PENYANYI AI (ARTIFICIAL INTELLIGENCE) PERTAMA MASUK CARTA MUZIK BILLBOARD USA
GALAKSIVIRAL - Tahun ini adalah tahun sejarah kebangkitan penyanyi dan muzik ciptaan AI. Ini adalah kerana buat pertama kalinya penyanyi AI bernama Xania Monet telah berjaya menjadi Juara Carta Billboard R&B Digital Song Sales dengan lagunya berjudul How Was I Supposed To Know.
MUZIK AI REVOLUSI HIBURAN MANUSIA ERA 2020 AN
Industri muzik manusia sentiasa berubah mengikut zaman tamadun masing masing. Ia bermula dengan ciptaan alunan melodi lagu, penghasilan lirik, kewujudan peralatan muzik moden dan kini muzik AI.
Jika diamati, kemajuan teknologi muzik AI beberapa bulan ini adalah sangat drastik dan luar biasa. Ini adalah kerana penambahbaikan vokal nyanyian AI, susunan dan gubahan muzik AI telah berubah menjadi lebih baik dan berkualiti dari semasa ke semasa dalam masa yang sangat singkat. Contohnya awal tahun ini kita dengar suara penyanyi AI ada bunyi robot menyanyi dengan suara crack di hujung-hujung nyanyian. Tetapi pada hujung tahun ini, vokal AI itu berubah terus menjadi lebih bagus dan bermutu berbanding sebelumnya. Malah ada vokal AI sudah menyamai vokal salah seorang penyanyi terbaik dunia, Dimash Qudaibergen daripada Kazakhstan. Hebat bukan.
Namun ada satu perkara yang sangat penting di mana muzik AI tidak miliki iaitu penjiwaan lagu. Lagu ciptaan atau nyanyian AI walaupun hebat dengan nada tinggi dan susunan muzik bertaraf konsert mega, ia tetap masih ada rasa kosong kerana ia bukan dihasilkan dengan cara penjiwaan emosi yang tulen dan asli.
Sebelum itu, Xania Monet sebenarnya adalah penyanyi ciptaan AI oleh Telisha Nikki Jones. Xania menggunakan vokal Telisha dalam menyanyikan lagu-lagu di dalam album atau singlenya. Ia seperti kumpulan K-Pop Huntrix di dalam filem Kpop Demon Hunter. Cuma bezanya Xania adalah artis AI yang diwujudkan khas khusus untuk menjadi penyanyi di alam realiti dan maya.
Adakah muzik AI akan membawa perubahan lebih baik dalam industri muzik kita atau sebaliknya ? Hanya masa dan waktu dapat menentukannnya.




Tiada ulasan:
Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D