Ads Top

SEPULUH LAGU NASYID KONTEMPORARI PALING POPULAR DI MALAYSIA #gemagegarvaganza #ggv

GALAKSI VIRAL - Jika sebelum ini kita sudah mengetahui lagu manakah yang tersenarai di dalam senarai LAGU NASYID KLASIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN di dalam entri terdahulu. Kini mari kita lihat pula lagu Nasyid Kontemporari / Moden yang manakah paling popular di Malaysia sehingga menjadi lagu evergreen yang diminati ramai oleh peminat muzik Malaysia. 




10 LAGU NASYID KONTEMPORARI PALING POPULAR DI MALAYSIA


01. PUJI PUJIAN 
ARTIS : Raihan
KOMPOSER : Raihan / Nasser Abu Kassim
PENULIS LIRIK : Raihan
ALBUM : Puji Pujian
TAHUN : 1996 / 1997
CATATAN :
Tiada siapa dapat nafikan lagu Puji Pujian adalah pencetus kepada gelombang baru fenomena irama Nasyid Kontemporari di Malaysia pada era 90 an. Lagu yang memuji kebesaran Allah SWT ini telah menjadi salah satu lagu Nasyid paling popular sepanjang zaman bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh negara Islam di planet Bumi ini. Keharmonian vokal kumpulan Raihan sangat mendamaikan jiwa apabila mendengar mereka melagukan lagu nasyid ini dengan cara mereka tersendiri. Kumpulan Raihan yang juga merupakan salah satu kumpulan vokal paling berjaya di Malaysia telah memegang banyak rekod kejayaan mereka yang tersendiri seperti Album Paling Laris Di Malaysia (Puji Pujian) dan tersenarai sebanyak sembilan kali sebagai Selebriti Muslim Paling Popular Di Dunia bagi wakil Malaysia.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



02. TEMAN SEJATI
ARTIS : Brothers 
KOMPOSER : Zahidin
PENULIS LIRIK : Zahidin
ALBUM : We Are
TAHUN : 1997
CATATAN :
Lagu yang mengisahkan kisah sahabat ini sememangnya telah menjadi lagu tema persahabatan kepada warga era 90 an sehingga kini. Lagu ini cukup popular pada tahun 1997 dan video muziknya juga kerap dimainkan di stesen TV3 pada masa itu. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI


03. KELUARGA BAHAGIA
ARTIS : Saujana
KOMPOSER : Jeff Hazimin
PENULIS LIRIK : Jeff Hazimin
ALBUM : Saujana
TAHUN : 1997 / 1998
CATATAN :
Lagu yang mengisahkan keluarga bahagia ini telah menjadi lagu salah satu signature song kepada kumpulan Saujana selain lagu debut mereka iaitu Sepohon Kayu. Video muzik lagu ini juga kerap dimainkan di stesen RTM TV1 dan TV2 pada tahun 1998. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



04. DAMAI YANG HILANG
ARTIS : Nowseeheart
KOMPOSER : Mujahid
PENULIS LIRIK : Ito Lara /Arab
ALBUM : Wahyu Pertama
TAHUN : 1998
CATATAN :
Kumpulan Nowseeheart mempunyai banyak lagu Nasyid berkonsepkan Pop Moden yang sedap didengar dan popular di kalangan peminat nasyid tempatan. Antara karya terbaik mereka ialah single pertama mereka berjudul Damai Yang Hilang. Lagu ini boleh dikatakan antara salah satu lagu Nasyid terbaik di Malaysia. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



05. PERGI TAK KEMBALI
ARTIS : Rabbani
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : Nazim / Mohamad Asri Ibrahim
ALBUM : Pergi Tak Kembali
TAHUN : 1999 / 2000
CATATAN :
Kumpulan Rabbani telah membawa gelombang kedua revolusi muzik Nasyid apabila lagu Nasyid mereka buat pertama kalinya dinyanyikan dengan irama Dance Music. Ramai terkejut apabila Rabbani menyanyikan lagu Pergi Tak Kembali ini dengan begitu rancak seperti seolah kita mahu menari apabila mendengar iramanya. Namun, apabila kita menghayati liriknya yang berkaitan kematian, pasti kita akan terus berasa insaf dan bermuhasabah diri. Allahyarham Ustaz Asri iaitu bekas vokalis utama kumpulan Rabbani kerap dianggap sebagai penyanyi Nasyid terbaik di Malaysia. Lagu ini juga merupakan lagu Nasyid paling popular tahun 2000. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



