GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Arkib Hiburan
  • Penyanyi No.1 Malaysia
  • Infotainment
    • Meletop
    • Muzik
      • Album
      • Koleksi Lagu Ziana Zain
      • Lagu Era 1980 an
      • Lagu Era 1990 an
      • Lagu Era 2000 an
      • Lagu Era 2010 an
      • Lagu Era 2020 an
    • Anugerah
    • Raya
    • Makanan
    • Minuman
    • Filem
    • TV
    • Anime
    • Mimpi
    • Planet
    • Negara
    • Sihat
    • Sign In
  • About Us
GALAKSI VIRAL - Arwah Biduanita Negara Puan Sri Saloma mempunyai beratus-ratus lagu yang popular sejak beliau mula jadi penyanyi pada awal era 1950 an lagi. Kemerduan vokal beliau yang bak buluh perindu itu telah menjadikan beliau sebagai salah seorang Ikon Wanita Paling Berjaya di Malaysia sehingga kini.
Lagu pertama yang dirakam oleh beliau ialah pada tahun 1954 iaitu berjudul Pandang Kasih. Pada masa itu, penyanyi lelaki popular era 50 an, S.Hamid menyokong kuat kerjaya arwah Saloma untuk berjaya di dalam bidang nyanyian. Hasilnya sungguh luar biasa sehingga Saloma berjaya menjadi salah seorang penyanyi paling popular pada era itu sebaris dengan arwah P.Ramlee, Nona Asiah, arwah Momo Latiff, arwah R.Azmi, arwah Rubiah, dan ramai lagi. Kolaborasi arwah Saloma menyanyikan lagu P.Ramlee di dalam filem juga telah menaikkan populariti arwah Saloma sehingga berjaya menjadi Penyanyi Wanita No.1 Malaya era 50 an sehingga hujung 60 an. Banyak anugerah dalam dan luar negara yang beliau terima. Beliau juga pernah digelar Marilyn Monroe of the East dan Perintis Fesyen Malaya.

BIODATA RINGKAS ARWAH BIDUANITA PUAN SRI SALOMA

NAMA SEBENAR : Salmah binti Ismail
UMUR : 48 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 22 Januari 1935
TARIKH KEMATIAN : 25 April 1983
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1950-1983
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Klik Link Ini >>> Penyanyi Wanita Paling Berjaya Di Malaysia

Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi lagu signature beliau yang menjadi evergreen dan dikenali ramai sehingga kini.

12 
LAGU PALING POPULAR
BIDUANTITA SALOMA
SEPANJANG ZAMAN

01. 
BILA LARUT MALAM 
(with PANCHA SITARA)
KOMPOSER : P.RAMLEE 
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : LABU DAN LABI
TAHUN : 1962
CATATAN :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Pop nyanyian arwah Saloma paling popular dan dikenali oleh semua rakyat Malaysia (selain lagu Selamat Hari Raya). Lagu arwah Saloma bersama kumpulan vokal Pancha Sitara ini sememangnya memberikan impak yang sangat besar di dalam industri hiburan tempatan kerana ianya kekal evergreen dan kerap dinyanyikan di dalam pelbagai pertandingan  nyanyian dari era 60 an sehinggalah kini. Gaya nyanyian Saloma dan vokal harmoni Pancha Sitara juga dipuji ramai kerana mempunyai identiti nyanyian tersendiri. 

02.
 TIRU MACAM SAYA
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : HUJAN PANAS (1953)
TAHUN : 1974 (Rakaman Saloma)
CATATAN :
Lagu ini adalah nyanyian asal biduanita Nona Asiah di dalam filem Hujan Panas tahun 1953. Lagu ini dipopularkan semula oleh arwah Saloma pada tahun 1974 dan turut menjadi salah satu lagu signature beliau. 

03. 
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : P.RAMLEE
FILEM : SEMERAH PADI 
TAHUN : 14 JULAI 1956
CATATAN :
Lagu Irama Malaysia ini sememangnya antara karya terbaik arwah P.Ramlee dan  kerap dimainkan di dalam majlis-majlis hiburan daripada dahulu sehingga kini. Malah pernah suatu ketika dahulu judul lagu ini dijadikan sebagai judul sebuah rancangan bual bicara di sebuah stesen TV tempatan.

04. 
BOSSANOVA
KOMPOSER : AHMAD NAWAB
PENULIS LIRIK : AINUL JAMAL
FILEM : DO RE MI
TAHUN : 3 JULAI 1966
CATATAN :
Lagu berentak irama Latin ini menunjukkan arwah Saloma adalah penyanyi yang serba boleh dan penghibur yang hebat. Lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi Wann dan meletop di pasaran pada tahun 1992. 

