TEMPAT MAKAN NASI CAMPUR DAN NASI BERLAUK SEDAP DI BANGI, BANDAR BARU BANGI, KAJANG DAN PUTRAJAYA - VOL.1

GALAKSIVIRAL - Ingin mencari kedai makan, restoran atau gerai nasi campur dan nasi berlauk yang sedap dan harga berpatutan di kawasan berdekatan Bangi, Bandar Baru Bangi. Kajang, Hulu Langat Selangor dan Putrajaya ? Jika ingin tahu, jom kita baca di bawah.


Menu Nasi  Campur 

 TEMPAT MAKAN NASI CAMPUR DAN NASI BERLAUK SEDAP DI BANGI, BANDAR BARU BANGI, KAJANG DAN PUTRAJAYA- VOL.1

Bagi GV, mana-mana kedai makan dan restoran nasi berlauk mesti ada menu lauk asas seperti ayam/ikan goreng, kuah kari/gulai, sayur goreng/berkuah, ulam-ulaman dan paling penting sambal belacan. Jom kita lihat kedai makan manakah yang lauknya sedap dan harga berpatutan di kawasan yang dinyatakan.


1.CEMPAKA FOOD COURT PKNS BANGI

Alamat : Level 2, PKNS Bangi, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi (BBB)

Catatan : Di sini ada dua kedai nasi berlauk yang sedap dan lazat. Anggaran harga makan nasi + lauk + sayur + sambal = RM 12++. Bergantung kepada kuantiti nasi dan lauk kita ambil. Antara lauk yang sedap ialah ayam masak rendang, asam pedas dan kari ikan. 

PKNS Bangi
Credit to mypknsbangi Facebook






Menu Nasi Campur Cempaka Food Court PKNS Bangi

2. RESTORAN GULAI PANAS 

Alamat Restoran 1 : Reko Sentral, Jalan Reko Kajang.

Alamat Restoran 2  : Sekyen 7, Bandar Baru Bangi (BBB).

Catatan : Restoran ini mempunyai dua cawangan yang terletak di tempat berbeza iaitu satu di kawasan Reko Sentral Kajang dan satu lagi di Seksyen 7 BBB. Menu masakan kedua-dua restoran ini hampir sama tetapi tetap ada keistimewaannya. Bagi GV, menu lauk ayam masak merah di Restoran Gulai Panas Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sangat sedap. Manakala menu masakan ayam masak kunyit  sayur campur sangat sedap di cawangan restoran Reko Sentral. Kedua-dua restoran ini mempunyai lauk signature popular iaitu gulai kawah dalam kuali besar dan isi ikan dori goreng (GV tidak pasti apa nama betul lauk ini). Ikan bakar pun ada di sini. Anggaran harga makanan nasi + lauk + sayur + sambal = RM 10 ++. Bergantung kepada kuantiti nasi dan lauk kita ambil.

Restoran Gulai Panas
Credit to Gulai Panas Seksyen 7 Facebook

Restoran Gulai Panas Reko Sentral

Restoran Gulai Panas Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Menu Nasi Campur Gulai Panas

3. RESTORAN NASI KUKUS HOUSE BANGI

Alamat : Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi (BBB).

Catatan : Restoran ini sangat terkenal dengan nasi kukus dengan ayam goreng yang sangat sedap dan kuah gulai yang lazat. Di sini ada juga menu masakan berlauk yang sedap seperti pajeri nanas dan kari ikan.  Anggaran harga makanan nasi + lauk + sayur + sambal = RM 8++. Bergantung kepada kuantiti nasi dan lauk kita ambil.

Restoran Nasi Kukus House Bangi
Credit to Muhammad Thaqif bin Azman


4. RESTORAN ASAM PEDAS TOK UBAN

Alamat : Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi (BBB).

Catatan : Lauk pauk di restoran ini sangat sedap terutamanya menu masakan asam pedas. Restoran ini adalah satu-satunya GV pernah jumpa ada menu masakan kari ikan keli. Sangat sedap dan lazat. GV tidak pasti jika menu ini masih ada ke tidak lagi ketika ini kerana sudah agak lama GV tidak berkesempatan untuk datang ke sini. Menu Char  Kuey Teow di sini pun sedap juga dan selalunya di jual waktu lewat petang dan malam. Anggaran harga makanan nasi + lauk + sayur + sambal = RM 8++. Bergantung kepada kuantiti nasi dan lauk kita ambil.

