Ads Top

FENOMENA KUMPULAN SPICE GIRLS


Generasi sekarang ramai yang meminati kumpulan Kumpulan Wanita Antarabangsa seperti 2NE1, Girls' Generation, Fifth Harmony, The Pussycat Dolls  dan juga Black Pink. Tetapi tahukah anda ada satu kumpulan yang cukup dikenali sebagai Kumpulan Wanita Pertama yang menjadi perintis kepada pembentukan kumpulan nyanyian wanita versi sekarang ? Jawapannya ialah kumpulan Spice Girls. Kumpulan Spice Girls adalah kumpulan penyanyi wanita paling berjaya di era moden dan mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada dunia nyanyian pop antarabangsa. Setiap ahli di dalam kumpulan ini iaitu Mel B, Mel C, Baby, Ginger dan Posh mempunyai karekter imej yang unik dan berbeza antara satu sama lain. Kesemua ahli kumpulan ini sangat popular dan tidak didominasi oleh seorang ahli sahaja seperti terjadi kepada Destiny's Child (Beyonce paling popular) dan Pussycat Dolls (Nicole paling popular). Malah, lagu - lagu kumpulan ini juga lebih popular dan sedap berbanding dengan kumpulan wanita yang lain. Album pertama mereka berjudul Spice telah terjual sebanyak 31 juta unit, album kedua pula iaitu Spice World terjual lebih 20 juta unit dan album ketiga Forever mencatat jualan sebanyak 4 juta unit di seluruh dunia. Secara keseluruhan jualan rekod mereka adalah lebih 85 juta unit seluruh dunia dan ianya adalah rekod jualan paling laris untuk kategori kumpulan penyanyi wanita era moden sepanjang zaman.
Walapun begitu,  terdapat satu kelemahan paling ketara di dalam kumpulan Spice Girls ialah mereka semua tidak begitu pandai menari ketika membuat persembahan di pentas. Namun, itu bukanlah masalah yang besar kerana persembahan mereka tetap sangat menghiburkan dengan alunan vokal mereka yang unik dan gaya persembahan yang tersendiri. Mungkin ramai tidak tahu, Britney Spears pernah diberi gelaran  dengan nama Solo Spice dan Backstreet Girls ketika  di awal kemunculan beliau sebagai artis pada tahun 1998. Ini adalah disebabkan konsep muzik Britney pada masa itu adalah sama seperti muzik Spice Girls dan Backstreet Boys dan ini menjadikan Britney seolah-olah protege kepada dua kumpulan legenda ini ketika itu. Maka, tidak menghairankanlah jika Britney juga sebenarnya merupakan salah seorang peminat setia kumpulan ini sehingga kini. Selain itu, Malaysia juga mempunyai Spice Girls Malaysia sendiri iaitu kumpulan ELITE yang terdiri daripada Linda, Azza, Watie, Sasha dan Abby. Lebih menarik lagi, lagu - lagu kumpulan ELITE juga berkonsepkan Dance Music sama seperti kumpulan Spice Girls juga. Oleh itu,  marilah kita sama-sama melihat video muzik menarik mereka yang pernah mencetuskan fenomena seluruh dunia pada suatu ketika dahulu. Semoga terhibur.

11 LAGU SPICE GIRLS PALING POPULAR 
SEPANJANG ZAMAN 

01. WANNABE 
ALBUM : SPICE
TAHUN : 1996
ULASAN :
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular dan terbaik untuk era 90's. Lagu ini berentak Dance Music +  Rap ini memang energetik dan catchy. Pada masa ini ramai kagum dan suka dengan imej dan konsep lagu kumpulan ini yang versatile dan unik. Konsep muzik video yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain sambil menyanyi dengan ceria juga menarik perhatian ramai peminat ketika itu. 

02. SAY YOU'LL BE THERE 
ALBUM : SPICE
TAHUN : 1996
(1996/ ALBUM SPICE )

ULASAN :

Lagu ini cukup diingati sebagai lagu padang pasir kerana lokasi muzik video ini di kawasan padang pasir. Selain itu, konsep muzik video futuristik di dalam video ini juga menarik. 

03. 2 BECOME 1
ALBUM : SPICE 
TAHUN : 1996
ULASAN :
Lagu romantik ini selalu dimainkan di stesen televisyen Malaysia pada tahun 1996 dahulu. Terutamanya di dalam rancangan Carta RIM edisi Album Antarabangsa. Muzik video ini juga menarik dengan konsep slow motion bercampur dengan cahaya lampu bergerak pantas di belakang mereka ketika menyanyi. 