05. 
TARI TUALANG TIGA 
KOMPOSER : YUSOFF B
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : SUMPAH ORANG MINYAK
TAHUN : 1958
CATATAN :
Lagu ini antara lagu Irama Malaysia yang sangat popular dinyanyikan di majlis-majlis hiburan sehingga kini. Biduanita Sanisah Huri juga pernah mempopularkan semula lagu ini pada tahun 1973.

06.
 KASIHYA IBU
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : PANCHA DELIMA
TAHUN : 7 JULAI 1957
CATATAN :
Lagu ini kerap dinyanyikan semula oleh penyanyi tempatan di dalam konsert masing-masing seperti arwah Sharifah Aini, Jamal Abdillah dan juga Siti Nurhaliza. Lagu ini selalu menjadi lagu tema Hari Ibu. 

07.
MENGAPA DIRINDU
KOMPOSER : AHMAD WAN YET
PENULIS LIRIK : ZAIN MAHMOUD
FILEM : DUA PENDEKAR
TAHUN : 1964
CATATAN : 
Lagu ini pernah dipopularkan semula oleh biduanita Uji Rashid pada tahun 1977.Intro muzik lagu ini 
sangat kreatif kerana ianya bunyi seakan lagu yang dramatik tetapi rupanya adalah lagu Irama Asli. 

08.
 PERWIRA
KOMPOSER : AINUL JAMAL
PENULIS LIRIK : AINUL JAMAL
FILEM : MASAM MASAM MANIS
TAHUN : 21 OGOS 1965
CATATAN :
Lagu ini dicipta oleh adik angkat arwah P.Ramlee iaitu Ainul Jamal. Lagu ini dicipta khusus untuk semua perwira di dalam konteks perjuangan masing-masing seperti cikgu, tentera, ibubapa, doktor, ahli muzik dan sebagainya. 

09.
PESTA MUDA MUDI
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : AINUL JAMAL
FILEM : NASIB DO RE MI
TAHUN :  SEPTEMBER 1966
CATATAN : 
Lagu ini pasti mengingatkan tarian ligat Pak  Meon di dalam filem Nasib Do Re Mi yang menciutkan hati ini. Lagu rancak berkonsepkan Pop Yeh Yeh ini memang enak didengar. 

10.
ISTANA CINTA
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : JAMIL SULONG
FILEM : ANAKKU SAZALI 
TAHUN : 27 OKTOBER 1956
CATATAN :
Lagu ini pernah dipopularkan semula oleh Liza Hanim pada tahun 1998. Pelakon legenda Hashimah Yon menggunakan suara arwah Saloma untuk menyanyikan lagu ini di dalam filem Anakku Sazali.

11. 
DARAH MUDA
 KOMPOSER : KASSIM MASDOR 
PENULIS LIRIK : JAMIL SULONG
FILEM : DARAH MUDA
TAHUN : 1963
CATATAN : 
Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa penyanyi asal lagu ini adalah kakak arwah Saloma sendiri iaitu arwah Allahyarham Mariani. Arwah Saloma menyanyikan lagu ini dalam versi rakaman piring hitam. Manakala arwah Mariani pula menyanyikan lagu ini di dalam filem. 

12. 
SELAMAT PENGANTIN BARU
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : P.RAMLEE
FILEM : MADU TIGA
TAHUN : 12 FEBRUARI 1964
CATATAN : 
Lagu ini telah menjadi lagu signature untuk majlis kenduri kahwin dari tahun ianya diterbitkan sehinggalah kini. 

Jika ingin tahu lagu manakah paling popular untuk Legenda Muzik Malaysia, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, bolehlah klik link di sini >>> P.RAMLEE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber :
bharian.com., Google Image, wanita.fesyen

GALAKSI VIRAL - Pernah tengok jam menunjukan waktu tengah malam tetapi cahaya matahari masih jelas dan terang pula waktu itu ? Mungkin ada yang sudah tahu info ini dan mungkin juga sebaliknya.  

Seperti peminat sains sedia maklum, saintis antarabangsa telah menjumpai satu planet seakan Bumi tetapi tidak berputar seperti Bumi. Secara ringkasnya, putaran Bumi di orbit ini yang menyebabkan berlakunya waktu siang dan malam di Bumi. Walau bagaimanapun, planet yang diberi nama GLIESE 581c (info lanjut boleh baca di link ini >> 11 Planet Aneh) tidak berputar dan menyebabkan sebahagian kawasan planet  ini sentiasa siang tanpa malam dan kawasan sebelahnya pula sentiasa malam tanpa siang. Satu-satunya kawasan yang sesuai manusia tinggal di planet GLIESE 581c ini ialah di tengah-tengah kawasan antara siang dan malam. Cuaca di kawasan ini akan kelihatan seperti waktu subuh atau waktu senja sepanjang masa.  

