Ads Top

AHLI SILAP MATA MALAYSIA BAKAL MENANG ASIA GOT TALENT 2017 . MAGIC DIA HEBAT GILER.


Malaysia mempunyai potensi sangat besar untuk menang Asia's Got Talent 2017. Ini adalah disebabkan persembahan hebat yang telah ditampilkan oleh  Ahli Silap Mata No.1 Malaysia yang bernama Andrew Lee di dalam rancangan ini. Persembahan beliau telah berjaya  membuatkan semua juri terkejut, terkedu dan kagum dengan beliau. 
Andrew baru berusia 31 tahun dan sudah berkecimpung di dalam bidang magik hampir 13 tahun lamanya. Beliau mengatakan yang beliau belajar teknik kuasa berfikir dan mengabungkannya dengan teknik silap mata untuk menjadikan persembahan magiknya nampak menyakinkan dan hebat. Persembahan beliau di peringkat separuh akhir AGT membuatkan David Foster, Anggun & Jay Park terdiam dan terkejut besar. 
The Power Of Mind. Menurut majalah Sciencetific Amerika, manusia hanya tahu & mampu menggunakan akal fikiran sebanyak 10 % sahaja. Itupun tidak semua manusia mempunyai kebolehan itu. Bayangkan kalau manusia mampu  menguasai kuasa minda 100%. Mungkin kita akan kuasa macam Professor Xavier dan Jean Grey di dalam cerita X-Men. Hihi. 
Untuk Asia's Got Talent tahun ini, saingan utama Andrew ialah  ADEM Crew daripada Kryzgtstan, Ahli Silap Mata Indonesia Riana dan semua peserta Filipina (Filipina paling banyak hantar undian di dalam mana-mana rancangan di dunia ini). Jika mahu Andrew Lee menang AGT tahun ini, jom cepat undi beliau di sosial media sekarang. Jom tengok video magik beliau di bawah. 


Magik Yang Sangat Hebat. Spechless. Jom Saksikan .
Semifinal Asia' Got Talent 
17 November 2017 


Magik Agak Menggerunkan. Jom Saksikan
Audisi Awal  Asia's Got Talent
12 Oktober 2017




Sumber : YouTube Channel, scientificamerican.comNST & Google Image

14 comments:

  1. Replies
    1. Terkejut kan kak. GV tak sangka Malaysia pun ada ahli silap mata yang hebat macam Andrew Lee. Andrew belajar teknik kuasai minda. GV teringin nak belajar juga. huhu.

      Delete
  2. Nie mseti dia belajar teknik
    dgn David Copperfield kan...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan kak. Hihi. David Copperfield legenda silap mata dunia. hihi.

      Delete
  3. Menjadi ahli silap mata hakikatnya besar risikonya ketika membuat persembahan...perku teliti..betul-betul mahir kerana tidak mustahil ianya boleh mencederakan terutama bila membuat persembahan melibatkan aksi..
    Moga terus berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak PC. Ahli Silap Mata mmg kena peka dan sangat berhati2x dalam melakukan aksi mereka takut akan mencederakan penonton. Good luck for them too kak. :)

      Delete
  4. Tak sangka ada juga ahli silap mata terkenal dari Malaysia..
    Sejak kecil teruja dengan David Copperfield..
    All the best to Andrew Lee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak LZ. GV pun baru tahu lepas tonton Asia Got Talent tu kak. Hihi. Best juga tgk Andrew buat magic. hihi. All the best to Andrew Lee too. :)

      Delete
  5. Replies
    1. Terbaik Malaysia kak. Tapi sayang Andrew tak lepas ke final. huhu.

      Delete
  6. Lagi seorang yg akan jadi pelapis Kenny Yas.. papepon Kenny Yas masih lagi ahli silap mata terhebat Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya ramai je ahli silap mata yg hebat kt Malaysia. Tapi ini Malaysia. Silap mata tak berapa nk dititikberatkan kt negara ni. Kebanyakan ahli silap mata hanya buat show kt kenduri kendara je menyebabkan bakat diorang tak brape nk berkembang. Saya pernah tengok silap mata yg dibuat oleh salah seorng peserta dalam ... Tak ingat negara mana tapi got talent jugak. And juri tu semua kagum dengan silap mata yg dilakukan seolah-olah ianya terlalu hebat. Padahal dah berapa kali saya lihat ahli silap mata Malaysia buat termasuklah seorang ahli silap mata Malaysia yg digelar AMAR

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.