Ads Top

PRIMADONA FILEM MELAYU ERA MODEN

Lazimnya Primadona filem Melayu mestilah terdiri daripada aktres filem yang dikenali ramai, mempunyai bakat lakonan yang hebat, pernah memenangi anugerah utama perfileman, mempunyai filem laris atau terkenal di pasaran, dan dapat bertahan untuk jangka masa yang lama terutamanya dari sudut populariti. Selain itu, aktres ini juga tergolong di dalam kategori Aktres Gred A kerana impak kemunculan mereka di dalam industri perfileman memberikan mereka satu nilai eksklusif dan menjadi ikon kepada para peminatnya. Selepas era filem hitam putih, terdapat banyak aktres baru yang telah hadir menghiasi diari seni tanah air kita dengan bakat dan populariti yang hebat dan mantap. Siapakah Primadona Filem Melayu Era Moden yang dianggap sebagai legenda perfileman tanahair ini? Jom kita sama-sama baca senarai di bawah ini. 

10 PRIMADONA 
FILEM MELAYU ERA MODEN

01. ERRA FAZIRA
NAMA SEBENAR : FAZIRA BINTI WAN CHEK
TARIKH LAHIR : 9 FEBRUARI 1974
UMUR : 43 TAHUN
TEMPAT LAHIR : SELANGOR, MALAYSIA
MULA AKTIF  : 1992
FILEM : 
SEMBILU, SEMBILU 2, MARIA MARIANA, TRAGEDI OKTOBER, MARIA MARIANA 2, PASRAH, SOAL HATI, GERAK KHAS THE MOVIE, SOALNYA SIAPA, MR. CINDERELLA, JANJI DIANA, MR CINDERELLA 2, GILA GILA PENGANTIN, CINTA KOLESTROL, HINGGA HUJUNG NYAWA, CASTELLO, QABIL QUSHRY QABIL IGAM, ANAK, SIFU DAN TONGGA, CUCI, HIDDEN, NGORAT, LONGKAI, WARNA CINTA IMPIAN
CATATAN :
Primadona Erra Fazira digelar sebagai Primadona Melayu Alaf Baru kerana impak dan fenomena luar biasa yang telah beliau terima di sepanjang karier beliau sebagai salah seorang pelakon ternama di Malaysia. Beliau adalah contoh Aktres Gred A yang cukup pakej dari segi rupa dan bakat serta berjaya mempertahankan populariti untuk satu jangka masa yang sangat lama. Antara anugerah terbaik dan popular yang pernah dimenangi beliau ialah seperti Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia tahun 2001 dan 2005 serta telah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular sebanyak 7 kali di Anugerah Bintang Popular. Beliau yang juga digelar Aktres Melayu Paling Berpengaruh di dalam sejarah perfileman Melayu ini adalah di antara pelakon Malaysia yang berjaya mendapat kutipan filem panggung paling banyak iaitu dengan anggaran RM76 juta (sehingga 2009). Erra juga dikenali sebagai salah seorang Ikon Hiburan Malaysia kerana kejayaan hebat beliau di dalam bidang seni dan menjadi idola kepada para peminatnya. Nama Erra ada juga disebut di dalam lagu seperti lagu Ezlynn yang berjudul Hi Hi Bye Bye dan ini menunjukkan beliau adalah salah seorang artis budaya pop paling popular abad ini.

