaty, Jasmin Hamid, Zain Hamid, Sean Lee, Syafiq Ahmad, Daiyan Trisha, Sharifah Shahira, Ejoy Azari dan Faez Azemi juga memang sangat  best dan mantap. 


Kesimpulannya, selamat menonton drama ini. 😊


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image



12 comments:

  1. baru siap episod satu tengok, now layan episod 2 pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. best kan drama ini kak. Janna Nick best berlakon dalam cite ini. hihi.

      Delete
  2. Kak PC belum tengok pun sekali...tapi cousin kak PC kata best ceritanya...pengarahan Michael Ang jarang mengecewakan lebih-lebih lagi pemilihan dan kombinasi para pelakonnya..ada magisnya..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV rasa cite ni best kak PC. Hihi. Nanti kak PC try la tonton. Setuju dengan pendapat kak PC. Hihi. :D

      Delete
  3. Kalau arahan Michael Ang ni memang best! Tak sabar nak tengok nanti. Malas nak tengok sekarang sebab kena tunggu tiap minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV setuju kak Farhaha. Hihi. Cite Michael Ang mmg banyak best. GV pun kalau tak sempat tgk episod hari tu, mmg akan tgk weekend back to back episod tu nanti. hihi.

      Delete
  4. janna ada super power la.. mmg dia boleh angkat tu. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Yezza kak Ema. Superwoman tu. Hihi. Terbaik semua. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.