KHASIAT IKAN KELI YANG BAIK UNTUK MANUSIA
Ikan Keli amat popular di Malaysia kerana keenakan rasa ikan itu sendiri. Selalunya ikan keli dimasak dalam pelbagai bentuk hidangan seperti ikan bakar, ikan goreng, masak kari dan banyak lagi. Harga ikan keli yang lebih murah daripada ikan lain juga menjadi faktor utama kenapa ia selalu menjadi pilihan utama di kalangan pembeli ikan tempatan. Antara khasiat yang boleh diperolehi ikan keli ialah :
- Mengandungi kandungan Omega-3 yang baik untuk masalah kemandulan, merawat kanser awal dan menyuburkan rahim
- Mengurang risiko penyakit barah dan jantung
- Mengandungi kandungan DHA yang baik untuk pertumbuhan otak dan perkembangan kanak-kanak
Walaupun ikan ini mempunyai banyak khasiat kepada kita, namun, ada juga sesetengah orang yang mempunyai alahan kepada ikan keli kerana pelbagai faktor. Oleh itu, pastikan kita membeli dan memakan ikan keli yang diyakini bersih dan halal agar kesihatan kita terjamin. InsyaAllah. Aamin.
Sumber : Google
Ikan keli ternak sekarang perlu dikenalpasti asal usul sistem penternakannya supaya tidak diragui
ReplyDeletekebersihan dan halal haramnya.
Betul tu Mr Warisan. Ikan Keli mesti bersih dan halal dalam pelbagai segi. Baru dapat rasa kenikmatan kelazatan daging ikan itu sendiri.
Deleteada sesetengah orang dia geli nk mkn ikan keli, katanya kotor.. tapi sy layan je mkn ikan keli, keli goreng ataupun sambal..sama juga ayam, skrng ni ada sesetngah org geli nk mkn lansung ayam gara2 ada kedai ambik ayam drpd tmpt xsembelih dgn betul..
ReplyDeleteBetul kata Mr Cahaya. GV pun makan je ikan keli dan ayam. GV yakin makanan yang GV makan itu bersih dan halal. InsyaAllah. Aamin. Bagi GV ikan keli adalah pengganti kepada ayam kalu ayam takde dalam menu makanan GV. hihi. Sedap kan ikan keli goreng dan sambal kan Mr Cahaya. :D
DeleteWow ikan keli adalh pengganti kpd ayam klu xde dlm menu?..nampak sgt kepentingan ikan keli pada GV..ikan keli goreng tu sedap kat lembik2 dia yg ada kt tepi tu.. Eh sbnarnya lama dah x mkn ikan keli semenjak sakit ni, lupa dah feeling mkn ikan keli..huhu
DeleteSabar Mr Cahaya. GV doakan Mr Cahaya sihat sejahtera walafiat dan nanti leh rasa makan ikan keli. huhu. InsyaAllah. Aamin. :)
DeleteSaya memang penggemar masakan berasaskan ikan keli seperti keli bakar l,keli sambal dan keli goreng sambal atas...semenjak berusia 5 tahun saya sudah belajar untuk menikmati keenakan ikan keli oleh arwah bapa saya kerana bapa saya adalah seorang penggemar masakan ikan keli...dan dari sumber2 yg boleh diguna pakai ikan keli boleh menghidarkan penggemar dari penyakit jantung,mengurangkan kolesterol dlm badan dan juga dapat mengurangkan risiko kanser serta ada sesetengah masyarakat di pedalaman mempunyai spekulasi tersendiri bahawa ikan keli juga baik untuk sistem penghadaman dan oleh kerana khasiat omega 3 yg terdapat pada ikan keli dan juga dapat kesihatan batin yang amat baik...
ReplyDelete