02. FAUZIAH  DATUK AHMAD DAUD
NAMA SEBENAR : FAUZIAH BINTI DATUK AHMAD DAUD
TARIKH LAHIR : 10 OKTOBER 1962
UMUR : 54 TAHUN
TEMPAT LAHIR : SINGAPURA
MULA AKTIF : 1973
FILEM :
HATI BATU, PERMINTAAN TERAKHIR, CERITAKU CERITAMU, TUAN BESAR, ABANG, ESOK UNTUK SIAPA, AZURA, ALI SETAN, SUARA KEKASIH, DEWI CINTA, BAYANGAN CINTA, PUTERI, RENTAK DESA, MEMORY, BINTANG MALAM, BALADA, OPS BELANTARA, SIMFONI KASIH, APA KATA HATI, ...DALAM BOTOL, AZURA, MANISNYA DI CAPPADOCIA, JEJAK WARRIORS, LANGIT CINTA
CATATAN :
Legenda Perfileman Malaysia, Pelakon Wanita Terbaik Malaysia, Penghibur Serba Boleh Malaysia, Aktres No.1 era 80an dan Ikon Hiburan Malaysia. Itulah antara gelaran diberikan kepada Primadona Fauziah Ahmad Daud. Beliau adalah artis Malaysia pertama yang memenangi undian terbanyak untuk Artis Pelakon/Penyanyi Paling Popular tahun 1987 atau lebih tepatnya Artis Malaysia Paling Popular Tahun 1987. Kehebatan lakonan hebat beliau telah diakui ramai apabila beliau telah memenangi kesemua anugerah pelakon filem wanita  terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) iaitu Pelakon Harapan Terbaik FFM 1980, Aktres Terbaik FFM tahun 1985/86 dan 1987 dan Aktres Pembantu Terbaik FFM 2016. Beliau juga dikenali pelakon yang berkarakter dan mampu membawakan pelbagai watak dengan sangat berkesan. Itulah Primadona Malaysia Fauziah Datuk Ahmad Daud yang tiada tandingannya. 

03. SOFEA JANE
NAMA SEBENAR : SOFIA JANE BINTI HASHIM
TARIKH LAHIR : 14 FEBRUARI 1972
UMUR : 45 TAHUN
TEMPAT LAHIR : LONDON, UNITED KINGDOM
MULA AKTIF : 1990
FILEM : 
MIRA EDORA, INTERLUD, HARRY BOY, KEKASIH AWAL DAN AKHIR, PEREMPUAN, ISTERI DAN.., CINTA KITA, SAYANG SALMAH, JIMI ASMARA, SURATAN KASIH, PUTERI GUNUNG LEDANG, SUSUK, HANYUT
CATATAN :
Primadona Sofea Jane adalah  adalah artis wanita kedua yang berjaya merangkul Anugerah Utama Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular pada tahun 1993. Beliau sangat dikenali sebagai salah seorang pelakon wanita yang berkaliber dan unik kerana kerap membawakan pelbagai watak yang sangat mencabar kewibawaan sebagai pelakon hebat ketika di era kegemilangannya. Contohnya seperti watak penggoda di dalam filem Perempuan, Isteri, Dan.. dan juga watak tomboy di dalam filem Cinta Kita. Walaupun Sofea memperlahankan aktiviti lakonannya selepas berkahwin, nama beliau tetap mekar sebagai Aktres Ternama di Malaysia sehingga kini kerana impak populariti dan keberkesanan lakonan beliau di dalam setiap naskhah filem yang beliau bintangi sangat menjadi. Nama beliau juga ada diabadikan sebagai tajuk lagu seperti lagu Sofea Jane nyanyian Black dan lagu itu merupakan salah satu lagu paling popular tahun 2010. Selain itu, nama Sofea Jane juga kerap digunakan di dalam filem dan drama lain sebagai nama watak lakonan dalam cerita itu. Contohnya seperti filem Terbaik Dari Langit yang menggunakan nama Sofea Jane sebagai salah satu watak utama cerita itu dan dilakonkan oleh pelakon berbakat besar  Nadiya Nisaa.

