Ads Top

ANUAR ZAIN : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Raja R&B Malaysia, Anuar Zain sememangnya sudah menjadi legenda muzik tanah air yg sgt disegani kerana kekuatan vokal  dan populariti beliau yg sehingga kini masih lagi bertahan. Bermula pada tahun 1983, Anuar muncul bersama teman duet beliau iaitu Ellina menghasilkan album kanak-kanak di mana ia memuatkan lagu hits sepanjang zaman, Kain Pelikat. Kemudian, pada tahun 1998, Anuar Zain muncul kembali ke dalam persada seni tanah air setelah sekian lama menyepikan diri dengan album baru beliau yang berkonsepkan muzik R&B. Anuar Zain juga sudah banyak kali menang Vokal Lelaki Terbaik dan Penyanyi Lelaki Popular di pelbagai anugerah hiburan Malaysia. Sehingga kini, semua album solo studio Anuar Zain berjaya menghasilkan lagu hits dan popular di kalangan peminat. Di bawah terdapat 12 lagu nyanyian solo oleh Anuar Zain paling popular sepanjang karier beliau. \



Anuar Zain 

BIODATA RINGKAS ANUAR ZAIN

Nama  Penuh : Dato' Ahmad Azhar Bin Othman
Tarikh Lahir : 15 Februari 1970
Umur : 50 tahun 
Tempat Lahir : Melaka
Tahun Aktif : 1983 - 1988, 1998 - kini
Album Studio : 5
1. 1998 - Anuar Zain
2. 2002 - Anuar Zain 
3. 2007 - Anuar Zain
4. 2011 - Anuar Zain
5. 2016 - Anuar Zain
Lain-Lain Album
1983 - Berdendang Bersama  (bersama Ellina)
1984 - Kasih Sayang (bersama Ellina)
1985 - Hidup Berbudi (bersama Ellina)
1988 - Nyanyian Sepasang Hati (bersama Ellina)
2013 - Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas
2013 - Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta, Sanubari
Antara Pencapaian Utama :
Artis Baru Terbaik AIM 1999
Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Album AIM 1999,2003,2011
Lagu Terbaik AIM 2003/ 2011
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu AIM 2013
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu AIM 2013
Finalis Akhir AJL 1998,2003,2004,2011
Penyanyi Lelaki Popular ABP 2003
Penyanyi Lelaki Popular APM 2003,2004,2005
Penyanyi Lelaki Terbaik APM 2008, 2017
Vokal Lelaki Pilihan AE 2003, 2005
Lagu Tema Terbaik FFM 2011 (Sedetik Lebih)

ANUAR ZAIN : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN 

01. BILA RESAH
Komposer/Penulis Lirik : Aznul Haidi
Album : Anuar Zain
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama pencetus fenomena Anuar Zain versi solo/dewasa sehingga berjaya mengumpul kelompok peminat generasi baru ketika itu.

Video Lagu Bila Resah


02. JANGAN BERSEDIH LAGI
Komposer/Penulis Lirik : Boon Tan / Amran Omar
Album : Anuar Zain
Tahun : 1998
Catatan : Lagu Balada/Pop R&B ini cukup mencabar vokal dan selalu menjadi pilihan peserta nyanyian di pertandingan nyanyian. 

Video Lagu Jangan Bersedih Lagi


03. PERMATA
Komposer/Penulis Lirik : Johan Farid Khairuddin  / Azalea
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002
Catatan : Lagu ini pernah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 2002 dalam kategori Pop Rock.

Video Lagu Permata 


04. KEABADIAN CINTA
Komposer/Penulis Lirik : Azlan Abu Hassan / Azalea
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002
Catatan : Saluran TV NTV7 pada tahun 2002 kerap menayangkan video muzik lagu ini pada setiap hari sehingga terus menjadi siulan para peminat seni tanah air. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular tahun 2002 dan 2003. 

Video Lagu Keabadian Cinta


05. MUNGKIN
Komposer/Penulis Lirik : Pacai
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002/2003
Catatan : Lagu ini juga sangat mencabar vokal dan merupakan lagu kegemaran ramai untuk karaoke. Lagu ini mula popular apabila ramai kagum melihat kemantapan vokal Anuar Zain apabila menyanyikan lagu ini secara live di acara AIM 2003.