06. KASIH KEKASIH
ARTIS : In-Team
KOMPOSER : Isman Hijjaz
PENULIS LIRIK : Isman  Hijjaz / Ito Lara
ALBUM : Kasih Kekasih
TAHUN : 2000 / 2001
CATATAN :
Selepas kumpulan Rabbani mencetuskan kejutan dengan lagu irama Dance Music mereka, muncul pula kumpulan In-Team yang juga telah mencetuskan kejutan ramai apabila konsep lirik lagu mereka yang jauh berbeza dengan kumpulan Nasyid yang lain pada ketika itu. Kumpulan In Team boleh dikatakan kumpulan Nasyid pertama yang popular dengan lagu cinta sesama manusia tetapi berunsurkan cara Islam. Ramai yang suka dengan formula lagu In Team ini sehingga menjadikan lagu In-Team ini sebagai lagu Nasyid pertama yang berjaya mendapat No.1 di dalam Carta ERA pada awal tahun 2001. Lagu ini juga merupakan lagu Nasyid paling popular tahun 2001. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



07. HANYA TUHAN YANG TAHU
ARTIS : UNIC
KOMPOSER : Manis Helma 
PENULIS LIRIK : Manis Alia & Atie
ALBUM : You And I See
TAHUN : 2002
CATATAN :
Kumpulan UNIC adalah Juara Gema Gegar Vaganza 2017. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu merupakan salah satu  paling popular di dalam karier muzik mereka.  Lagu ini juga pernah dinobatkan sebagai lagu Nasyid paling popular tahun 2002. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



08. SUMAYYAH
ARTIS : Hijjaz
KOMPOSER : Munif Ahmad 
PENULIS LIRIK : Ustaz Baharol Mohd Juol
ALBUM : Jalan Bahagia
TAHUN : 2002 / 2003
CATATAN :
Lagu Sumayyah adalah salah satu lagu Nasyid paling popular daripada kumpulan Hijjaz. Lagu ini juga merupakan lagu Nasyid paling popular tahun 2003 di Malaysia. Vokalis utama Hijjaz iaitu ustaz Munif Ahmad kerap dikatakan antara penyanyi terbaik Nasyid di Malaysia. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



09. AKU TANPA CINTAMU
ARTIS : Mirwana feat Jay Jay
KOMPOSER : Mujahid Abdul Wahab
PENULIS LIRIK : Mujahid Abdul Wahab
ALBUM : Mirwana
TAHUN : 2004 / 2005
CATATAN :
Lagu Nasyid yang menggunakan konsep Pop ini cukup popular pada tahun 2005 dan kerap dimainkan di serata radio Malaysia ketika itu. Kehadiran Jay Jay sebagai teman duet lagu ini sememangnya pilihan yang tepat kerana paduan vokal mereka bersama telah berjaya menjadikan lagu ini hebat dan sedap didengar. Lagu ini juga merupakan lagu Nasyid paling popular tahun 2005.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



10. ASTAGHFIRULLAH
ARTIS :  Hafiz Hamidun
KOMPOSER : -
PENULIS LIRIK : -
ALBUM : Zikir Terapi Diri
TAHUN : Disember 2011
CATATAN :
Hafiz Hamidun adalah penyanyi solo Nasyid paling berjaya di Malaysia. Kejayaan Hafiz bermula dengan album Zikir Terapi Diri yang cukup laris di pasaran muzik tempatan sehingga berjaya terjual lebih 150,000 unit. Ekoran kejayaan album beliau itu, beliau pernah dijemput  membuat persembahan di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, United Kingdom, China, Perancis, India, Arab Saudi, Australia, Mesir, Jordan, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Mauritius. Kejayaan Hafiz Hamidun di luar negara ini mengingatkan kepada kejayaan kumpulan Raihan di peringkat antarabangsa. Sebab itulah, Hafiz Hamidun turut tersenarai sebagai salah seorang Muslim Malaysia Paling Berpengaruh Di Dunia bagi kategori Seni & Budaya Islam. Lagu Astaghfirullah adalah lagu beliau paling berjaya dan mendapat tontonan yang sangat tinggi di YouTube iaitu lebih 6.9 juta tontonan (sehingga 22 Januari 2017).
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



Ada beberapa lagu berkonsepkan ketuhanan seperti lagu Alhamdullilah Too Phat, Wassini Waheeda, Al-Janaah Mawi dan Al Haq AC Mizal juga turut popular di kalangan peminat muzik Malaysia. Namun, lagu-lagu ini tidak tersenarai di atas kerana senarai di atas hanya fokus kepada penyanyi yang originaliti muziknya adalah irama Nasyid. 
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : YouTube Channel, Google Images, 500 Muslim Paling Berpengaruh Di DuniaHafizHamidun