04. ERMA FATIMA
NAMA SEBENAR : FATIMAH BINTI RAHMAD
TARIKH LAHIR : 14 MAC 1968
UMUR : 49 TAHUN
TEMPAT LAHIR : KUALA LUMPUR, MALAYSIA
MULA AKTIF : 1987
FILEM :
ROZANA CINTA 87, PUTERI, KOLEJ 56, PELUMBA MALAM, TUAH, HATI BUKAN KRISTAL, RIANG TIRANA, BINTANG MALAM, SYAHADAT, XX RAY, PEMBURU BAYANG, FANTASI, FEMINA, PUTERA, PUTERI IMPIAN 2, LAILA ISSABELLA, JANJI DIANA, CINTA LUAR BIASA, APA KATA HATI, AZURA, MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA
CATATAN :
Primadona Erma Fatima juga seperti Primadona Fauziah Ahmad Daud yang cukup dikenali sebagai pelakon wanita terbaik Malaysia dan juga Ikon Hiburan Malaysia. Kemunculan pertama kali  Erma di dalam bidang perfileman di hujung era 80 an jelas menunjukkan yang beliau adalah salah seorang aktres berbakat besar dan bakal menjadi Primadona Malaysia suatu hari nanti. Kini, semua sudah jelas apabila beliau berjaya memenangi banyak anugerah terbaik dan popular seperti Aktres Pembantu Terbaik FFM 1987 & 1992, Aktres Terbaik FFM 1990 & 1994 dan Pelakon Filem Wanita Popular ABP 1991 & 1992. Selain itu, Erma juga turut dikenali sebagai Pengarah Wanita yang hebat kerana pernah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Pyonyang ke -7 untuk filem Perempuan Melayu Terakhir pada tahun  2000.

05. ALLAHYARHAMAH AZEAN IRDAWATY
NAMA SEBENAR : AZEAN IRDAWATY BINTI YUSOEF

TARIKH LAHIR : 27 FEBRUARI 1950
UMUR : 63 TAHUN (MENINGGAL DUNIA)
TEMPAT LAHIR  : KEDAH, MALAYSIA
MULA AKTIF : 1979 - 2009
FILEM : 
ESOK MASIH ADA, PERJANJIAN SYAITAN, MAMA OH MAMA, LANGIT PETANG, PEREMPUAN, BINTANG MALAM, SUTERA PUTIH, AMELIA, GEMERLAPAN, LAYAR LARA, BAGINDA, BURUNG BESI, ANAKNYA SAZALI, LAILA ISSABELLA, KEMARAU CINTA, ANAK MAMI KEMBALI, MAIN - MAIN CINTA, DIVA POPULAR, WARIS JARI HANTU, OTAI, NANA TANJUNG 2, TALENTIME
CATATAN :
Allahyarhamah Primadona Azean Irdawaty adalah aktres Malaysia pertama yang memenangi Aktres Terbaik Filem di FFM Pertama pada tahun 1980 dan 1982. Beliau menjadi tanda aras utama dalam menentukan siapakah Pelakon Wanita Terbaik Filem Malaysia yang seterusnya kerana prestasi cemerlang beliau di dalam filem yang sangat bagus dan mantap. Semua hasil lakonan beliau di dalam setiap naskhah filem yang dibintanginya meninggalkan satu impak kuat dari segi emosi kerana keberkesanan dan kesungguhan beliau dalam melakonkan watak filem tersebut. Beliau juga digelar Ikon Hiburan Malaysia yang cukup dikenali dengan method lakonannya yang berada di satu tahap berbeza dan menjadi rujukan kepada pelakon era masa kini. Al-Fatihah kepada arwah. 