Matahari Tengah Malam Di Alaska

Berbalik semula ke Bumi, terdapat enam lokasi yang mataharinya tidak pernah terbenam dan tiada waktu malam di kawasan tersebut untuk tempoh tertentu. Fenomena ini terjadi kerana kedudukan geografi kawasan ini di bahagian Utara Bulatan Artik atau Selatan Bulatan Antartik di Bumi. 


TEMPAT SIANG LEBIH LAMA
 DARIPADA MALAM

01. 
SVALBARD, NORWAY
Catatan :
Norway dipanggil Negara Matahari Tengah Malam. Secara lazimnya, Norway akan mengalami fenomena waktu siang lebih 20 jam sehari selama 76 hari iaitu dari Mei hingga hujung Julai. Namun, ianya berbeza bagi kawasan di Svalbard. Di sini matahari bersinar hampir 24 jam bermula dari 10 April sehingga 23 Ogos setiap tahun. Menarik bukan ? 

02. 
ICELAND
Catatan :
Negara Iceland  mempunyai fenomena waktu siang lebih lama bermula daripada 10 Mei hingga bulan Julai setiap tahun.

03. 
INUVIK, CANADA 
Catatan:
Antara kawasan yang terlibat dengan fenomena ini di Kanada ialah Inuvik dan utara Kanada. Ianya mengambil tempoh selama 50 hari di musim panas (Jun hingga Ogos setiap tahun).

04. 
ALASKA
Catatan:
Tempoh masa fenomena ini di Alaska ialah dari hujung Mei sehingga hujung bulan Julai setiap tahun. 

05. 
SWEDEN
Tempoh masa fenomena ini di Sweden ialah awal Mei sehingga hujung Ogos setiap tahun. Lazimnya matahari di sini terbenam tengah malam dan muncul semula pada pukul 4.30 am. 

06. 
FINLAND
Catatan :
Kebanyakan kawasan di Finland akan menikmati fenomena cahaya matahari tengah malam ini selama 73 hari di musim panas (hujung Mei sehingga pertengahan September setiap tahun).


Jom lihat video di bawah bagaimana suasana Matahari Tengah Malam di Svalbard Norway
Credit to Gview Youtube Channel


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
idiva.com, theatlantic.com, visitnorway.com/, google image, Gview Youtube Channel




GALAKSI VIRAL - Mari kita baca fakta menarik, ringkas, unik dan istimewa mengenai negara China. Adakah ianya sepelik negara Jepun yang selalu muncul dengan info-info di luar kotak ? Jawapan ada di bawah ini. Jom baca.



CHINA 
 FAKTA MENARIK, UNIK DAN ANEH ?

1. Negara paling ramai penduduk di dunia iaitu sebanyak 1,439,323,776  penduduk. (Worldmeter, 2020) 

2. Terdapat 30 juta penduduknya yang masih tinggal di gua. (Business Insider, 2014)


3. Terdapat mesin layan diri pertama yang menjual ketam hidup di Nanjing (Wall Street Journal,2010)
Mesin Jual Layan Diri Ketam Hidup

4. Pada zaman purba China, tentera China pernah memakai baju tentera yang dibuat daripada kertas. (National Geographic Kids, 2020)

5. Hong Kong mempunyai bangunan pencakar langit paling banyak di dunia. (National Geographic Kids, 2020)

6.Pada 5,000 tahun yang lalu, penyepit makanan asalnya digunakan untuk memasak sahaja. (National Geographic Kids, 2020)

7. Ikan Doplhin Putih China yang tinggal di Selatan China selalunya mempunyai kulit berwarna pink. (National Geographic Kids, 2020)
Ikan Dolphin China

8. Panda China adalah haiwan yang boleh berenang dengan baik. (National Geographic Kids, 2020)

9. Warna merah dianggap warna bertuah.(National Geographic Kids, 2020)

10. Jika disambung landasan keretapi di China, ianya boleh mengelilingi bumi sebanyak dua kali.(Business Insider, 2014)

11. Tentera China pernah melatih 10,000 burung Merpati sebagai tentera burung sebagai sandaran sokongan sistem komunikasi mereka. (Time Mag,2011)

12. Saiz negara China hampir sama dengan Amerika Syarikat tetapi China hanya ada satu zon masa berbanding Amerika Syarikat yang mempunyai empat zon masa berbeza. (Business Insider, 2014)