04. MAMA
ALBUM : SPICE 
TAHUN : 1996/1997
ULASAN :
Lagu Mama ini adalah lagu tema Hari Ibu paling terbaik pernah GV dengar. Antara lagu terbaik kumpulan Spice Girls. 

05. WHO DO YOU THINK YOU ARE
AL.BUM : SPICE
TAHUN : 1996/1997
ULASAN :
Konsep muzik video ini yang menjadikan ahli Spice Girls versi tua memang di luar jangkaan ketika itu. Memang best dan fun. 

06. SPICE UP YOUR LIFE
ALBUM : SPICE WORLD
TAHUN : 1997
ULASAN : 
Konsep muzik video masa depan ini memang best dan terbaik daripada Spice Girls. Malah lagu ini juga sesuai bagi sesiapa yang suka berparti dan mahu naikkan mood  ceria masing - masing. Spice Up Your Life Uolls. 

07. TOO MUCH
ALBUM : SPICE WORLD
TAHUN : 1997
ULASAN :
Lagu Pop ini menarik kerana menonjolkan keunikan vokal masing - masing. Selain itu, lagu ini juga mengingatkan kita kepada filem pertama mereka berjudul Spice World yang meletup di pawagam ketika itu. 

08. STOP
ALBUM : SPICE WORLD
TAHUN 1997/1998

ULASAN :
Pada masa ini dapat dilihat perubahan imej yang sangat ketara untuk semua ahli kumpulan ini yang lebih matang dan elegan. Malah lagu ini agak berbeza jika dibandingkan lagu mereka yang lain dan menunjukkan satu perubahan positif kepada mereka seiring dengan peningkatan usia mereka ketika itu.

09. VIVA FOREVER
ALBUM : SPICE WORLD
TAHUN : 1997/1998
ULASAN :
Lagu ini adalah lagu Spice Girls paling popular di Malaysia. Majoriti peminat lagu tahun 1998 pasti mengenali lagu ini kerana hampir semua radio di Malaysia ketika itu kerap memutarkan lagu ini dan muzik video artistik mereka juga selalu dimainkan  di kaca televisyen ketika itu.

10. GOODBYE
ALBUM : GOODBYE SINGLE/FOREVER
TAHUN 1998/2000
ULASAN :
Sekali lagi mereka menukar imej kepada imej yang lebih dewasa kerana ada di antara mereka yang sudah berkahwin dan mengandung ketika ini. Lagu ini dikatakan ditujukan kepada Ginger Spice yang mengundurkan diri daripada kumpulan ini pada tahun 1998. Antara lagu Balada Spice Girls yang best. 

11. HOLLER
ALBUM : FOREVER
TAHUN : 2000
ULASAN :
Kali ini kumpulan Spice Girls terus menukarkan konsep album daripada Dance Pop kepada R&B Contemporary. Lagu Holler adalah single paling berjaya di dalam album ini dan muzik video lagu ini pernah dijadikan inspirasi kepada muzik video artis seorang artis Arab terkenal di Timur Tengah.

10. LET LOVE LEAD THE WAY
ALBUM  : FOREVER
TAHUN : 2000
ULASAN :

Muzik Video ini best kerana ada melibatkan unsur alam seperti air, tumbuhan, api dan angin. Let Love Lead All The Way Babe. 
11. HEADLINES
ALBUM : GREATEST HITS
TAHUN: 2007
ULASAN :
Selepas lebih 10 tahun, Spice Girls kembali dengan single terbaru berjudul Headlines. Lagu ini akan diingati sebagai salah satu lagu baru bersempena dengan konsert reunion Spice Girls yang mencetuskan fenomena kerana jualan tiket mereka laris di luar jangkaan di seluruh dunia.

Kumpulan Spice Girls




Sumber : SpiceGirlsVEVO You Tube Channel & Google Imej.

4 comments:

  1. zaman spice girl adalah zaman saya bujang-bujangan..

    sekarang dah zaman kahwin kahwinan agak berkurangan meminati awek omputeh..

    kalau awek Melayu..boleh dipertimbangankan hehehe

    Gurau melampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.oh, peminat Spice Girls jua Mr Hanafi ni ya. hihi. takpe yang penting kita happy happy jew semua. hihi. :D

      Delete
  2. Kumpulan idola mama Dan geng masa kat u dulu.siap boleh main joget2 sambil nyanyi lagu spice girl mcm org x betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV pun peminat Spice Girls juga Mama. Haha. Siap joget2x lagi Mama kat U. Mesti happening. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.