06. MAYA KARIN
NAMA SEBENAR : MAYA KARIN ROELCKE
TARIKH LAHIR : 29 OKTOBER 1979
UMUR : 37 TAHUN
TEMPAT LAHIR : BAVARIA, JERMAN
MULA AKTIF : 2001
FILEM :
SERI DEWI MALAM, NO PROBLEM, MR CINDERELLA 2, PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM, TUJUH PERHENTIAN, PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2, WARIS JARI HANTU, HATI MALAYA : 1957, ANAK HALAL. DUYUNG, PUNGGOK RINDUKAN BULAN, PISAU CUKUR, MAGIKA, CUN, OMBAK RINDU, LEGENDA BUDAK SETAN 2 : KATERINA, SEJOLI : MISI CANTAS CINTA, LEGENDA BUDAK SETAN 3 : KASYAH, NOTA, JWANITA
CATATAN :
Ratu Filem Seram Malaysia ini adalah Primadona Melayu Pertama daripada era 2000an. Kehebatan Maya Karin sebagai Primadona generasi baru jelas terpancar apabila beliau menjadi satu-satunya Aktres Malaysia paling banyak tercalon di dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik FFM iaitu sebanyak 10 kali dan menang dua kali pada tahun 2008 dan 2013. Malah beliau adalah aktres kedua paling banyak menang Pelakon Filem Wanita Popular ABP iaitu sebanyak 3 kali pada tahun 2005, 2008 dan 2011. Beliau juga merupakan Aktres Pertama Malaysia yang memenangi Aktres Terbaik Filem, Festival Filem Asia Pasifik ke 49, Jepun pada tahun 2004 melalui filem Pontianak Harum Sundal Malam. Malah, beliau sekali lagi memenangi anugerah antarabangsa untuk kategori Pelakon Terbaik (lelaki dan wanita) untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 di Estopona Fantasy dan Festival Filem Seram 2005 di Sepanyol. Ianya adalah satu rekod yang masih dipegang oleh beliau sehingga kini. Ada peminat seni hiburan yang melabelkan beliau sebagai Meryl Streep Malaysia kerana terlalu kerap dicalonkan di dalam kategori  Aktres Terbaik Malaysia di FFM sepertimana Meryl juga yang terlalu kerap dicalonkan sebagai finalis Aktres Terbaik Anugerah Akademi. Oleh itu, tidak hairanlah jika Primadona Maya Karin juga dilabelkan sebagai salah seorang Ikon Hiburan Malaysia yang hebat dan juga idola budaya pop yang popular di Malaysia ketika ini. 

07. NOORKUMALASARI
NAMA SEBENAR : NOOR KUMALASARI BINTI MOHD TAIB 
TARIKH LAHIR : 11 APRIL 1956
UMUR : 61 TAHUN 
TEMPAT LAHIR : SELANGOR, MALAYSIA
MULA AKTIF : 1960
FILEM : 
TUNANG PAK DUKUN, TUAH BADAN, PUTUS SUDAH KASEH SAYANG, PAPER TIGER, MENANTI HARI ESOK, TUAN BADUL, TIADA ESOK BAGIMU, ADIK MANJA, ABANG, MANGSA, ESOK UNTUK SIAPA, PENENTUAN, MATINYA SEORANG PATRIOT, RAHSIA, MISTERI RUMAH TUA, BAYANGAN MAUT, MIRA EDORA, PENGHUJUNG MALAM, SILAT LEGENDA
CATATAN :
Supermodel Melayu era 70 an ini memang sangat dikenali dengan impak fenomena hebat beliau di dalam bidang seni tanahair sejak berdekad lamanya dahulu. Beliau yang cukup dikenali sebagai Primadona Noorkumalasari ini adalah Ikon Hiburan Malaysia yang sangat popular dan merupakan perintis kepada Penghibur Wanita Serba Boleh pertama di Malaysia kerana bakat luar biasa beliau meliputi pelbagai cabang seni tanah air seperti menjadi model, penyanyi, pelakon, pengacara, penari, dan pelawak yang sangat berjaya dan berkesan. Beliau juga dikenali sebagai Ratu Filem Seram era 80an kerana  filem beliau berjudul Rahsia dan Misteri Rumah Tua telah menjadi fenomena pada tahun ianya ditayangkan dan ianya masih lagi diingati sehingga kini. Ikon Budaya Pop era 80 an ini juga terkenal dengan gaya dan fesyen beliau yang menarik perhatian ramai peminat sehingga ramai yang mengikut cara dan gaya beliau beraksi di pentas hiburan. Walaupun usia sudah mencecah 60 tahun, beliau tetap hebat bergaya seperti gambar di atas. Itulah Primadona Noorkumalasari yang sangat berharga di dalam industri seni hiburan tanahair Malaysia. 