39 comments:

  1. semua lagu cikyan suka... sbb cikyan suka nasyid very bery much.. muziknya menenangkan amat amat. kalau jiwa kusut, dengar lagu nasyid, boleh jd tenang balik....lagu nayid byk berunsur puji pujian kpd tuhan... bersifat nasihat.. tu yg best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak Azian. Bila dengar lagu Nasyid je, rasa tenang jew jiwa ini. :D

      Delete
  2. semua lagu2 kegemaran ni..suka jg lagu Alhamdulillah by Yasin Brothers & Too Phat..

    ReplyDelete
  3. Rasa tenang bila dengar lagu2 nasyid ni.

    ReplyDelete
  4. Rindu zaman wakil nasyid dulu. Rindu nak main alat muzik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kak Fatin penyanyi nasyid rupanya. Alat muzik kompang ke kak Fatin. hihi. :)

      Delete
  5. memang best lagu2 nasyid ni semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Mrs Virgo. Semua lagu best. :)

      Delete
    2. terasa muda balik bila dengar lagu2 ni..hehe

      Delete
    3. Hihi. Sama la kak. GV teringin zaman GV kanak2x dulu. huhu.

      Delete
  6. Zumal suka lagu nasyid Raihan dan Brothers tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puji-Pujian dan Teman Sejati kan Mr Zumal. Lagu mengimbau kenangan tu. Hihi. :)

      Delete
  7. Dulu masa skolah agama sis ada group nasyid.. mmg favourite lah nyanyi lagu rabbani. Then suka sgt lagu sumayyah, smpai nama anak sis pon sumayyah taw..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, anak akak nama Sumayyah. Hihi. Memang minat betul lagu Sumayyah ni ya kak. Mengimbau memori kenangan lama melalui lagu Nasyid kan kak.:)

      Delete
  8. Raihan, penyanyi terkenal di Indonesia
    Lagunya sederhana tapi enak di dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu kumpulan Raihan mmg best kan Mr Obat. Wah, terkenal di Indonesia juga. Terbaik semua. :)

      Delete
  9. paling sy igt lagu raihan laa.. ms memula keluar dulu... penangan dia perghhhh mcm org malaysia ni x penah dgr nasyid hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Betul kak Anies. GV pun masa terkejut bila tahu album Raihan laris gile. Macam seolah orang Malaysia masa tu baru 1st time tahu apa itu lagu Nasyid. huhu.

      Delete
  10. ingat dulu waktu sekolah rendah sy darjah 4 tahun 2006. saya jadi solo nyanyi lagu keluarga bahagia. hahaa. suara tak sedap mana pun tapi tatau camne ustazah ustaz pilih sy jadi solo. satu lg lagu yakng kami nyanyi, lagu ya rasullulah tu. besttt. rasa tenang je kan dengar nasyid ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, hebat kak Azah jadi penyanyi Nasyid sekolah. Cikgu pilih sebab suara sedap la tu kak. Hihi. Oh lagu Ya Rasulullah lagu Hijjaz kan kak. Memang best lagu tu. Hihi. :)

      Delete
    2. hahahaa. suara tak sedap mana pun sebenarnya :D

      Delete
    3. Suara sedap la tu kak. Hihi. Terbaik kak. Hihi. :D

      Delete
  11. lagu nasyid yang tak luput dek zaman.. :)

    ReplyDelete
  12. nama Raihan tetap menggema di negaraku
    sering diputar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, hebat Raihan. Lagu2x Raihan mmg sangat best. :)

      Delete
  13. Replies
    1. Salam cikbunga. Terima kasih sudi datang sini. GV hargai sangat. :)

      Delete
  14. hai GV..sis JM dtg ziarah kalau2 ada entr ibaru :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak JM. Terima kasih kak JM sudi singgah blog GV. GV baru update entri baru jap tadi. Sowiee lambat reply kak JM. huhu. :)

      Delete
  15. Teringat lagi zaman ni mmg nasyid tgh Naik Kan. Suka semua lagi Tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mama. Lagu2x nasyid ini memgimbau kenangan lama.Best lagu2x nasyid kan mama. :)

      Delete
  16. Saya nak cari tau grup nasyid namanya *bestlight* dr mahasiswa Mesir ada kah?

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.