BINTANG DI ALAM SEMESTA BAKAL MELETUP TAHUN 2022
GALAKSI VIRAL - Kajian mengenai bintang di alam semesta ini meletup sudah mula diperkatakan oleh masyarakat antarabangsa sejak tahun 2008 lagi. Ini adalah kerana terdapat satu bintang yang diberi nama V1309 Scorpii tiba-tiba meletup di ruang angkasa dan ianya mengejut ramai ahli astronomi pada ketika itu. Dan kini, sekali lagi situasi bintang meletup bakal terjadi pada tahun 2022 dengan merujuk kepada kajian ahli astronomi. Penemuan mereka ini sememangnya pasti menarik perhatian ramai orang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang berlaku apabila bintang di langit meletup dan apa kesannya kepada kita di planet Bumi. Oleh itu, jom kita baca info ringkas mengenai fenomena alam semesta ini bagi memahami situasi ini yang bakal berlaku pada tahun 2022.
Lakaran Imej Bintang Meletup - credit to Mr Scientific Youtube Channel
a) Ahli astronomi pertama yang memulakan teori bintang meletup ini pada tahun 2022 ialah Dr Larry Monar dan pembantu penyelidiknya Daniel Van Noord.
b) Dr Larry Malnor adalah professor di Jabatan Fizik & Astronomi, Kolej Calvin, Grand Rapid, Michigan, Amerika Syarikat.
c) Dr Larry dan pembantunya mula menjalankan kajian mengenai sebuah sistem bintang yang diberi nama KIC 9832227 pada tahun 2013 dan seterusnya mendapati sistem ini adalah sistem bintang binari (sistem bintang berkembar).
d) Bintang tersebut berada di dalam buruj Cygnus di langit utara dan jaraknya ialah 18 quadrillion km daripada Bumi.
e) Disebabkan kedua-dua bintang ini saling mengorbit di antara satu sama lain dengan jarak yang agak dekat dan ianya berputar seakan semakin laju setiap hari. Satu teori baru telah dicadangkan iaitu bintang ini dijangka akan bertembung dan meletup menjadi Red Nova pada tahun 2015.
Dua Bintang Saling Mengorbit Antara Satu Sama Lain
f) Menurut laman web falakonline.net, Red Nova ialah sejenis letupan bintang akibat dua bintang bercantum menjadi satu. Letupan bintang ini juga boleh dilihat secara mata kasar di langit dan akan menjadi bintang paling cerah di langit Bumi nanti.
Lakaran Imej Langit Dari Bumi Apabila Bintang Meletup
g) Namun, menurut majalah National Geographic dan Business Insider, teori ini telah dinilai semula selepas satu pemebetulan teknikal data telah dilakukan di mana bintang binari tidak akan jadi meletup seperti dijangka pada tahun 2018.
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
h) Walaupun begitu, hujung tahun lepas, sekali lagi dunia astronomi menjadi hangat apabila bintang super gergasi merah bernama Betelguese bakal meletup kerana warna bintangnya yang semakin pudar dari sehari ke sehari. Lazimnya, ianya adalah ciri-ciri bintang tua gergasi bakal meletup menjadi supernova.
i) Betelguese berada di dalam buruj Orion dan sedang melalui perubahan fasa kehidupannya di sekitar 40,000 tahun. Jarak bintang ini dari Bumi ialah 430 hingga 650 tahun cahaya.
j) Betelguese adalah bintang paling dekat dan mirip dengan Matahari. Ianya juga boleh dilihat di langit Bumi.
Bintang Betelguese
k) Akhirnya, dalam bulan Mac 2020, sekali lagi teori bintang ini meletup tidak menjadi apabila tahap cahaya bintang ini semakin naik dan ianya juga didapati mempunyai ciri variable star iaitu bintang yang boleh berubah kecerahannya pada waktu-waktu tertentu. Walaupun begitu, bintang ini tetap akan meletup apabila proses pelakuran nuklear berhenti dan terasnya runtuh apabila usia bintang ini menjangkau 100,000 tahun.
l) Ahli astrofizik ada menyatakan yang letupan bintang supernova tidak akan memberi kesan kepada Bumi kerana jaraknya yang sangat jauh. Jarak minimum aktiviti letupan sebegini yang boleh memberi kesan berbahaya kepada Bumi ialah sekurang-kurangnya 50 juta tahun cahaya.
Contoh Imej Bintang Meletup
Kesimpulannya, fenomena letupan bintang itu mungkin tidak akan terjadi buat masa ini. Namun, apa-apa sahaja boleh berlaku seperti peristiwa letupan mengejut bintang V1309 Scorpii pada tahun 2008. Sama-samalah kita menanti berita terkini daripada pihak astronomi antarabangsa mengenai hal ini. Kita Merancang, Tuhan Menentukan.
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber :
National Geographic, Business Insider FalakOnline1, Digital Tech, FalakOnline2, FalakOnline3, Mr Scientific Channel
No comments:
Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D