08. NUR FAZURA
NAMA SEBENAR : NUR FAZURA BINTI SHARIFUDDIN
TARIKH LAHIR : 27 SEPTEMBER 1983
UMUR : 33 TAHUN
TEMPAT LAHIR : PAHANG, MALAYSIA
MULA AKTIF : 2002 
FILEM :
BICARA HATI, QAISY & LAILA, SENARIO XX, GOL & GINCU, BULI BALIK, KAYANGAN, SELAMAT PAGI CINTA, PISAU CUKUR, KANTOI, LEGENDA BUDAK SETAN, BUJANG TERLAJAK, KAMI HISTERIA, MANISNYA DI CAPPADOCIA, BULAN TERBELAH DI LANGIT AMERIKA, LANGIT CINTA, WARKOP DKI REBORN, J REVOLUSI, RAFTAHAR, WANITA TERINDAH
CATATAN :
Ikon fesyen dan artis budaya pop popular Malaysia ini iaitu Primadona Nur Fazura memang sangat popular di kalangan peminat seni Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan juga Filipina. Rasanya masih ramai tidak tahu yang Nur Fazura sangat popular di Indonesia kerana filem lakonan beliau bersama pelakon hebat di sana berjudul Warkop DKI Reborn 2016 telah menjadi filem Indonesia paling laris di dalam sejarah perfileman Indonesia sehingga kini. Malah, beliau juga merupakan antara segelintir artis wanita Malaysia yang telah diberi peluang untuk ditemuramah di dalam salah sebuah rancangan temuramah popular di Filipina iaitu The Tim Yap Show. Menariknya lagi apabila informasi mengenai kerjaya beliau juga ada dipaparkan di dalam berita hiburan Filipina apabila beliau muncul bergambar bersama pelakon hebat Filipina Piolo Pascual ketika di majlis anugerah 2nd ASEAN Award International Film Festival 2015 di Sarawak dan telah muncul single bersama penyanyi terkenal Filipina Jason Dy (pemenang The Voice Philipines 2014/15) untuk lagu berjudul Nothing Like Pag-Ibig pada  tahun 2017. Nur Fazura juga adalah artis Malaysia pertama mempunyai rancangan realiti sendiri iaitu Facing Up With Fazura dan ditayangkan di seluruh Asia. Bagi melengkapkan lagi portfolio beliau sebagai Primadona Malaysia era baru ini ialah beliau juga telah memenangi anugerah Aktres Terbaik di FFM 2015 dan juga Pelakon Filem Wanita Popular di ABP 2016. Beliau juga dikenali dengan gelaran Aktres Filem Urban kerana kebanyakan filem beliau banyak berkonsepkan kehidupan di bandar. Walaupun begitu, beliau sebenarnya sudah diiktiraf sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik Malaysia kerana kesemua watak lakonan beliau bawakan sangat berkesan dan mempunyai gaya lakonan tersendiri. 

09. AMY MASTURA
NAMA SEBENAR : AMY MASTURA BINTI SUHAIMI
TARIKH LAHIR : 10 MEI 1971
UMUR : 46 TAHUN
TEMPAT LAHIR : PERAK, MALAYSIA
MULA AKTIF : 1993
FILEM : 
IMPIAN, TRAGEDI OKTOBER, PUTERI IMPIAN, PUTERI IMPIAN 2, KLU, SENARIO LAGI, TRAUMA, BINTANG HATI, HOOPERZ, AKU TAK BODOH, DAMPING MALAM, SYHHH.. DIA DATANG
CATATAN :
Primadona Amy Mastura adalah satu-satunya Artis Malaysia yang berjaya mendapat anugerah di dalam empat anugerah utama hiburan  yang melibatkan kategori terbaik dan popular di Malaysia iaitu di Festival Filem Malaysia (FFM), Anugerah Bintang Popular (ABP), Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL). Antara anugerah yang dimenangi beliau ialah Aktres Terbaik FFM 1999, Pelakon Wanita Popular ABP 1999, Penyanyi Wanita Popular ABP 1994, Kulit Album Terbaik AIM 2003 dan Juara Kategori Pop Rock AJL 2000. Ini menunjukkan Amy Mastura juga satu - satunya artis di Malaysia yang memegang rekod sebagai penyanyi yang menang Aktres Terbaik di FFM tetapi juga telah juga telah menang Penyanyi Wanita Popular dan juga Pelakon Filem Popular di Anugerah Bintang Popular. Satu rekod yang masih belum ditembusi oleh mana - mana artis di Malaysia sehingga kini. Walaupun Amy Mastura cukup dikenali sebagai Ratu Filem Komedi Romantik, namun Amy Mastura juga sudah membuktikan yang beliau mampu membawa watak berat seperti di dalam filem Trauma dan juga telemovie seram berjudul Penanggal. Lakonan Amy Mastura di dalam telemovie Penanggal memang sangat hebat dan menyeramkan. Itu sudah cukup membuktikan yang Primadona Amy Mastura ini bukan calang-calang pelakon kerana beliau mampu memberikan satu bentuk persembahan lakonan di luar dugaan dan pastinya mengagumkan para peminat seni tanahair. Itulah kehebatan sebenar Primadona Amy Mastura yang versatile dan sentiasa kelihatan awet muda ini. 