13. Layang-layang dicipta pada zaman China Purba iaitu kurun ke 5 sebelum Abad Masihi. (China Highlight, 2020)

14. Bola Sepak dicipta pada zaman China Purba iaitu pada  zaman era Dinasti Tang (618-907) dan Dinasti Song (906-1279). (China Highlight, 2020)
Penduduk China Purba Bermain Bola Sepak


15. Terdapat laluan khas untuk penjalan kaki yang obses dengan telefon masing-masing ketika berjalan di China. (Atchuup, 2016)
Laluan Kaki Pengguna Smartphone

16. Penduduk China tidak boleh mempunyai anak lebih dua orang. (Karolinapatryk, 2016)

17. Istana purba  Forbidden City Beijing China mempunyai lebih 9,000 bilik. (Karolinapatryk, 2016)
Kota Istana Terlarang  Beijing

18. Tembok Besar China boleh dilihat daripada di angkasa lepas dan memegang rekod pembinaan paling besar pernah dilakukan oleh bangsa manusia ketika ini.  (Karolinapatryk, 2016)
Tembok Besar Dari Angkasa.

19. Ais Krim dicipta pada zaman China Purba iaitu 4000 tahun yang lalu. (Karolinapatryk, 2016)

20. Tamadun paling lama yang bertahan di dunia ialah Tamadun China. (Karolinapatryk, 2016)

21. Lebih separuh habitat khinzir adalah di China. (Karolinapatryk, 2016)

22. Pasar raya China menjual hampir semua jenis haiwan yang boleh dimakan. (Storypick, 2015)
Buaya dijual di pasar raya.


23. Terdapat makanan tradisional yang telurnya  direbus menggunakan air urin budak muda di wilayah Zheijiang. (atchuup, 2016)
Telur Rebusan Air Urin

24. Hampir 4 juta kucing dimakan di China setiap tahun.(atchuup, 2016)
Gambar Kucing

25. Terdapat perkhidmatan menyewa teman lelaki di pusat membeli belah dengan caj 1 yuan (RM0.60) untuk 30 minit. Antara fungsi penyewaan teman lelaki ini ialah memegang beg, bersembang, ambil gambar dan teman membeli belah sahaja. (The Star, 2018)
Teman Lelaki Untuk Disewa

26. Kalau ikut nisbah penduduk dunia, daripada 5 orang di dunia ini, pasti salah seorangnya adalah orang China. (swedishnomad, 2020)

27. Banyak bentuk bangunan baru di China yang diluar kotak seperti bangunan berbentuk ikan dan telefon pintar.
Bangunan Bentuk Ikan

28. China juga digelar Raja Tiruan Dunia kerana hampir semua barang jenama tiruan ada di jual di sini dan termasuklah meniru kawasan menarik di sesuatu negara dan dijelmakan semula di China seperti suasana ala England di Shanghai. (thrilist.com, 2015)

29. Bahasa Mandarin adalah bahasa paling banyak digunakan di dunia iaitu sebanyak 1.1 billion pengguna. (fluentin3mon, 2020)

30.Mengikut ramalan ekonomi dunia, China akan mengantikan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar ekonomi dunia sebelum atau pada tahun 2050. (Business Insider, 2017)


Trivia Malaysia - China :
 Puteri Pop Malaysia, Shila Amzah amat popular di China pada pertengahan era 2010 an dan pernah memenangi anugerah muzik di sana. Sebelum ini, Diva Pop Malaysia, Fauziah Latiff juga pernah memasarkan album bahasa Mandarin beliau berjudul Hua Xi Ya di negara China, Jepun dan Hong Kong pada tahun 1992.


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
worldometers,chinamike.com, natgeokids.com, businessinsider, atchuup, chinahighlights, karolinapatryk. storypick.com, tripzilla.com, swedishnomad.com, businessinsider.com2017, indiafacts.org, luentin3months.com, thestar, thrillist.com
GALAKSI VIRAL - Ingin tahu filem mana yang pernah menjadi fenomena dan mendapat kutipan yang sangat tinggi di Malaysia. Jom kita lihat Senarai Kutipan Filem Malaysia Tahun 2000.




SENARAI KUTIPAN 
FILEM MALAYSIA 
TAHUN 2000


01
FILEM : SENARIO LAGI
KUTIPAN : RM 4.37 JUTA
GENRE : KOMEDI
TARIKH TAYANGAN : 25 MEI 2000
PENGARAH : AZIZ M.OSMAN
AKTOR : KUMPULAN SENARIO
AKTRESS : SYANIE
CATATAN :
Kumpulan Senario meneruskan kegemilangan mereka apabila berjaya menjadi juara kutipan filem Malaysia paling tinggi tahun 2000 melalui filem kedua mereka ini. Memang diakui, awal era 2000 an ini sememangnya antara tahun kemuncak kejayaan kumpulan Senario di dalam industri hiburan tempatan. Secara ringkasnya, filem ini adalah mengenai kisah adegan kejar mengejar untuk mendapatkan semula kereta terpakai yang telah dijual.


