GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Info Muzik
  • Info Makan
  • Info Meletop
  • About Us
  • Sign In
Generasi 90 an pasti ingat cerita sains fiksyen ini yang pernah ditayangkan di TV3. Drama yang berjudul The Girl From Tommorrow ini adalah mengisahkan seorang gadis daripada masa depan iaitu Alana telah kembali ke masa silam iaitu pada tahun 1990.


Secara ringkasnya, ianya bermula pada tahun 3000 di mana manusia tinggal di sebuah tempat bernama Utopia. Manusia ketika itu sedang berusaha untuk memulihkan kembali Bumi setelah ianya hancur disebabkan satu peristiwa yang diberi nama The Great Disaster yang telah berlaku pada tahun 2500. Teknologi pada zaman itu sememangnya amat canggih sehingga mereka berjaya mencipta mesin masa yang dipanggil Time Capsule. Oleh itu, mereka pun menghantar seorang saintis bernama Tulisa untuk menyiasat kembali bagaimanakah peristiwa The Great Disaster itu boleh berlaku pada tahun 2500. Di dalam perjalanan Tulisa itu, beliau berhadapan dengan seorang penjahat Silverthorn dan berlaku pelbagai masalah yang merumitkan beliau untuk membuat kajian peristiwa ini. Akibatnya, Alana telah menjadi mangsa Silverthorn dan telah dibawa kembali ke masa silam iaitu tahun 1990. Dan daripada situ, bermulalah perjalanan hidup Alana di masa silam dan pelbagai usaha beliau untuk kembali ke masa hadapan telah dilakukannya. Alana juga mempunyai satu alat ajaib yang dipanggil transducer. Alat ini kelihatan seperti cekak rambut yang mempunyai satu batu kristal di tengah cekak itu. Ianya mempunyai kuasa ajaib seperti kuasa penyembuhan dan telepati. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan emosi. Dengan menggunakan alat ini, Alana berusaha untuk menyesuaikan diri di masa silam itu dan pada masa yang sama cuba untuk berlawan dengan Silverthorn yang mahukan kehancuran bumi ini berlaku.

Kalau tidak silap GV, drama ini ditayangkan antara tahun 1992-1994 di Malaysia. Drama daripada Australia ini memang sangat popular di awal era 90 an. Kalau nak tgk drama ini lagi, di bawah ada video drama ini untuk di tonton. Selamat menonton.


The Girl From Tommorrow
34powerman YouTube Channel


Alana & Transducer


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Images & YouTube Channel

Biskut Raya adalah merupakan salah satu makanan wajib ada ketika adanya perayaan besar di Malaysia. Terutamanya perayaan Hari Raya Puasa dan Raya Haji. 

Apa yang dimaksudkan dengan biskut ? Lazimnya biskut ialah sejenis kuih kering yang bahan asasnya terdiri daripada  tepung yang dibakar. Ianya boleh didapati di dalam pelbagai bentuk samada leper, bulat, bersegi, nipis, dan rangup dimakan. Bersempena dengan pelbagai perayaan di Malaysia ini, jom kita lihat Biskut Raya Manakah Paling Popular Di Malaysia.

10 BISKUT RAYA
 PALING POPULAR DI MALAYSIA 

01. BAHULU
Bahulu boleh dikatakan kuih atau biskut raya paling popular di Malaysia. Bahan asas kuih ini ialah
tepung gandum, telur, sedikit minyak masak/sapi dan gula pasir. Bahulu juga secara amnya boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. 



02. BISKUT DAHLIA / SEMPERIT
Biskut Dahlia ini boleh dikatakan adik beradik dengan kuih semperit juga. Bezanya biskut dahlia mempunyai bentuk seperti bunga dan ada buah ceri kecil di atasnya. Asas bahan biskut ini ialah tepung gandum, mentega/marjerin dan  telur ayam. Ada juga yang dicampur dengan tepung jagung dan tepung kastard. 