Restoran Asam Pedas Tok Uban
Credit to Azril Akmal Facebook

5. RESTORAN PECEL LELE LAKUNJAYA 

Alamat : Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko Kajang.

Catatan : Restoran ini menyajikan menu masakan ayam penyet, ikan keli penyet, bakso penyet, gado-gado, siomay  dan banyak lagi. GV rasa restoran ini antara restoran ayam penyet yang paling sedap di kawasan Bangi dan Kajang. Sambal penyet memang padu dan semua makanan disajikan dalam keadaan panas dan segar. Menu air soda gembira memang sedap sangat.  Anggaran harga makanan nasi + lauk + sayur + sambal = RM 10++. Bergantung kepada menu makanan kita pilih. 

Restoran Pecel Lele Lakunjaya
Credit to Pecel Lele Lakunjaya Instagram

6. RESTORAN ZAITON LADANG SAWAH

Alamat : Seksyen 16, Bandar Baru Bangi (BBB).

Catatan : Restoran ini menyediakan menu masakan yang agak banyak dan variasi. Restoran ini antara restoran/kedai makan yang bertahan agak lama di kawasan Bangi/Kajang ini. Lazimnya, GV suka beli begedil di restoran ini kerana isi banyak dan saiz agak besar. Cuma seperti Restoran Asam Pedas Uban, GV sudah agak lama tidak berkesempatan untuk datang ke restoran ini. Anggaran harga makanan nasi + lauk + sayur + sambal = RM 10++. Bergantung kepada kuantiti nasi dan lauk kita ambil.

Restoran Zaiton Sawah Ladang
Credit to Zaiton Sawah Ladang Facebook
\

7. RESTORAN SUP KETING  

Alamat : Seksyen 16, Bandar Baru Bangi (BBB).

Catatan : Restoran ini juga menyediakan menu masakan berlauk yang variasi dan lazat. Antara yang sedap ialah gulai ayam, ikan bakar dan kari ikan serta sup panas. Anggaran harga makanan nasi + lauk + sayur + sambal = RM 8++. Bergantung kepada kuantiti nasi dan lauk kita ambil. 


8. GERAI KAK NGAH

Alamat : Billion Shooping Centre Semenyih, Bandar Teknologi Kajang.

Catatan : Antara menu masakan yang disediakan di sini ialah nasi berlauk, nasi ayam, aneka sup dan banyak lagi. Sama seperti Restoran Zaiton Sawah Ladang dan Asam Pedas Tok Uban, GV sudah agak lama tidak datang ke sini. Namun, yang buat GV suka restoran ini ialah lauk sedap dan harga makanan sangat berpatutan. Anggaran harga makanan nasi + lauk + sayur + sambal = RM 10++. Bergantung kepada kuantiti nasi dan lauk kita ambil.

Gerai Kak Ngah Billion Semenyih
Credit to Mr Bat

9. GERAI ITIK SALAI MASTHAR 

Alamat : Food Valet Sungai Ramal Kajang. 

Catatan : Kedai ini menyajikan menu masakan salai yang sangat padu seperti masakan lemak itik salai, ayam salai, dagai salai, telur itik salai, keli salai dan banyak lagi. Sambal belacan hijau pun sedap juga dan dimakan bersama menu sampingan seperti ulam-ulaman, ikan kering kecil atau telur masin. Memang lazat. Anggaran harga makanan nasi + lauk + sayur + sambal = RM 12++. Bergantung kepada kuantiti lauk kita ambil.







Food Valet Sungai Ramal Kajang
Credit to Food Valet Sg Ramal

Semua anggaran harga di atas tidak termasuk harga minuman ya. Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan yang sedap dan harga berpatutan di kawasan ini. Cuma bagi GV, restoran/kedai makan/gerai yang tersenarai ini adalah antara mempunyai menu masakan mereka yang konsisten dengan rasa sedap dan harganya yang berpatutan di mana tidak terlalu mahal dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Jika ada masa, boleh cuba rasa menu masakan mereka ya. 

Sumber :



0 Comments

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D