02
FILEM : PASRAH
KUTIPAN : RM 2.74 JUTA
GENRE : DRAMA
TARIKH TAYANGAN : 8 JANUARI 2000
PENGARAH : YUSOF KELANA
AKTOR : NORMAN HAKIM
AKTRESS : ERRA FAZIRA
CATATAN :
Filem ini secara tidak langsung mengesahkan status Erra Fazira sebagai Primadona Filem Melayu Alaf Baru kerana kesemua filem lakonan beliau mencapai kutipan Box Office iaitu sekurang-kurangnya RM 1 Juta iaitu dari tahun 1994 sehingga 2000. Secara ringkasnya, filem ini adalah mengenai seorang Supermodel yang telah dikecewakan oleh teman lelakinya kerana sifat cemburu buta dan salah faham di dalam hubungan mereka. 


03
FILEM : SOAL HATI
KUTIPAN : RM 1.38 JUTA
TARIKH TAYANGAN : 28 SEPTEMBER 2000
PENGARAH : OTHMAN HAFSHAM
AKTOR : AFDLIN SHAUKI
AKTRESS : ERRA FAZIRA
CATATAN :
Kedua-dua pelakon utama filem ini telah menenangi Pelakon Terbaik kategori masing-masing di dalam Festival Filem Malaysia 2001. Secara ringkasnya, filem ini adalah mengenai anak orang kaya yang ingin berkenalan dengan seorang gadis biasa tetapi enggan mendedahkan identiti sebenarnya kerana khuatir jika gadis berkenaan tidak berminat dengannya kerana gaya hidup yang berbeza.


04
FILEM : LEFTENAN ADNAN
KUTIPAN : RM 1.08 JUTA
TARIKH TAYANGAN : 31 OGOS 2000
PENGARAH : AZIZ M.OSMAN
AKTOR : HAIRIE OTHMAN
AKTRESS : UMIE AIDA
CATATAN :
Filem ini memenangi anugerah Filem dan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia 2001. Secara ringkasnya, filem ini adalah mengenai tokoh pahlawan tentera yang berjuang ketika Perang Dunia Kedua demi bangsa, negara dan agama. 


05
FILEM : MIMPI MOON
KUTIPAN : RM 554,619.56
TARIKH TAYANGAN : 6 APRIL 2000
PENGARAH : SHUHAIMI BABA
AKTOR : RASHIDI ISHAK
AKTRESS : KAVITHA SIDHU
CATATAN :
Antara anugerah yang  pernah dimenangi oleh filem ini ialah Poster, Sinematografi, Penyunting dan Pelakon  Pembantu Wanita Terbaik (Ida Nerina) di Festival Filem Malaysia 2001. Secara ringkasnya, filem ini adalah mengenai kisah percintaan sepasang kekasih dan dikaitkan dengan isu kajian gamat dan jerangkap samar di Kemboja. 


06
FILEM : SYUKUR 21
KUTIPAN : RM 300,000
TARIKH TAYANGAN : 27 DISEMBER 2000
PENGARAH : EDDIE PAK
AKTOR : KUMPULAN RAIHAN
AKTRESS : NORZIZI ZULKIFLI
CATATAN :
Secara ringkasnya, filem ini adalah mengenai kisah masyarakat di dalam sebuah organisasi moden yang dipanggil Raudhah di mana aspek pembangunannya adalah  berteraskan syariat Islam.


07
FILEM : ANAKNYA SAZALI
KUTIPAN : RM 220,000
TARIKH TAYANGAN : 29 JUN 2000
GENRE : KOMEDI
PENGARAH : JACK AD'DIN
AKTOR : AHMAD IDHAM
AKTRESS : AZEAN IRDAWATY
CATATAN :
Secara ringkasnya, filem ini adalah mengenai sambungan filem Anakku Sazali di mana Sazali kini sudah tua dan  mempunyai anak yang ada masalah sifat pemalu agak serius dan tidak terkawal.


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Google Image






GALAKSI VIRAL - Filem Korea yang ditunggu-tunggu kini sudah mula ditayangkan di pawagam iaitu sambungan filem Train To Busan  berjudul Peninsula di mana ianya pasti akan menarik perhatian ramai peminat filem ketika ini. Yang lebih menarik lagi apabila ada pelakon Malaysia turut berlakon di dalam filem ini dan watak yang dimainkan oleh beliau juga sangat penting di dalam filem ini.