03. DODOL
Dodol adalah sejenis makanan yang agak rumit untuk dimasak. Bahan yang diperlukan untuk masak kuih dodol ini ialah tepung beras, santan kelapa, gula pasir, gula melaka dan garam. 




04. BISKUT CORNFLAKES
Biskut Cornflakes memang menjadi menu wajib biskut raya setiap tahun kerana ianya mudah dibakar atau dimasak. Bahan yang diperlukan ialah tepung gandung, tepung jagung, serbuk penaik, gula halus, mentega, telur, vanila dan pastinya  Cornflakes sendiri.



05. KUIH BATANG BURUK
Kuih ini memang sedap dan agak berhabuk sedikit. Boleh tersedak jika makan terlampau banyak. Bahan untuk kuih ini ialah tepung gandum, tepung beras, tepung kelapa dan serbuk kacang hijau yang digoreng.


06. KUIH SIPUT
Kuih siput memang sedap dimakan sambil menonton TV. Antara bahan masakan yang diperlukan ialah tepung gandum, tepung ubi, marjerin, rempah dan daun kari. 


07. KUIH BUAH ROTAN
Kuih ini juga rangup dimakan dan cukup popular di Malaysia dan Indonesia. Bahan yang diperlukan untuk kuih ini ialah tepung pulut, telur dan bijan. 


08. BISKUT KACANG
GV memang suka biskut kacang. Ada sesetengah orang panggil mazola kacang. Bahan masakan kuih ini ialah tepung gandum, serbuk kacang tanah, gula halus, minyak jagung atau minyak mazola, garam dan kuning telur. 


09. KUIH TAT
Kini kuih tat sudah berevolusi dengan pelbagai jenis perisa. Kuih tat paling popular sekali ialah kuih tat nenas. Antara bahan kuih ini ialah tepung dan jem pelbagai perisa yang diminati. 


10. BISKUT ALMOND LONDON
Biskut Almond London adalah biskut moden paling popular di Malaysia. Bahan untuk biskut ini ialah tepung gandum, mentega, nestum, gula, telur, buah badam, cokelat dan minyak jagung. 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Images. 

Rasanya produk Cosmoderm ini memang sangat popular kan di kalangan rakyat Malaysia kan. Bagi GV, selain produk muka Vaseline (pengeluaran pelembap muka Vaseline macam dah tak keluar kan 😭), produk Cosmoderm adalah produk paling terbaik sekali untuk digunakan oleh orang yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Terutama sekali untuk lelaki yang mempunyai masalah ini di kulit muka mereka. 

Ini adalah berdasarkan pengalaman GV sendiri. Beberapa tahun yang lalu, GV pernah cuba satu produk X ini. GV beli satu set trial pencuci dan pencerah kulit muka mereka untuk tengok kesesuaian kulit okey ke tak. Kesannya, kulit GV tidak sesuai dengan produk X itu kerana ianya menyebabkan kulit muka GV jadi kering, kusam  dan ada tinggal kesan-kesan hitam seolah-olah macam lebam. GV sendiri gerun nak tgk muka GV masa itu. Oleh itu, GV pergi jumpa doktor dan diberikan ubat untuk sembuh kulit muka. GV tak ingat ubat yang lain tapi GV paling ingat krim muka yang diletakkan dalam bekas kecil putih. Baunya mmg wangi. GV pakai krim muka itu tak sampai seminggu kulit muka dah okey. Memang syukur alhamdullilah sangat. Lepas itu, GV pergi balik kat klinik itu dan kata nak lagi krim muka itu sebab macam sesuai dengan kulit GV. Petugas kat klinik itu pun bagitahu GV yang krim itu adalah krim vitamin E Cosmoderm. Lepas itu, GV pun pergilah ke farmasi beli Vitamin E Cosmoderm itu. Sejak hari itu, GV rasa bersyukur sangat sebab dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit GV. 

