Sebagai blogger amatur, GV mmg suka tengok ranking blog sendiri di Alexa.com dan beberapa website yang lain. Kalau tidak silap GV, masa mula-mula GV buat blog ini GV berada di tangga ratus juta untuk Global Rank dan di tangga ratus ribu pula untuk Malaysia Rank.
Kini, setelah hampir sembilan bulan, syukur alhamdullilah tidak terhingga kepada Allah SWT kerana blog GV sudah ada peningkatan yang sangat memberangsangkan dari segi kedudukan ranking di website ini. Semoga ranking ini akan menjadi lebih baik di masa akan datang. InsyaAllah. Aamin. 💖
Perasmian Sukan SEA KL 2017 tahun ini boleh dikatakan adalah paling terbaik sepanjang penganjuran sukan SEA pernah diadakan selama ini. Banyak gimik hebat yang dilakukan demi memastikan perasmian kali ini menjadi sangat menarik dan meriah. Antara yang menarik ialah kesan khas grafik yang sangat menakjubkan, tarian tradisional yang mantap dan jalan cerita mengenai sejarah perjalanan budaya Malaysia juga dipersembahkan dengan begitu unik sekali. Kita sebagai rakyat Malaysia pasti berbangga dengan hasil terbaik persembahan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran sukan berprestij ini. Mari kita lihat antara momen-momen yang sangat indah dan menarik ketika majlis ini berlangsung.
Penataan cahaya lampu yang hebat, kesan khas grafik yang mantap dan susun atur pentas yang menarik.
Pergerakan lampu LED gergasi di kerusi penonton memang woww.
Suasana seolah seperti di galaksi dan bintang-bintang sedang berkedipan.
Cahaya di tangan Orang Asli dilepaskan terbang ke udara.
Topeng muka orang Etnik tempatan.
Kelihatan seperti orang-orang zaman lalu mendaki gunung.
Mengingatkan kita kepada zaman awal Malaysia
Antara momen paling gempak malam itu ialah apabila sekumpulan lelaki menunggang kuda sambil air laut buatan muncul mengiringinya. Terbaik.
Kapal laut bergerak di atas lautan buatan. Mantap.
Semua penari pelbagai etnik menari bersama-sama dengan koreografi yang sangat cantik dan mantap.
Tarian Naga warna warni. Meriah.
Muzik masa ini membuatkan seolah - olah Naga itu sedang berterbangan di awan langit buatan. Marvellous.
Tiga bentuk seni pertahanan diri daripada Melayu, Cina dan India dipersembahkan secara bergilir dan bergabung bersama dengan menggunakan Batang Bercahaya.
Tarian tradisional pelbagai etnik di Malaysia.
Sungguh cantik bentuk grafik ini.
Pandelela Rinong - Ikon & Legenda Sukan Malaysia.
Nur Dhabitah Sabri - Penyala Obor Sukan SEA KL 2017
Superb. Dhabitah terbang ke udara untuk nyalakan obor gergasi Sukan SEA.
Letupan bunga api memeriahkan lagi suasana.
Maskot Sukan SEA KL 2017 - RIMAU
Tiga Juara Dunia daripada Malaysia
Dari kiri Al-Juffri (Silat), Cheong Jun Hoong (Renang) & Azizulhasni Awang (Basikal)
Kontinjen Malaysia masuk berarak ke dalam stadium.
Azlan The Typewriter & Monoloque bergabung menyanyikan lagu berjudul Tunjuk Belang.
Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu Bangkit Bersama dengan vokal mantap dan superb.
Datuk M.Nasir segak berpakaian baju tradisional Melayu lama.
Mia Palencia menyanyikan lagu Rising Together dengan vokal yang cukup merdu dan hebat.
Ribuan penonton di Stadium Bukit Jalil
Ribuan penonton di Stadium Bukit Jalil
Ribuan penonton di Stadium Bukit Jalil
RISING TOGETHER MALAYSIA !!!!
Jom Tonton Video Ulangan Penuh Upacara Ini Di Bawah
Video Penuh
Upacara Pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
Sumber : Google & Kuala Lumpur 2017 Youtube Channel.
Ini adalah kesinambungan daripada senarai Selebriti Lelaki Paling Kacak ASEAN 2017. Tetapi, sebelum itu GV ingin ucapkan rasa kagum melihat Upacara Pembukaan Sukan SEA tahun ini. Kesan khas grafik yang superb, tarian etnik yang best dan penonton stadium yang sangat sporting serta happening. GV rasa sangat teruja apabila nama Azizulhasni Awang, Shalin Zulkifli, Pandelela Rinong, Rashid Sidek, Cheon Jun Hoon, Bryan Nickson, Nurul Huda Abdullah, Jeffry Ong dan ramai lagi disebut oleh emcee diberikan sorakan yang sangat meriah daripada penonton. Terbaik Malaysia. Sekarang jom kita lihat siapakah Selebriti Wanita Asia Tenggara yang sangat cantik dan jelita pula.
SELEBRITI WANITA PALING JELITA ASEAN 2017
01. FILIPINA
NAMA : LIZA SOBERANO
UMUR : 19 TAHUN
TARIKH LAHIR : 4 JANUARI 1998 KERJAYA : PELAKON & MODEL
CATATAN :
Liza adalah salah seorang pelakon remaja Filipina yang cukup popular ketika ini. Beliau dianggap sebagai salah seorang artis Asia paling cantik di Dunia kerana mempunyai kecantikan wajah seperti Barbie Doll dan fotogenik. Kalaulah Liza bertanding dalam Miss Universe, sudah pasti beliau akan menang dengan mudah.
02. THAILAND
NAMA : DAVIKA HOORNE
UMUR : 25 TAHUN
TARIKH LAHIR : 16 MEI 1992
KERJAYA : PELAKON
CATATAN :
Davika adalah pelakon utama filem Pee Mak yang mencecah kutipan sebanyak 1 Billion Bath dan diiktiraf sebagai filem Thailand paling laris sepanjang zaman. Beliau juga di antara artis paling banyak menerima anugerah terbaik dan popular di dalam atau di luar negara Thailand.
Beliau adalah salah seorang Pelakon Terbaik Malaysia, Ikon Fesyen dan salah seorang Selebriti Paling Popular di Malaysia.
04. INDONESIA
NAMA : ZASKIA ADYA MECCA
UMUR : 30 TAHUN
TARIKH LAHIR : 8 SEPTEMBER 1987
KERJAYA : PELAKON & PENGACARA
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang Selebriti paling jelita di Indonesia.
05. VIETNAM
NAMA : MINH TU NGUYEN
UMUR : 24 TAHUN
TARIKH LAHIR : 14 NOVEMBER 1993
KERJAYA : MODEL
CATATAN :
Tu adalah pemenang Tempat Ketiga Asia's Next Top Model 2017 dan juga salah seorang Supermodel Vietnam paling berjaya ketika ini.
06. BRUNEI
NAMA : LIYANA YUS
UMUR : 24 TAHUN
TARIKH LAHIR : 15 MEI 1993
KERJAYA : PELAKON & MODEL
CATATAN :
Liyana adalah salah seorang pelakon wanita paling popular di Brunei. Beliau juga merupakan artis pertama luar negara yang menjadi duta produk antarabangsa Jollibee.
07. LAOS
NAMA : CHANDALY SIXPHAXAY
UMUR : 31 TAHUN
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : MODEL
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang bekas Ratu Cantik Laos yang cukup berjaya menjadi model di negaranya.
08. CAMBODIA
NAMA : MEAN SONYTA
UMUR : 27 TAHUN
TARIKH LAHIR : 10 FEBRUARI 1990
KERJAYA : PELAKON, MODEL & PEREKA FESYEN
CATATAN :
Selebriti cantik Kemboja ini adalah salah seorang artis paling popular di bidang lakonan dan fesyen di sana.
09. MYANMAR
NAMA : MAY MYAT NOE
UMUR : 19 TAHUN
TARIKH LAHIR : 13 OKTOBER 1998
KERJAYA : MODEL
CATATAN :
May adalah peserta pertama Myanmar yang menyertai pertandingan Asia's Next Top Model pada tahun 2016. Beliau juga bekas Ratu Cantik Myanmar juga merupakan salah seorang model yang sangat berjaya di negaranya.
10. SINGAPURA
NAMA : JOANNE PEH
UMUR : 34 TAHUN
TARIKH LAHIR : 25 APRIL 1983
KERJAYA : PELAKON
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang bekas Ratu Cantik Singapura yang cukup popular sebagai pelakon hebat di Singapura.
11. TIMOR LESTE
NAMA : EUFRASIA VIEIRA
UMUR : N/A
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : PELAKON, PENYANYI, MODEL & NOVELIS
CATATAN :
Beliau boleh dikatakan satu-satunya artis wanita berasal dari Timor Leste paling berjaya di Indonesia. Beliau dipuji kerana mempunyai variasi bakat di dalam bidang seni seperti menjadi pelakon, model, penyanyi dan juga novelis.
Minh Tu Nguyen
Sumber : Google
Negara Asia Tenggara cukup dikenali sebagai salah satu kumpulan negara yang mempunyai ramai rakyatnya berwajah jelita dan kacak. Oleh itu, bersempena dengan Sukan SEA KL 2017 ini, GV akan senaraikan kesemua Selebriti Paling Kacak & Jelita untuk setiap negara di Asia Tenggara untuk tontonan semua. Jom kita lihat siapakah selebriti tersenarai di dalam senarai berkenaan.
Daniel Matsunaga
Filipina Model/Aktor
SELEBRITI PALING KACAK ASIA TENGGARA 2017
01. FILIPINA
NAMA : DENVER HERNANDEZ
UMUR : 22 TAHUN
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : MODEL / MISTER UNIVERSE 2017
CATATAN :
Beliau adalah pemenang Mister Universe 2017. Kejayaan beliau di peringkat antarabangsa ini akan memberikan beliau satu peluang yang besar untuk menjadi Selebriti Popular seperti mana telah dicapai oleh Pia Wurtzbach Miss Universe 2015 sebelum ini.
02. THAILAND
NAMA : MARIO MAURER
UMUR : 29 TAHUN
TARIKH LAHIR : 4 DISEMBER 1988
KERJAYA : MODEL & PELAKON
CATATAN :
Mario ialah salah seorang Selebriti Thailand Paling Popular ketika ini. Filem beliau berjudul Peemak adalah Filem Thailand Paling Laris Sepanjang Masa dengan kutipan 1 juta Bath. Beliau juga merupakan salah seorang model paling terkenal di Thailand.
03. BRUNEI
NAMA : JAZ HAYAT
UMUR : 24 TAHUN
TARIKH LAHIR : 5 MAC 1993
KERJAYA : PENYANYI
CATATAN :
Beliau memulakan kerjaya nyanyian di Indonesia. Kini, nama beliau semakin lama semakin diminati oleh peminat Nusantara.
04. MALAYSIA
NAMA : FATTAH AMIN
UMUR : 27 TAHUN
TARIKH LAHIR : 14 SEPTEMBER 1990
KERJAYA : MODEL, PELAKON & PENYANYI
CATATAN :
Beliau adalah Selebriti Paling Popular di Malaysia ketika ini.
05. VIETNAM
NAMA : HUU VI
UMUR : 24 TAHUN
TARIKH LAHIR : 10 MAC 1992
KERJAYA : MODEL & PENGACARA
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang model terkenal di Vietnam dan juga pengacara rancangan fesyen No.1 di Vietnam iaitu The Face Vietnam.
06. SINGAPURA
NAMA : ELVIN NG
UMUR : 37 TAHUN
TARIKH LAHIR : 23 DISEMBER 1980
KERJAYA : PELAKON & MODEL
CATATAN :
Beliau adalah aktor paling popular di Singapura ketika ini.
07. INDONESIA
NAMA : HANDI MORGAN WINATA
UMUR : 27 TAHUN
TARIKH LAHIR : 25 MEI 1990
KERJAYA : PENYANYI & PELAKON
CATATAN :
Majoriti sosial media Indonesia melabelkan beliau sebagai Jejaka Paling Kacak di Indonesia ketika ini.
08. MYANMAR
NAMA : AUNG YE LIN
UMUR : 29 TAHUN
TARIKH LAHIR : 19 JUN 1988
KERJAYA : MODEL & PELAKON
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang Selebriti Myanmar paling popular ketika ini.
09. LAOS
NAMA : BOBBY ATSAVIN
UMUR : N/A
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : PENYANYI & PELAKON
CATATAN :
Beliau adalah salah seorang Selebriti Paling Top di Laos dan cukup terkenal sebagai Penyanyi Lagu R&B Hip Hop di sana.
10. CAMBODIA
NAMA : UN SOTHEA
UMUR : N/A
TARIKH LAHIR : N/A
KERJAYA : MODEL & PELAKON
CATATAN :
Beliau adalah Model dan Aktor Paling Popular di Cambodia ketika ini.