KENAPA FILIPINA DAN THAILAND MEMPUNYAI RAMAI SELEBRITI KACAK DAN JELITA ?

GALAKSI VIRAL - Di negara Asia Tenggara, hanya terdapat dua negara sahaja yang paling kerap tercalon di dalam mana-mana pertandingan kecantikan dan juga senarai tahunan untuk manusia paling kacak serta jelita di dunia iaitu Filipina dan Thailand. Saban tahun industri hiburan kedua-dua negara ini sentiasa ada pelapis baru yang berwajah menarik, tampan, cantik dan berbakat di mana mereka mempunyai berpotensi besar untuk dijadikan idola hebat di negara mereka. Ia pasti membuatkan kita tertanya kenapa Thailand dan Filipina mempunyai begitu ramai selebriti yang kacak dan jelita sehingga boleh mengatasi kecantikan dan kekacakan selebriti negara lain. Berikut ialah di antara kemungkinan sebab kenapa situasi ini berlaku.

1. Pan Asian

Majoriti selebriti Thai dan Filipina yang berwajah menarik ini mempunyai darah kacukan. Mereka yang berdarah kacukan ini dipangil Pan Asian. Orang yang berwajah Pan-Asian ini selalunya memang akan menarik perhatian ramai orang kerana mereka mempunyai wajah dan fizikal yang agak berbeza berbanding penduduk tempatan. 

2. Imej 

Mereka sangat menjaga imej terutama dari segi kebersihan, pemakaian dan juga pebawakan diri di depan peminat. Jika diteliti, majoriti selebriti wajah menarik ini mempunyai gigi yang putih berseri dan tersusun cantik. Kulit mereka juga sangat sihat, glowing  & flawless.

3. Kesihatan

Mereka juga gemar ke gym atau melakukan senaman ringkas bagi memantapkan stamina dan mendapatkan bentuk badan yang menarik. Selalunya aktor lelaki paling kerap ke gym dan manakala wanita pula kerap ke salon/spa untuk dapatkan perkhidmatan komestik serta memasuki kelas yoga.

4. Aura

Lazimnya selebriti kacak jelita ini mempunyai aura menarik tertarik kau mmg da bomb. Contohnya jika kita lihat sesebuah gambar atau berada di dalam di kalangan ramai orang, orang bergelar selebriti ini akan menjadi orang yang paling menonjol di antara semua. Ia mungkin berpunca daripada perhatian dari orang  ramai yang berada di sekeliling mereka dan juga tarikan aura selebriti itu sendiri. 

5. Penduduk Ramai, Banyak Pilihan

Kedua-dua negara ini  mempunyai  penduduk yang sangat ramai. Jadi pastinya mereka mempunyai banyak pilihan dan pastinya yang menjadi pilihan utama ialah selebriti yang mempunyai wajah yang menarik.

6. Genetik

Faktor genetik ini mungkin memerlukan kajian sainstifik yang lebih menyeluruh. Namun pastinya ia boleh menjadi hipotesis awal kerana selebriti yang bukan berdarah kacukan di kedua-dua negara ini juga segak bergaya dan mempunyai rupa paras yang menawan.

Dalam kajian antarabangsa baru-baru ini (boleh rujuk sumber rujukan di bawah), negara Malaysia adalah negara kedua paling ramai yang mempunyai penduduk berwajah cantik dan kacak selepas negara Filipina (untuk wakil Asia Tenggara). Turut tersenarai dalam carta itu ialah Thailand. Maknanya selebriti negara Malaysia ini juga hebat ya. Tetapi yang pastinya, definisi kecantikan itu sendiri  merupakan sesuatu  perkara yang subjektif dan mempunyai interpretasi tersendiri jika ia dirujuk daripada pelbagai perspektif yang berbeza. Ia juga kelihatan seperti sesuatu perkara mudah tapi hakikatnya ia amat kompleks. 

Jom kita lihat antara selebriti Thailand dan Filipina yang dikatakan cantik, lawa, menawan, kacak, tampan dan bergaya ini yang menjadi kegilaan peminat di negara masing-masing. 

THAILAND

URASSAYA SPERBUND
AKTRESS NO.1 THAILAND TAHUN 2021

BAIFERN PIMCHANOK
AKTRESS PALING POPULAR DI THAILAND ERA 2010 AN

AUM PATCHARAPA
SELEBRITI PALING RAMAI FOLLOWERS INSTAGRAM DI THAILAND 
AKTRESS NO.1 THAILAND  ERA 2000 AN

MAI DAVIKA
AKTRESS FILEM PALING LARIS THAILAND - PEE MAK TAHUN 2013

ARAYA A.HAIGATE
SALAH SEORANG AKTRESS PALING POPULAR THAILAND ERA 2000 AN & 2010 AN

NADECH KUGIMIYA
AKTOR NO.1 THAILAND TAHUN 2021

MARIO MAURER
AKTOR NO.1 THAILAND ERA 2010 AN

MARK PRIN
SALAH SEORANG AKTOR PALING POPULAR THAILAND ERA 2010 AN

BRIGHT VACHIWARIT
AKTOR GENERASI BARU THAILAND PALING POPULAR TAHUN 2021

KEN PHUPOOM
SALAH SEORANG AKTOR THAILAND PALING POPULAR ERA 2010 AN


FILIPINA

CATRIONA GRAY
MISS UNIVERSE 2018

GAZINI CHRISTIANA GADOS
MISS UNIVERSE FILIPINA 2019

LIZA SOBERANO
WANITA PALING JELITA DI DUNIA TAHUN  2017

PIA WURTZBACH
MISS UNIVERSE 2015

RABIYA MATEO
MISS UNIVERSE FILIPINA TAHUN 2020

DANIEL MATSUNAGA
AKTOR/MODEL POPULAR FILIPINA

ALDEN RICHARDS
RAJA FILEM FILIPINA ERA 2020 AN 

COCO MARTIN 
SALAH SEORANG AKTOR FILIPINA PALING POPULAR ERA 2010 AN

JAMES REID 
SALAH SEORANG AKTOR/PENYANYI FILIPINA PALING POPULAR ERA 2010 AN

TONY LABRUSCA
SALAH SEORANG AKTOR FILIPINA POPULAR ERA 2020 AN

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Source:

sea.mashable.combigseventravel.com







20 comments:

  1. Aha negara-negara disebut ramai wakil ratu cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, negara mereka mmg ramai wakil ratu cantik peringkat antarabangsa kak. huhu

      Delete
  2. Cantik² orang Thailand, Filipina, cantik lagi orang Malaysia.. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzzzza mr fairus. Orang Malaysia mmg cantik, cun, kacak, tampan semua. cukup pakej. hihi.๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

      Delete
  3. helppppp MAI DAVIKA mmg cantik gila!

    ReplyDelete
  4. Aura memang "mahal". Wajah yg simetri juga diambil kira dlm menentukan kecantikan seseorang dlm contest. Klu muka sebelah gebu, sebelah lagi cengkung, markah kureng. So, selain genetik, sejarah masa kecil juga berperanan. Org2 sana rajin mkn pulut kot.. supaya kulit flawless. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0h good info kak. Baru GV teringat pasal makanan. Hihi. Makanan juga memainkan peranan yg sgt penting dalam kesihatan dan penjagaan imej diri. Berkenaan pulut itu GV pernah dgr juga sebelum ini. Hihi. Satu lagi produk gluthatione putihkan kulit mmg sgt laku di Filipina. Manakala di Thai, rasa sebab beras dan mee mereka hasil daripada bahan gred A punya. Kalau kita perasan, beras Thai selalunya berkualiti tinggi. Satu lagi, kini Thai people majoriti suka makanan Jepun macam sushi. Nasi sushi itu dihasilkan dengan cuka jepun + beras biasa, jadilah seakan nasi pulut. Penduduk Thai Selatan kebanyakan kulit sawo matang. Manakal Thai sebelah utara yg ramai kulit putih gebu. huhu.

      Delete
  5. itu yg semangat nak tengok drama thailand. hero dia hensem2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak. hero hensem2x. heroin cantik jelita. hihi. talented pula itu. hihi. :)

      Delete
  6. Betul. Cantik cantik dan hensem belaka. Jadi nak tengok cerita pun menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak. heroin jelita dan hero pun good looking. jalan cerita menarik dan lakonan mantap. mmg pakej kan kak. hihi. :)

      Delete
  7. Tak dinafikan bila berdarah kacukan dia, pan asian tu terserlah lain dari rupa penduduk tempatan. Sama konsep dengan Indonesia pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. huhu. Suka tgk mereka mix asian nie. hihi. kulit flawless gitewww. huhu/

      Delete
  8. Betul filipina paling byk kacukan hasil rakyatnya yg rajin merantau ke luar negara utk bekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Kini kat amerika pun dah lama mereka ada komuniti filipino-america. Filipina atau thai kalau mix mana2x mesti muka meletop letop. huhu.

      Delete
    2. Filipina mix america tu memang ramai. Sbb ada sejarah jugak tentera america dtg ke filipina

      Delete
  9. uish.. mmg cun2 n macho2 semuanya.... indahnya ciptaan Allah, kan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D