Kulit GV ini jenis berminyak dan cepat naik jerawat kalau tidur lambat. Jadi untuk kulit macam GV ini, produk yang sesuai ialah produk Cosmoderm Tea Tree Oil. GV hanya pakai tiga item saja iaitu Tea Tree Oil Cleanser, Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion dan Tea Tree Day & Night Moisturiser. Cukup pakai tiga benda ini sudah boleh buat kulit kita segar dan bersih. Jika sesiapa dah cuba macam-macam produk tapi still tak jumpa yang sesuai dengan kulit, mungkin anda boleh cuba produk ini. Tapi tiga alat cuci muka GV sebut tadi itu hanya sesuai untuk lelaki atau wanita  yang mempunyai kulit berminyak sahaja. Kalau kulit kering, ada set yang lain pula. 

Pakai produk kecantikan muka ini ibarat guna konsep Try & Error. Kita tidak boleh anggap semua produk itu sesuai dengan kulit muka kita. Mungkin ada yang sesuai dengan orang itu tapi tidak  semestinya sesuai dengan kita. Ianya bergantung kepada bentuk keperluan dan kesan penerimaan produk itu kepada tubuh fizikal si pemakai itu. 

Buat masa ini, apa yang boleh GV katakan, syukur alhamdullilah, produk Cosmoderm mmg sesuai dengan kulit muka GV. Dulu Vaseline ada keluarkan produk pelembap muka  utk lelaki  tapi sekarang dah tak keluar dah. Produk itu pun bagus juga. Jadi, seperti GV katakan tadi, kalau ada lelaki dah puas cuba macam2x produk tetapi masih tidak sesuai dengan kulit muka mereka, mungkin anda boleh cuba produk Cosmoderm ini pula. Mana tahu kut-kut berkesan ke. Dan lagi satu, harga produk Cosmoderm ini pun sangat berpatutan dan berbaloi untuk dibeli. Terima kasih Cosmoderm. 😙

Pencuci Muka Tea Tree Oil.

Losyen Toner Tea Tree Oil

Krim Pelembap Muka Siang Dan Malam Tea Tree Oil


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Pengalaman Sendiri, Cosmoderm & Google Image


GV masih dalam mood tidak percaya apabila penyanyi popular Elyana mengumumkan yang beliau adalah pesakit kanser tahap 4. Ianya sememangnya satu kejutan besar kepada semua peminat beliau. Sebenarnya isu Elyana kena kanser ini sudah mula kedengaran pada tahun 2013. Namun, ianya telah dinafikan oleh pihak berkenaan. Kini, baru GV faham kenapa Elyana sentiasa happy dan berfikiran positif sepanjang masa. Di sepanjang pertandingan GV ini, Elyana sentiasa tersenyum dan tidak sekali menunjukkan riak wajah penat atau tidak suka terhadap sesuatu perkara. Betapa kuatnya Elyana dalam menghadapi penyakit beliau selama ini. GV sangat kagum dengan beliau. Kanser yang dihidapi oleh ialah kanser lymphoma. Boleh tonton video perbualan antara Elyana dan Dato' Seri Vida mengenai kanser beliau.

Video Penjelasan Kanser Elyana Bersama Dato Seri Vida 
YouTube Channel

Untuk pengetahuan semua, GV adalah salah seorang peminat beliau. GV memang nak sangat Elyana menang Gegar Vaganza selain Lan Kristal. Ini adalah disebabkan kedua-duanya penyanyi ini mempunyai tone suara yang sangat berbeza dengan penyanyi lain di Malaysia. Untuk Elyana, beliau  boleh dikatakan satu-satunya penyanyi wanita yang membawakan konsep Modern Rock + Pop Rock paling popular di Malaysia. Beliau juga adalah seorang penghibur yang hebat dan lain daripada yang lain. Selain terkenal dengan style tidak suka pakai kasut di atas pentas, Elyana juga terkenal dengan style duduk sepanjang persembahan beliau. Ianya pernah dilakukan ketika persembahan Separuh Akhir Muzik Muzik 2008 dan Final Anugerah Juara Lagu 2008 untuk lagu Kalis Rindu. Banyak lagu beliau yang sangat popular di era 2000 an iaitu seperti Niat, Rela, Ironi, Tak Tercapai Akalmu, Diriku Tapak Sulaiman, Kau Atau Aku, Kalis Rindu, Moleq, Bukannya Satelit dan banyak lagi. 