Filem ini sebenarnya mula ditayangkan pada 15 Julai 2020 di Korea Selatan dan  di beberapa negara termasuk Malaysia. Filem ini asalnya akan ditayangkan di Festival Filem Cannes 2020 tetapi dibatalkan kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika itu. 

Sehingga Julai 2020, filem ini memegang rekod kutipan paling tinggi untuk tahun 2020 di Korea Selatan iaitu sebanyak $ 2.4 juta dan kutipan $20 juta untuk tayangan seluruh dunia. Jika diikutkan filem Peninsula ini ialah filem zombie yang ketiga untuk turutan cerita asal zombie ini. Filem yang pertama ialah filem animasi Seoul Station (2016) dan diikuti filem kedua Train To Busan (2016). Adakah filem ini sehebat filem Train To Busan yang pernah mencetuskan fenomena hebat seluruh dunia pada tahun 2016/2017 ? Mari kita baca sinopsis cerita ini dahulu.
Antara pelakon utama dan adegan menarik di dalam filem ini - Google Image

(PERHATIAN: SPOILER ALERT)

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


SINOPSIS

Filem ini bermula dengan adegan Kapten Jung-seok (Gang Dong-won) yang membawa ahli keluarganya yang terdiri daripada kakak kandung, anak saudara dan abang ipar beliau dengan kereta ke pelabuhan laut untuk ke Jepun bagi menyelamatkan diri daripada ancaman zombie di Korea Selatan. Ketika di dalam perjalanan ke sana, mereka bertembung dengan satu keluarga yang meminta bantuan untuk membawa anak kecil mereka ke tempat selamat. Namun, Kapten Jung-seok tidak mengendahkan permintaan keluarga tersebut dan terus berlalu daripada situ.

Selepas mereka semua berada di dalam kapal laut, tiba-tiba, Kapten Jung-seok dimaklumkan yang mereka akan ditukar haluan daripada ke Jepun pergi ke Hong Kong. Dalam pada masa yang sama, tanpa mereka sedari, ada penumpang yang sudah dijangkiti virus zombie dan mula menggigit orang yang berdekatan dengannya. Antara yang telah digigit ialah anak saudara Kapten Jung-seok dan ini membuatkan beliau berada di dalam keadaan tidak keruan. Kakak beliau enggan meninggalkan anak lelaki beliau yang digigit itu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya. Akibatnya kakak beliau turut menjadi mangsa zombie dan ianya hanya dapat dilihat daripada jauh oleh Kapten Jung-seok dan abang iparnya.

Wajah Zombie - Google Image 

Selepas empat tahun kemudian, Kapten Jung-seok yang kini tinggal di Hong Kong berada di dalam keadaan yang sangat daif dan tidak terurus. Tiba-tiba, ada sekumpulan gangster datang mencari beliau kerana inginkan bantuan beliau mengenai sesuatu. Setibanya beliau di tempat gangster itu, beliau terkejut apabila melihat abang ipar beliau turut berada di situ. Abang iparnya juga dalam keadaan yang tidak terurus seperti beliau juga. Selain mereka berdua, terdapat dua lagi orang Korea Selatan bersama mereka. Mereka semua dimaklumkan yang mereka diperlukan untuk pergi semula ke Korea Selatan untuk mengambil duit berjumlah $20 juta di dalam sebuah van besar berwarna putih. Selepas mereka berfikir dan berbincang, mereka bersetuju untuk pergi ke sana dengan harapan dapat mengubah nasib mereka  apabila kembali semula ke Hong Kong nanti bersama duit berkenaan. Mereka pergi dengan menaiki kapal lautdan dibekalkan dengan telefon satelit untuk berhubung dengan gangster Hong Kong itu.

Selepas mereka tiba di Semenanjung Korea, mereka dapati keadaan di sana sangat teruk dan tidak terurus. Kemudian, mereka menaiki kereta untuk mencari van berkenaan dan akhirnya telah berjumpa van tersebut. Ketika mereka hendak bergerak ke arah pelabuhan, tiba-tiba mereka diserang oleh zombie kerana ada pihak tidak diketahui telah melempar bunga api ke arah depan kereta mereka bagi menarik perhatian zombie di situ. Maka, berlakulah adegan kejar mengejar zombie dengan kenderaan mereka sehingga berlaku kemalangan yang membunuh salah seorang daripada mereka. Kapten Jung-seok diselamatkan oleh dua orang anak gadis dan dibawa keluar daripada kawasan zombie itu. Manakala, abang ipar Kapten bersembunyi di belakang van dan seorang lagi rakan mereka telah ditembak mati oleh pihak yang tidak diketahui identiti tadi iaitu Unit 631 (pasukan pemberontak militia).