Video Lagu Mungkin


06. SESUCINYA CINTAMU
Komposer/Penulis Lirik : Pacai
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002/2003
Catatan : Lagu ini sgt popular dan selalu diputarkan di radio seluruh Malaysia. Video muzik lagu ini juga menarik.

Video Lagu Sesucinya Cintamu


07. SEMUANYA UNTUKMU
Komposer/Penulis Lirik : Sharizan Salmi
Album : Anuar Zain
Tahun : 2002/2003/2004
Catatan : Dikatakan lagu ini ditujukan kepada para peminat setia Anuar Zain yang tidak henti2x memberikan sokongan pada Anuar Zain. Lagu ini juga merupakan antara lagu paling kerap dipilih oleh peserta nyanyian di Malaysia utk dinyanyikan di pertandingan nyanyian.

Video Lagu Semuanya Untukmu


08. PERPISAHAN
Komposer/Penulis Lirik : Pacai
Album : Cinta OST
Tahun : 2006
Catatan : Lagu sedih ini cukup popular di radio dan pernah menjadi juara carta Hot FM 30 di radio Hot FM. 

Video Lagu Perpisahan


09. LELAKI INI
Komposer/Penulis Lirik : Numata
Album : Anuar Zain
Tahun : 2007
Catatan : Lagu ini boleh dikatakan salah satu lagu terbaik Anuar Zain dan sgt popular pada tahun 2007. Dari segi melodi dan lirik lagu ini, semuanya sempurna dan ditambah pula dengan vokal terbaik Anuar Zain. 

Video Lagu Lelaki Ini


10. KETULUSAN HATI
Komposer/Penulis Lirik : Numata
Album : Anuar Zain
Tahun : 2007/2008
Catatan : Lagu ini sgt popular di saluran Astro Oasis kerana dijadikan lagu tema sebuah video berunsurkan kerohanian.


Video Lagu Ketulusan Hati


11. SEDETIK LEBIH
Komposer/Penulis Lirik : Edry KRU
Album : Hikayat Merong Mahawangsa OST
Tahun : 2011
Catatan : Lagu ini adalah lagu paling popular tahun 2011. Anuar Zain juga berjaya menjadi antara penyanyi yg berjaya mendapat lagu No.1 utk empat dekad berbeza (80an,90an, 2000an dan 2010an). Kejayaan ini sudah cukup membuktikan yang Anuar Zain adalah legenda muzik Malaysia yg cukup hebat  dari segi bakat dan juga populariti. 

Video Lagu Sedetik Lebih


12. AJARI AKU
Komposer/Penulis Lirik : Adrian Martadinata
Album : Anuar Zain
Tahun : 2011
Catatan : Lagu ini adalah antara lagu paling popular tahun 2012. Video muzik lagu ini menarik perhatian kerana menampilkan jalan cerita yang agak menyayat hati dan lakonan Nora Danish menambahkan lagi kekuatan video muzik ini. Video muzik lagu ini juga mempunyai sambungannya iaitu video muzik lagu Sempurnakan Aku.

Video Lagu Ajari Aku

Album Anuar Zain

Anuar Zain

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Semua Imej Gambar Adalah Carian Google
Semua Video Lagu Daripada You Tube Channel
(kemaskini 22 Ogos 2020)


7 comments:

  1. Soalannya, bila dia nak kahwin ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe, sama2xlah la kita doakan yg terbaik utk abg Anuar Zain kita ini. Hihi. :)

      Delete
  2. dulu suka layan lagu keabadian cinta dan perpisahan dia ni. best gaklah. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, betul tu. Dua dua lagi best. juz keabadian cinta lagu kebahagiaan, manakala lagu perpisahan pula lagu kesedihan. xpe, yg penting kita terhibur. :)

      Delete
  3. x brp layan kalau Anuar Zain ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe kak. sy suka lagu anuar zain. best. hihi. :D

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.