GV doakan semoga Elyana terus kuat dan tabah dalam menghadapi kanser ini dan memohon kepada Allah SWT semoga dipermudahkan urusan beliau di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin.



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image & MotifHidup YouTube Channel
Adakah Juara Hero Remaja 2017 iaitu Alif Muhaimin boleh berjaya seperti bekas Hero Remaja 2012 Fattah Amin ? Jawapan ialah Ya. Ini adalah berdasarkan rekod kejayaan bekas pemenang dan peserta Hero Remaja sebelum ini yang telah berjaya dengan gemilangnya di dalam industri seni kita. Namun, yang pastinya yang paling berjaya sudah tentu ialah Fattah Amin. Sebelum kita mengimbau kembali siapa lagi bekas peserta Hero Remaja yang telah menempa nama di dalam bidang seni kita ini, jom kita lihat biodata ringkas Juara Paling Bongsu untuk Hero Remaja kali ini. 
Biodata Ringkas 
Nama : Alif Muhaimin
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Tarikh Lahir : 30 Jun 1994
Tinggi : 5'9
Berat : 64 kg
Jurusan : Sains Aktuari, UiTM Shah Alam. 

Adakah Alif Muhaimin akan mencetuskan fenomena yang sama seperti Fattah Amin? Jawapannya ialah Ya juga. Alif  mempunyai tiga persamaan dengan Fattah Amin iaitu  1) Sama-sama Juara Hero Remaja ; 2) Kedua-duanya pelajar UiTM ; 3) Mempunyai pakej lengkap sebagai artis ternama. Malah, kisah beliau yang pernah bekerja sebagai tukang cuci kereta untuk menampung kehidupan juga jelas menunjukkan yang beliau seorang yang kuat bekerja dan tahu erti susah senang kehidupan yang sebenar. Malah, beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan  yang bagus kerana mempunyai pendidikan di dalam bidang Sains Aktuari. Bidang Sains Aktuari masih agak asing di kalangan rakyat Malaysia kerana ia kurang didedahkan kepada umum apa fungsi kerjaya ini. 
Menurut laman sesawang UKM,  bidang Sains Aktuari ini adalah bidang yang  melahirkan ahli perniagaan professional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko, prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko  masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen. Sesiapa yang mahu sambung belajar di dalam bidang ini kena cemerlang di dalam mata pelajaran Matematik Moden, Matematik Tambahan, peka dengan isu sejarah, sosial, perundangan dan politik serta mahir di dalam permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar. Rasanya Alif boleh aplikasikan ilmu ini di dalam kerjaya beliau kerana kerjaya seni juga memerlukan satu strategi yang efektif untuk bergerak maju dalam memastikan sumber kewangan beliau terjamin melalui konsep insurans dan sewaktu dengannya. Sama-samalah kita doakan Alif Muhaimin berjaya di dalam kerjaya baru beliau ini. InsyaAllah. Aamin.

Antara nama-nama pemenang & peserta Hero Remaja yang pernah mewarnai industri kita ialah seperti berikut :

Hero Remaja 1990/1991
Esma Daniel (Juara)
Badrul Muhayat (Naib Juara)
Azhar Sulaiman (Tempat Ketiga)

Hero Remaja 1993/1994 
Norman Hakim (Juara)

Hero Remaja 1997
Ashraf Sinclair (Juara)
Wan Shahlim

Hero Remaja 1999
Kusyairi Ahmad (Juara)
Azlan Noordin (Naib Juara)

