Ads Top

MAKANAN KEDAH PALING POPULAR

GALAKSI VIRAL Makanan Kedah Darul Aman memang sangat sedap dan unik. Cheq tak sabaq nak makan makanan kedah. Sedap lazat tak tau nak habaq cmna. Terbaik. Jom kita lihat apakah makanan Kedah yang popular di sini. 



MAKANAN KEDAH PALING POPULAR


1. LAKSA KEDAH

Catatan :

Laksa ini juga dikenali sebagai Laksa Utara dan boleh dikatakan hampir semua pasar malam ada jual laksa ini terutamanya di kawasan Lembah Klang. Ini sudah cukup menunjukkan betapa popularnya laksa Kedah ini. Laksa ini jenis makanan berkuah dan terdiri daripada sajian istimewa seperti laksa beras, ikan kembung, asam keping, belacan, telur dan garam. Lazimnya kuah laksa ini sedikit kelabu berbanding kuah laksa yang lain.



2. BIHUP SUP UTARA @ BIHUN SUP SAMBAL MERAH

Catatan :

Perbezaan utama bihun sup utara ini dengan bihun sup lain ialah bihunnya berwarna kuning dan ada sambal merah. Bihun ini juga cukup popular seperti Laksa Kedah di seluruh Malaysia.



3.  GULAI KAWAH (GULAI BATANG PISANG)

Catatan :

Gulai ini mula popular di seluruh Malaysia beberapa tahun lepas selepas hidangan ini makin kerap dijual di seluruh bazar ramadan di Malaysia. Gulai ini cukup popular di Baling Kedah. Bahan yang digunakan untuk masakan ini ialah umbut pisang bersama lembu bertulang atau kambing. 



4. NASI LEMAK ROYALE

Catatan :

Menu hidangan ini sangat popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ia bukan nasi lemak tipikal di mana nasinya berwarna kuning, ada kuah kari campur dan pelbagai lauk pauk.



5. NASI DAGING AIR ASAM

Catatan :

Kekuatan menu ini ialah air asamnya padu dan nasi daging yang lazat. Sangat sedap dimakan ketika masakan tengah suam suam panas.



6. KUIH DANGAI

Catatan :

Kuih ini dihasilkan melalui tiga bahan utama iaitu kelapa, tepung dan gula. Kuih ini antara kuih kedah yang sangat popular di seluruh Malaysia.



7. LENGAT PISANG


Catatan :

Lengat Pisang ini sebenarnya hidangan pisang yang masak secara kukus. Memang sedap.



8. KUIH CUCUR JAWA

Catatan :

Kuih ini juga dipanggil kuih Topi. Ia diperbuat daripada tepung beras goreng, tepung gandum, gula perang, gula putih, air dan minyak untuk digoreng. 



9. KUIH QASIDAH

Catatan :

Kuih ini juga dipanggil kuih Hasidah. Ia dihasilkan melalui gabungan campuran tepung, gula dan minyak sapi. Rasa kuih ini adalah lemak dan manis. 



10. BUNGA PUDAK

Catatan :

Kuih ini lebih popular di sebelah utara Kedah terutama di kawasan Alor Setar dan Jitra. Lazimnya ia mempunyai inti kelapa manis dan rasa lemak.



11. GEDUNG CHAK

Catatan :

Kuih asal Acheh ini menggunakan daun nipah sebagai pembungkusnya. Manakala isinya terdiri daripada tepung pulut, kelapa dan gula melaka.



12. PEK NGA

Catatan :

 Nama Pek  Nga ini diambil daripada singkatan perkataan "Tempek Atas Belamga". Ia sebenarnya adalah lempeng kelapa yang selalunya dimakan dengan kari ikan kembung.



13. APOM LENGGANG

Catatan :

Makanan ini juga dikenali sebagai Apam Lenggang. Ia kelihatan seakan makanan tosei kedai mmak. Kuih ini dihasilkan melalui gabungan tepung gandum, tepung beras, santan, gula, air dan telur



 Jom Mai Ke Kedah. 💕💕💕💕💕💕💕💕💕

GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia

Sumber Rujukan :





2 comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.