Ads Top

SEARCH : 12 LAGU PALING POPULAR DI SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Irama Rock sudah lama bertapak di negara Malaysia. Boleh dikatakan kumpulan Sweet Charity adalah perintis kepada permulaan irama Rock di Malaysia sejak hujung era 70 an lagi. Bermula pada pertengahan era 80 an, irama Rock mula menjadi salah satu irama paling popular di Malaysia ketika itu. Ianya disebabkan fenomena yang dicetuskan oleh kumpulan Rock yang baru muncul pada era itu iaitu kumpulan Search. Ramai kagum dengan muzik, lagu, vokal dan persembahan kumpulan Search yang mmg rock habis dan mantap sekali apabila mereka membuat persembahan di pentas. Album pertama kumpulan Search berjudul Cinta Buatan Malaysia telah diterbitkan pada tahun Julai 1985 dan album terbaru mereka pula berjudul Katharsis telah diterbitkan pada 22 November 2017. Setelah hampir lebih 33 tahun di dalam industri muzik tanahair ini, kumpulan Search selayaknya dinobatkan sebagai Kumpulan Rock No.1 Malaysia di atas kejayaan mereka yang merentasi muzik rock di dalam dan juga luar negara Malaysia. Kumpulan Search juga merupakan salah satu Artis Paling Berjaya Di Dalam Industri Muzik Malaysia Sepanjang Zaman. Oleh itu, mari kita lihat lagu-lagu kumpulan Search manakah paling popular sepanjang zaman di Malaysia.



TOP 12 
LAGU
KUMPULAN SEARCH 
PALING POPULAR DI MALAYSIA


01. KEJORA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Cinta Buatan Malaysia
Tahun : Julai 1985
Catatan : 
Lagu ini boleh dikatakan salah satu lagu awal daripada kumpulan Search yang berjaya mencetuskan fenomena tersendiri di peringkat awal kerjaya mereka. 
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini



02. MENITI TITIAN USANG
Komposer : A.Rahim / M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Langit Dan Bumi
Tahun : Jun 1986
Catatan : 
 Lagu ini memang antara karya terbaik kumpulan Search kerana liriknya yang mempunyai maksud yang sangat mendalam dan ada unsur ketuhanan. Susunan muzik yang sangat bagus dan melodi lagu ini juga hebat.
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini



03. ROZANA
Komposer : Search
Penulis Lirik : Search
Album : Langit Dan Bumi
Tahun : Jun 1986
Catatan :
Lagu Rozana sememangnya amat popular pada tahun 1986/87 dan pernah menjadi lagu tema filem Rozana Cinta 87 di mana pelakon utamanya ialah Bibiyana Layola dan Erma Fatima.
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini



04. FANTASIA BULAN MADU
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : Februari 1987
Catatan :
Lagu ini antara lagu kumpulan Search paling banyak dibawakan di dalam pertandingan nyanyian bukan sahaja di Malaysia malah juga di Indonesia. Lagu ini juga merupakan salah satu signature song kumpulan Search. Ianya juga turut popular di Hong Kong apabila ada penyanyi lelaki di sana bernama Danny Summer merakamkan semula lagu ini di dalam  dalam Bahasa Kantonis dan Bahasa Mandarin pula dirakamkan oleh Raja Pop Hong Kong Jackie Cheung. 
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini




05. MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR
Komposer : Search
Penulis Lirik : Search
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : Februari 1987
Catatan :
Lagu ini juga adalah salah satu karya terbaik kumpulan Search. Melodi muzik dan lirik lagu yang sangat mendalam mengenai Hari Kiamat ini juga  pernah dinyanyikan semula dengan kumpulan Rabbani. 
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini




06. PELESIT KOTA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Bakri Johari
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : Februari 1987
Catatan :
Intro awal lagu yang hanya fokus kepada permainan gitar sememangnya amat menarik dan sedap didengar. Kemudian, apabila muzik rancak mula kedengaran, ianya jelas lagu ini adalah salah satu lagu Rock Malaysia terbaik pernah dicipta sepanjang zaman. Lirik lagu ini yang menyentuh isu sosial iaitu berkaitan dengan pelesit kota juga amat menarik dan di luar kotak. 
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini




07. GADISKU
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir 
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : 
Catatan :
Lagu ini cukup popular di kalangan pasangan bercinta kerana liriknya yang menceritakan keindahan cinta sesama manusia dan permainan muziknya juga sangat hebat di dalam lagu ini. 
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini


08. ISSABELLA
Komposer : Search
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Fenomena
Tahun : 1989
Catatan :
Issabella adalah salah satu lagu Melayu paling popular di Alam Nusantara sepanjang zaman. Lagu ini  juga sangat popular di rantau Alam Melayu kerana muzik dan liriknya yang puitis. Lebih menarik lagi, lagu ini juga adalah Juara Anugerah Juara Lagu 1989 dan juga kumpulan Search juga merupakan Artis Paling Popular Tahun 1989.
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini




09. FENOMENA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Usop
Album : Fenomena
Tahun : 1989
Catatan :
Lagu ini meneruskan kehebatan album Fenomena ini apabila turut mendapat perhatian luas di kalangan peminat seni tanahair. 
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini




10. PAWANA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Fenomena
Tahun : 1989
Catatan :
Lagu ini antara lagu paling rock atau rancak daripada kumpulan Search yang masih menjadi perhatian peminat sehingga kini. Kalau anda mahu headbanging, lagi inilah jawapannya. 
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini




11. SEROJA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Rock N Roll Pie 
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 1996. Lebih menarik lagi, lagu ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1997. 
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini




12. NUR NILAM SARI feat AWIE
Komposer : M.Nasir & Search
Penulis Lirik : Loloq
Album : Bikin Wilayah
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini merupakan lagu nyanyian Awie bersama dengan kumpulan Search. Ianya sangat popular pada tahun 1998 dan merupakan salah satu lagu kumpulan Search paling lama berada di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999. 
Klik Video Di Bawah Untuk Dengar Lagu Ini


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Youtube Channel, Google Image, MuzikRock.comSearch

15 comments:

  1. sampai sekarang suka dengar lagu serojaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best lagu tu kan kak Fatin. Lagu tahun 1996. Hihi. Puteri serojaaaa... hihi. :D

      Delete
  2. Semua lagi Tu memang mama suka.. Dari dulu hingga skrg boleh layan

    ReplyDelete
  3. Dulu2 memamg suka layan lagu2 Search ni

    ReplyDelete
  4. suka semuaaaaaa👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  5. Lagu kumpulan ni sampai sekarang masih menyengat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpulan legenda muzik tanahair. Terbaik mereka kan Mr Zumal. :)

      Delete
  6. M.asir ini kok hebat sekali ya
    komposer bertalenta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan lagu Search Dato' M.Nasir yang buat. Hihi. :)

      Delete
    2. tau lagu, tak tau tajuk, dtg sini baru tau tajuknya Fenomena. power. t.ksh byk

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.