Hero Remaja 2000/2001
Zed Zaidi (Juara)
Allahyarham Faizal Yusup

Hero Remaja 2004/2007
Zawen Anwar (Juara)
Ryzal Jaafar

Hero Remaja 2007/2008
Kamal Adli (Juara)
Fizo Omar (Naib Juara)
Idris Khan (Hero Macho & Hero Cool)
Ammar Alfian & Fahmie Ismail

Hero Remaja 2011/2012
Fattah Amin (Juara)
Syafiq Kyle (Naib Juara)
Saharul Ridzwan (Tempat Ketiga)
Nazrief Nazri (Hero Macho)
Hafreez Adam, Ben Amir, Hafidz Rosdi & Fendi Bakri


Jika dilihat pada senarai di atas, boleh dikatakan edisi Hero Remaja 2011/2012 paling banyak menghasilkan artis lelaki yang popular di dalam industri seni hiburan kita. Bagaimana pula dengan edisi 2017, hanya waktu akan menentukannya. 



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
http://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber :  Remaja, Media Hiburan, UKM, Hero Remaja, Alif Muhaimin Instagram
Ramai peminat peringkat antarabangsa meramalkan Ratu Cantik Malaysia/Universe 2017 bakal ke peringkat akhir Top 20 Miss Universe 2017 dan seterusnya mempunyai peluang yang amat besar untuk memenanginya. Antara yang meramalkan keputusan ini ialah bekas Miss Universe 2005, Natalie Glebova. Ramai peminat ratu cantik menunggu ramalan Natalie ini kerana ramalan beliau selalunya memberikan gambaran siapakah yang bakal menang Miss Universe dan ianya kerap menjadi kenyataan. 

Pada tahun  ini, Natalie meramalkan Malaysia bakal berada di dalam Final Top 20 bersama USA, Colombia, Philipines, Thailand etc. Natalie memuji Ratu Cantik Malaysia kerana mempunyai wajah yang sangat cantik dan berperwatakan sangat menarik. Beliau juga merasakan yang Samantha bakal melakukan kejutan di dalam pertandingan ini kerana berpendapat wakil Malaysia kali ini sangat bagus dan ada tarikan tersendiri. Di bawah ada sedikit biodata Miss Malaysia/Universe 2017. 

Biodata Ringkas 
Nama :  Samantha Katie James
Tempat Lahir : Klang, Selangor
Kerjaya : Model dan Pelakon
Filem/Telemovie : Kastil Tua (Kellie Castle, Batu Gajah Perak) 2015, Huang (Chinese Mandarin, China) & Wanita Terindah 2017(bersama Fattah Amin & Nur Fazura)

Samantha adalah salah seorang Model Malaysia yang sangat popular di kalangan orang industri fesyen tempatan. Selain model, beliau juga turut pernah berlakon filem di peringkat antarabangsa seperti filem Huang terbitan negara China dan Kastil Tua iaitu filem kolaborasi Malaysia-Indonesia mengenai Kellie Castle Batu Gajah Perak. Samantha juga sangat fasih berbicara di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Mari kita sama-sama sokong Ratu Cantik Malaysia kita untuk menang Miss Universe 2017 di Planet Hollywood, Las Vegas, United States pada 26 November 2017 ini. Malaysia Boleh. 






Video 
Bekas Miss Universe 2005, Natalie Glebova meramalkan 
Malaysia bakal ke final Top 20 Miss Universe 2017
Video Malaysia Bermula Pada Minit ke 8.22





GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
http://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : missuniverse_fanpage, MissUniverseMalaysia, Google Image, Beauty Beauty YouTube Channel.

Solekan yang hebat  dapat mengubah wajah seseorang  itu bertukar wajah daripada  wajah A menjadi wajah B. Ada pelbagai sebab atau faktor kenapa sesetengah solekan itu kerap diamalkan atau digayakan oleh orang tertentu. Ianya mungkin kerana faktor kesihatan, kerjaya ataupun hanya untuk suka-suka sahaja. Oleh itu, jom kita lihat, bagaimana agaknya jika kuasa make up itu berada di tingkat 100 (maksudnya tahap ekstrem atau tahap dewa punya hebat solekan dia). Jom kita tengok.

KUASA MAKE UP TINGKAT 100 


Kuasa make up tahap 10


Kuasa make up tahap 20


Kuasa make up tahap 30


Kuasa make up TAHAP 100


Kuasa make up TAHAP 100


Kuasa make up TAHAP 100


Kuasa make up TAHAP 100


 Kuasa make up TAHAP 100 


Kuasa make up TAHAP 100


Kuasa make up TAHAP 100


Kuasa make up TAHAP 100


Kuasa make up TAHAP 100


Kuasa make up TAHAP 100


Hebat kan kuasa solekan ini. Solekan di wajah ini juga merupakan salah satu cabang seni yang sangat menarik dan unik. Ianya boleh menghiburkan atau menakutkan kita. Itulah keistimewaan The Power Of Make Up. 


GALAKSI VIRAL
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber: Google Image & ebaumsworld.com


Pernah lihat video YouTube yang pelik, aneh, unik, kreatif, inovatif, meletop kababoom dan paling penting sesuai untuk yang berumur 18 tahun ke atas. Selepas anda melihat video di bawah, anda pasti akan rasa speechless, keliru, blur dan berfikir what's going on with this world. Jom tengok....... Opsss, sebelum terlupa, kuatkan audio ya. Okey, klik video di bawah untuk menonton.......


01. VIDEO JILATAN WHAT THE HELL
ViralVlog YouTube Channel

02. VIDEO PATUNG CHUCKY ANNABELLE 
SEBELUM DI EXORCIST
Weird YouTube Channel 

03. VIDEO WHAT THE FISH....... 
Sean Hacker YouTube Channel



04. VIDEO KUCING JADIAN MIMPI NGERI
madcatlady YouTube Channel


05. VIDEO DINING ROOM NEXT HORROR STORY
david earle YouTube Channel
YouTube Channel


06. VIDEO AND DO THE HARLEM SHAKE.... 
EY SHAKE EY.... IKLAN JAP
(mesti ramai dah tgk video ini kan)
Casey Green YouTube Channel

07. VIDEO TAYLOR SWIFT TENGAH MEROYAN
creepyblog YouTube Channel


AMARAN : JANGAN BUKA KALAU LEMAH SEMANGAT 
08. VIDEO KULIT MUKA DISASTER
Adult Swim You Tube Channel


09. VIDEO MIMPI DISASTER ALA INTELEKTUAL. 
ACHANER TU... 
The Metalnaut YouTube Channel


Ada banyak lagi video pelik, aneh, horror dan kreatif. Rasanya cukup di atas kan. Apa kata penonton? 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/



Sumber : Google Image & YouTube Channel
BIRTHDAY GIVEAWAY NOVEMBER

Click Banner To Join 

Okey, Syarat? senang sahaja. Birthday Giveaway ni adalah kerjasama dengan empunya Blog 3nurulscollection. Atau FB nya >>> 3NC

Jadi dialu-alukan anda semua untuk menyertai Giveaway ni.

Berikut adalah langkah2 penyertaan Anda:


1) FOLLOW Blog NabilaSyifa >>
   https://mylittlepad-syifa.blogspot.my/2017/11/birthday-giveaway-november.html

2) FOLLOW INSTAGRAM >>https://www.instagram.com/nabilasyifa1121/

3) FOLLOW Blog 3nurulscollection >>
   http://3nurulscollection.blogspot.my/

4) LIKE page FB 3nurulscollection >>
   https://www.facebook.com/3NurulsCollection.3NC/

5) FOLLOW INSTAGRAM 3nurulscollection >> https://www.instagram.com/noorul_official