Selepas tersedar, Kapten dapati beliau berada di dalam suatu rumah dan perasan yang ibu kepada dua anak gadis tadi adalah wanita yang bersama keluarganya pernah meminta bantuan beliau ketika beliau dalam perjalanan ke pelabuhan empat tahun yang lalu. Kapten berasa serba salah kerana tidak membantu ibu itu suatu ketika dahulu dan berterus-terang dengan ibu gadis itu. Ibu gadis itu tidak marah dan redha dengan apa yang terjadi. Selain dua orang anak gadis dan ibu mereka, terdapat seorang lagi lelaki di dalam rumah itu iaitu yang dipanggil Kommander (datuk mereka). Komander
ini sebenarnya mengalami masalah mental dan setiap masa berkata penyelamat bernama Jane akan datang menyelamatkan  mereka. Watak Jane ini akan membuat kejutan pada akhir cerita ini nanti.

Untuk pergi ke pelabuhan itu, mereka perlukan telefon satelit untuk memaklumkan mereka sudah sampai ke pelabuhan dan bersedia untuk berlayar. Disebabkan telefon satelit itu berada di dalam van putih tadi yang kini sudah dibawa ke lokasi Unit 361, jadi mereka terpaksa ke sana untuk dapatkan telefon satelit itu. Abang ipar Kapten tadi pula mengalami nasib malang apabila beliau dipaksa berlawan dengan zombie di dalam kandang perlawanan dan disaksikan oleh Unit 361. Manakala, Kapten Seo iaitu salah seorang ketua militia Unit 361 telah menemui telefon satelit itu dengan bantuan Prebet Kim dan bercadang untuk ke pelabuhan itu untuk keluar daripada Semenanjung Korea. Dipendekkan cerita, Kapten Jung-seok dan ibu gadis sudah dapat van itu di lokasi Unit 361 tetapi malangnya telefon satelit yang mereka mahu berada di tangan Kapten Seo. Mereka membelasah Kapten Seo untuk dapatkan telefon itu. Kemudian, Kapten Jung-seok cuba menyelamatkan abang iparnya tetapi dibunuh oleh Sarjan Hwang. Dalam pada masa yang sama, segerombolan zombie telah menyerang markas Unit 361 dan berada di dalam keadaan tidak terkawal.

Di hujung cerita ini, apabila semua watak utama sudah menghampiri ke pelabuhan, tetiba Kapten Seo telah melanggar mengejut kereta yang dipandu oleh anak gadis itu. Akibatnya, Komander telah ditembak mati oleh Kapten Seo dan ibu gadis itu pula ditembak di betis kaki. Kapten Seo membawa lari van putih itu terus ke pelabuhan dan berjaya masuk ke dalam kapal laut itu. Namun, beliau ditembak mengejut oleh gangster Hong Kong dan Kapten Seo terus menekan brek undur van sehingga melanggar dinding penutup kapal dan  mengakibatkan zombie masuk ke dalam kapal laut itu. Kesemua watak utama hanya melihat jauh situasi itu. Namun, tiba-tiba terdengar bunyi helikopter di atas langit dan ini mengejutkan mereka. Mereka membakar bunga api untuk menarik perhatian helikopter itu dan mereka bernasib baik kerana helikopter itu adalah daripada United Nations yang terlibat dengan usaha menyelamatkan mangsa yang masih terselamat daripada malapetaka zombie itu. Dan di sinilah berlaku satu kejutan dan menarik perhatian rakyat Malaysia. Nama Jane yang kerap disebut oleh mendiang Komander itu sebenarnya memang wujud dan beliau ialah salah seorang anggota penyelamat United Nation yang berasal daripada Malaysia. Logo bendera Malaysia jelas terang terpapar di tepi baju Jane. Rasa bangga pula kerana ada watak orang Malaysia yang datang menyelamatkan mangsa zombie ini. Watak ini dimainkan oleh pelakon Malaysia bernama Bella Rahim. Cerita ini berakhir dengan Kapten Jung, ibu dan dua anak gadisnya terselamat.

REVIEW 

Jalan cerita filem ini masih mengekalkan asas hubungan kekeluargaan di dalam menghadapi bencana zombie ini. Kesemua watak utama dan sampingan memainkan watak dengan sungguh baik dan berkesan. Sinematografi filem ini mengingatkan kepada filem Will Smith berjudul I Am Legend (2007). Antara adegan paling menarik sekali ialah apabila anak gadis (Joon-i) yang memandu kereta dengan gaya ala 2 Fast 2 Furios dan juga teknik tersendiri menarik perhatian zombie kepada musuh masing-masing seperti bunga api dan kereta mainan kawalan jauh LED. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, adegan kejutan Jane sebagai penyelamat itu adalah momen yang sangat menarik dan memberikan impak kepada jalan cerita. Pelakon Bella Rahim berjaya memainkan watak beliau dengan baik sekali walaupun muncul hanya sekejap sahaja. Selain itu, sejujurnya GV tercari cari juga adakah watak dari filem terdahulu akan muncul dalam filem ini tetapi sayangnya tiada. Mungkin GV sendiri tidak perasan atau sememangnya ketiga-tiga filem zombie ini sememangnya menggunakan watak berbeza untuk setiap filem. Dan yang masih jadi persoalannya, sampai sekarang tidak tahu bagaimana virus itu boleh dihasilkan dan merebak secara drastik daripada makmal di Korea Selatan. Prekuel animasi Seoul Station tidak menceritakan dengan jelas mengenai sejarah virus ini. Selain daripada itu, GV rasa semua okey dan puas juga untuk kita menontonnya.

Bella Rahim - Google Image

Cuma GV terfikir, diharap virus zombie  ini tidak wujud di masa hadapan kerana ianya sudah terang lagi bersuluh boleh meruntuhkan sesebuah negara atau tamadun dalam masa 1 minit sahaja. Dalam cerita ini, negeri Korea Utara masih wujud kerana kawalan ketat mereka yang tidak membenarkan rakyat asing memasuki negara mereka. Berbanding Korea Selatan, negara ini hancur, lumpuh dan ianya hanya dihuni makhluk tidak bernyawa (zombie). Layanan kepada pelarian Korea Selatan di Hong Kong juga sangat menyedihkan kerana penduduk Hong Kong takut dengan mereka dan beranggapan kemungkinan pelarian Korea Selatan ini juga mempunyai virus zombie itu. Akibatnya, mereka disisihkan sehingga mereka terpaksa menjadi pengemis dan hidup terumbang ambing di negara orang. Situasi ini mengingatkan kepada situasi wabak Covid 19, apabila ada restauran  atau kedai di Korea dan Jepun yang enggan menerima pelancong China kerana bimbang dengan penularan wabak Covid 19. Kadang-kadang filem ini selalu dilihat sebagai suatu fantasi tetapi tidak menghairankan andai kata ianya boleh menjadi realiti suatu hari nanti. Waallahualam.

GVMETER  : 85/100 
💖💖💖💖
(TERBAIK)




GALAKSI VIRAL

Blog Hiburan Informasi Kababoom

https://galaksiviral.blogspot.my/



Sumber :

Google Image


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Pelawat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.
  • SLAM : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • PEMENANG BINTANG PALING POPULAR 2017
  • JUSTIN TIMBERLAKE GUNA NAMA KUALA LUMPUR MALAYSIA 2028 DI DALAM VIDEO MUZIK TERBARU BELIAU
  • 11 PLANET PALING ANEH DAN GANJIL DI ALAM SEMESTA
  • SEARCH : 12 LAGU PALING POPULAR DI SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • LEFTHANDED : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • FAUZIAH LATIFF : 16 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • REVIEW FILEM KOREA ALONG WITH THE GODS : THE TWO WORLDS. SAMA HEBAT DENGAN FILEM TRAIN TO BUSAN.

Infotainment Muzik

  • INFO ALBUM
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment Boom

  • INFO ANIME
  • INFO ANUGERAH
  • INFO ARKIB HIBURAN
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO MIMPI
  • INFO MINUM
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO RAYA
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Nov 20261
  • Okt 20262
  • Ogo 20261
  • Jul 20261
  • Mei 20266
  • Mac 20263
  • Feb 20262
  • Nov 20254
  • Sep 20251
  • Ogo 20252
  • Mei 20256
  • Jul 20241
  • Mei 202411
  • Apr 20244
  • Jan 20241
  • Nov 20231
  • Dis 20221
  • Jul 20221
  • Apr 20215
  • Mac 202115
  • Okt 20201
  • Sep 20208
  • Ogo 202025
  • Jul 20208
  • Jun 20203
  • Mei 20202
  • Jan 20201
  • Nov 20195
  • Okt 20191
  • Feb 201823
  • Jan 201811
  • Dis 201732
  • Nov 201749
  • Okt 20173
  • Sep 20171
  • Ogo 201747
  • Jul 2017106
  • Mei 20174
  • Apr 201713
  • Mac 20176
  • Feb 201716
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes