Ads Top

MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Kumpulan May adalah salah satu Kumpulan Muzik Legenda Malaysia yang sangat dikagumi dan disanjungi para peminat muzik tempatan. Jualan keseluruhan album kumpulan May yang melebihi 800,000 unit itu sendiri sudah cukup membuktikan betapa besarnya pengaruh kumpulan May di dalam industri muzik tempatan terutamanya di dalam muzik Rock. 



BIODATA RINGKAS KUMPULAN MAY

Nama Ahli Kumpulan : Mus, Yantzen, Oney, AG, Man, Abu, Yus
Tahun Aktif : 1985 - kini
Album Studio : 15
1988 - Dilema (75,000 unit)
1989 - Hakikat (200,000 unit)
1990 - Rahsia (150,000 unit)
1991 - Strategi (50,000 unit)
1992 - Ziet Giest (100,000 unit)
1994 - Wira Cyborg (100.000 unit)
1995 - Layar (60,000 unit)
1995 - Ideologi (30,000 unit)
1997 - Penaklukan (100,000 unit)
1998 - Keras (30,000 unit)
2003 - Sinar (50,000 unit)
2004 - Otaii Jamm ! (15,000 unit)
2006 - Otai Jamm ! 2 
2008 - Rock Klasik
2011 - 25th Anniversary
Lain-Lain Album
1987 - Juara Juara Rock 1,2,3 
2005 - Live & Unplugged at Planet Hollywood
Antara Pencapaian Utama :
Finalis AJL 1989 & 2003 (Sendiri & Sinar)
Album Hard Rock Terbaik AIM 2004, 2005 & 2006



MAY : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. SKETSA SEBUAH CINTA
Komposer : Zul/May
Penulis Lirik : Yusri/Mus
Album : Dilema
Tahun : Februari 1988
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang memperkenalkan nama kumpulan May kepada peminat muzik arus perdana. Kelainan vokal dan pemuzik yang hebat di dalam kumpulan ini menjadikan mereka sebagai pelapis pemuzik tanahair yang berkaliber dan berbakat besar.

Video Lagu Skestsa Sebuah Cinta


02. SENDIRI
Komposer : May 
Penulis Lirik : Mus
Album : Hakikat
Tahun : Januari 1989
Catatan : Lagu ini adalah lagu paling popular daripada kumpulan May. Lagu ini pernah berjaya ke peringkat akhir AJL 1989 dan juga pernah menjuarai Carta Bulanan Muzik Muzik untuk bulan Julai 1989. Hampir semua peminat muzik Malaysia mengenali lagu ini kerana lagu ini adalah salah satu lagu Rock paling popular sepanjang zaman di Malaysia.
  
Video Lagu Sendiri


03. CINTAMU MEKAR DI HATIKU
Komposer : May 
Penulis Lirik : Juwie
Album : Hakikat
Tahun : Januari 1989
Catatan : Lagu ini adalah kedua paling popular daripada kumpulan May. Kehebatan populariti lagu 
ini hampir menyamai lagu Sendiri apabilanya ianya masih popular sehingga kini dan turut diminati oleh peminat muzik generasi baru tempatan.

Video Lagu Cintamu Mekar Di dalam Hatiku


04. PELAYARAN
Komposer : May
Penulis Lirik : Mus
Album : Hakikat
Tahun : Januari 1989
Catatan : Lagu ini antara lagu Hard Rock yang sangat popular daripada May di kalangan peminat muzik arus perdana. Sesuai untuk head banging dan lagu ini sebenarnya mengingatkan irama Rock era 80 an yang pernah fenomena suatu ketika dahulu.

Video Lagu Pelayaran


05. CINTAKU SEWANGI KASIHKU
Komposer : May 
Penulis Lirik : Juwie
Album : Hakikat
Tahun : Januari 1989
Catatan : Lagu Balada Rock ini menyambung populariti hebat lagu Balada Rock terdahulu apabila ianya juga mendapat perhatian peminat muzik tempatan. 

Video Lagu Cintaku Sewangi Kasihku


06. RACUN BERMADU
Komposer : Abu May
Penulis Lirik : Mus
Album : Rahsia 
Tahun : Ogos 1990
Catatan : Lagu berkonsepkan Metal Rock ini adalah antara lagu kegemaran anak muda untuk jamming di dalam studio.  

Video Lagu Racun Bermadu


07. MENITI SURATAN
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Azida NS
Album : Ziest Geist
Tahun : 1992
Catatan : Lagu ini pernah menjadi juara Carta Muzik Muzik selama seminggu dan merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1993. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu karya terbaik daripada Saari Amri.

Video Lagu Meniti Suratan


08. SUCI
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Juwie
Album : Wira Cyborg
Tahun : 1994
Catatan : Lagu ini merupakan lagu hits utama daripada album Wira Cyborg dan sangat popular pada tahun 1994.

Video Lagu Suci


09. IKHLAS
Komposer : Salman
Penulis Lirik : Rosli Ali
Album : Ideologi
Tahun : 1995
Catatan : Lagu selalu diputarkan di radio tempatan dan kerap menjadi pilihan pendengar rancangan Pilihan Bersamu Radio Muzik tahun 1995/1996. 

Video Lagu Ikhlas


10. JEMU
Komposer : Akmar
Penulis Lirik : Akmar
Album : Penaklukan
Tahun : 1997
Catatan : Lagu Jemu berjaya menarik perhatian bukan sahaja peminat rock sejati, malah peminat muzik arus perdana juga untuk turut minat lagu ini. Lagu ini berjaya menguasai carta-carta lagu di radio tempatan dan menjadi salah satu lagu paling popular tahun 1997.

Video Lagu Jemu


11. SINAR
Komposer : Mus 
Penulis Lirik : Mus
Album : Sinar
Tahun : 2003
Catatan : Tiada siapa dapat melupakan kehebatan vokal Mus May menyanyikan lagu ini secara live ketika peringkat Akhir AJL 2003. Lagu ini juga merupakan lagu Rock paling popular pada tahun 2003 dan pernah menjadi juara Carta Muzik Muzik tahun 2003 selama 2 minggu.

Video Lagu Sinar


12. MAI PEN RAI
Komposer : Man
Penulis Lirik : Loloq
Album : Sinar
Tahun : 2003
Catatan : Lagu yang menggunakan judul bahasa Thailand ini sememangnya mengingatkan kita kepada lagu Rock Siam. Kebetulan pula pada masa itu, demam lagu Thailand baru hendak mula melanda negara Malaysia. Jadi boleh dikatakan lagu ini antara lagu perintis awal dalam permulaan fenomena lagu Thailand melanda muzik Malaysia seperti China Dolls Oh Oh Oh dan lagu lama Bird Thongchai Sabai Sabai mula popular di Malaysia. 

Video Lagu Mai Pen Rai

Album Kumpulan May


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, abcblogcafe.blogspot.com

2 comments:

  1. diorg ni mcm slow rock la kan...
    rindu nak dgr lagu2 mcm ni baca skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak. ada lagu slow rock, lagu metal dan hard rock pun ada kak. May ni macam kumpulan search wings juga kak. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.