6) Tag 3 orang rakan Blogger anda, dan jangan lupa post entry mengenai Birthday Giveaway
   Ini diBlog anda dan Linkkan ke page ini.URL Link >>
   http://mylittlepad-syifa.blogspot.my/2017/11/birthday-giveaway-november.html

GV nak tagged Kak Perdu Cinta, Mr Hanafi & Mr Cahaya Semulajadi

7) Sila nyatakan bagaimana anda tahu mengenai Birthday Giveaway ini dalam entry
   blog anda.Contoh: Saya mengetahui mengenai Birthday Giveaway ini setelah
   ditag oleh rakan blogger>>nabilasyifa (contoh)

GV mengetahui Birthday Giveaway ini setelah ditag oleh rakan blogger >> Kak Cuya

8) Tinggalkan URL entry blog anda mengenai Birthday Giveaway Ini di ruangan comment.
   Senang je kan? apa tunggu lagi? jomlah join Birthday Giveaway ni.
   Bukannya selalu buat pun.

   Hadiah menarik menanti 3 pemenang bertuah!Hadiah adalah seperti berikut:


  Hadiah Pertama:

1) Hadiah Misteri.

2) Tudung dari koleksi 3nurulscollection.

3) Fridge Magnet.

4) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.

5) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).



   Hadiah Kedua:

1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.

2) Fridge Magnet.

3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.

4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).



   Hadiah Ketiga:

1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.

2) Fridge Magnet.

3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.

4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).


BERMINAT? JOM JOIN!!!  Tarikh tutup penyertaan adalah pada >> 31 December 2017
COMEL BLOGGER CONTEST
Click Banner To Join Guys. 😊
Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler!

Click Banner To Join Guys. 😊


Ohsem Giveaway by Mrs Pip (22/11/17 - 6/12/17)
Click Banner To Join

Pengalaman menarik mengenai Krismas ialah GV dapat cuti tiap-tiap tahun dan ada banyak mega sale di shopping mall. GV selalu ambil cuti panjang bermula dari hari  cuti Krismas sehingga awal tahun baru. Jiwa Baru, Semangat Baru dan Hidup Baru. Cuti-Cuti Malaysia. hihi. 
Sis Gee First Giveaway
Click Banner To Join Guys, 😊
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.

>>KLIK SINI UNTUK SERTAI GIVEAWAY PHOTO POLAROID AZHAFIZAH.COM<<

Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/
Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4zO5ClWcL Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4zO5Cltdg
GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS
Click Banner To Join 

PRINTCIOUS ini semakin popular di kalangan penggemar barang hadiah dan cenderamata
 kerana kita boleh design sendiri hadiah kita di sini dan hasilnya sangat menakjubkan. 

Click Banner To Join

Perkara Yang Memberikan Inspirasi Dalam Hidup GV. 
Jawapannya mudah sahaja iaitu Allah SWT dan keluarga tersayang. 😊

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Peminat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • TAFSIR MIMPI GAJAH
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • AWIE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • JUARA CARTA MUZIK MUZIK PALING LAMA NO.1
  • ALBUM MALAYSIA PALING LARIS SEPANJANG MASA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

Infotainment 1

  • INFO ALBUM
  • INFO LEGENDA MUZIK
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment 2

  • INFO ANIME
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Feb 201716
  • Mac 20176
  • Apr 201713
  • Mei 20174
  • Jul 2017106
  • Ogo 201747
  • Sep 20171
  • Okt 20173
  • Nov 201749
  • Dis 201732
  • Jan 201811
  • Feb 201823
  • Okt 20191
  • Nov 20195
  • Jan 20201
  • Mei 20202
  • Jun 20203
  • Jul 20208
  • Ogo 202025
  • Sep 20208
  • Okt 20201
  • Mac 202115
  • Apr 20215
  • Jul 20221
  • Dis 20221
  • Nov 20231
  • Jan 20241
  • Apr 20244
  • Mei 202411
  • Jul 20241
  • Mei 20256
  • Ogo 20252
  • Sep 20251
  • Nov 20254
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes