MAKANAN POPULAR ASIA TENGGARA
GALAKSIVIRAL - Di Malaysia terdapat banyak jenis masakan daripada pelbagai negara kerana negara kita adalah Malaysia Truly Asia dan Malaysia is World Food Heaven. Sebab itulah kita dapat lihat banyak restoran dan cafe yang menyajikan pelbagai jenis makanan tidak kira masakan Timur, Barat, Utara dan Selatan. Tetapi apakah makanan negara Asia Tenggara yang popular bukan sahaja di negara mereka sendiri, malah di Malaysia dan juga luar negara ? Jawapannya ada di bawah. Jom baca. ❤️❤️❤️❤️❤️
MAKANAN PALING POPULAR
ASIA TENGGARA
SINGAPURA
NASI AYAM HAINAN
Nasi Ayam Hainan adalah makanan paling popular di Singapura. Makanan ini berasaskan ayam di mana terdapat nasi perisa ayam, daging ayam, sup ayam, sos cili merah, sos kicap dan halia. Makanan ini dikatakan berasal daripada Malaysia dan Singapura kerana ia dihasilkan oleh penduduk Cina tempatan setelah sekian lama. Ada pendapat mengatakan nama Hainan dipilih kerana nasi ayam ini dihasilkan berdasarkan nasi ayam di Hainan China. Mungkin sebab itu nasi ayam ini sangat popular bukan sahaja di Singapura, malah juga di Malaysia, Selatan Thailand dan Wilayah Hainan China sendiri.
Nasi Ayam Hainan Singapura
Credit Photo to pantsdownapronson.com
BRUNEI
NASI KATOK
Nasi Katok adalah makanan yang sangat popular di Brunei. Makanan ini terdiri daripada nasi kukus, ayam goreng dan sambal cili pedas. Makanan ini dipanggil Nasi Katok kerana dikatakan pada era 80 an dahulu, ada sepasang peniaga Cina tempatan yang menjual makanan ini waktu malam untuk orang yang balik bekerja lewat malam. Jadi mereka akan ketuk pintu rumah ke rumah bunyi knock knock untuk menjual makanan ini kepada penduduk dan itulah bermula sejarah nama makanan ini.
Nasi Katok Brunei
Credit photo to toptravelguide.appspot.com/
INDONESIA
NASI GORENG
Hasil kajian umum mengatakan Nasi Goreng adalah makanan paling popular di Indonesia. Nasi goreng versi Indonesia ini asasnya mempunyai nasi, bawang, telur, kicap manis, cili, asam jawa, belacan dan sayur.Lazimnya nasi goreng Indonesia ini mempunyai hidangan sampingan seperti kerupuk.Sama seperti Nasi Ayam Hainan, makanan ini juga asalnya daripada China tetapi sudah diadaptasi dengan budaya makanan tempatan sejak berkurun lamanya.
Nasi Goreng Indonesia
Credit photo to chilipeppermadness.com
THAILAND
TOM YUNG GOONG
Makanan ikonik Thailand ini sangat popular di seluruh dunia dan disukai ramai kerana rasanya yang unik dengan campuran masam, masin, manis dan pedas dalam satu hidangan. Makanan ini asasnya adalah sup asam pedang udang dimana namanya diambil daripada perkataan tum bermaksud mendidih dan yum pula beerti asam pedas. Antara bahan lain untuk masakan ini ialah bawang, sambal cili, tomato, serai, daun jeruk purut, lengkuas, daun ketumbar dan sesetengah orang akan letak santan atau susu cair bagi menambahkan kepekatan tom yum.
Tom Yum Goong Thailand
Credit photo to thai-foodie.com
FILIPINA
ADOBO
Makanan ini adalah makanan yang sangat digemari oleh penduduk Filipina. Makanan ini adalah berasaskan daging samada daging ayam atau khinzir, makanan laut, sayur dalam cuka, kicap, bawang, daun bay atau daun salam dan lada hitam. Ada sesetengah orang di sana akan campur sekali dengan santan agar masakan ini lebih berkrim. Nama Adobo ini diberikan oleh orang Sepanyol yang menjajah Filipina suatu ketika dahulu kerana proses merendam daging atau sayur dalam cuka adalah mirip dengan gaya masakan Sepanyol yang dipanggil Adobar yang bermaksud marinasi.
Adobo Ayam Filipina
Credit photo to deliciouslyrushed.com
VIETNAM
PHO
Makanan ini adalah mi sup Vietnam yang berasaskan mi beras yang dimasak di dalam stok kuah daging lembu atau ayam bersama isi daging, herba segar daun ketumbar dan sayur tauge. Pati stok ini dibuat daripada bunga lawang, halia panggang, gula batu dan bawang untuk meningkat rasanya. Makanan ini semakin popular di Malaysia apabila semakin banyak restoran makanan Vietnam dibuka di sini.
Pho Vietnam
Credit photo to teachatlanguagelink.com
KEMBOJA
AMOK TREY
Makanan ini dikatakan adalah hidangan utama kerajaan sejak berkurun lamanya dan kini telah diiktiraf sebagai salah satu makanan kebangsaan Kemboja. Makanan ini adalah kari ikan kukus Kemboja. Antara bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu ini ialah ikan, santan, bumbu khas Kemboja yang dipanggil kroeung (campuran rempah kunyit, serai, daun jeruk purut, halia dan cili). Makanan ini dikukus dalam balutan daun pisang untuk menaikkan aroma makanan.
Amok Trey Kemboja
LAOS
LARB
Makanan kebangsaan Laos ini adalah makanan salad yang berasaskan daging cincang khinzir atau ayam atau itik atau lembu atau ikan yang diperisakan dengan sos ikan, limau nipis, beras panggang (khao khua), kacang, rempah ratus dan herba segar seperti daun mint dan bawang. Makanan ini sangat popular di Laos dan Thailand.
Larb Laos
Credit photo to 196flavors.com
MYANMAR
MOHINGA
Makanan kegemaran rakyat Myanmar ini adalah mi sup ikan yang dihasilkan daripada bahan mi beras yang mirip mi bihun dan stok kuah ikan yang mempunyai serai, kunyit, bawang putih, beras panggang, tepung kacang chickpea serta halia di dalamnya. Makanan ini lazimnya disajikan bersama telur rebus, limau nipis, daun ketumbar, jeruk dan makanan ringan bergoreng seperti cendawan goreng, pisang goreng etc.
Mohinga
Credit photo to delishglobe.com
TIMOR LESTE
IKAN PEPES
Makanan popular Timor Leste ini adalah makanan ikan yang diperap di dalam pes rempah ratus bersama santan dan kemudian dibalut di dalam daun pisang serta dikukus sebelum dibakar sehingga masak. Hidangan ini mempunyai gabungan rasa Austronesia dan Portugis iaitu lemak, masam dan pedas.
Ikan Pepes Timor Leste
Credit photo to nationalgerichtrezepte.de
MALAYSIA
NASI LEMAK
Nasi Lemak Malaysia adalah salah satu juadah makanan paling popular di dunia. Makanan ini terdiri daripada nasi yang dimasak bersama santan, halia, bawang daun pandan ini dan kuah sambal ikan bilis, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng dan hirisan timun sememangnya amat melazatkan. Terdapat banyak jenis nasi lemak ketika ini seperti nasi lemak berwarna pink/hijau etc, nasi lemak burger, nasi lemak rendang dan nasi lemak pelbagai lauk.
Nasi Lemak Malaysia
Credit photo to tilda.com














Tiada ulasan:
Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D