10. LISA SURIHANI
NAMA SEBENAR : LISA SURIHANI BINTI MOHAMED
TARIKH LAHIR : 23 MAC 1986
UMUR : 31 TAHUN
TEMPAT LAHIR  : KUALA LUMPUR, MALAYSIA
MULA AKTIF : 1997 
FILEM : 
GOODBYE BOYS, I'M NOT SINGLE, JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK, V3: SAMSENG JALANAN, SEMERAH CINTA STILETTO, LEGENDA BUDAK SETAN, KAPOWW, ZOO, JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2, SEKALI LAGI, OMBAK RINDU, PAPA I LOVE YOU, LAGENDA BUDAK SETAN 2 : KATERINA, CYBER X : ANCAMAN PENGGODAM, SAM (SAYA AMAT MENCINTAIMU), ISTANBUL AKU DATANG, ULAR, LEGENDA BUDAK SETAN 3 : KASYAH, DENDAM ORANG MATI, MANISNYA DI CAPPADOCIA, SUAMIKU ENCIK PERFECT 10, CICAKMAN 3, SINARAN
CATATAN :
Walaupun usia aktres Lisa Surihani ketika ini sangat muda jika ingin digelar sebagai Primadona, namun ianya tidak menjadi masalah kerana dalam masa yang usianya yang sangat muda iaitu ketika di bawah 30 an, beliau sudah berjaya menggengam anugerah terbaik dan popular dalam masa yang agak singkat. Beliau telah berjaya memenangi Aktres Terbaik FFM dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2013 dan pernah memenangi Pelakon Filem Popular di ABP 2010. Kejayaan yang diperolehi oleh Lisa Surihani ini bukanlah suatu kejayaan yang mudah kerana beliau terpaksa bersaing hebat dengan aktres senior yang jauh berpengalaman daripada beliau. Walaupun begitu, dengan pengiktirafan yang diperolehi beliau ini sudah cukup membuktikan yang beliau sebenarnya adalah salah seorang Primadona Filem Melayu era Moden yang disegani ramai dan menjadi idola kepada artis generasi baru dalam usaha mereka untuk berjaya seperti aktres hebat Lisa Surihani.




p/s : Ingin Tahu Album Malaysia Yang Paling Laris Sepanjang Masa. Boleh klik link ini >>> ALBUM MALAYSIA PALING LARIS 2017


Sumber : Wikipedia, Google Images

6 comments:

  1. Mmg wajar JD primadona sebab lakonan diorg mmg best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju mama. dorg semua mmg sangat berbakat. :D

      Delete
  2. rata-rata Primadonna sudah berusia termasuk saya..

    hehehe

    teringat kata orang lama.kubur kata mari...lumah kata pergi.

    ReplyDelete
  3. primadona moden tak berapa menyengat berbanding dl... tp apa pun bakat mereka ada yg terserlah... hopefully kekal selamanya spt primadona dl, watak mereka kekal dlm ingatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan semoga mereka semua berjaya dengan lebih cemerlang dalam kerjaya mereka nanti. InsyaAllah. Aamin. Giteww kak. hihi.

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.